Wednesday, 28 August 2013

Tips Kurangkan Kesakitan Kanak-kanak Yang Sedang Cirit-birit

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Kanak-kanak dan bayi adalah antara golongan yang mudah sakit perut dan cirit-birit sebab perut mereka sangat sensitif pada bahan makanan yang tinggi kandungan asid, pedas, sejuk, ataupun makanan yang sudah tercemar. Ketika itu, perut mereka akan merasa kesakitan yang amat sangat dan memerlukan rawatan segera sama ada secara tradisional ataupun dengan menggunakan kaedah moden.

Secara amnya, bila bayi anda cirit-birit dan muntah-muntah ketika itu mereka sedang kehilangan banyak kandungan air yang sangat-sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk melancarkan segala proses bagi setiap organ dan air juga penting untuk menstabilkan suhu badan.

Kebiasaannya, dalam masyarakat Melayu kaedah yang pertama sekali digunakan adalah rawatan tradisional ataupun mengikut petua orang-orang tua dulu-dulu. Caranya adalah seperti di bawah:-

1. Setelah cuci najis bayi atau kanak-kanak tersebut, sapukan minyak Gamat pada bahagian yang kemerah-merahan ataupun melecet untuk merawat luka kecil dan menghilangkan rasa gatal pada kulit. Bedak bayi adalah tidak digalakkan kerana akan mengakibatkan kulit menjadi kering dan bakteria mudah membiak di kawasan luka tersebut. Kesannya, pesakit akan merasa gatal dan tidak selesa.

2. Sapukan minyak panas yang sesuai di bahagian perut, belakang, kaki, dan tapak kaki bayi atau kanak-kanak tersebut dan gosok perlahan-lahan. Antara minyak yang selalu digunakan adalah minyak Afiat, minyak Yu Yi Cap Limau, minyak Telon, Tiger Balm, dan sebagainya.

3. Pakaikan barut atau balutkan perut pesakit menggunakan kain kapas (kain batik) dan biarkan pesakit tidur. Fabrik dari kapas adalah sangat sesuai digunakan kerana kainnya lembut dan mudah serap peluh.

Selain itu, anda juga digalakkan menggunakan kaedah tradisional atau terus ke unit kecemasan hospital yang berdekatan. Kebiasaannya adalah dengan memberi minum larutan ORS (Oral Rehidrated Salt) yang boleh didapati di semua kedai Farmasi. Fungsi ORS ini adalah untuk memberi semula tenaga yang diperlukan oleh tubuh yang telah kehilangan air.

Jika bayi atau kanak-kanak tersebut mengalami cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk (5-6 kali sehari) anda dinasihatkan segera membawa pesakit terus ke Unit Kecemasan dan air yang megandungi tenaga daripada gula akan dimasukkan dalam badan pesakit dan tidak lama kemudian pesakit akan berasa lega dan kembali bertenaga.

**********************************************
Artikel lain yang menarik:-

1. Kenapa Ada Mak Yang Sanggup Dera Anak Sendiri?
2. Simpanan & Pelaburan Untuk Masa Depan Anak-anak.
3. Tabiat Pelik Bayi dan Kanak-kanak Normal.
4. Kenali Sikap Lelaki Yang Benar-benar Menyintai Anda.
5. Surah-surah Amalan Ketika Mengandung.
6. Barut Bayi 100% Kain Kapas Asli (Cotton)
7. Minat bola? Dapatkan Jersi Bola Sepak Kegemaran Anda Sekarang.
8. Beli Tudung Bawal Bunga Dengan Harga Yang Murah.

0 comments:

Post a Comment