Showing posts with label Hafizh Syahrin. Show all posts
Showing posts with label Hafizh Syahrin. Show all posts

Saturday, 27 October 2018

Keputusan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018

Setiap tahun pastinya peminat sukan MotoGP tertunggu-tunggu pelumba kegemaran beraksi, lagi-lagi pelumba negara iaitu Hafizh Syahrin, Adam Norrodin, dan Khairul Idham Pawi. 

Bagi MotoGP 2018 hanya tiga pelumba ini sahaja yang layak beraksi di litar-litar antarabangsa terkemuka ini untuk mewakili Malaysia dan semakin hari nama bintang-bintang sukan permotoran kelas dunia ini semakin dikenali terutama Hafizh Syahrin kerana hanya beliau satu-satunya wakil pelumba negara yang layak menyertai perlumbaan kelas utama iaitu MotoGP.

Walaupun dalam perlumbaan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018 ini prestasi Hafizh Syahrin agak merosot disebabkan beliau tergelincir di pusingan yang ke-18 tapi konsistensi kedudukannya dari awal perlumbaan cukup memberangsangkan yang mana beliau bermula di petak ke-10, selang tiga petak di belakang Valentino Rossi, dan dapat kekalkan kedudukan ke-8 sehingga la jentera beliau tergelincir.

Namun begitu, prestasi Adam Norrodin pula agak meningkat dan patut di puji. Bermula di petak ke-13 dan dapat menamatkan perlumbaan Moto3 di kedudukan yang ke-7. Tidak ketinggalan, prestasi pelumba Moto2 iaitu Khairul Idham Pawi juga agak membanggakan, bermula di petak ke-23 dan berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-16.

Keputusan penuh perlumbaan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018 adalah seperti di bawah mengikut kategori masing-masing.

1. Keputusan Perlumbaan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018


Keputusan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018, MotoGP, Hafizh Syahrin, Valentino Rossi, Maverick Vinales, Monster Tech3,


1. Vinales M.
2. Iannone A.
3. Dovizioso A.
4. Bautista A.
5. Rins A.
6. Rossi V.
7. Miller J.
8. Morbidelli F.
9. Espargaro A.
10. Smith B.
11. Abraham K.
12. Petrucci D.
13. Redding S.
14. Nakagami T.
15. Simeon X.
16. Luthi T.
17. Torres J.
18. Jones M.
DNF. Espargaro P.
DNF. Hafizh Syahrin (Monster Tech3)
DNF. Pedrosa D.
DNF. Marquez M.
DNF. Zarco J.


2. Keputusan Perlumbaan Moto2 di Litar Phillip Island Australia 2018


Keputusan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018, Moto2, Khairul Idham Pawi, Idemitsu Honda Team Asia,

1. Binder B.
2. Mir J.
3. Vierge X.
4. Fernandez A.
5. Marini L.
6. Aegerter D.
7. Marquez A.
8. Raffin J.
9. Schrotter M.
10. Quartararo F.
11. Oliveira M.
12. Bagnaia F.
13. Nagashima T.
14. Lowes S.
15. Pons E.
16. Khairul Idham Pawi (Idemitsu Honda Team Asia)
17. Odendaal S.
18. Roberts J.
19. Corsi S.
20. Locatelli A.
21. Staring B.
22. Baldassarri L.
DNF. Cardelus X.
DNF. Gardner R.
DNF. Navarro J.
DNF. Lecuona I.
DNF. Fuligni F.
DNF. Danilo J.
DNF. Vinales I.
DNF. Pasini M.


3. Keputusan Perlumbaan Moto3 di Litar Phillip Island Australia 2018


Keputusan MotoGP di Litar Phillip Island Australia 2018, Moto3, Adam Norrodin, Petronas Sprinta Racing,


1. Albert Arenas Ovejero
2. Fabio Di Giannantonio
3. Celestino Vietti
4. Tatsuki Suzuki
5. Jorge Martin
6. Arón Canet Barbero
7. Adam Norrodin (Petronas Sprinta Racing)
8. Enea Bastianini
9. Jakub Kornfeil
10. Ayumu Sasaki
11. Alonso López González
12. Darryn Binder
13. Andrea Migno
14. John McPhee
15. Philipp Öttl
16. Yari Montella
17. Stefano Nepa
18. Nakarin Atiratphuvapat
19. Kaito Toba
20. Vicente Perez
DNF. Arbolino T.
DNF. Foggia D.
DNF. Ramirez M.
DNF. Masia J.
DNF. Dalla Porta
DNF. Rodrigo G.
DNF. Bezzecchi M.

Untuk perlumbaan MotoGP seterusnya yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2-4 Nov 2018 ini diharapkan semua pelumba negara dapat meningkatkan prestasi perlumbaan mereka dan sebagai peminat sukan MotoGP Qiya mengharapkan yang terbaik daripada mereka semua dan kalau boleh nak la tengok diorang semua naik podium kan...


Love,
Continue Reading

Saturday, 24 February 2018

Hafizh Syahrin Sertai MotoGP Pada Tahun 2018

Bagi peminat sukan MotoGP di Malaysia, berita tentang penyertaan pelumba negara iaitu Hafizh Syahrin ke kelas perdana dan berlumba dengan lagenda sukan tersebut sangat dinanti-nantikan. Sebut je Valentino Rossi siapa tak kenal kan, kecuali orang tu bukan peminat setia sukan MotoGP!


Hafizh Syahrin, MotoGP, Monster Yamaha Tech3, Sukan, Lumba Motor,
Sumber gambar dari Google


Sejak beberapa tahun kebelakangan ni Qiya memang seboleh-bolehnya akan menonton setiap pelumbaan MotoGP dan ujian masa yang diadakan secara bergilir-gilir di 18 buah litar lumba di beberapa buah negara tapi live dari rumah jela...hehe. Inshaallah kalau tak ada halangan Qiya nak beli tiket awal-awal untuk perlumbaan MotoGP kat Litar Sepang nanti. 

Bangga sangat sebab ada anak-anak Malaysia yang turut berlumba dalam sukan MotoGP, antaranya adalah Adam Noroddin, Zulfahmi Khairuddin, dan Khairul Idham Pawi. Walaupun bintang sukan MotoGP yang lain belum bersinar seperti Hafizh Syahrin tetapi Qiya tetap rasa bangga sangat-sangat dengan pencapaian diorang ni.

Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) da buat pengesahan bahawa Hafizh Syahrin Abdullah akan menyertai Monster Yamaha Tech3 secara musim penuh dalam kelas MotoGP.

Datuk Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif SIC yang menjadi tulang belakang Hafizh Syahrin dalam sukan MotoGP juga mengatakan bahawa spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini adalah benar dan penyertaan pelumba negara dalam kelas perdana tersebut pada tahun 2019 dan 2020 adalah seperti impian menjadi kenyataan.

"Bagi saya Herve (Poncharal), Dorna dan Yamaha (Penyertaan Hafizh di MotoGP) 100 peratus sah," kata Razlan pada ujian rasmi MotoGP di Sepang baru-baru ini ketika sedang mengadakan pertemuan bersama Poncharal dan pihak pengurusan Dorna bagi membincangkan penyertaan Hafizh di MotoGP pada tahun 2019 dan 2020.

Dalam perbincangan tersebut Razlan berkata Poncharal bersetuju menawarkan tempat buat Hafizh Syahrin di MotoGP bagi menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Jonas Folger dan Razlan akan ke Buriram untuk tindakan selanjutnya berkaitan kontrak dan sebagainya bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 yang berpangkalan di Perancis.

"Ada tiga nama termasuk Hafizh dan tanpa perbincangan lanjut, Yamaha Jepun memilih Hafizh dan mereka juga sudah berbincang dengan Yamaha Hong Leong (Malaysia), Thailand dan Indonesia, di mana mereka bersetuju Hafizh menjadi pelumba pasukan untuk tahun ini," kata Razlan.

Namun, pasukan Poncharal berkata dalam laman web rasmi MotoGP mereka akan menilai Hafizh bermula di ujian rasmi yang berlangsung di Buriram nanti dan keputusan muktamad mengenai pelumba keduanya hanya akan dibuat selepas itu.

Sumber maklumat ni Qiya ambil daripada Berita Harian Online. Sebarang perubahan berkaitan dengan keputusan muktamad boleh rujuk dekat website rasmi MotoGP.


Latar Belakang (Biodata) Hafizh Syahrin


Sejarah Awal Penglibatan Hafizh Syahrin dalam perlumbaan motosikal


Hafizh Syahrin dilahirkan pada 5 May 1994 di Selangor, Malaysia dan membesar di Selangor. Beliau memulakan kerjaya pada usia 9 tahun dalam perlumbaan pocket bikes dan terus mendapat gelaran "King of Pocket Bikes." ketika beliau ditemui oleh pengurus kumpulan Barry Leong di litar pocket bikes dan bakat berlumba beliau menonjol tak lama selepas itu selain berjaya mendominasi perlumbaan dalam kategori pocket bikes pada tahun berikutnya.

Pembangunan Kerjaya Hafizh Syahrin sebagai pelumba motosikal


Pada tahun 2007 ketika usia beliau 13 tahun, Hafizh Syahrin membuat kemunculan kali pertama pada kejohanan Cub Prix dalam kategori YAMAHA LC135 Cup dan menjuarai tempat kedua secara keseluruhan.

Kemudian pada tahun berikutnya ketika beliau dalam kumpulan Petronas Sprinta Raceline beliau menjadi pelumba paling muda yang berjaya menaiki podium sekaligus menjuarai tempat ke-3 secara keseluruhan dalam kejuaraan Yamaha GIVI Cup pada 2008. Dalam pada itu juga, Hafizh Syahrin telah membuktikan pencapaiannya yang mengagumkan menerusi penyertaannya dalam kategori Novice.

Hafizh Syahrin memulakan tahun 2009 dengan menjuarai perlumbaan pembukaan musim di Alor Setar dengan 7 kemenangan daripada 8 pusingan dalam kategori Novice. Kemudian, beliau beralih untuk berlumba dengan pemain seniornya yang lebih terkenal dan berpengalaman dan beliau berjaya menduduki tangga ketiga dalam Kejohanan 115cc Asia Road Racing Underbone.

Sampai sini saja entry Hafizh Syahrin Sertai MotoGP pada Tahun 2018. Terima kasih kepada semua pembaca blog Qiya Saad Dot Com.
Continue Reading

Sunday, 15 October 2017

Hafizh Syahrin menang tempat ke-3 di Litar Twin Ring Japan MotoGP 2017

Bagi peminat sukan MotoGP, Qiya memang tak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan semasa lagi-lagi bila ada pemenang dari Malaysia yang berjaya naik ke podium. 


Hafizh Syahrin, MotoGP, Moto2, Grand Prix, Litar Twin Ring Motegi, Litar San Marino, Petronas Raceline, Motor Sport,
Hafizh Syahrin memenangi tempat ke-3 di Litar San Marino pada September 2017 (Gambar dari Google).


Berumur 23 tahun, Hafizh Syahrin Abdullah bukan lagi calang-calang pelumba bila berjaya menduduki tempat ke-3 dalam perlumbaan Moto2 di Litar Twin Ring Motegi, Japan semalam.

Ini adalah kali kedua Hafizh Syahrin berjaya naik podium setelah memenangi tempat ke-3 di Litar San Marino September lepas mewakili kumpulan Petronas Raceline.


Hafizh Syahrin, MotoGP, Moto2, Grand Prix, Litar Twin Ring Motegi, Litar San Marino, Petronas Raceline, Motor Sport,
Gambar dari Google


Dalam perlumbaan di Litar Twin Ring Motegi ni Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan kurang 3.134 saat di belakang Alex Marquez (Marc VDS) yang menduduki tempat pertama pada catatan masa 32:08.091s manakala Xavi Vierge dari kumpulan Tech 3 Racing memenangi tempat ke-2 dan mencatat masa lebih 1.465 saat dari Hafizh Syahrin.

Ada ura-ura mengatakan Hafizh Syahrin akan bertukar ke Sepang International Circuit, SIC Racing Team tahun depan, juga untuk kategori Moto2. Dengar cerita pengumuman rasmi akan diadakan pada 24 Oktober ini. 


Hafizh Syahrin, MotoGP, Moto2, Grand Prix, Litar Twin Ring Motegi, Litar San Marino, Petronas Raceline, Motor Sport,
Sumber gambar dari gettyimages Andreas Bolaro


Kata SIC Racing Team lagi Hafizh Syahrin adalah salah sorang calon yang paling sesuai untuk menyertai perlumbaan dalam kategori MotoGP pada tahun 2019 dan mereka mensasarkan pelumba dari Malaysia untuk berlumba dalam kategori MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang tidak lama lagi.

Perlumbaan MotoGP seterusnya akan berlangsung di Philip Island pada 20-22 Oktober 2017 manakala perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang pula akan berlangsung pada 27-29 Oktober 2017 ini.


Hafizh Syahrin, MotoGP, Moto2, Grand Prix, Litar Twin Ring Motegi, Litar San Marino, Petronas Raceline, Motor Sport,
Hafizh Syahrin ketika dalam perlumbaan Moto2 di Litar Twin Ring Motegi, Japan pada 15 Oktober 2017. Gambar dari New Straits Time.


Bangga kan bila ada anak Malaysia yang berjaya mengukir nama di persada antarbangsa ni? Qiya tak sabar nak tunggu Hafizh Syahrin berlumba dalam MotoGP dan bersaing dengan bintang-bintang ternama seperti Valentino Rossi, Marc Marquez, Dani Pedrosa, Jorge Lorenzo, Vinales dan ramai lagi.

Tahniah diucapkan buat pelumba Moto2 dari Malaysia, Hafizh Syahrin dan team Petronas Raceline kerana berjaya memenangi tempat ke-3 dalam perlumbaan Moto2, Grand Prix di Litar Twin Ring Motegi, Japan pada 15hb Oktober 2017.

Terima kasih sebab sudi baca post dari blog Qiya yang bertajuk Hafizh Syahrin menang tempat ke-3 di Litar Twin Ring Japan MotoGP 2017. Jangan lupa untuk baca juga post Kadar Dividen dan Bonus ASB 2016 ni ye.
Continue Reading