Monday 21 January 2019

Resepi Macaroni Cheese Bakar (Baked)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


makaroni, pasta, resepi macaroni cheese bakar, baked, makanan Itali,
Makaroni Cheese Bakar

2 3 hari lepas Qiya tetiba je rasa teringin nak makan macaroni cheese bakar. Makanan jenis pasta yang berasal daripada negara Itali ni sejujurnya bukan la makanan favourite Qiya sebab tekak Qiya ni original tekak Melayu, susah nak terima makanan pelik-pelik. Tapi apa salahnya cuba rasa makanan lain plak kan? 

Makaroni cheese bakar (baked) ni senang je nak buat, cuma bahan-bahan dia kebanyakkannya terjual dekat kedai kek dan bakeri. Dan kebetulan, nearby area rumah Qiya memang ada kedai bakeri, so tak ada masalah nak cari barang. Barang-barang basic boleh beli kat 99speedmart je.


makaroni, pasta, resepi macaroni cheese bakar, baked, makanan Itali,
Bahan-bahan untuk memasak macaroni cheese bakar

Jom Qiya share RESEPI MACARONI CHEESE BAKAR (BAKED) yang simple sangat-sangat ni.



BAHAN-BAHAN:-

MACARONI


250g macaroni
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
5 sudu tomato puri
5 sudu sos tomato
2 keping daging burger
Secubit garam
Minyak


SOS PUTIH


2 sudu butter
2 sudu tepung gandum
2 cawan susu segar
50g Cheddar cheese


TOPPING


1/2 capsicum (lada benggala merah)
50g Cheddar cheese
Serbuk oregano



CARA-CARA MEMASAK:-


1. Makaroni Goreng


makaroni, pasta, resepi macaroni cheese bakar, baked, makanan Itali,
Makaroni goreng


  1. Didihkan air, rebus makaroni selama 15-20 minit dengan sedikit minyak supaya pasta tak melekat. Toskan.
  2. Potong bawang putih dan bawang merah halus-halus.
  3. Potong dadu daging burger.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  5. Seterusnya masukkan daging burger, goreng separuh masak, dan masukkan tomato puri dan sos tomato.
  6. Masukkan macaroni yang telah ditoskan tadi, kemudian tambah sedikit garam. Biar seketika sehingga semua bahan sebati.
  7. Letak dalam bekas aluminium dan gaul bersama serbuk oregano sementara nak sediakan sos putih.




makaroni, pasta, resepi macaroni cheese bakar, baked, makanan Itali,
Macaroni goreng yang ditabur serbuk oregano supaya aromanya naik.


2. Sos Putih



makaroni, pasta, resepi macaroni cheese bakar, baked, makanan Itali,
Sos putih tanpa keju


  1. Cairkan butter dalam periuk.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau seketika.
  3. Seterusnya masukkan susu segar 1 cawan dan biarkan sampai pekat, kemudian tambah lagi 1 cawan susu dan biarkan mendidih sekejap. Sejukkan.
  4. Sementara tu, boleh la parut cheddar cheese, ataupun kalau nak senang guna mozarella cheese je (tak payah parut).
  5. Masukkan cheddar cheese yang da diparut tadi ke dalam sos putih yang da disejukkan, dan gaul sekata.

makaroni, pasta, resepi macaroni cheese bakar, baked, makanan Itali,
Cheddar cheese parut


makaroni, pasta, resepi macaroni cheese bakar, baked, makanan Itali,
Soso putih bersama cheddar cheese parut



3. Makaroni Cheese Bakar

  1. Masukkan sos putih ke dalam bekas aluminium yang da diisi dengan macaroni goreng tadi. Gaul rata.
  2. Taburkan cheddar cheese yang diparut tadi dan capcicum (lada benggala) yang di potong keatas macaroni sebagai topping.
  3. Bakar dalam oven selama 30-40minit dengan suhu 160-180 darjah celsius. Siap untuk dihidangkan.



makaroni, pasta, resepi macaroni cheese bakar, baked, makanan Itali,
Makaroni goreng yang ditambah sos keju putih


makaroni, pasta, resepi macaroni cheese bakar, baked, makanan Itali,
Macaroni cheese sedia untuk dibakar

Senang kan?

Dekat bawah ni Qiya senaraikan harga barang-barang untuk masak baked macaroni cheese ni. Yang bertanda * tu Qiya beli dekat kedai bakeri, yang lain-lain dekat supermarket biasa pun ada.


SENARAI HARGA BARANG (19 Jan 2019)

Macaroni (San Remo-500g) - RM4.30
Tomato Puree (Kimball-430g) - RM3.80
Cheese Cheddar (Bega-250g) - RM8.90 *
Slice Cheese (Bega-250g) - RM8.50 *
Round Aluminium foil + cover (10pcs) - RM9.30 *
Capsicum/Lada Benggala (1 biji) - RM2.02
Susu segar (Marigold HL-1L) - RM6.40
Daging burger (Ramly-6pcs) - RM5.64
Sos tomato (Maggie-325g) - RM2.92

Actually, Qiya buat 2 bekas makaroni cheese ni, 1 bekas da habis dimakan dan 1 bekas lagi Qiya frozen kan. Bila tak ada stok makanan, boleh la bake macaroni tu.

OK, setakat ni entry tentang Resepi Macaroni Cheese Bakar. Selamat mencuba!


Continue Reading