Assalamualaikum...
Untuk entry kali saya nak jelaskan serba sedikit secara ringkas tentang kepentingan perlindungan insurans. Kenapa perlunya insurans ini. Secara umumnya insurans adalah sebuah polisi yang melindungi seseorang jika berlakunya musibah kemalangan dan juga kematian.
Gambar di bawah ini adalah contoh insurans Takaful Ikhlas.Kadar bayarannya bergantung pada umur dan juga kemampuan seseorang itu.
Memang sangat-sangat membimbangkan jika kita menghidap penyakit kronik seperti kanser,jantung,lukemia dan sebagainya.Nauzubillah minta dijauhkan. Tapi kalau terjadi juga kena redha jela.Apa yang perlu lakukan adalah sentiasa bersedia dengan setiap kemungkinan yang berlaku. Persediaan itu dalam bentuk apa?sudah tentulah persediaan kewangan ketika kita dalam kesempitan. Tetapi sanggup tak anda-anda semua ini membelanjakan wang simpanan dari muda sampai sekarang ni?Katakan simpanan anda ada RM50,000.00,sanggup tak keluarkan semua duit itu untuk bayar kos perubatan?mungkin ada yang sanggup tapi saya rasa mungkin nisbahnya 1 dalam 1000 (1:1000).
Kalau saya pun jadi anda saya tak sanggup nak keluarkan duit simpanan saya untuk menampung kos perubatan yang tersangat mahal. Jadi kita harus bijak menguruskan kewangan dari sekarang. Tidak rugi pun bayar sejumlah wang contohnya RM180 tiap-tiap bulan untuk perlindungan insurans kerana manfaatnya sangat banyak.
0 comments:
Post a Comment