Tuesday, 20 August 2013

Masa Yang Semakin Suntuk - Nota Harian

Assalamualaikum..

Hari ini 21 hb Ogos 2013, cuma tinggal 2 minggu je lagi cuti semester saya akan berakhir. Dah sebulan dah cuti rupanya, punya lah sibuk dengan aktiviti seharian sampai tak sedar masa berlalu dengan begitu pantas. Tak sabar nak pergi kuliah semula, jumpa kawan-kawan, hang-up dan borak-borak. Mesti banyak cerita baru yang nak dikongsi, maklumlah dekat 2 bulan tak jumpa kan..

Tak dapat nak bayangkan macam mana nak arrange masa bila da start belajar semula nanti. Weekdays dah tentulah attend lectures, except hari Rabu. Wednesday semua student faculty saya cuti sebab semua aktiviti berkaitan club, society, dan lawatan akademik semuanya akan diadakan pada hari tersebut. Weekend plak kadang-kadang balik kampung, maklumlah da anda insan-insan yang tersayang yang perlukan kasih sayang..hehehe..Kalau tak balik kampung pulak, ada je aktiviti yang nak di join.

Biasanya weekend dengan malam-malam yang agak free saya dengan kawan-kawan akan pergi ke Pusat Sukan..ktorang besenya main squash dan badminton. Badminton ktorang main untuk sekadar suka-suka je tapi squash ktorang kena datang training dengan senior faculty ktorang sebab sekarang ni dah tak ada pelapis lagi daripada faculty kitorang. Semester depan dah final sem diorang, so kitorang la yang mungkin akan menggantikan diorang untuk mewakili faculty tapi bergantung juga lah pada comittment yang ada nanti.

Pastu bila masa saya nak update blog ni? haha..bila-bila masa yang saya rasa free jela..nak tinggalkan hobi ni memang tak mungkin, sebab saya memang suka menulis. Dari kecik lagi asyik menulis, menulis,  dan menulis..tak pernah rasa jemu..Saya pernah tulis beberapa buah lirik lagu, puisi tentang cinta, alam, dan kematian, beberapa buah cerpen, dan novel separuh jalan (hehe)..tapi semua tu untuk koleksi peribadi je..

Pernah lah cuba untuk publishkan cerpen tapi masa tu tak ada kemudahan komputer dan internet, saya tulis dalam buku je..habislah satu buah buku kajang tu..hihi..tapi cerita itu hilang disebabkan kecuaian saya sendiri..tapi tak apalah, saya masih ingat lagi sinopsis cerita tu..saya tulis tu masa saya form 3 kalau tak silap saya..Cerita itu berkisarkan tentang kisah cinta antara dua insan yang berlainan agama. Kedua-duanya memendam perasaan disebabkan tak mahu berlaku konflik keluarga dan agama. Jadi mereka hanya membiarkan saja rasa cinta itu tersimpan dalam hati mereka dan menjarakkan perhubungan. Beberapa tahun kemudian lelaki tu convert masuk Islam disebabkan satu kejadian buruk menimpanya. Akhirnya mereka bertemu semula dan masih lagi saling menyintai antara satu sama lain..

Ok tak jalan cerita ini? kalau saya publishkan masa tahun 2003 dulu mungkin ramai yang teringin baca kan..tapi sekarang dah jadi boring plak cerita macam ini sebab bersepah kat dalam TV dan novel cerita yang sepesen macam cerita ini kan..haha..apapun tu lah pengalaman pertama saya menulis sebuah cerpen yang lengkap walaupun penggunaan bahasanya entah apa-apa..yela masa tu budak-budak lagi kot..tak pernah ada pengalaman bercintan-cinton ni..haha..

Ok lah ye, zai jian..

0 comments:

Post a Comment