Sunday 28 August 2016

Bermain Trampoline di EnerZ Indoor Extreme Park

Hari Khamis (25hb Ogos 2016) yang lepas aku sempat menghadiri satu sesi sidang media untuk pelancaran pembukaan semula EnerZ Indoor Extreme Park bertempat di Subang Jaya, Selangor. Untuk pengetahuan korang, EnerZ Indoor Extreme Park ini adalah TRAMPOLINE EXTREME PARK yang TERBESAR di Malaysia ini. Sukan Trampoline ini kalau kat luar negara da jadi trend yang mana Trampolines ni adalah sukan yang wajib diceburi contohnya dekat Negara Australia dan Amerika.



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park



Walaupun masa ni aku tengah demam, tapi sebab terlampau minat dengan sukan extreme ni aku join jugak diorang main Trampoline tu. Memang rasa macam tak nak berhenti main tau. Permainan Trampoline tu bukan setakat main lompat-lompat Free Jump je tapi ada Foam Pit dan Dodgeball. Dan selain Trampolines, Gut Builder, Wall Climbing, dan Sky Ropes pun ada dekat EnerZ Indoor Extreme Park ini. 



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park






Dengan keluasan 80,000 kaki persegi, aku yakin EnerZ Indoor Extreme Park dapat menjadi satu tempat orang ramai beriadah sebab selain permainan yang aku nyatakan tadi ada lagi permainan baru yang diorang tambah seperti Gladiator, Ninja Warrior, dan Meltdown. Kalau korang jenis yang aktif macam aku ni memang sesuai sangat datang sini. Lagipun ada ramai coach, so anytime je diorang boleh support kalau tak pandai nak main tu kan.



EnerZ Indoor Extreme Park



Harga tiket untuk main dalam EnerZ Indoor Extreme Park ni plak korang boleh refer dekat dalam gambar kat bawah ini. 



EnerZ Indoor Extreme Park



Banyak fasiliti yang disediakan dekat sini contohnya tandas, bilik mandi, surau dan play ground. So, kalau ada family yang bawa budak-budak kecil tu tak jadi masalah la. Boleh bagi diorang main kat play ground and korang take turn la main Trampoline semua tu kan. Tak ada budak-budak bosan sangat nak tunggu mak ayah dia tengah syok melompat-melompat mengalahkan budak kecik tu. Hahaha...

Selain tu kat sini boleh celebrate BIRTHDAY PARTY tau. WOW!!! Menarik sangat. Pihak EnerZ Indoor Extreme Park ni memang ada provide kan tempat khas. Ada lima bilik private yang dilengkapi dengan AV systems untuk kegunaan birthday party event untuk kanak-kanak, remaja, dan juga orang dewasa. Servis katering pun jangan risau, sebab diorang memang ada sediakan jugak. Best kan?



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park


Dekat mana lokasi EnerZ Indoor Extreme Park ni? Korang boleh guna Waze atau Google Maps, just type the address states kat bawah ni. Kalau korang naik Uber car, 2 minit je perjalanan dari Stesen LRT Taipan, USJ.


EnerZ Indoor Extreme Park
Lot 791 Persiaran Subang Indah
Subang Jaya
47500 Selangor.

Tel: 011 1500 0066
Continue Reading

Tingkatkan Tahap Kesihatan Dengan Shaklee Vita C Sustained Release

Aku ingat bila lepas aku melompat masa main trampoline kat EnerZ Indoor Extreme Park hari tu boleh cepat sihat la. Rupanya tak.

Target aku hari ni boleh la aku bagi pencerahan kat prospek aku berkaitan dengan perancangan kewangan untuk masa depan diorang.

Tapi malangnya setiap kali aku cakap mesti berselang seli dengan batuk yg aku kira kronik jugak la kalau sampai tahap macam ni.

Datang balik penyakit lelah aku yg aku ingat da sembuh sebab konsisten makan vitamin hampir setengah tahun.


Tingkatkan Tahap Kesihatan Dengan Shaklee Vita C Sustained Release


Dulu aku memang selalu demam dan batuk yg berterusan. Sampai manager aku suruh datang kerja pakai mask. Suhu air cond pun dia naikkan sampai 30 darjah.

Lepas tu aku try makan Vitamin C Sustained Release Shaklee. Bila konsisten makan suplement memang tahap kesihatan aku bertambah baik.

Jarang la aku demam teruk sampai macam sekarang ni. Kalau demam pun sekejap. Sehari dua da sihat semula.

Sebenarnya aku tak percaya pada supplement sebab tu aku tak makan supplement. Tapi bila keadaan kesihatan aku jadi teruk macam ni aku teringat semula macam mana aku boleh sihat dan tak batuk teruk lagi macam sebelum ni.

Aku cuba fikir macam mana nak kembalikan tahap kesihatan aku sebab aktiviti temujanji aku dengan prospek-prospek yg sedang mencari jalan penyelesaian untuk masalah kewangan mereka semuanya terpaksa ditangguhkan.

Bila fikir dan terus fikir. Satu je yg terdetik dalam kepala aku. Memang Shaklee Vita C Sustain Released la satu-satunya supplement yg sesuai dengan darah jenis AB aku ni.
Continue Reading

Saturday 27 August 2016

Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC

Bukan semua orang bernasib baik dapat peluang untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam bidang yang mereka inginkan disebabkan pelbagai kekangan terutamanya tidak melepasi syarat-syarat am seperti keputusan SPM yang tak cemerlang. Tapi kalau nak belajar tak jadi masalah besar pun sebenarnya sebab masih wujud organisasi seperti Selangor Human Resources Development Centre (SHRDC) yang menawarkan program latihan dan kemahiran untuk belia.



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC



Belia yang saya maksudkan disini adalah belia lepasan SPM, SKM Tahap 3, dan Diploma. Program ini dinamakan Program Perantisan Kemahiran Belia. Sebelum itu, apa kata kita berkenalan dengan SHRDC ni terlebih dahulu.

Siapakah SHRDC?


  • SHRDC ditubuhkan pada 14hb Febuari 1992.
  • Misi mereka adalah untuk membangunkan ketrampilan ataupun kemahiran dan kualiti bagi individu dan organisasi untuk meningkatkan prestasi industri bagi negeri Selangor.
  • Penubuhan SHRDC melalui kerjasama diantara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor, & Industri.


Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC


Program yang Ditawarkan untuk Belia Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


Objektif Program


  • Memenuhi permintaan terhadap kemahiran teknikal bagi sektor perkilangan.
  • Membangunkan karier pelatih dengan memberi peluang latihan.
  • Memberi peluang mendapat kelulusan dan persijilan.
  • Memberi peluang pekerjaan.


Bagi belia lepasan SPM terdapat tiga (3) program yang boleh disertai, iaitu:-


  • WTTP - Industrial Automation Engineering (Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi)

  • WTTP - Solar Technology (Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Solar)

  • YES - Manufacturing Technology (Kejuruteraan Teknologi Pembuatan)

 

1. WTTP - Industrial Automation Engineering (Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi)


Tempoh program ini adalah selama 18 bulan latihan & OJT. Selepas tamat program, pelatih akan dianugerahkan Sijil MC-091-3:2013 Industrial Automation Engineering Supervision dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Single Tier).


Struktur Program






Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC




Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC


SILA DAFTAR PROGRAM INI DI SINI


2. WTTP - Solar Technology (Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Solar)


Tempoh Program WTTP - Solar Technology (Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Solar) ialah 6 bulan latihan & OJT. Manakala SIJIL pula akan ditauliahkan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA), Malaysia. 



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC

SILA DAFTAR PROGRAM INI DI SINI



3. YES - Manufacturing Technology (Kejuruteraan Teknologi Pembuatan)


Tempoh latihan program YES - Manufacturing Technology (Kejuruteraan Teknologi Pembuatan) ialah 6 bulan latihan & OJT. Pelajar yang tamat pengajian dan lulus ujian peperiksaan akan dianugerahkan Certificate II in Engineering oleh Box Hill Institute Melbourne, Australia.

Kejuruteraan Teknologi Pembuatan ini seperti kursus-kursus latihan Injection Moulding yang diaplikasikan dalam kilang-kilang pembuatan plastik yang mana ianya digunakan hampir setiap hari dalam kehidupan kita. Gambar di bawah ini adalah mesin memproses plastik dari bahan mentah yang dihasilkan oleh Petroleum sehingga menjadi satu bentuk plastik yang sedia untuk digunakan selepas dihantar ke kilang seterusnya untuk proses menebuk lubang atau menghasilkan tangkai.

Menarik kan???


Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC


Struktur Program 


Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC


Syarat Kemasukan untuk Belia lepasan SPM


  • Rakyat Malaysia
  • Lepasan SPM
  • Berumur 24 tahun dan ke bawah
  • Tidak bekerja sewaktu berlansungnya program

Kelebihan Program


  • Persediaan ke alam pekerjaan
  • Yuran ditanggung sepenuhnya melalui geran latihan kemahiran.
  • Elaun RM300 sebulan & Elaun tambahan dari Syarikat minimum RM300 semasa tempoh latihan sangkutan (OJT).
  • Peluang pekerjaan.

SILA DAFTAR PROGRAM INI DI SINI


Program Yang Ditawarkan Untuk Belia Lepasan SKM Tahap 3 & Diploma


Objektif Program


Objektif program yang ditawarkan untuk belia lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma ini adalah untuk meningkatkan bilangan ahli teknologi dan jurutera yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan, bagi industri di Malaysia dengan standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Bagi belia lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma, terdapat hanya satu (1) program latihan dan kemahiran ini iaitu Malaysia Meister in Mechatronic.


1. Malaysia Meister in Mechatronic


Tempoh program Malaysia Meister in Mechatronic ini ialah selama 24 bulan bekerja termasuk latihan. Pelajar yang tamat program dan lulus peperiksaan akhir akan dianugerahkan sijil berkembar iaitu Malaysian Meister in Mechatronic & Malaysian Skill advance Diploma (DLKM), dan MC-090-5:2013 - Industrial Automation Engineering Managment.


Struktur Program


Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC


Kelebihan Program


  • Bekerja sambil belajar.
  • Yuran RM31,000 ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah geran latihan PTPK.
  • Elaun/gaji semasa dalam tempoh latihan ialah RM1000 - RM1500 sebulan daripada PTPK dan Syarikat.
  • Manfaat tambahan dari syarikat *(tertakluk pada terma dan syarat)

Fasiliti


Antara fasiliti-fasiliti yang disediakan oleh pihak SHRDC ialah makmal komputer, ruang belajar yang kondusif, makmal-makmal proses seperti makmal Pembuatan dan Penyelenggaraan Sistem Solar, Makmal Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi, Makmal Injection Moulding dan sebagainya.



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC


Sekitar Majlis Taklimat Pembangunan Program Kemahiran di SHRDC, Shah Alam, Selangor.



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC




Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC





Cara Untuk Mendaftar dan Tarikh-tarikh Temuduga



Pendaftaran Program



Pendaftaran program boleh dilakukan di atas talian DI SINI.


Tarikh Temuduga Bagi Program Lepasan SPM



Tarikh temuduga bagi program lepasan SPM ini adalah pada 1hb September 2016 sehingga Disember 2016 (sehingga masih ada kekosongan) yang akan dijalankan di SHRDC.


Tarikh Temuduga Bagi Program Lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma



Tarikh temuduga bagi program lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma ini adalah pada 7hb September 2016 sehingga Disember 2016 (sehingga masih ada kekosongan) yang akan dijalankan di SHRDC.



Untuk maklumat lanjut sila emelkan ke sitirokiyah.saad@gmail.com atau terus membuat pendaftaran di SINI. Selain itu anda juga boleh terus menghubungi pihak SHRDC seperti di alamat di bawah ini jika ada sebarang kekeliruan berkaitan program latihan dan kemahiran belia lepasan SPM, SKM Tahap 3, dan Diploma ini.


Selangor Human Resources Development Centre (SHRDC)
1, Block 2, Pusat Perniagaan Worldwide,
Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-5513 3560
Fax: 03-5513 3490
Continue Reading

Tuesday 23 August 2016

Anti-aging Ecowell Facial Care Essentials

Anti-aging Ecowell Facial Care Essentials is formulated in Switzerland skin care product which is the ingredients basically from organic forming. As we know, organic is refers to natural being without using any mechanical means to develop an organic chemical structure and normally safe to used. Recently most people are start talking about organic food in their plate of meal just because to improve their healthy and same goes to skin care product. 


Anti-aging Ecowell Facial Care Essentials


In order to avoid our skin exposed to excessive chemical we better choose organic based skin care product so that our skin looks younger and healthy. There are five basic items in Anti-aging Ecowell Facial Care Essential Organic Facial Care Series skin care product. They are Liquid Facial Soap Organic Orange Oil, Make-Up Cleanser Milk Organic Olive Oil, Face Tonic Organic Chamomile, Face Mask Hyaluronic Acid & Aloe Vera, and Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream. 



Anti-aging Ecowell Facial Care Essentials



So, Let's discover the miracle of nature for your skin with the purest certified organic ingredients in Anti-Aging Ecowell Facial Care Essentials, Organic Facial Care Series.



Anti-aging Ecowell Facial Care Essentials


Liquid Facial Soap - Organic Orange Oil


Refreshing and revitalizing Ecowell Liquid Facial Soap purifies the skin and removes the excess sebum while maintaining the pH value of the skin without damaging the lipid layer. It is a soft creamy foam,which does not dry the skin. Cleans, purifies and gives skin a natural glow with the power of organic myrtle water and organic orange oil. Also suitable for removing eye and facial make-up.


Anti-aging Ecowell Facial Care Essentials



How to use?


With tepid water, lather Ecowell Liquid Facial Soap between palms. Massage over face and throat; rinse. Use twice daily.


Anti-aging Ecowell Facial Care Essentials


Ingredients


Aqua, **Myrtus Communis Leaf Water, Sodium Cocoamphoacetate, Cocamidopropyl Betain, Glycerin, Lauryl Glucoside, Coco-glucoside, Lactic Acid, Sodium Cocoyl Glutamate, Sodium Lauryl Glucose Carboxylate, Phenethyl Alcohol, Glyceryl Oleate, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, **Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Peel Oil, Ethylheylglycerin.

** Ingredient from organic forming.



Anti-aging Ecowell Facial Care Essentials




Anti-aging Ecowell Facial Care Essentials




Anti-aging Ecowell Facial Care Essentials



Anti-aging Ecowell Facial Care Essentials


Where to buy?

Continue Reading

Monday 22 August 2016

Jualan Murah ABS Power Bank Model Y40 Sempena Merdeka 2016

Sekarang ni aku banyak habiskan masa untuk berurusan dekat luar dan memerlukan Power Bank yang tahan lama sebab dalam satu hari tu aku selalu kena travel dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Biasanya untuk sampai ke satu-satu tempat yang spefic contohnya Wisma Fiamma dekat Bandar Manjalara Kepong aku akan gunakan Google Maps sebab aku memang tak cekap dengan jalan-jalan dekat area Kuala Lumpur ni.

Kalau tak ada power bank ni memang sesat la jawabnya macam apa yang jadi kat aku masa pergi Seremban hari tu. Tapi tu sebab masalah lost Internet Connection so aku tak boleh tengok maps dan terpaksa la tengok sign board untuk balik ke Klang.


ABS Power Bank Y40
ABS Power Bank model Y40

ABS Power Bank model Y40 yang aku guna sekarang ni memang antara power bank yang terbaik yang pernah aku guna sebab ianya tahan lama dan bila cas bateri handphone cepat je full. Boleh cas handphone dua tiga kali.

Selain tu, warranty ABS Power Bank model Y40 ni 2 tahun tau tapi yang da rosak tu kena pulangkan semula atau pun 1 to 1 exchange. Bila da pulangkan power bank yang lama nanti korang akan dapat power bank yang baru.

Kalau beli memang tak rugi sebab power bank kan antara salah satu gadget terpenting yang wajib di bawa ke mana-mana macam aku. Betul tak?

Dan ABS Power Bank ni kalau beli sekarang ni memang jimat sangat-sangat sebab harga ABS Power Bank ni tengah murah. Kenapa MURAH? Sebab sekarang ni tengah ada Jualan Merdeka dengan potongan harga sebanyak 20% hingga 30% dan promosi ni akan berakhir pada 31 August 2016.

Dekat mana nak beli ABS Power bank ni? Jangan risau korang boleh beli dekat kedai rasmi ABS_11Street yang baru je di buka ni dan dari link Facebook  ni pun boleh buat pembelian jugak. Selain itu, beli terus dari pengedar tunggal ABS Power Bank ni iaitu C Two Gadget pun tak ada masalah rasanya.

S E L A M A T 
M E N Y A M B U T
H A R I
K E M E R D E K A A N
Continue Reading

Monday 8 August 2016

Majlis Perasmian Pameran 'All Women Photograph'

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia. Inilah pepatah yang selalu digunakan untuk memberi kesedaran kepada para lelaki bahawa wanita itu tidak lemah. Malah wanita itu lagi hebat dari lelaki jika diberi peluang dan ruang untuk mereka menonjolkan kebolehan yang ada. Namun tanpa kita sedari masih ada diskriminasi atau penindasan terhadap kaum wanita disekeliling kita. 

Betapa hebatnya golongan wanita ini sehingga ada dikalangan mereka telah menjadi wakil kepada semua jurugambar-jurugambar wanita diluar sana dalam memeriahkan Majlis Perasmian Pameran 'All Women Photograph', di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) pada tarikh 28 Julai 2016.


Pusat Pelancongan Malaysia (Matic)


Pusat Pelancongan Malaysia (Matic)


Pusat Pelancongan Malaysia (Matic)


Richie Rachman


Majlis ini dirasmikan oleh Y.A.B YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan diiringi oleh Dato Mahadzir Lokman yang mana beliau adalah bekas pengacara rancangan Tilawah al-Quran suatu masa dulu.


Y.A.B YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia


Y.A.B YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia


Y.A.B YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia


Dato Mahadzir Lokman


Lokasi Matic adalah di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan berhampiran Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas.


Pusat Pelancongan Malaysia (Matic)


Menara Berkembar Petronas


Menara Kuala Lumpur, KL Tower


Setelah selesai Majlis Perasmian Pameran "All Women Photograph', sambutan Hari Raya Puasa juga telah diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim ini di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.


Saloma Bistro


Saloma Bistro, Nasi Minyak


Maaf la ye, tak berkesempatan nak cerita panjang-panjang..Mood penulis masih belum stabil disebabkan oleh kepenatan yang melampau hasil daripada kepadatan jadual dan temujanji bersama bakal-bakal pelabur yang ingin memaksimakan keuntungan atau dividen yang diperolehi dari instrumen-instrumen pelaburan yang berbeza risiko.

Sekian saja untuk entry ini. Terima kasih kepada pembaca sekalian.


Continue Reading