Sunday 28 January 2018

Konsert XPDC & Cromok Metal Legends di MAEPs Serdang (Febuari 2018)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari Khamis yang lepas Qiya dijemput untuk menghadiri sebuah majlis sidang media atau Press Conference di House of Kambing, MAEPs Serdang bagi menjayakan sebuah Konsert XPDC & Cromok Metal Legends Live in Concert yang bakal diadakan bertempat di Pintu 2, MAEPs Serdang pada 3hb Febuari 2018 jam 8.30 malam tidak lama lagi.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Kalau korang nak tau Qiya ni memang peminat setia Kumpulan heavy metal XPDC dan Cromok ni dari zaman kaset dan CD/VCD sampai la sekarang ni. Masa tu tahun 1999-2001 kalau Qiya tak silap. Setiap hari earphone mesti tergantung je kat telinga sebab dengar carta radio ataupun segmen Pilihan Bersama Radio Muzik dekat walkman. Nostalgia sangat tau...


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Banyak lagu popular XPDC yang Qiya minat sebenarnya antaranya Nafisa,  Titian Perjalanan, Hentian Ini, Hijau Bumi Tuhan, CINTA, dan banyak lagi sampai Qiya pernah la belajar main gitar intro lagu Hidup Bersama tu. Cikgu gitar Qiya masa tu adalah abang dan dua orang adik lelaki Qiya. Diorang memang pro main gitar...tapi anak murid dia ni still tak faham dan tak dapat tangkap langsung cord gitar apa yang diorang main...hahaha...memang Qiya ni tak ada bakat main alat muzik agaknya... Eh Qiya pandai la main alat muzik...masa kat kampung dulu Qiya main kompang untuk kenduri kahwin la...haha


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Tapi sebenarnya main alat muzik ni kena selalu praktis, macam abang dan adik-adik Qiya memang setiap hari diorang main gitar, pergi jamming dengan kawan-kawan diorang dan kadang-kadang kalau diorang terdesak sangat Qiya la kena jadi vokalis masa diorang tengah praktis main gitar walaupun diorang da tau Qiya menanyi memang tempo semua ke laut dalam...hahaha...tapi tu la kisahnya... Qiya memang membesar dengan lagu-lagu sezaman dengan XPDC dan Cromok ni...


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Peminat setia muzik heavy metal pastinya tak nak lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert XPDC yang dianggotai oleh Mael (vokalis), Zuar (bass), Amy (dram) dan Jeff (gitar) ‘berentap’ buat pertama kali dengan Cromok yang dibarisi Sam (vokalis, bass), Karl (gitar) dan Miji (dram) nanti kan?


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Zuar dalam satu temubual baru-baru ini berkata, konsert ini adalah satu penghormatan buat mereka dan hadiah untuk peminat.

  “Kami tidak sabar mahu menghiburkan peminat. Kami juga teruja beraksi dengan Cromok,” katanya.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


XPDC juga akan menampilkan kelainan dalam persembahan mereka nanti terutama dari segi pemilihan dan susunan lagu. Antara segmen yang menarik ialah dram solo daripada Amy dan solo gitar menggandingkan Jeff dan Karl. Malah, kedua-dua band ini juga akan bergabung di atas satu pentas di penghujung konsert. Cromok pula mengharapkan konsert ini bakal menggembirakan peminat setia mereka.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Kali terakhir Cromok terbabit dalam konsert berskala besar ialah di konsert reunion 25 tahun Cromok Thrashing Kuala Lumpur di KL Live pada 2012 lalu. Setahun selepas itu mereka diundang sebagai ‘opening act’ bagi Konsert Metallica Live In Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2013.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,

  
“Sudah lama kami tidak beraksi di pentas konsert. Kami berharap konsert ini bukan sahaja mengubat kerinduan peminat, tetapi dapat membawa mereka mengimbas kembali kenangan bersama Cromok,” kata Karl.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Apa yang menarik, Cromok juga bakal membawa seorang tetamu khas dari Australia untuk menyaksikan konsert terbabit. Beliau ialah Danny Kaleda yang juga pengurus asal Cromok ketika di awal penubuhan mereka di Australia dahulu.



MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Danny adalah individu penting yang banyak membantu Cromok sehinggalah majalah Hot Metal Megazine Australia menganugerahkan mereka ‘The Best Heavy Metal Band’ di Sydney  pada 1990. Danny juga adalah pengasas label Vampire Records di Australia dan memiliki stesen radio sendiri.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Sementara itu, Pengurus Operasi JMP Production Sdn Bhd, Faezatul Asykin Anuar yang juga wakil penganjur berkata, penonton juga berpeluang memenangi hadiah gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House menerusi cabutan bertuah.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


“Selain itu penonton dan peminat juga berpeluang mendapatkan barangan cenderahati Cromok dan XPDC  seperti kemeja-T, CD, VCD, pick gitar dan poster,” katanya.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Menurut Faezatul, persembahan busking juga akan diadakan di tapak konsert bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Dalam pada itu, penganjur juga berharap penonton dapat menjaga etika dan disiplin supaya konsert dapat berjalan dengan lancar.

“Konsert ini juga akan dirakam sepenuhnya oleh penganjur. Jadi, segala bentuk rakaman ‘live’ daripada penonton menggunakan kamera DSLR, kamera digital dan drone adalah dilarang sama sekali,” katanya.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,

  
Peminat yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari laman web www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (thrash zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone).

Tiket juga boleh didapati di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).
Continue Reading

Resepi Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Da lama Qiya nak update entry tentang Resepi Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa ni tapi baru hari ni je Qiya sempat tulis dalam blog. Makin lama Qiya rasa blog Qiya ni da penuh dengan resepi la plak...da jadi macam blog masakan...hehe...

Tapi memang Qiya ni sejenis yang suka memasak cuma kadang tu tak berapa sempat nak masuk dapur...bila ada peluang masuk dapur je macam-macam la Qiya teringin nak masak...that's why la kadang-kadang tu hari-hari entry blog Qiya ni berkaitan dengan resepi je...


Resepi, Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa, Menu masakan, masakan Melayu,


Tu jela hobi simple yang mampu Qiya buat sekarang ni (sebab tu berat badan makin lama makin naik! haha) sambil-sambil pergi servis existing clients unit trust Qiya selain tengah penuhkan CPD (Continuing Professional Development) dan juga Renewal Criteria ataupun lebih kurang macam KPI untuk Qiya renew license FIMM (The Federation of Investment Managers Malaysia) bagi tahun 2018 ni. Nak penuhkan cepat-cepat sebab next following months Qiya nak focus pada roadshow je.

Berbalik pada kisah resepi hari ni iaitu Resepi Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa, ianya simple sangat-sangat. Macam masak merah je sebenarnya. Cuma ada additional rasa masam dan manis yang lebih ketara. Kalau korang nak guna ikan lain pun boleh jugak. Kadang-kadang Qiya masak resepi yang sama cuma Qiya ganti dengan ikan lain. Biasanya Qiya akan guna ikan siakap, ikan kerisi, tu jela kot. 

Kalau tukarkan ikan kepada daging ayam pun boleh. Tapi ramai orang kata kalau terlampau banyak makan daging ayam lagi-lagi bahagian dada boleh menyebabkan jerawat yang kronik disebabkan oleh hormon yang disuntik untuk merangsang tumbesaran ayam. Betul ke? 

Tapi memang ada kawan Qiya yang da stop makan ayam daging sebab nak jaga kulit... Ayam daging tau bukan ayam kampung... Ayam kampung tak mendatangkan masalah jerawat tapi nak dapat ayam kampung kat tengah-tengah bandar ni mungkin susah la sikit kan...

Resepi Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa 


Bahan-bahan:-
1 ekor ikan cencaru
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
2 batang serai
1 inci halia
1 biji lemon
1 biji tomato
3 sudu sos cili
2 sudu gula
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Minyak masak
100ml air
daun bawang
daun sup

Cara-cara memasak:-

  1. Goreng ikan cencaru.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, dan cili kering yang telah dikisar halus.
  3. Perah jus lemon dan masukkan halia dan serai yang telah dihiris nipis. Kemudian masukkan sos cili dan gula. 
  4. Tambah sedikit air supaya ianya berkuah dan biarkan ia mendidih seketika.
  5. Masukkan ikan cencaru bersama tomato yang dipotong dadu, daun bawang dan daun sup yang telah dihiris.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Terima kasih kerana membaca Resepi Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa dari blog Qiya. Mungkin korang berminat juga nak try Resepi Ikan Siakap Steam Cuka ni kan dan jangan lupa baca juga 10 Kebaikan Merendam Kaki dalam Air Panas dan Garam ni, banyak manfaatnya untuk kesihatan!
Continue Reading

Sunday 21 January 2018

Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang, korang perasan tak tahun 2018 ni sekejap je berganjak? sedar-sedar bulan Januari ni dah masuk minggu ke-4 da pun. Baru je cuti sempena tahun baru, tak lama lagi cuti Chinese New Year (CNY) plak. Cepat kan? Ke Qiya sorang je yang rasa macam ni...hehe

Macam tahun-tahun sebelum ni awal Januari setiap tahun memang Qiya busy sangat-sangat sebab tengah struggle study untuk final examination tapi tahun ni alhamdulillah da free sikit. So, tahun ni memang Qiya banyak planning untuk travel. 

Planning Qiya boleh dikatakan setakat angan-angan kosong jela buat masa ni sebab Qiya belum booking mana-mana hotel atau tempat penginapan. Haha... Tapi kalau ada rezeki Qiya nak pergi bercuti kat Langkawi ataupun Phuket ke...sebab boleh mandi pantai kan...

Mesti ada yang da ambil cuti awal-awal untuk sambung cuti Hari Raya Cina kan...So, korang da ada plan nak pergi travel kat mana-mana ke? 


Traveloka, Contest, CNY, Flight Ticket, Accomodation, online booking flight ticket, peraduan, pakej percutian, Seoul Korea, Phuket Thailand, Langkawi, Malaysia,


Korang mesti pelik kenapa Qiya membebel pasal travel plak sebab Qiya ni kan suka cakap pasal investment. Kalau korang nak tau, Qiya cerita pasal travel ni sebab Qiya nak bagitau korang sekarang ni Traveloka tengah adakan Fly & Win CNY Contest

Hadiah dia kalau bertuah korang dapat pakej percutian ke Korea, Phuket, ataupun Langkawi tau. Best kan? 

Kejap lagi Qiya cerita lebih lanjut berkaitan dengan syarat-syarat, cara untuk join contest ni, dan hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Traveloka. Kalau korang tak join memang rugi sesangat!

Untuk pengetahuan korang, Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018 ni akan berlangsung dari 22 Januari (00:00) sehingga 28 Febuari 2018 (23:59PM). Means baru je start hari ni... So, korang join la cepat-cepat tau, mana tau kot kot rezeki korang menang pakej percutian dari Traveloka ni nanti.

Hadiah-hadiah untuk pemenang-pemenang Traveloka Fly & Win CNY Contest ini adalah seperti berikut:-

HADIAH TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST 2018 


Pemenang Pertama
Pakej Percutian 6H5M ke Seoul
(Tiket Penerbangan & Tempat Penginapan)

Pemenang Kedua
Pakej Percutian 5H4M ke Phuket
(Tiket Penerbangan & Tempat Penginapan)

Pemenang Ketiga
Pakej Percutian 4H3M ke Langkawi
(Tiket Penerbangan & Tempat Penginapan)

Pemenang Saguhati
Baucer Traveloka RM1,000 × (2)


Best tak hadiah contest Traveloka ni? 

Qiya plak yang excited sangat ni sampai terbayang-bayang je pantai-pantai kat Phuket tu...padahal tak pernah sampai Phuket lagi...haha...tapi Qiya rasa Phuket mesti cantik dan best macam kat pantai Hatyai. Pastu makanan kat sana mesti sedap gila. Seafood, tomyam, kerabu...perghhh...terliur la plak...

Syok je Qiya cite pasal hadiah-hadiah untuk Contest Traveloka Fly & Win CNY ni kan...tapi sapa je yang boleh join peraduan ni? Semua orang ke...

Ok, untuk makluman korang...Contest Traveloka Fly & Win CNY ni terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan penduduk Malaysia yang berumur 18 Tahun dan ke atas (setakat Januari 2018) yang juga menetap di Malaysia sekarang ini tapi tak termasuk individu-individu yang ada kaitan dengan Traveloka Sdn. Bhd. seperti kakitangan, ahli keluarga pekerja, para pemasar affiliate, anak syarikat, pengiklan, PR agensi, pembekal bagi Traveloka dan sebagainya.

Kalau ada yang berumur bawah 18 tahun yang nak join contest Traveloka ni boleh tapi kena pastikan da dapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga korang terlebih dahulu ye. Dan selain itu, korang kena baca dan hadam betul-betul syarat-syarat penyertaan untuk Contest Traveloka Fly & Win CNY.

Tempoh contest ini berlangsung seperti yang Qiya nyatakan kat atas tadi, iaitu dari 22 Januari sehingga 28 Febuari 2018. Tapi pihak Traveloka berhak meminda tarikh tersebut sama ada diorang nak pendekkan tempoh ataupun nak panjangkan tempoh peraduan ini tanpa sebarang notis. So, kena ALERT la kan...kena rajin tengok-tengok FB page Traveloka.

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum korang menyertai Traveloka Fly & Win CNY Challenge ini. Antaranya adalah:-
  1. Para peserta mestilah mempunyai akaun Facebook yang sah dan di set kepada public untuk bermain mini game dan menghantar penyertaan tersebut.
  2. Para peserta mestilah seorang follower kepada Facebook Fan Page Traveloka Malaysia.
  3. Para peserta hendaklah bermain mini game Traveloka Fly & Win CNY Challenge di webpage yang disediakan oleh penganjur.
  4. Para peserta perlu mengisi butiran peribadi di halaman pendaftaran yang disediakan oleh penganjur.
  5. Para peserta boleh share penyertaan tersebut maksimum 5 kali sehari.
  6. Para peserta perlu mencapai markah tertinggi; hanya 3 orang pemenang dengan markah tertinggi sahaja akan dipilih sebagai Pemenang utama yang dinyatakan dibawah section 5.2 dalam Traveloka Fly & Win CNY Challenge's Terms and Conditions.
  7. Para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang dinyatakan di bawah section 5.3 dengan cara berkongsi Traveloka Fly & Win CNY Challenge ini di Facebook masing-masing. Dan para pemenang akan dipilih secara rawak.
  8. Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat penyertaan ini akan mengakibatkan penyertaan tersebut dibatalkan dan secara langsung korang tak layak untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut.


Traveloka Fly & Win CNY Contest ni senang je. Korang boleh sertai peraduan ni dari Traveloka Fly & Win CNY 2018 Contest dan contest ni adalah sebuah game mini sebenarnya. Korang hanya perlu follow instructions seperti dalam gambar yang Qiya provide kat bawah ni. 


Traveloka, Contest, CNY, Flight Ticket, Accomodation, online booking flight ticket, peraduan, pakej percutian, Seoul Korea, Phuket Thailand, Langkawi, Malaysia,


Bila korang da join Contest Traveloka Fly & Win CNY 2018 ni korang rajin-rajinkanlah diri korang untuk jenguk-jenguk Page FB Rasmi Traveloka sebab semua pemenang akan diumumkan kat page tersebut. Tapi korang jangan risau sebab pihak Traveloka memang akan hubungi  para pemenang melalui email nanti. 

So, korang cuma kena pastikan semua butiran peribadi yang korang isi dalam borang permohonan tu 100% betul untuk mengelak sebarang kesulitan bagi pihak peserta dan juga pihak penganjur. By the way, Qiya ucapkan semoga korang berjaya untuk Contest Traveloka Fly & Win CNY 2018 ini!
Continue Reading

Bakar Ikan Selar Dalam Oven Elba

Semalam datang plak mood nak kurangkan makanan bergoreng. So, Qiya bakar jela ikan selar dalam oven lama Qiya yang jenama Elba tu. Saja nak try oven ni OK lagi ke tak sebab Qiya memang da lama sangat tak guna oven ni. 


Ikan selar bakar, menu sihat, cara bakar ikan dalam oven, menu diet,


Kira OK la, oven ni Qiya beli masa tahun 2011 kalau tak silap. Means da 7 tahun still functioning lagi cuma timing dia da rosak, tak bergerak... So, kena tunggu sebab api dia tak tutup sendiri. Tapi kan sebenarnya setahun dua je Qiya guna pastu terbiar sebab tuan dia sibuk la sangat kononnya dalam beberapa tahun ni. 


Ikan selar bakar, menu sihat, cara bakar ikan dalam oven, menu diet,


Qiya bakar ikan selar ni guna suhu 250°C dalam masa 20-30 minit. Bubuh garam dengan kunyit je. Da lepas pre-heat oven dalam masa 5 minit Qiya terus letak ikan tray. Then, biarkan je ikan ni masak dan tak payah balik-balik kan sebab nanti kulit dia tertanggal.


Ikan selar bakar, menu sihat, cara bakar ikan dalam oven, menu diet,


Pastu Qiya goreng sayur baby sawi, carrot, kentang, dan akhir sekali Qiya tumbuk sambal belacan. Memang bertambah makan walaupun 2 3 hari ni Qiya tak berapa sihat. 

Terima kasih sebab sudi singgah kat blog Qiya ni. Jangan lupa baca juga entry Majlis Pelancaran STEA - Be Gorgeous and Healthy Everyday.
Continue Reading

Tuesday 9 January 2018

Majlis Pelancaran STEA - Be Gorgeous and Healthy Everyday

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ni Qiya sempat menghadiri sebuah Majlis Pelancaran produk STEA di Hotel Concorde Shah Alam Selangor.


stea, stea teh hijau, stea beauty, skincare, green tea, petua langsing, rawat kulit wajah, khasiat teh hijau,



Bersesuaian dengan tagline STEA iaitu Be Gorgeous and Healthy Everyday, dalam majlis tersebut STEA melancarkan produk kedua iaitu STEA BEAUTY yang terdiri daripada Serum dan juga Green Tea Soap selepas produk pertama mereka STEA Teh Hijau menembusi pasaran dalam negara.

Dalam majlis tersebut juga Qiya diberi peluang untuk merasai kenikmatan STEA Teh Hijau dan ternyata rasa teh hijau STEA memang sedap. Dan yang paling penting STEA Teh Hijau tu tak ada rasa kelat langsung tau.


stea, stea teh hijau, stea beauty, skincare, green tea, petua langsing, rawat kulit wajah, khasiat teh hijau,


Selain itu, Qiya juga dapat beramah mesra dengan founder produk STEA BEAUTY ni dan sempat la borak-borak dan tanya beliau tentang tips untuk langsingkan badan sebab pengasas produk STEA ni mempunyai masalah berat badan yang sangat ketara sebelum ni selepas beliau melahirkan anak melalui kaedah Ceaser. 

Berat badan beliau mencecah 90kg lebih masa tu dan setelah beliau mengamalkan minuman teh hijau berserta diet yang seimbang dan rutin senaman beliau dapat menurunkan berat badan kepada 69kg.

Kalau korang nak tau teh hijau asli STEA ni adalah daun teh yang didapati daripada sumber berkualiti tinggi dari Jepun yang dipilih oleh pakar-pakar bagi memastikan rasanya yang luar biasa dan menyegarkan.



stea, stea teh hijau, stea beauty, skincare, green tea, petua langsing, rawat kulit wajah, khasiat teh hijau,



Selain itu, dalam setiap uncang teh hijau asli STEA ni juga terdapat serbuk teh hijau yang disebut 'matcha' yang mempunyai manfaat untuk kesihatan dan kecantikan.

100% khasiat daun teh hijau akan kita perolehi apabila kita minum matcha disebabkan kita telah pun minum seluruh daun teh hijau tersebut yang mana serbuk matcha ni mengandungi 137 kali lebih tinggi kandungan anti oksida berbanding teh hijau biasa.


stea, stea teh hijau, stea beauty, skincare, green tea, petua langsing, rawat kulit wajah, khasiat teh hijau,


Antara manfaat yang terdapat dalam teh hijau asli STEA adalah:-


  • Mengawal berat badan
  • Meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan pembakaran lemak
  • Melawaskan masalah pembuangan
  • Membuang kotoran dan toksin dalam badan
  • Mengawal selera makan
  • Mengurangkan kolesterol
  • Agen anti kemurungan
  • Agen anti penuaan
  • Tinggi anti oksidan
  • Menambah tenaga
  • Menghalang pengumpulan lemak dalam badan


Manakala produk yang baru dilancarakan pada hari Sabtu bersamaan 6hb Januari 2018 baru-baru ni pula adalah STEA BEAUTY. STEA BEAUTY adalah produk penjagaan kesihatan kulit wajah yang berasaskan teh hijau dan didatangkan dalam bentuk serum dan sabun bagi merawat kulit wajah yang bermasalah.


stea, stea teh hijau, stea beauty, skincare, green tea, petua langsing, rawat kulit wajah, khasiat teh hijau,


Sabun wajah STEA mengandungi serat daun teh yang bertindak sebagai skrub untuk menanggal sel kulit mati dan mengeluarkan kotoran di wajah.

Manakala serum STEA pula bertindak sebagai agen untuk merawat wajah yang rosak. Antara kandungan utamanya adalah 'extract' teh hijau, aloe vera, kolagen, stem cell apple dan banyak lagi. Tekstur serum STEA ni adalah seperti jeli dan tidak terlalu melekit, ianya sangat menyejukkan dan menyegarkan wajah ketika menggunakannya.

Antara kelebihan STEA Beauty adalah:-


  • Mengandungi anti oksidan yang tinggi bagi merawat wajah
  • Mengecutkan jerawat dengan cepat
  • Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  • Mengecilkan pori-pori
  • Menghilangkan kulit kusam dan kasar
  • Melembapkan kulit dan menjadikan kulit tidak berminyak
  • Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata 
  • Menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Menganjalkan kulit wajah
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Mencerahkan kulit dan melindungi kulit dari sunburn
  • Agen anti penuaan
  • Menanggalkan whiteheads dan blackheads

Harga STEA Teh Hijau adalah RM60 manakala STEA Beauty pula adalah RM89 sahaja.


stea, stea teh hijau, stea beauty, skincare, green tea, petua langsing, rawat kulit wajah, khasiat teh hijau,


Untuk maklumat lanjut korang boleh layari website STEA Beauty di www.steabeauty.com.my ataupun di Instagram STEA Beauty @stea_malaysia_hq.

Selain itu korang boleh juga cari maklumat berkaitan dengan testimoni produk STEA Beauty ni dengan menggunakan hashtag-hashtag seperti #stea, #steatehhijau, dan #steabeauty.

Kalau korang berminat untuk jadi agen atau stokis bagi produk STEA Beauty ni korang boleh contact pihak STEA Beauty ni terus tau!
Continue Reading

Saturday 6 January 2018

Senarai Peserta 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Qiya da lama nak update Senarai Peserta 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017' ni tapi asyik tak sempat je. So Qiya mohon maaf kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi join GA Qiya ni sebab agak lewat keluarkan list peserta ni.

Kalau ikutkan target untuk GA December 2017 ni memang tak tercapai berbanding dengan GA Qiya untuk bulan November 2017 ada 63 peserta tapi GA December 2017 ni cuma ada 13 peserta je. RM100 untuk 3 orang pemenang tak cukup ye? Inshaallah nanti kalau ada rezeki lebih Qiya up sikit amount GA ni ye.


Giveaway, GA, Contest, Peraduan
Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017


Senarai Peserta 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017'


1. https://belogsjm.blogspot.my/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
2. http://qisstiera.blogspot.my/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html?m=1
3. http://www.mrsliez.com/2017/12/giveaway-cash-rm-100-by-qiya-saad-for.html
4. http://queensyanis.blogspot.my/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
5. http://penselduabee.blogspot.com/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
6. http://azlanbahar.com/contest/giveaway-cash-rm100-qiya-saad-december-2017/
7. http://www.sayidahnapisah.com/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
8. http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
9. https://galeriduniaku.blogspot.my/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
10. http://www.sishawadesign.com/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html

11. https://galaksiviral.blogspot.my/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
12. http://masturanasarudin.blogspot.com/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
13. http://www.huhahuhajerr.com/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html

Walaupun tak capai target tapi Qiya tetap nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan-rakan Blogger yang sudi join Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017 ni.

So, dengan rasminya hari ni 7hb Januari 2018 jam 3:37 pagi Qiya close GA ni dan semua pemenang bertuah Qiya akan umumkan dalam Senarai Pemenang Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017 nanti.

P/s: Jangan lupa baca juga entry 10 Kebaikan Rendaman Kaki dalam Air Panas & Garam ni. Banyak manfaatnya tau! 
Continue Reading