Tuesday, 20 August 2013

Yang Indah Itu Milik Kita : Bab 1



novel, melayu, baru, yang, indah, itu, milik, kita, qiya, saad, 2013

Bab 1

“ Mak suruh saya tanya abang nak air apa?” Tanya Zalika sambil tercegat berdiri di depan Amin. Pertanyaan itu di balas dengan sebuah senyuman dan gelengan. 

Amin berlalu menuju ke pintu belakang banglo 3 tingkat milik ayahnya iaitu Datuk Maliki, seorang usahawan hartanah yang terkenal di tanah air. Dia hanya mendiamkan diri dan memandang ke arah kolam renang manakala aku pula hanya sekadar melihat tingkahnya. Lain benar rasanya sikap abang Amin sejak kebelakangan ini, biasanya macam-macam dia suruh aku buat itu dan ini. Kalau dia balik dari kuliah siaplah aku kena sediakan air untuk dia, kalau air yang aku buat itu tak kena dengan selera dia mesti dia akan marahkan aku.

“Air apa ini?” Dia memandang tepat ke wajahku.

“Air oren lah!” Jawabku pantas.

“kenapa manis sangat? tak pandai buat air ke? dah besar pun tak reti buat air lagi. Nah lah, ambil ini lepas itu buat air lain. Cepat sikit!” Marahnya sambil menghulurkan gelas berisi air oren ke tangan aku.

Tanpa banyak cakap aku pun terus berlalu ke dapur dan membancuh segelas air oren lagi. Hati aku tersentuh setiap kali bersemuka dengannya. Walaupun aku hanya lah anak pengasuhnya dan masih bersekolah rendah tapi aku juga punya hati dan perasaan. Aku menyapu air mataku yang mula membasahi pipi dan terus berlalu ke ruang tamu.

“Nah, ni air abang” Kataku perlahan sambil menghulurkan gelas berisi air oren di hadapannya.

“Erm, letak atas meja dulu lah.” Balasnya ringkas sambil jari-jemarinya pantas menekan papan kekunci laptop. Aku hanya menurut perintahnya dan berlalu ke bilikku.

“Hai, dah pandai termenung ini. Fikir apa tu?” Sapa Datin Maria, ibu abang Amin dan juga ibu angkatku. Aku tersentak dan melihatnya tersenyum memandangku.  

“Mana ada ma..” jawabku tersipu malu. Walaupun dia sudah ku anggap seperti ibuku tapi aku tetap malu dan berasa janggal bila ditegur begitu.

Aku mengalihkan pandanganku ke arah kolam renang dan ketika itu aku terlihat abang Amin yang sedang merenungku. Aku membalas renungannya seketika dan serentak itu juga aku berpaling ke arah Datin Maria. Kecut perut aku dibuatnya. ‘Kenapa abang Amin selalu merenungku begitu?’ tiada jawapan dalam benakku, apa yang ada cuma rasa gelisah bila diri diperhatikan oleh seseorang yang bernama lelaki. Sudahnya aku meminta diri untuk masuk ke rumah dan pantas sahaja kaki ini melangkah menuju ke pintu belakang banglo tersebut.

“Ika, ambil laptop abang jap.” Pinta abang Amin sambil duduk atas sofa bertentangan denganku.

“Ambil kat mana?” Soal ku ringkas.

“Tu..” Balasnya sambil jari telunjuknya menghala ke sebelahku.

Tanpa banyak bicara aku menghulurkan padanya dan menumpukan semula perhatianku pada siaran di kaca televisyen. Ketika itu aku berpura-pura buat tak nampak yang dia sedang merenungku lagi.

“Tengok cerita Nona tahu ke dia cakap pasal apa? Tengoklah cerita Geng Bas Sekolah ke, Elly & Epit ke..” Berderai tawanya mengenakan aku.

“Tahu lah, bukan dia cakap bahasa German pun!” Balas ku ringkas. Malas nak bertikam lidah dengan abang Amin sebab akhirnya nanti aku yang akan tersinggung dengan kata-katanya. Dia ingat aku suka ke cerita budak-budak itu.‘Ah lantaklah’, bentak hatiku.

“Habis kalau dia cakap bahasa Tamil Ika faham lah ye..” Sindirnya sambil tersenyum puas bila melihat wajahku masam mencuka.

“Suka hati abang lah, malas nak layan.” Balasku lagi.

“Siapa suruh layan?” Soalnya pula. Aku hanya mencebikkan bibirku tanda mengejeknya dan pandanganku ku arahkan betul-betul tepat ke kaca televisyen. Pakaian pengantin yang dipaparkan dalam slot perkahwinan begitu menarik perhatianku. Ditambah pula dengan pasangan pengantin yang cantik dan sepadan tambah memukau mataku. 

Tiba-tiba aku terdengar deraian tawa dan serentak itu juga aku menolehnya. Dia masih ketawa melihatku. Aku yang berasa kehairanan memandangnya dan bertanya, “kenapa gelak?”. Dia tidak menjawab dan masih tersisa deraian tawa dibibirnya.

“Gila!” Kata ku.

“Ika tu tengok TV pun boleh tersengih macam kerang busuk, beranganlah tu.” 

“Mana ada. Ishhh, asyik nak kenakan orang je!”

“Ada, abang nampak Ika senyum sorang-sorang tadi,”

“Tengok orang buat apa? Buatlah kerja tu, sibuk je!” Bentak ku geram.

“Dah Ika cantik abang tengoklah.” Jawabnya perlahan sambil menatap wajahku.

Aku hanya menundukkan mukaku dan berpura-pura melihat corak kapet yang terbentang di atas lantas mozek ruang tamu itu. Terasa laju degupan jantungku dan ketika itu aku mula rasa serba tak kena. Tak lama kemudian, aku berdiri dan melangkah untuk meninggalkannya tapi tiba-tiba tanganku ditarik olehnya.

“Apa ni abang? Lepaskan tangan saya.” Rayu ku perlahan sambil menahan rasa ketakutan. Lain benar sikapnya terhadapku sejak akhir-akhir ini dan dia juga tidak melayan aku seperti seorang remaja yang baru berusia 12 tahun. Aku menjadi hairan dengan perubahan sikapnya.

“Ika nak pergi mana? duduklah dulu, abang nak cakap sikit dengan Ika ni..” Pintanya lembut.

“Abang nak cakap apa?” Soal ku hairan.

“Duduklah.” Dia menarik tanganku dan aku akur, kemudian duduk bersebelahan dengannya diatas sofa yang sama.   

Dia menatap wajahku seketika dan aku hanya memandangnya kembali. Riak wajahnya nampak agak serius ketika ini. Aku membiarkan saja tingkahnya dan menanti kata-kata yang ingin di ungkapkannya padaku. 

“Abang nak minta maaf kalau selama ini abang banyak sakitkan hati Ika. Walaupun umur Ika baru je 12 tahun tapi abang nampak Ika matang dan berani buat keputusan sendiri. Abang Cuma nak minta Ika jaga diri, jaga ibu, dan jaga mama dengan papa. Ika dah macam adik abang sendiri, abang sayang Ika.” Jelasnya.

“Flight abang petang esok.” Tambahnya lagi.

“Abang nak pergi mana?” Soal ku perlahan. 

“Abang dapat tawaran sambung study kat UK untuk buat Master dan phD. Lebih kurang 5 tahun abang akan duduk sana, lepas itu kalau ada rezeki mungkin abang akan bekerja dan menetap kat sana” Jelasnya lagi.

Ketika ini hanya Tuhan saja yang tahu betapa hatiku terasa sayu bila mengetahui abang Amin akan pergi sambung pengajiannya di United Kingdom. Aku terdiam seketika sambil melayan perasaan yang semakin merasukku.

“Abang dah kemas pakaian abang ke?” Soal ku lemah. Dia hanya menggeleng.
“Ika tolong kemaskan baju abang ye..tapi kena belanja ice cream dulu lah..” Tambahku sambil kulemparkan senyuman palsu untuknya. 

Dia juga membalas senyumanku dan berkata, “boleh..jap lagi kita pergi kedai ye. Ika siap-siaplah dulu, abang naik mandi kejap.”

“OK..” Balasku pura-pura ceria tetapi masih lagi tak berganjak walaupun seinci.

Dalam hati ini hanya Tuhan yang tahu betapa aku terasa ingin menjerit dan menangis sepuas hatiku. Kenapa tiba-tiba hati aku berat untuk lepaskan dia pergi. ‘abang Amin,’ , rintih hatiku pilu.

Bersambung...

*****************************
Yang Indah Itu Milik Kita : Bab 1
Yang Indah Itu Milik Kita : Bab 2
Yang Indah Itu Milik Kita : Bab 3
Yang Indah Itu Milik Kita : Bab 4

0 comments:

Post a Comment