Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua yang sudi singgah ke blog saya ini. Mesti korang semua dah tau apa itu blog dan apa kegunaannya kan..jadi saya tak nak cite panjang lebar tentang definisi blog sebab ianya terlalu basic dan saya yakin pakcik-makcik yang dulunya buta IT pun sekarang ni dah tau blog tu ape..semua dah celik IT kan..kalau tak tau juga cari lah kat Google ye..bersepah entry pasal blogging ni..yang penting kena rajin membaca..membaca..dan terus membaca..bila kita rajin membaca bahan bacaan yang bermanfaat mesti otak akan sihat dan pemikiran pun akan jadi lebih matang..membaca pengalaman hidup orang lain pun boleh buka minda kita tau...tak percaya cubalah dulu.. :)
Macam-macam tujuan orang buat blog ni, ada yang suka-suka, tengok kawan ada blog dia pun nak buat blog juga tapi tak tau nak cite pasal apa..ada juga yang jadikan blog sebagai diari, apa yang berlaku dalam hidup dia semua dia tulis dari A sampai Z, pastu satu dunia tau siapa dia..it means that dia mungkin tulis blog untuk jadi popular je..selain tu ada juga yang tulis blog sekadar untuk mengetengahkan pendapat dan idea untuk membantu orang yang memerlukan jawapan daripada persoalan2 yg rumit seperti soal jawab agama dan sebagainya..tapi sebenarnya ada orang yg buat blog sebagai sumber pendapatan..saya tak habis study lagi bab-bab untuk menjana income dari blog ni tapi apa yang saya tau blog tersebut dijadikan sebagai media pengiklanan yang didaftarkan dibawah syarikat pengiklanan tempatan seperti Nuffnang. Caranya saya sendiri pun masih belajar lagi, so tak tau nak cite mcm mana tapi macam yang saya cakap tadi korang boleh search kat Google je..
Apa pun hobi menulis blog ni bagi aku adalah satu hobi yang sangat bermanfaat sebab sambil kita menulis sambil kita mengasah buah fikiran kita..sebelum menulis kita kena membaca dulu, buat kajian sikit, try and error some tips yg kita baca dari internet, dan seterusnya fikir sebelum tulis apa2 pendapat..dan pastikan sentiasa berfikiran positif kalau nak berjaya dlm apa bidang sekali pn..so, be a positive thinker and do whatever you wanna do in positive ways and positive perspectives. Happy blogging...
Bye and see you again....
0 comments:
Post a Comment