Thursday, 29 August 2013

Cara Untuk Kurangkan Rasa Sejuk Bila Mandi Waktu Subuh.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Malam ni saya nak share tentang cara untuk kurangkan sejuk bila mandi waktu subuh. Kenapa waktu subuh je, waktu lain tak boleh pakai cara ni ke? Boleh, bukan tak boleh..cuma waktu subuh kan waktu yang paling sejuk sekali. Mesti rasa malas sangat nak bangun tidur sebab terfikirkan air yang sejuk sangat tu kan..

Lagi-lagi budak-budak, kemain liat lagi nak bangun..siap nangis lagi tak nak pergi sekolah sebabnya tak nak mandi..sejuk katanya..hihi..comel betul budak-budak ni kan..macam-macam kerenah..tapi betul lah memang sejuk pun time awal-awal pagi lagi-lagi kalau mandi air dalam kolah simen yang agak besar saiz dia..

Kalau nak kurangkan rasa sejuk bila mandi waktu subuh ni senang je sebenarnya..caranya macam ni, sediakan limau purut tiga biji, bunga tahi ayam 7 kuntum, daun pokok manggis 4 helai, telur ayam kampung 3 biji, ayam hutan sekor yang masih hidup lagi, dan pengeras RM99.99..haha..korang da kena tipu..saya main-main jela..

Ok, saya serius sekarang, nampak tak saya tengah serius??? hehe..ok ok, stop talking nonsense..cara dia macam ni..ni yang betul ye..mula-mula sekali basuh kaki, pastu tuangkan air ke betis, pastu tuang ke peha..curah sikit-sikit dari bahagian bawah ke atas..atau pun dari kaki ke kepala..orang putih kata from toe to head..macam tu je caranya..tak payahlah susah-susah nak masak air lagi..jimat gas dan jimat jugak bil elektrik untuk shower air panas tu kan..

So, korang cubalah buat dulu ye..kalau menjadi ok la..kalau tak jadi maknanya ada something wrong dengan urat saraf korang tu..haha..ok la, bye..

*************************************************
Artikel popluar Ogos 2013 :-

1. Kenapa Ada Mak Yang Sanggup Dera Anak Sendiri?
2. Simpanan & Pelaburan Untuk Masa Depan Anak-anak.
3. Tabiat Pelik Bayi dan Kanak-kanak Normal.
4. Kenali Sikap Lelaki Yang Benar-benar Menyintai Anda.
5. Surah-surah Amalan Ketika Mengandung.
6. Barut Bayi 100% Kain Kapas Asli (Cotton)
7. Minat bola? Dapatkan Jersi Bola Sepak Kegemaran Anda Sekarang.
8. Beli Tudung Bawal Bunga Dengan Harga Yang Murah.
9. Tip-tips Temuduga.
10. Betul Ke Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Selekeh?
11. Scavenger Itu Apa?
12. Perempuan Benci Lelaki Merokok!!
13. Sepetang di Mini Kota Paris...
14. Kenapa Pendatang Asing Terlalu Ramai di Malaysia?
15. Hot Issue - Fashions of Actresses in Malaysia.

0 comments:

Post a Comment