Friday, 23 August 2013

Ajar Anak Berus Gigi Sendiri Seawal Usia 1 Tahun Setengah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.

Seronok kan bila tengok telatah budak kecik ni kan?dah la comel, manja pulak tu..kalau yang laki OK la sikit. Tapi kalau budak-budak perempuan kemain mengada-ngada lagi..tapi hakikatnya perempuan ni bukan lah mengada yang saja di buat-buat tu tapi dah memang sifat diorang macam tu sejak dari lahir lagi.  So, jangan asyik complain ktorg je ye..

Entry kali ini sebenarnya bukan nak cerita tentang perangai perempuan ke apa..cuba tengok tajuk semula..hehe..Pagi ni saya nak galakkan para-para ibu mithali (bapa mithali pun boleh jugak ye.. :) ) untuk ajar anak berus gigi sendiri seawal usia 1 tahun setengah, tapi kena tengok jugak pencapaian anak tu ye..pencapaian tu bukanlah bermaksud dapat 5A dalam UPSR ke (lambat lagi, ni cerita pasal baby ngan budak-budak ni..haha..saja buat sengal sekejap..)

Pencapaian yang saya maksudkan adalah, boleh ke anak korang tu berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin. Selain itu, boleh ke dia pegang objek dengan betul, dan yang paling penting boleh ke dia ikut arahan korang. Senang cerita, budak tu faham tak korang cakap apa..kalau faham dan boleh buat apa yang korang suruh memang anak korang tu the best la..Yela budak baru 1 tahun lebih semua pandai ke kalau suruh buat macam-macam benda contohnya letak baju dalam bakul, buang sampah dalam bakul sampah, letak botol susu atau cawan atas meja, dan macam-macam lagi la..

Ok, berbalik pada cerita asal tadi sebenarnya senang je nak ajar anak berus gigi sendiri ni..tips paling mudah adalah jangan paksa dia buat sesuatu tu, tapi pujuklah sehabis mungkin dan kena gunakan psykologi..tapi memang naik angin jugak la nak tunggu siap tu..hehe..tapi tak apa, layan kan je..nanti kalau dah hari-hari dia buat benda yang sama, insyaallah lepas tu tak payah suruh pun mesti dia yang minta nak buat sendiri..

Mesti ada yang pelik kan kenapa saya tulis entry ni kan, benda basic dan common sense je kot..tapi jangan ambil mudah sebab ada juga ibu-ibu yang terlepas pandang perkara remeh-temeh macam ini lah akan effect karakter dan personaliti anak-anak tu..ceh ceh ceh, macam nak jadi personaliti TV pulak ye..hehe..

Sebenarnya saya rimas sangat tengok budak-budak yang comot, lagi-lagi perempuan..hishh, memang tak patut kalau harap muka je comel tapi gigi buruk..tapi bukan salah diorang pun kan..?budak-budak ni kita kena ajar dia satu persatu baru dia faham dan ingat. Kalau budak tu comot maknanya mak dia memang pemalas.

Kalau nak anak tu berdikari bila besar nanti, ajar lah buat sesuatu yang bermanfaat dan biar dia lakukan sendiri. Walaupun dia masih kecik baru satu tahun lebih tapi mesti dia boleh buat kalau korang bagi kepercayaan kat dia. Bila besar nanti dia akan lebih berdikari dan berjaya dalam hidup.

Terima kasih kerana membaca.

0 comments:

Post a Comment