Upin & Ipin bukan la satu animasi baru di Malaysia. Qiya percaya hampir semua rakyat Malaysia pernah menonton cerita animasi kanak-kanak Upin & Ipin yang diterbitkan oleh Les' Copaque Production Sdn Bhd kan.
Buktinya ramai peminat Upin & Ipin ni datang ke Karnival Upin & Ipin 2017 yang berlangsung di Dewan A & C, Maeps Serdang pada 24,25 & 26 November 2017 pada jam 10 pagi hingga 10 malam bagi memeriahkan lagi karnival yang turut dirasmikan oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia iaitu YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz.
Apa yang menarik dekat Karnival Upin & Ipin 2017 ni sampai ramai sangat yang datang?
Karnival Upin & Ipin 2017 ini dibahagikan kepada dua dewan iaitu Dewan Utama (Dewan A) dan Dewan Magik (Dewan C). Berikut adalah persembahan yang diadakan selama 3 hari karnival ini berlangsung.
Dewan Utama (Dewan A)
- Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
- Ultraman Ribut
- Puteri Limau
- Pada Zaman Dahulu
- Upin & Ipin The Musical
- dan banyak lagi...
Dewan Magik (Dewan C)
- Alam Dino
- Rumah Opah
- Bergambar di Tadika Mesra
- Bergambar bersama Ultraman Ribut
- Berinteraksi bersama Kak Ros
- dan banyak lagi...
Cuba korang cari je guna hashtag-hashtag kat bawah ni dan korang boleh tengok havoc ke tak Karnival Upin & Ipin 2017 ini.
#KarnivalUpinIpin
#UpinIpinLuarBiasa
#UpinIpin
Selain itu, ada macam-macam lagi aktiviti yang adik-adik boleh buat sempena karnival Upin & Ipin kali ini. Antaranya adik-adik boleh menyertai pertandingan mencipta robot yang dianjurkan oleh MDEC, bergambar dengan maskot Upin & Ipin, bergambar di ruang-ruang yang disediakan seperti Puteri Limau, Ultraman Ribut, Pada Zaman Dahulu, dan macam-macam lagi.
Gerai jualan pun banyak tau. Ada baju Upin & Ipin dan pelbagai barangan lain yang dijual di dalam dan luar dewan. Rambang la mata tengok semua benda-benda alah tu...hehe
Setakat ni je dulu untuk entry Kemeriahan Luar Biasa di Karnival Upin & Ipin 2017. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog Qiya ni. Kalau boleh nak minta korang LIKE page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga Senarai Handbags Bonia ni.
Upin Ipin ni..bukan kanak-kanak je suka...dewasa pun suka termasuk PC..
ReplyDeleteMemang meriah.. Karekter kartun yang diaukai ramai..
ReplyDeletebest, rasa macam tak nak balik. banyak pulak tu aktiviti. memang x abis sehari
ReplyDelete