Tuesday 30 October 2018

Resepi Lala Masak Lemak

Lala masak lemak ni memang favourite Qiya. Selalu beli yang da siap masak je. Ni Qiya nak try air tangan sendiri plak... hihi... walaupun sedar diri ni tak berapa pandai masak tapi tak apa, kita try and error je masak siput lala ni kan... Cost bahan-bahan lala masak lemak untuk 4-5 orang makan ni lebih kurang RM16.00 je... 

Resepi Lala Masak Lemak



Resepi Lala Masak Lemak, Makanan Laut, Seafood, Masakan Melayu, Malaysia Food,
Lala masak lemak


Bahan-bahan:-

1 paket lala
1 biji kelapa parut
2 biji bawang merah *
2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 batang serai
Kunyit serbuk
1 keping asam keping
10 tangkai cili padi
Sedikit garam dan gula
Minyak



Resepi Lala Masak Lemak, Makanan Laut, Seafood, Masakan Melayu, Malaysia Food,
Bahan-bahan untuk lala masak lemak


Cara memasak:-

1. Kisar bahan yang bertanda *.
2. Kisar kepala parut untuk dijadikan santan pekat.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar dan kunyit serbuk sampai naik bau.
4. Setelah naik bau, masukkan serai yang diketuk. Kemudian masukkan lala.
5. Masak lala sehingga cengkerangnya terbuka, biarkan kering seketika sebab lala akan mengeluarkan air yang banyak.
6. Setelah kering, masukkan santan dan tunggu santan mendidih sambil kacau perlahan.
7. Masukkan asam keping, garam dan gula. Kacau da siap.



Resepi Lala Masak Lemak, Makanan Laut, Seafood, Masakan Melayu, Malaysia Food,
Tumis bahan kisar sampai naik bau


Qiya guna serbuk kunyit je sebab tak ada kunyit hidup. Kalau guna kunyit hidup lagi sedap dan warna kuah lala masak lemak ni pun akan nampak lebih menarik dan menyelerakan. Nyamm nyamm....


Resepi Lala Masak Lemak, Makanan Laut, Seafood, Masakan Melayu, Malaysia Food,
Lala dengan bahan kisar yang ditumis

Lepas da tumis bawang merah bawang putih tu semua, biarkan dia naik bau sekejap... pastu masukkan lala dengan serai yang da di ketuk tadi. Mula-mula memang nampak kering je tapi makin lama makin banyak plak air. Nanti bila tambah santan banyak sangat pulak kuah masak lemak ni kan. So, tunggu air kering sikit baru tambah santan pekat tadi.



Resepi Lala Masak Lemak, Makanan Laut, Seafood, Masakan Melayu, Malaysia Food,
Lala mengeluarkan air dan cengkerang terbuka


Nampak tak gambar kat atas ni, banyak plak kuah kan? padahal tak tambah air pun. Lala ni memang akan mengeluarkan air dia sendiri. Da kering boleh la tambah santan pekat.


Resepi Lala Masak Lemak, Makanan Laut, Seafood, Masakan Melayu, Malaysia Food,
Lala masak lemak hampir siap 


Agak-agak santan da naik minyak sikit, nampak macam berkilat tu kan, masukkan la asam keping, garam dan gula secukup rasa. Pastu kacau sekejap sambil-sambil kuah mendidih. Jangan sampai santan pecah minyak tau, nanti kuah masak lemak lala tu jadi cair je kat bawah dan santan plak berketul-ketul kat bahagian atas. 

Selalu jadi macam ni dulu bila Qiya masak lemak, sakit je hati ni lagi-lagi bila masak untuk family. Tapi bila tengok mak ayah masak ok la plak... masa tu baru tau, nak masak kuah lemak ni kena ada teknik yang betul rupanya...hehe


Love, 
Continue Reading

Cara Pasang Script Google Analytics Di Dalam Blog (Blogspot)

Hai semua.

Hari ni Qiya nak share cara untuk pasang Script Google Analytics di dalam blog (Blogspot). Sebelum ni Qiya da pernah share tentang Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance, dan kalau korang tak familiar dengan Google Analytics ni Qiya suggest korang baca dulu artikel tersebut supaya korang lebih faham kenapa Google Analytics ni penting untuk sesebuah blog tu. Bagi yang da tau apa itu Google Analytics tapi tak tau macam mana nak pasang script Google Analytics ni di dalam blog boleh terus membaca ye...


Cara Pasang Script Google Analytics di Dalam Blog (Blogspot)


1. Pergi ke website Google Analytics (analytics.google.com)

2. Login akaun bagi yang da daftar blog (blogspot) di dalam Google Analytics. Kalau belum daftar silakan daftar dulu email address (Gmail) korang di dalam Google Analytics. 

3. Bila da login, akan keluar paparan dashboard Google Analytics seperti di bawah. Kemudian klik ADMIN.


Cara Pasang Script Google Analytics di dalam Blog, Semak Pageview Blog dari Google Analytics, Check Performance Blog, dashboard Google Analytics,
Paparan dashboard Google Analytics


4. Lepas klik ADMIN, akan keluar paparan seperti dibawah. Ada 3 menu utama iaitu Account, Property, dan View. Lihat pada menu Property dan klik pada Tracking Info.


Cara Pasang Script Google Analytics di dalam Blog, Semak Pageview Blog dari Google Analytics, Check Performance Blog, dashboard Google Analytics,
Submenu dalam menu ADMIN Google Analytics

5. Klik Tracking Code daripada submenu Tracking Info tersebut, kemudian akan keluar paparan seperti di dalam gambar di bawah dan sila copy Script Google Analytics yang di highlight.


Cara Pasang Script Google Analytics di dalam Blog, Semak Pageview Blog dari Google Analytics, Check Performance Blog, dashboard Google Analytics, Tracking Code  Google Analytics,
Script Google Analytics dari submenu Tracking Code


6. Lepas copy Script Google Analytics, buka Blogger.com atau Blogspot.com dan korang akan terus ke halaman Blogger Dashboard.

7. Dari Blogger Dashboard klik pada menu Theme dan klik Edit HTML seperti dalam gambar di bawah.


Cara Pasang Script Google Analytics di dalam Blog, Semak Pageview Blog dari Google Analytics, Check Performance Blog, dashboard Google Analytics, Tracking Code  Google Analytics, Blogger Dashboard, Edit HTML,
Paparan Theme Blog (Blogspot) dari Blogger Dashboard


8. Selepas klik Edit HTML, klik dalam halaman edit html tersebut. Kemudian klik CTRL + F dari Keyboard dan type </head>, paste Script Google Analytics di atas </head> dan klik Save.


Cara Pasang Script Google Analytics di dalam Blog, Semak Pageview Blog dari Google Analytics, Check Performance Blog, dashboard Google Analytics, Tracking Code  Google Analytics, Blogger Dashboard, Edit HTML,
Paparan dalam halaman Edit HTML

9. View blog atau buka URL website yang telah dipasang Script Google Analytics. Kemudian klik kanan bahagian blog/website tersebut dan seterusnya klik View Page Source.

10. Selepas klik View Page Source, cari tag </head> dan korang akan nampak Script Google Analytics di atas tag </head> seperti dalam gambar di bawah.


Cara Pasang Script Google Analytics di dalam Blog, Semak Pageview Blog dari Google Analytics, Check Performance Blog, dashboard Google Analytics, Tracking Code  Google Analytics, Blogger Dashboard, Edit HTML,
Paparan dari halaman View Page Source

11. Lepas siap pasang Script Google Analytics di dalam blog (blogspot), buka semula website Google Analytics dan boleh mula lihat statistic blog atau jumlah visitor yang dipaparkan seperti dalam gambar di bawah.


Cara Pasang Script Google Analytics di dalam Blog, Semak Pageview Blog dari Google Analytics, Check Performance Blog, dashboard Google Analytics, Tracking Code  Google Analytics, Blogger Dashboard, Edit HTML,
Paparan statistic blog dari website Google Analytics

Penting kan pasang Script Google Analytics ni dekat dalam blog... Dari sini kita dapat banyak maklumat seperti berapa banyak jumlah visitor blog, berapa bounce rate, berapa lama tempoh pelawat membaca artikel dari blog kita, dan sebagainya.


Love,
Continue Reading

Sunday 28 October 2018

Tutorial Cara Tukar Template Blog & Edit Blog

Tutorial Cara Tukar Template Blog


Step 1: Open Blogger DASHBOARD -> Klik THEME pada menu sebelah kiri dashboard


Tutorial Cara Tukar Template Blog, Tutorial Cara Edit Blog, Edit HTML Code, Cara Edit Navigation Menu Blogspot,

Step 1


Step 2: Klik Backup/Restore dekat atas sebelah kanan dashboard -> klik Download Theme -> klik Choose File (Upload a theme from a file on your hard drive)

Sebelum tukar template blog waib Backup/Restore template blog lama in case kalau tersalah edit html code dan menyebabkan keluar banyak error dekat html script tu mungkin temporarily sebelum dapat solution untuk fix the errors boleh guna semula template blog yang lama. 

Bila da klik backup/restore then download la dekat dalam laptop, biasanya Qiya akan save dekat dekstop je. Senang nak cari nanti...

Lepas DOWNLOAD theme lama, upload la theme blog yang nak digunakan sebagai theme blog kita yang baru. 

Qiya guna theme blog Qiya Beauty je sebab nak follow format yang sama. Tapi theme blog Qiya Beauty tu Qiya da edit siap-siap la sebelum ni. Nanti Qiya share macam mana nak edit full blog dan dekat mana nak dapatkan theme yang cantik dan free sebab theme blog Qiya Beauty tu kena beli.


Tutorial Cara Tukar Template Blog, Tutorial Cara Edit Blog, Edit HTML Code, Cara Edit Navigation Menu Blogspot,
Step 2

Bila da klik Upload, theme blog kita akan terus bertukar macam dalam gambar kat bawah ni. Then klik CUSTOMIZE.
Tutorial Cara Tukar Template Blog, Tutorial Cara Edit Blog, Edit HTML Code, Cara Edit Navigation Menu Blogspot,
Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Now, theme blog Qiya ni da jadi sama dengan theme blog Qiya Beauty tu. Kalau nak edit satu blog memang kena ambil masa sikit la, sebab banyak nak kena ubah kat html code tu. First thing kena tukar header blog dulu, widget lain tak apa sebab reader tak berapa perasan sangat kan... Macam mana nak tukar header blog? Korang boleh refer Tutorial Cara Tukar atau Pasang Header Blog ni.

Tapi sebelum tu MOBILE THEME pun kena setting jugak. Klik kat icon setting kat bawah blog preview dalam blogger dashboard tadi, then pilih option kedua (rujuk gambar di bawah)-> No. Show dekstop theme on mobile devices. Tujuan dia untuk bagi blog kita tu jadi mobile responsive iaitu view blog sama macam kita brows guna laptop. Tak payah la susah-susah reader blog kita tu nak kena tukar setting view dekstop version lagi kan kalau nak baca artikel blog kita yang sebelumnya.


Tutorial Cara Tukar Template Blog, Tutorial Cara Edit Blog, Edit HTML Code, Cara Edit Navigation Menu Blogspot,
Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas


Tutorial Cara Edit Blog

Step 1: Tukar nama menu pada Navigation Menu


Tutorial Cara Tukar Template Blog, Tutorial Cara Edit Blog, Edit HTML Code, Cara Edit Navigation Menu Blogspot,


Klik EDIT HTML di bawah template preview -> Cari kod html di bawah ni. 


<ul class='navigationnbt'>

<li><a expr:href='data:blog.homepageUrl'>HOME</a></li>

<li><a href='#'>PROMOSI</a></li>

<li><a href='#'>PRODUK</a>
<ul class='sub-menu'>
<li><a href='#'>BELIAN PRODUK</a></li>
<li><a href='https://qiyabeauty.blogspot.com/2018/10/senarai-harga-produk-shaklee-bermula.html'>HARGA PRODUK</a></li>
<li><a href='#'>KATALOG PRODUK</a>
<ul class='sub-menu'>
<li><a href='#'>VIVIX</a></li>
<li><a href='#'>SERBUK KOLAGEN</a></li>
<li><a href='#'>SET KECANTIKAN</a></li>
<li><a href='#'>SET KESUBURAN</a></li>
<li><a href='#'>SET KEHAMILAN</a></li>
<li><a href='#'>SET BERPANTANG</a></li>
<li><a href='#'>SET MENYUSU</a></li>
</ul>
</li>

</ul>


Tukar nama menu yang  berwarna merah -> Gantikan semua # dengan URL page/blogpost yang nak di paparkan, contohnya >>> https://qiyabeauty.blogspot.com/2018/10/senarai-harga-produk-shaklee-bermula.html <<< 

URL diatas ni akan membawa pembaca ke blogpost SENARAI HARGA PRODUK SHAKLEE BERMULA SEPTEMBER 2018.

Hasilnya lepas Qiya tukar semua navigation menu... senang sikit reader nak cari artikel mengikut category dan blog nampak lebih kemas dan tersusun.


Tutorial Cara Tukar Template Blog, Tutorial Cara Edit Blog, Edit HTML Code, Cara Edit Navigation Menu Blogspot,
Navigation Menu

Qiya berhenti dekat sini dulu, nanti Qiya sambung Step 2: Masukkan LINK Social Media pada bahagian icon sosial media yang tersedia.


Love,
Continue Reading

Konsert Gegar Vaganza Musim Ke-5 (GV5) 2018

GV5, Gegar Vaganza 5 2018,

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-7 (GV5 2018)

1. Amelina - Kuch Kuch Hota Hai &
Tua Mengejar Kita
2. Billy Zulkarnain -
Mengenangmu & Mulanya Di Sini
3. Zamani - Di Matamu (Sufian Suhaimi) & Dekat Padamu (Yusri KRU)
4. Dia Fadila - I Don't To Miss A Thing & Pematah Hati (Nabila Razali)
5. Maya - Tiada Kepastian (Ziana Zain) & Ikut Rentakku (Jacklyn Victor)
6. Noryn Aziz - Dasyat (Mojo) & Cintaku 100% (Mas Idayu)
7. Forteen - Potret (Akim & The Majestrit) & Cinta Di Akhir Garisan
8. Hetty Sarlene - Pencuri Hati (Ayda Jebat) & Kemaafan Dendam Yang Terindah

Tema Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-7 (GV5 2018)

- Raw To Semi Final

Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-6 (GV5 2018) - Suku Akhir


Juri Tetap Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-6 (GV5 2018)

1. Dato' Ramli M.S.
2. Dato' Khatijah Ibrahim

Juri Jemputan Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-5 (GV5 2018)

1. Dato' Ahmad Tarmimi Saregar

Bintang Cuckoo Paling Gempak Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-6 (GV5 2018)

- Zamani

Kedudukan Peserta Gegar Vaganza Minggu Ke-6 (GV5 2018)

1. Amelina
2. Billy Zulkarnain
3. Zamani
4. Dia Fadila
5. Maya
6. Noryn Aziz
7. Forteen
8. Hetty Sarlene

Peserta Gegar Vaganza Minggu Ke-6 yang Tersingkir (GV5 2018)

1. Farawahida

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-6 (GV5 2018)

1. Dia Fadila - Bencinta 5(Faizal Tahir)
2. Maya - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
3. Noryn Aziz - Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah)
4. Forteen - Satu (Tan Sri Dato' S.M. Salim)
5. Amelina - Seroja (Search)
6. Billy Zulkarnain - Back At One (Brian McKninght)
7. Farawahida - Ayat-Ayat Cinta (Rossa)
8. Hetty Sarlene - Korban Cinta (Ziana Zain)
9. Zamani - 

Tema Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-6 (GV5 2018)

- Terbaik Bos

Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-5 (GV5 2018)


Juri Tetap Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-5 (GV5 2018)

1. Dato' Ramli M.S.
2. Dato' Khatijah Ibrahim

Juri Jemputan Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-5 (GV5 2018)

1. Dato' AC Mizal


Bintang Cuckoo Paling Gempak Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-5 (GV5 2018)

- Noryn Aziz


Kedudukan Peserta Gegar Vaganza Minggu Ke-5 (GV5 2018)

1. Dia Fadila
2. Maya
3. Noryn Aziz
4. Forteen
5. Amelina
6. Billy Zulkarnain
7. Farawahida
8. Hetty Sarlene
9. Zamani

Peserta Gegar Vaganza Minggu Ke-5 yang Tersingkir (GV5 2018)

1. Zamani (Imuniti Dato' Aliff Syukri)

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-5 (GV5 2018)

1. Noryn Aziz - One Night Only
2. Maya - Sekadar Di Pinggiran
3. Dia Fadila - Menghitung Hari (Salamiah Hassan)
4. Forteen - Hatiku Luka Lagi (Black Dog Bone)
5. Farah Wahida - Kau Merubah Segalanya (Fauziah Latif)
6. Zamani Slam - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits)
7. Hetty Sarlene - Mawar Putih Untuk Mama (Sharifah Aini)
8. Amelina - Pelangi Petang (Sudirman)
9. Billy Zulkarnain - Antara Anyir Dan Jakarta (Sheila Majid)

Tema Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-5 (GV5 2018)

- Lama Tak Dengar


Love,
Continue Reading

Saturday 27 October 2018

Keputusan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018

Setiap tahun pastinya peminat sukan MotoGP tertunggu-tunggu pelumba kegemaran beraksi, lagi-lagi pelumba negara iaitu Hafizh Syahrin, Adam Norrodin, dan Khairul Idham Pawi. 

Bagi MotoGP 2018 hanya tiga pelumba ini sahaja yang layak beraksi di litar-litar antarabangsa terkemuka ini untuk mewakili Malaysia dan semakin hari nama bintang-bintang sukan permotoran kelas dunia ini semakin dikenali terutama Hafizh Syahrin kerana hanya beliau satu-satunya wakil pelumba negara yang layak menyertai perlumbaan kelas utama iaitu MotoGP.

Walaupun dalam perlumbaan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018 ini prestasi Hafizh Syahrin agak merosot disebabkan beliau tergelincir di pusingan yang ke-18 tapi konsistensi kedudukannya dari awal perlumbaan cukup memberangsangkan yang mana beliau bermula di petak ke-10, selang tiga petak di belakang Valentino Rossi, dan dapat kekalkan kedudukan ke-8 sehingga la jentera beliau tergelincir.

Namun begitu, prestasi Adam Norrodin pula agak meningkat dan patut di puji. Bermula di petak ke-13 dan dapat menamatkan perlumbaan Moto3 di kedudukan yang ke-7. Tidak ketinggalan, prestasi pelumba Moto2 iaitu Khairul Idham Pawi juga agak membanggakan, bermula di petak ke-23 dan berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-16.

Keputusan penuh perlumbaan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018 adalah seperti di bawah mengikut kategori masing-masing.

1. Keputusan Perlumbaan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018


Keputusan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018, MotoGP, Hafizh Syahrin, Valentino Rossi, Maverick Vinales, Monster Tech3,


1. Vinales M.
2. Iannone A.
3. Dovizioso A.
4. Bautista A.
5. Rins A.
6. Rossi V.
7. Miller J.
8. Morbidelli F.
9. Espargaro A.
10. Smith B.
11. Abraham K.
12. Petrucci D.
13. Redding S.
14. Nakagami T.
15. Simeon X.
16. Luthi T.
17. Torres J.
18. Jones M.
DNF. Espargaro P.
DNF. Hafizh Syahrin (Monster Tech3)
DNF. Pedrosa D.
DNF. Marquez M.
DNF. Zarco J.


2. Keputusan Perlumbaan Moto2 di Litar Phillip Island Australia 2018


Keputusan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018, Moto2, Khairul Idham Pawi, Idemitsu Honda Team Asia,

1. Binder B.
2. Mir J.
3. Vierge X.
4. Fernandez A.
5. Marini L.
6. Aegerter D.
7. Marquez A.
8. Raffin J.
9. Schrotter M.
10. Quartararo F.
11. Oliveira M.
12. Bagnaia F.
13. Nagashima T.
14. Lowes S.
15. Pons E.
16. Khairul Idham Pawi (Idemitsu Honda Team Asia)
17. Odendaal S.
18. Roberts J.
19. Corsi S.
20. Locatelli A.
21. Staring B.
22. Baldassarri L.
DNF. Cardelus X.
DNF. Gardner R.
DNF. Navarro J.
DNF. Lecuona I.
DNF. Fuligni F.
DNF. Danilo J.
DNF. Vinales I.
DNF. Pasini M.


3. Keputusan Perlumbaan Moto3 di Litar Phillip Island Australia 2018


Keputusan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018, Moto3, Adam Norrodin, Petronas Sprinta Racing,


1. Albert Arenas Ovejero
2. Fabio Di Giannantonio
3. Celestino Vietti
4. Tatsuki Suzuki
5. Jorge Martin
6. Arón Canet Barbero
7. Adam Norrodin (Petronas Sprinta Racing)
8. Enea Bastianini
9. Jakub Kornfeil
10. Ayumu Sasaki
11. Alonso López González
12. Darryn Binder
13. Andrea Migno
14. John McPhee
15. Philipp Öttl
16. Yari Montella
17. Stefano Nepa
18. Nakarin Atiratphuvapat
19. Kaito Toba
20. Vicente Perez
DNF. Arbolino T.
DNF. Foggia D.
DNF. Ramirez M.
DNF. Masia J.
DNF. Dalla Porta
DNF. Rodrigo G.
DNF. Bezzecchi M.

Untuk perlumbaan MotoGP seterusnya yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2-4 Nov 2018 ini diharapkan semua pelumba negara dapat meningkatkan prestasi perlumbaan mereka dan sebagai peminat sukan MotoGP Qiya mengharapkan yang terbaik daripada mereka semua dan kalau boleh nak la tengok diorang semua naik podium kan...


Love,
Continue Reading

Friday 26 October 2018

Resepi Telur Dadar Ala-ala Begedil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Uisshh lamanya gambar-gambar preparation untuk buat telur dadar ala-ala begedil ni terperap kat dalam draft blog Qiya. 

Scroll punya scroll banyaknya resepi yang belum Qiya update. Masak then snap gambar konon-konon nak buat entry blog tapi hampeh... macam dekat setahun je Qiya cipta resepi telur dadar ala-ala begedil ni... hehe cipta tu tak tahan... 


Resepi telur dadar ala-ala begedil


Gambar final yang da siap masak mana la plak Qiya letak, dalam handphone lama maybe... see, punya la lama tak buat cleaning kat draft blog ni kan... caca merba la hasilnya hoho


Resepi telur dadar ala-ala begedil


Nevermind. Jom Qiya share Resepi Telur Dadar Ala-ala Begedil ni. Memang rasa dia lebih kurang macam rasa begedil tau...

Bahan-bahan:-

2 biji telur
1 biji kentang (potong dadu dan rebus sampai empuk)
1/4 dada ayam yang da siap potong kat supermarket
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram jenama Maggie
Minyak masak

Cara-cara memasak:-

1. Kacau telur sampai sebati putih dan kuning telur.
2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
3. Potong dadu dada ayam halus-halus.
4. Campur semua bahan yang da dibersihkan dan gaul rata.
5. Goreng dalam kuali macam goreng telur dadar guna api sederhana.

Siap!

Senang kan resepi telur dadar ala-ala begedil ni kan? Ni namanya resepi orang malas... 🤣

Bye...

Love,
Continue Reading

Segment Bloglist by Farah Farhana

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama rasanya Qiya tak join apa-apa segment atau contest dari rakan-rakan Blogger. So, hari ni Qiya nak join Segment Bloglist by Farah Farhana ni. 

Penting sebenarnya bila blog kita tersenarai dalam bloglist blogger-blogger lain, lagi-lagi blogger yang ada nama besar kan. 

Sebab apa? Sebab secara automatik page view (PV) blog kita akan meningkat tau. Kalau tajuk entry blog kita best pengunjung yang datang ke blog rakan-rakan blogger kita tu ternampak mesti diorang rasa tak sabar-sabar je nak klik post kita tu kan. Gitu la konsep dia hehe.

Jom join Segment Bloglist by Farah Farhana ni...

Klik banner untuk join

Syarat-syaratnya ialah :-
1. Follow blog ini jika belum follow. (wajib)
2. Buat satu post dengan tajuk Segment Bloglist by Farah Farhana
3. Tepek banner di atas dan backlink kan ke post ini.
4. Tinggalkan link entry korang kat komen post Segment Bloglist by Farah Farhana dekat blog Hana.

Cara pemilihan :-
Semua yang join segmen ini Hana akan letak di dalam bloglist Hana supaya senang nak blogwalking nanti :D

TAMAT :
1 NOVEMBER 2018 JAM 10.00 MALAM



Love,
Continue Reading

Thursday 25 October 2018

Tutorial Cara Tukar atau Pasang Header Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ni Qiya sempat design dan tukar header main blog Qiya yang korang tengah baca ni dan Blogshop Qiya iaitu blog Qiya Beauty

Tukar Header Blog, Design Header Blog Qiya Saad
Header blog baru yang Qiya design sendiri


Ni first time Qiya design sendiri header dan tukar template blog Qiya Beauty tu tapi tak edit pun sebab tak pandai nak edit html code sebelum ni. Sekarang ni da boleh edit blog sikit-sikit tapi edit yang basic-basic jela. Nanti ada masa Qiya share cara edit blog plak ye.

Tukar Header Blog, Design Header Blog Qiya Saad
Header blog yang lama


Tukar Header Blog, Design Header Blog Qiya Saad, Qiya Beauty,
Header blog Qiya Beauty dan template kedua

Macam mana nak tukar atau pasang header blog?

Senang je nak tukar atau pasang header blog ni. Korang ikut je step-step kat bawah ni ye...


Step 1: Open Blogger DASHBOARD -> klik LAYOUT

Tukar Header Blog, Design Header Blog Qiya Saad
Blogger dashboard -> Layout

Step 2: Klik EDIT pada bahagian Page Header Gadget

Bila klik edit pada Page Header Gadget akan keluar page Configure Header macam dalam gambar kat bawah ni.

Tukar Header Blog, Design Header Blog Qiya Saad

Step 3: Dekat IMAGE tu klik option first -> FROM YOUR COMPUTER -> CHOOSE FILE

Then pilih la header blog dari storage handphone atau laptop/netbook/PC korang tu.

Tukar Header Blog, Design Header Blog Qiya Saad

Step 4: Klik INSTEAD OF TITLE AND DESCRIPTION dekat bawah option PLACEMENT -> Klik SAVE

Da siap pun tukar/pasang HEADER BLOG. 

Yeay!!! 

Boleh la view blog untuk tengok ok tak header blog tu. Kalau header terlebih besar dan tak nampak semua korang ulang balik Step 1, Step 2, dan Step 4 then klik SHRINK TO FIT.

Senang je tukar/pasang header blog ni kan?

Selamat mencuba!

Love,
Continue Reading

Monday 22 October 2018

Gatal Tangan Shopping World Globe Dekat Lazada

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ni tergatal plak tangan Qiya ni, tak pasal-pasal tershopping kat Lazada. Bukan beli barang make-up tau tapi beli Globe ataupun peta dunia yang boleh pusing-pusing tu untuk buat deco kat atas meja.


Peta dunia, maps, globe, peta dunia pusing-pusing, deco, decoration, toys, Lazada,


Da lama berkenan sebenarnya dengan globe ni. 2-3 tahun lepas Qiya tertengok dekat Cash Converter Shah Alam tapi tak ingat berapa harga dia. Rasanya macam RM100 ke atas. Pastu last month pun ada pergi Cash Converter jugak, beli laptop dengan handphone second hand pun ada lagi ternampak globe tu. 

Tak tau la kenapa Qiya berkenan sangat dengan peta dunia yang antik macam tu. Biasa kan orang letak dalam office kan. Yela dulu mana ada Google maps, nak tengok peta tengok dari globe tu jela... 

Pastu tetiba je gatal tangan ni nak survey kat Lazada, banyak pilihan saiz rupanya. Yang Qiya beli ni nama dia kat Lazada adalah 20cm Blue Ocean World Globe Map With Swivel Stand Geography Educational Toy Gift - intlSeller Freebang dan harganya plak RM36.00. Free postage tau. 


Peta dunia, maps, globe, peta dunia pusing-pusing, deco, decoration, toys, Lazada,


Material dia plastik, ringan je, cuma tapak dia macam tak berapa stable, kalau pusing-pusing globe tu dia macam bergoyang sikit. Delivery plak dalam masa 1 minggu je. Walaupun tak besar sangat 20cm je  diameter dia tapi tulisan nama-nama negara dan nama-nama tasik semua jelas. 

Tapi yang sedihnya nama Malaysia tak ada, kat globe ni cuma tulis Kuala Lumpur je sebab tu nama Malaysia ni kurang dikenali kat luar negara. Tapi kalau sebut Kuala Lumpur diorang tau la dekat mana. So, overall OK la globe ni, boleh buat deco.

Bye...

Love,

Continue Reading