Tuesday 28 November 2017

Promosi Jam Tangan Wanita Jenama Casio & Tissot November 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Qiya nak senaraikan 10 Promosi Jam Tangan Wanita Jenama Casio & Tissot November 2017 tapi Qiya sempat senaraikan 7 jam tangan je sambil-sambil tulis artikel lain dalam blog ni.

7 utas jam tangan yang Qiya senaraikan dalam entry Promosi Jam Tangan Wanita Jenama Casio & Tissot November 2017 ni yang paling cun design dia bagi Qiya. Ada 1 utas jam tangan wanita jenama Tissot, 4 utas jam tangan wanita jenama Casio, dan sepasang jam tangan Casio.



Harga asal: RM750
Harga promosi: RM574.20


Casio, jam murah, Jam tangan, jam tangan wanita, Tissot,




Harga asal: RM399
Harga promosi: RM198


Casio, jam murah, Jam tangan, jam tangan wanita, Tissot,


3. CASIO LADIES LTP-V300L-4AV Analog Watch - Multi-Hand Water Resistant

Harga asal: RM249.60
Harga promosi: RM140.40

Casio, jam murah, Jam tangan, jam tangan wanita, Tissot,



Harga asal: RM254.40
Harga promosi: RM143.10

Casio, jam murah, Jam tangan, jam tangan wanita, Tissot,



Harga asal: RM187.20
Harga promosi: RM105.30

Casio, jam murah, Jam tangan, jam tangan wanita, Tissot,



Harga asal: RM640
Harga promosi: RM343.80

Casio, jam murah, Jam tangan, jam tangan wanita, Tissot,


Semua jam tangan yang Qiya senaraikan ni tengah ada promosi setakat waktu yang Qiya tengok. Bukan sikit-sikit diorang offer. Ada yang offer 50% tau. Memang murah gila harga jam tangan jenama Casio dan Tissot untuk perempuan yang Qiya senaraikan kat sini. 

Jam tangan jenama Casio rasanya ramai yang tau memang berkualiti. Jenama Tissot ni plak Qiya tak pernah beli lagi tapi jenama Tissot ni selalu sponsor sukan MotoGP tau. Kalau da sponsor sukan antarabangsa mesti la kualiti jam dia tu bagus kan...

Promosi Jam Tangan Wanita Jenama Casio & Tissot November 2017 ni Qiya tak tau la akan berlangsung sampai bila. Kalau korang berminat korang boleh klik kat setiap link yang Qiya da sediakan kat atas tu atau pun korang boleh klik kat gambar bawah ni. 


Casio, jam murah, Jam tangan, jam tangan wanita, Tissot,
Klik sini untuk ke website jualan


Qiya suka sangat senaraikan barang-barang yang Qiya nak beli kat blog Qiya ni sebab nanti Qiya boleh refer semula bila da ready nak beli. Tak payah susah-susah cari satu satu kat online shopping website tu sebab biasanya diorang selalu update dan tambah item baru. Tak jumpa plak jam tangan Casio dengan Tissot yang Qiya berkenan ni kan...

Setakat ni je dulu untuk entry Promosi Jam Tangan Wanita Jenama Casio & Tissot November 2017. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog Qiya ni. Kalau boleh nak minta korang LIKE page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga  Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall ni. 
Continue Reading

Monday 27 November 2017

Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall

Memang lama da Qiya pasang niat nak beli handbag sebab handbag Qiya yang lama tu da uzur. Qiya ada cerita kat dalam entry Senarai Handbags Bonia ni. Alhamdulillah hari ni Qiya dibukakan hati untuk shopping Bagpack Alain Delon dekat Parkson Setia City Mall. Hehe...

Bukan senang tau seorang yang bernama Qiya ni nak shopping. Biasa Qiya selalu cakap pasal simpanan, pelaburan, persaraan, masa depan yang cerah dan macam-macam perkataan lain yang membawa maksud yang lebih kurang sama erti.


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall, Padini outfit,

Tapi sejak akhir-akhir ni kalau korang perasan Qiya selalu cerita pasal pergi shopping, test baju kat fitting room, window shopping, JAM TANGAN ANALOG JENAMA CASIO, online shopping dan macam-macam lagi kan. Sebenarnya Qiya bukan kaki shopping tapi apa yang Qiya beli semuanya Qiya rasa dalam senarai barang keperluan Qiya termasuk la Bagpack Alain Delon ni.

Macam baru-baru ni kanta kamera handphone Qiya pecah. Bila ambil gambar jadi blur dan macam ada asap. Pemandangan dalam gambar tu da macam diselubungi alam mistik je. Sebab tu nak tak nak Qiya kena pejam mata jela untuk beli Kamera Digital Nikon Coolpix B500 tu. Alhamdulillah kamera tu da berjasa sekarang ni. Nanti bila da ready Qiya review kamera tu ye.

Qiya kalau boleh nak beli handbag sebenarnya tapi disebabkan Bagpack Alain Delon tu memenuhi fungsi yang Qiya perlukan so Qiya terpaksa lupakan handbags sekejap. Tapi sempat juga Qiya ushar-ushar handbags Bonia tadi...hehehe...mana tau ada rezeki lebih boleh beli kan...


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall


Sebab utama Qiya beli Bagpack Alain Delon ni adalah...jeng jeng jeng...hehe...tak ada sebab apa pun selain senang nak travel. Tu je. Senang nak pergi event sebab biasa pergi event banyak bergerak so bagpack adalah alternatif untuk Qiya memudahkan pergerakan untuk ke sana ke mari. Sebab kadang-kadang kan bila galas handbag ni boleh plak tersangkut kat celah-celah kerusi time nak lalu kat meja makan tu. Hahaha...

Sebenarnya semalam tu bukan purposely Qiya pergi shopping tau. Qiya on duty. Kena jaga kaunter roadshow Public Mutual. So, time rest tu Qiya pergi la jalan-jalan kat Parkson dan Butik Padini dalam Setia City shopping mall tu. Tapi memang da niat nak beli handbag cuma yang Qiya beli bukannya handbag tapi bagpack.


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall


Yang bestnya Bagpack Alain Delon ni tengah ada offer 60% tau. Tadi tanya promoter dia cakap promotion sampai minggu depan. So kalau korang nak shopping handbag berjenama sila la kan. Hujung bulan mesti gaji da masuk...lain la Qiya ni gaji tak tentu. Kadang ada gaji dan kadang tak ada gaji. Macam mana tu? Hahaha...abaikan...

Harga Bagpack Alain Delon yang Qiya beli ni RM167.00++ selepas offer 60%. So harga asal dalam RM350++ macam tu roughly. Malas nak on calculator...korang kira la sendiri. Qiya cuba tengok kat Lazada tadi ada tak bagpack Alain Delon yang sama tapi malangnya tak ada. Tak banyak rupanya BARANG-BARANG JENAMA ALAIN DELON kat LAZADA tu. Tapi bagpack Alain Delon yang biasa untuk travel tu ada la.


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall


Partner roadshow Qiya, Cheong pun tegur tadi...

"Wah, shopping...enjoy ya... Stress kan kerja..."

"You da shopping kan... I plak nak pergi makan sekarang..."

"You da shopping, tak payah makan..."

Hahaha...kurang asam punya partner... So, Qiya pun explain la Qiya shopping barang keperluan je.

Sebenarnya tak payah explain pun tak apa tapi sebab Qiya belum close lagi dengan Cheong tu dan baru 2 kali je jumpa so Qiya tak nak la diorang salah anggap. Lagipun Qiya bukan kaki shopping. Shopping kat bundle sesuai la untuk rakyat marhaen macam Qiya ni.


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall


Lepas Qiya da beli BAGPACK ALAIN DELON tu Qiya masuk kat butik Padini sekejap. Dan la try 2 helai baju. Cantik design dia tapi ketat sikit kat bahagian pinggang. Harga RM59. Serius memang cantik sangat warna putih tu. Tapi kurang selesa mungkin sebab perut Qiya buncit kan...hahaha...so, Qiya tak beli la...lagipun kan da beli bagpack Alain Delon tu...Syed Mokhtar pun bankrap la kalau shopping semuanya dalam masa sehari...

Setakat ni je dulu untuk entry Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog Qiya ni. Kalau boleh nak minta korang LIKE page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga Kuala Lumpur Biennale 2017 anjuran Balai Seni Negara ni. 
Continue Reading

Kuala Lumpur Biennale 2017 Anjuran Balai Seni Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bagi peminat karya seni visual jika dapat luangkan masa seketika di galeri seni pun sudah memadai. Rasa tenang je bila dapat menatap pelbagai lukisan yang dipamerkan di Kuala Lumpur Biennale 2017 anjuran Balai Seni Negara baru-baru ni walaupun kadang tu kita sendiri pun tak faham pun apa maksud di sebalik karya tersebut.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Program Kuala Lumpur Biennale 2017 yang menjadikan Balai Seni Negara sebagai tuan rumah ini mungkin jadi tanda tanda kepada orang ramai apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'Biennale' itu sendiri.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Biennale dalam Bahasa Latin bermaksud sesuatu yang diadakan selang 2 tahun. Sejarah Biennale bermula di Eropah pada tahun 1985 di Venice, Itali. Antara Biennale yang popular di rantau Asia adalah di Bangladesh, Republik Rakyat China (RRC), Republik Korea, Indonesia, India dan Singapura. Jumlah Biennale ini bertambah berkali ganda di seluruh dunia sejak tahun 1990-an.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Bagi acara Kuala Lumpur Biennale 2017 kali ini yang di ketuai oleh Professor Zulkifli Yussof iaitu seorang ahli akademik dan juga penkarya seni visual tempatan yang mempunyai pengamalan bukan saja di arena tempatan tetapi juga di persada antarabangsa.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


KL Biennale 2017 ini diterajui oleh kumpulan kuratorial dari Balai Seni Negara yang terdiri daripada Faizal Sidik, Tan Hui Koon dan Baktiar Naim.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,



Kuala Lumpur Biennale 2017 ini juga dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz iaitu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bertempat di Balai Seni Negara ini di buka kepada orang ramai bermula dari 1 November 2017 sehingga 30 Mac 2018 secara PERCUMA.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Majlis perasmian Kuala Lumpur Biennale 2017 yang dijayakan oleh Balai Seni Negara ini menampilkan pelbagai pihak yang bertanggungjawab untuk membuka platform baru bagi merperkembangkan seni visual Negara selama acara yang berprestij ini berlangsung adalah:


  • YBhg. Prof Dato'Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa - Ketua Pengarah Balai Seni Negara
  • YBhg. Datuk Seri Farid Ridzuan - Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
  • YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah - Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
  • YBrs. Puan Nor Yahati Awang - Timbalan Ketua Setiausaha Pelancongan
  • YBrs. Encik Johan Ishak - Pengerusi KL Biennale 2017


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Dengan mengangkat tema 'BELAS' sebagai tema utama, Kuala Lumpur Biennale 2017 ini juga meraikan seramai 114 pengkarya sepanjang zaman yang terdiri daripada 103 pengkarya Malaysia dan 11 pengkarya antarabangsa.

Terdapat beberapa galeri di Balai Seni Negara yang mempamerkan pelbagai karya seni yang mempunyai tema BELASnya yang tersendiri. Antaranya ialah:


  1. Galeri Tun Razak - Belas Alam
  2. Galeri Reka - Belas Haiwan
  3. Galeri 2A - Belas Insan & Belas Warisan
  4. Galeri 2B - Belas Insan
  5. Galeri 3A - Belas Kerohanian
  6. Galeri 3B - Belas Kerohanian




Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Antara pengkarya seni prolifik yang diberi penghormatan sempena Kuala Lumpur Biennale 2017 ini adalah:


  • Awang Damit Ahmad
  • Sharmiza Abu Hassan
  • Bibi Chew Chon Bee
  • Ahmad Zakii Anwar
  • Jeganathan Ramachandran
  • Hayati Mukhtar
  • Bayu Utomo Radjikin
  • Jalaini Abu Hassan
  • Shoosie Sulaiman
  • Noor Azizan Paiman
  • HH Lim
  • K Thanggarajoo
  • Lisa Foo
  • Abdul Muid Abdul Latif
  • Saiful Razman
  • Anniketyni Madian dan ramai lagi


Selain itu Kuala Lumpur Biennale 2017 ini juga turut memperingati pengkarya tempatan yang pernah mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa yang terdiri daripada Syed Ahmad Jamal, Nirmala Shanmughalingam, Odon Peris dan Anthony Lau.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Semasa acara Kuala Lumpur Biennale 2017 ini berlangsung terdapat pelbagai aktiviti yang menjadi tarikan selama program KL Biennale 2017 ini dijalankan.

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang KL Biennale 2017 adalah seperti yang tertera di bawah ini.



  1. Pameran Utama - Pameran Utama ALAMI BELAS akan diadakan di semua Galeri di bangunan Galeri Balai Seni Negara
  2. Pameran Satelit- Pameran Satelit akan diadakan di beberapa buah galeri dan lokasi di sekitar Kuala Lumpur
  3. Simposium (Azam belas) - Seramai 300 peserta akan menyertai simposium ini terdiri daripada peserta dalam dan luar negara dengan tajuk "Azam Belas: Menjana Resolusi Generasi Ihsanat" yang diadakan selama 2 hari di Auditorium LPSVN. Simposium ini akan dihadiri oleh pelajar IPTA, IPTS, Sarjana, Penggiat Seni dan juga terbuka untuk orang awam
  4. Program Penghayatan Seni dan Anugerah - Program yang akan diadakan adalah Bicara Seni, Bengkel Lestari Seni, Sembang Seni, Sesi Apresiasi Bersama Pelukis yang melibatkan 4,000 peserta dari pelbagai komuniti dan masyarakat awan termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur. Rakan pintar LPSVN iaitu Akademi Sains Malaysia (ASM) juga turut menganjurkan The ASM Art Science Prize, suatu Anugerah Seni dan Sains ASM 2017/2018 sempena KL Biennale 2017.



Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Latar Belakang Balai Seni Negara Malaysia


Balai Seni Negara ditubuhkan pada tahun 1958 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan merupakan galeri seni yang terawal dan terkemuka dirantau Asia Tenggara. Mempunyai koleksi terawal tentang seni moden Asia Tenggara, Balai Seni Negara telah pun mengadakan lebih daripada 20 pameran yang menampilkan pelbagai artis antarabangsa dan tempatan.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Untuk maklumat lanjut mengenai Kuala Lumpur Biennale 2017 ini sila hubungi Pejabat KL Biennale yang tertera di bawah.


Balai Seni Negara
No. 2 Jalan Temerloh
Off Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
Tel: 03-40267122
Fax: 03-40244998
Website: www.artgallery.gov.my



Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,



Setakat ni je dulu untuk entry Kuala Lumpur Biennale 2017 Anjuran Balai Seni Negara. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog Qiya ni. Kalau boleh nak minta korang LIKE page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga Kemeriahan Karnival Upin & Ipin 2017 ni. 
Continue Reading

Sunday 26 November 2017

Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017

Upin & Ipin bukan la satu animasi baru di Malaysia. Qiya percaya hampir semua rakyat Malaysia pernah menonton cerita animasi kanak-kanak Upin & Ipin yang diterbitkan oleh Les' Copaque Production Sdn Bhd kan.


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Buktinya ramai peminat Upin & Ipin ni datang ke Karnival Upin & Ipin 2017 yang berlangsung di Dewan A & C, Maeps Serdang pada 24,25 & 26 November 2017 pada jam 10 pagi hingga 10 malam bagi memeriahkan lagi karnival yang turut dirasmikan oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia iaitu YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz.


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Apa yang menarik dekat Karnival Upin & Ipin 2017 ni sampai ramai sangat yang datang?


Karnival Upin & Ipin 2017 ini dibahagikan kepada dua dewan iaitu Dewan Utama (Dewan A) dan Dewan Magik (Dewan C). Berikut adalah persembahan yang diadakan selama 3 hari karnival ini berlangsung.


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Dewan Utama (Dewan A)

- Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
- Ultraman Ribut
- Puteri Limau
- Pada Zaman Dahulu
- Upin & Ipin The Musical

- dan banyak lagi... 


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Dewan Magik (Dewan C)

- Alam Dino
- Rumah Opah
- Bergambar di Tadika Mesra
- Bergambar bersama Ultraman Ribut
- Berinteraksi bersama Kak Ros
- dan banyak lagi... 


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Cuba korang cari je guna hashtag-hashtag kat bawah ni dan korang boleh tengok havoc ke tak Karnival Upin & Ipin 2017 ini.

#KarnivalUpinIpin 
#UpinIpinLuarBiasa 

#UpinIpin


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Selain itu, ada macam-macam lagi aktiviti yang adik-adik boleh buat sempena karnival Upin & Ipin kali ini. Antaranya adik-adik boleh menyertai pertandingan mencipta robot yang dianjurkan oleh MDEC, bergambar dengan maskot Upin & Ipin, bergambar di ruang-ruang yang disediakan seperti Puteri Limau, Ultraman Ribut, Pada Zaman Dahulu, dan macam-macam lagi.


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Gerai jualan pun banyak tau. Ada baju Upin & Ipin dan pelbagai barangan lain yang dijual di dalam dan luar dewan. Rambang la mata tengok semua benda-benda alah tu...hehe


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017


Setakat ni je dulu untuk entry Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog Qiya ni. Kalau boleh nak minta korang LIKE page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga Senarai Handbags Bonia ni. 
Continue Reading