Sunday 31 May 2015

Kenapa Pentingnya Perlindungan Insurans?dan proses untuk mendapatkan polisinya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kenapa pentingnya perlindungan insurans ini? dan proses untuk mendapatkan polisinya. Baru-baru ni saya ada tulis entry pasal Kepentingan Insurans tapi mungkin terlalu umum. Untuk entry kali ni saya nak jelaskan dengan lebih terperinci sikit supaya senang difahami oleh semua lapisan masyarakat..aca aca expert konon..hahaha..bukan nak tunjuk pandai tapi nak share sikit ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama. Bak kata pepatah Melayu, "Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan". betul tak???

insurans, takaful, ikhlas, kemalangan, kematian, perlindungan, wanita, kanak-kanak, pewaris, pelaburan, pendapatan, komitmen

Kat atas tu contoh slip pendaftaran dan pembayaran pertama kali yang saya buat untuk Takaful Ikhlas tapi semuanya diuruskan oleh agen insurans yang saya percayai. Komitmen saya untuk polisi yang ditawarkan adalah RM180 sebulan. Saya dah buat kira-kira dalam tempoh 20 bulan @ 1 tahun 8 bulan jumlah bayaran saya adalah RM3600. Polisi yang saya ambil ni bila bayaran yang kita buat mencapai RM3500 kita boleh keluarkan RM500, maksudnya selagi duit yang kita bayar tu ada RM3500 kita masih dalam perlindungan Takaful Ikhlas ni. Dalam bahasa yang lebih mudah kiranya sambil bayar insurans sambil menabung la..macam tu la lebih kurang maksudnya.kalau nak tahu lebih detail boleh bincang dengan ejen insurans ye.Tapi harus di ingat ye, walaupun baki akaun RM3500 tapi komitmen tiap-tiap bulan tetap macam biasa, still kena bayar..jangan salah faham ye..

Okey, sekarang ni kita teruskan dengan proses untuk mendapatkan polisi perlindungan Takaful Ikhlas ni ye.

First thing kita kena buat adalah cari maklumat sebanyak yang boleh supaya senang untuk kita berbincang dengan pihak insurans nanti. Kedua, cari ejen insurans yang anda percaya. Lagi bagus kalau ambil under kawan-kawan yang dah lama jadi ejen insurans tu. Lagipun dalam masa yang sama kita boleh tolong tambahkan pendapatan dia. Kalau rajin kaji berapa lama dia jadi ejen tersebut. Lagi lama maksudnya insurans tu mesti kukuh. Kalau tak tak mungkin dia boleh bertahan dengan kerja yang dia buat tu. Ketiga, sediakan dokumen penting seperti kad pengenalan, maklumat pewaris, maklumat saksi dan sebagainya untuk melancarkan proses pendaftaran. Seterusnya, bila semua dokumen dah lengkap diisi pihak insurans tu akan hantar borang permohonan kita untuk di proses. Proses tu ambil masa 1 hari je. Lepas tu kita dah pun di lindungi oleh insurans tersebut dan tak perlu risau jika berlaku musibah nanti tapi kalau boleh doa banyak-banyak minta dijauhkan segala musibah tu ye.

Tapi lepas proses permohonan tu selesai jangan lupa minta semua dokumen polisi dan medical card tu. Macam saya dalam tempoh 2 minggu baru dapat semua dokumen tu. Yang paling penting medical card tu..kalau tak ada kad tu macam mana nak buat rawatan dekat hospital kan?tapi jangan risau kalau jadi apa-apa dalam tempoh tersebut contact la ejen insurans tu nanti pihak insurans tu akan uruskan semuanya.Ok sampai sini je, harap dapat memberi info yang berguna untuk semua ye..bye..
Continue Reading

Saturday 30 May 2015

Ibu Johan As'ari meninggal dunia

Assalamualaikum

ibu, johan, as'ari, meninggal, dunia, kanser, tulang, pelakon, drama, juvana, botak

Datin Firdaus Abdul Kader iaitu ibu kepada pelakon yang popular dengan watak 'botak' dalam drama bersiri Juvana yang ditayangkan di TV3 beberapa tahun lalu iaitu Johan As'ari dilaporkan dalam laman berita mStar Online hari ini telah meninggal dunia pada hari Sabtu 30 Mei 2015.

ibu, johan, as'ari, meninggal, dunia, kanser, tulang, pelakon, drama, juvana, botak

Johan telah memuat naik gambarnya di Instagram kira-kira jam 12 tengah hari semalam dan memberitahu ibunya telah pun pulang ke Rahmatullah.

"Assalamualaikum, dengan rendah hati Johan ingin memberitahu bahawa ibunda saya yang tercinta, Firdaus bte. Abdul Kader telah kembali ke rahmatullah. Mohon sobat-sobat (sahabat) mendoakan yang terbaik untuk ibu saya dan semoga ibunda saya ditempatkan bersama dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.


Sebelum ini Johan berkata yang ibunya disahkan menderita sakit kanser tulang peringkat empat dan dipindahkan ke Institut Kanser Negara, Putrajaya selepas mengalami serangan strok pada Mac lalu.


Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan dikafankan di Institut Kanser Negara sebelum dibawa pulang ke kediaman dan dijangka akan dikebumikan di Masjid Al Irsyad USJ 1 selepas solat Asar.
Continue Reading

Kepentingan Insurans

Assalamualaikum...


Untuk entry kali saya nak jelaskan serba sedikit secara ringkas  tentang kepentingan perlindungan insurans. Kenapa perlunya insurans ini. Secara umumnya insurans adalah sebuah polisi yang melindungi seseorang jika berlakunya musibah kemalangan dan juga kematian.

Gambar di bawah ini adalah contoh insurans Takaful Ikhlas.Kadar bayarannya bergantung pada umur  dan juga kemampuan seseorang itu.

Antara kelebihannya adalah seseorang itu akan menerima elaun hospital secara tunai dan yang paling penting dapat melakukan rawatan penyakit kronik yang mana kos perubatannya boleh mencecah puluhan ribu ringgit tetapi hanya perlu bayar minimum RM1000 dan maximum RM3000 sahaja walaupun kos perubatan itu katakan perlu ditambah (RM10,000.00), tetapi dengan adanya medical card pesakit hanya perlu bayar seperti yang saya nyatakan tadi. Tapi harus di ingat lain insurans lain polisi yang ditawarkan.saya bercerita tentang Takaful Ikhlas ye.

Memang sangat-sangat membimbangkan jika kita menghidap penyakit kronik seperti kanser,jantung,lukemia dan sebagainya.Nauzubillah minta dijauhkan. Tapi kalau terjadi juga kena redha jela.Apa yang perlu lakukan adalah sentiasa bersedia dengan setiap kemungkinan yang berlaku. Persediaan itu dalam bentuk apa?sudah tentulah persediaan kewangan ketika kita dalam kesempitan. Tetapi sanggup tak anda-anda semua ini membelanjakan wang simpanan dari muda sampai sekarang ni?Katakan simpanan anda ada RM50,000.00,sanggup tak keluarkan semua duit itu untuk bayar kos perubatan?mungkin ada yang sanggup tapi saya rasa mungkin nisbahnya 1 dalam 1000 (1:1000). 



Kalau saya pun jadi anda saya tak sanggup nak keluarkan duit simpanan saya untuk menampung kos perubatan yang tersangat mahal. Jadi kita harus bijak menguruskan kewangan dari sekarang. Tidak rugi pun bayar sejumlah wang contohnya RM180 tiap-tiap bulan untuk perlindungan insurans kerana manfaatnya sangat banyak.

Tone Excel Jana Pendapatan Sampingan
Continue Reading

Friday 29 May 2015

Tone Excel Jana Pendapatan Sampingan

Hai semua,

Lama dah saya tak update blog ni. Rindu sebenarnya nak menulis tapi kekangan waktu tu membuatkan saya tak berkesempatan utk berkongsi maklumat yg saya perolehi dengan pembaca setia blog sy ni (mungkin ada la sorang dua...) hehehe...


jana pendapatan sampingan, make money online, panduan jana wang dari rumah untuk wanita, sim kad ajaib, Tone Excel,


Tapi disebabkan peluang untuk menjana pendapatan melalui Tone Excel ni baru saya temui jadi saya terus kongsikan dgn anda semua dan saya harap sedikit sebanyak ianya akan memberi peluang untuk anda diluar sana yg sedang tercari-cari apakah yg boleh diusahakan untuk dijadikan sumber pendapatan sampingan.


jana pendapatan sampingan, make money online, panduan jana wang dari rumah untuk wanita, sim kad ajaib, Tone Excel,


Sebelum tu saya ada beberapa soalan utk ditanya kepada anda...

Sudah berapa lama anda gunakan handphone?pernah tak dapat duit bila topup?nak tak kalau setiap kali topup RM30 dapat kredit percuma RM10?dan topup RM50 dapat RM20.


jana pendapatan sampingan, make money online, panduan jana wang dari rumah untuk wanita, sim kad ajaib, Tone Excel,


Selain tu,bila maintain topup RM50 sebulan anda akan dapat perlindungan insurans RM100,000.00.

Nak tak kalau saya ajar anda semua utk dapatkan side income?Kalau berminat boleh hubungi saya di 0122668424.


jana pendapatan sampingan, make money online, panduan jana wang dari rumah untuk wanita, sim kad ajaib, Tone Excel,


Kalau korang nak dapatkan maklumat lebih lanjut tentang Tone Excel korang boleh tengok dekat FB Page Facebook Page ni ataupun kalau nak dapatkan penerangan lengkap sila ke web replika  Tone Excel saya di www.toneexcel.biz/871766 ni.
Continue Reading