Thursday 15 August 2013

Resepi : Ikan Keli Bakar cicah Kerabu Pelam Telur

ikan keli afrika, omega 3, kerabu mangga, sedap, resepi baru, masakan kampung, Malaysia, Asian food, ikan bakar, menu sihat, ternakan keli, ikan air tawar, usahawan keli


Assalamualaikum..

Hari ini saya nak kongsi satu lagi resepi iaitu ikan keli bakar cicah kerabu pelam telur..biasa korang makan kerabu mangga kan..rasanya kurang masam tapi kalau guna pelam telur rasa masam dia memang tip-top la..mesti kecur je air liur korang kan..haha..kalau dah tak
 boleh tahan sangat sila lah cuba resepi kat bawah ni..yang jual kat kedai makan tu rasa dia biasa-biasa je..yg masak sendiri ni rasa dia sedap lain macam sikit la..nak tau rasa macam mana kena cuba dulu lah kan..

Resepi ini asalnya dari arwah atok yang berketurunan atau berasal dari Banjar Masin, Indonesia. Arwah atok lahir kat Parit Buntar, Perak pastu berpindah ke Tanjung Karang, Selangor. Bila musim ikan keli dengan pelam telur atau pelam bemban mesti arwah atok sekeluarga makan lauk keli bakar cicah kerabu pelam ni..kalau dulu susah nak makan ikan keli bergantung pada musim padi..ikan keli tu fresh dari sawah padi ataupun dipanggil bendang..tapi sekarang ni senang je nak dapat ikan keli, pergi je beli kat pasar tu..banyak jual..tapi kena beli kat peniaga Melayu la sebab status HALAL tu tak perlu diragui..ok la, penat da korang baca celoteh saya ni kan..resepi nya tak bagi lagi..hehe..ralit kalau bcerita ni..ok, resepi nya kat bawah ni..selamat mencuba ye..

Resepi Ikan keli bakar dan kerabu pelam telur

Bahan-bahan:-

5 ekor ikan keli
6 biji pelam telur
3 biji cili padi
4 sudu air ikan wadi (boleh ganti dgn belacan sbb susah nak dapat air wadi tu)
50 ml air

Cara-cara:-

1. Panggang atau bakar ikan keli sampai masak/garing skit.
2. kupas dan cincang pelam telur.
3. Gaulkan dgn air wadi, air, dan cili padi.

Taaraaa..senang je kan..ok la, enjoy your dishes..bye..

0 comments:

Post a Comment