Tuesday 24 December 2019

Marrybrown Lancar Pakej Sambutan Hari Jadi Bersama Doraemon

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Qiya yakin kalau sebut je Doraemon mesti semua orang di seluruh dunia ni pernah menonton cerita kartun Jepun kesayangan ramai, robot kucing masa depan ni kan.. qiya pun tak terkecuali, dari kecil sampai besar da beranak pinak ni pun still suka lagi kartun Doraemon ni.. hihi


Marrybrown Lancar Pakej Sambutan Hari Jadi Bersama Doraemon, birthday party package, kartun Jepun, Hari kanak-kanak, hadiah Hari Jadi, rumah kebajikan lembah Klang,


Kebetulan plak hari Jumaat lepas, 20 Disember 2019, qiya berpeluang untuk memeriahkan majlis Marrybrown meraikan hari Kanak-kanak bersama Doraemon.


Marrybrown Lancar Pakej Sambutan Hari Jadi Bersama Doraemon, birthday party package, kartun Jepun, Hari kanak-kanak, hadiah Hari Jadi, rumah kebajikan lembah Klang,


Bermula Disember 2019, orang ramai berpeluang untuk meraikan hari jadi  di Marrybrown bersama salah satu watak kartun Jepun yang diminati di seluruh dunia ini. 

Kerjasama antara Marrybrown dan Doraemon ini adalah usaha pertama mereka bagi melancarkan pakej sambutan hari jadi Marrybrown bersama Doraemon. 


Marrybrown Lancar Pakej Sambutan Hari Jadi Bersama Doraemon, birthday party package, kartun Jepun, Hari kanak-kanak, hadiah Hari Jadi, rumah kebajikan lembah Klang,

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Doraemon. Justeru kami dapat memperkenalkan pakej hari jadi. Kami pasti dengan kerjasama ini, akan membawa senyuman dan kenangan yang manis kepada kanak-kanak ini," kata Datin Nancy Liew, Pengarah Urusan Marrybrown.

Marrybrown Lancar Pakej Sambutan Hari Jadi Bersama Doraemon, birthday party package, kartun Jepun, Hari kanak-kanak, hadiah Hari Jadi, rumah kebajikan lembah Klang,


Pada hari tersebut lebih dari 100 orang kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di Lembah Klang berpeluang meraikan hari Kanak-kanak yang penuh keseronokan bersama Doraemon.


Marrybrown Lancar Pakej Sambutan Hari Jadi Bersama Doraemon, birthday party package, kartun Jepun, Hari kanak-kanak, hadiah Hari Jadi, rumah kebajikan lembah Klang,


Selain dapat meraikan hari kanak-kanak bersama Marrybrown dan Doraemon, mereka juga diberikan barangan kelengkapan seperti alat tulis dan beg sebagai persediaan ke sekolah bagi menambah kegembiraan dan mengurangkan beban mereka.


Marrybrown Lancar Pakej Sambutan Hari Jadi Bersama Doraemon, birthday party package, kartun Jepun, Hari kanak-kanak, hadiah Hari Jadi, rumah kebajikan lembah Klang,


Setelah 38 tahun restoran makanan segera, Marrybrown menyediakan sajian ayam goreng rangup, Marrybrown kini bekerjasama dengan Doraemon dimana mereka boleh menyambut hari jadi bersama Doraemon beserta barangan dan dekorasi tema Doraemon di Marrybrown.


Marrybrown Lancar Pakej Sambutan Hari Jadi Bersama Doraemon, birthday party package, kartun Jepun, Hari kanak-kanak, hadiah Hari Jadi, rumah kebajikan lembah Klang,


Pakej Hari Jadi Doraemon boleh didapati secara eksklusif di semua outlet Marrybrown beserta dengan promosi dari Disember 2019 sehingga Mei 2020.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang pakej sambutan hari jadi Doraemon ini, sila layari https://marrybrown.com/birthday-party/ .

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, sila layari:

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmmy
Youtube: MarrybrownTV
Continue Reading

Thursday 24 October 2019

Projek Mini Menanam Cendawan Tiram Kelabu

23/10/19 qiya recieved 12 bongkah cendawan tiram kelabu ni sekali dengan manual cara jaga cendawan atau SOP.


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


Bongkah ni belum matang sepenuhnya sebab benih cendawan yang color putih tu belum turun sepenuhnya sampai bawah bongkah. So, qiya restkan je dulu bongkah ni.


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


Sebelum bongkah cendawan ni sampai qiya da siap-siap buatkan rak cendawan, tapi bila ukur tak berapa ngam la plak, nak kena adjust sikit.


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


First step qiya baca manual cara tanam cendawan tiram ni betul-betul, da faham baru qiya ikut step by step. Mula-mula qiya perhatikan sama ada bongkah separuh matang, suku matang, atau da matang. 

Bongkah cendawan qiya ni belum putih keseluruhan, so belum matang la qiya assume. Space pun belum kemas lagi so qiya decide untuk rest kan dulu bongkah ni sebab masa sampai tu bongkah cendawan ni rasa panas sikit sebab lama dalam van poslaju, travel dari Johor lagi tak tau berapa jam berbungkus dalam kotak. Qiya rehatkan bongkah ni dalam bilik, off lampu, dan pasang aircond suhu 16 darjah celcius beberapa jam.


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


25/10/19 baru qiya baringkan bongkah cendawan ni dan tindihkan dengan kain basah supaya suhu bongkah sentiasa sejuk. 


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


Bila qiya tengok bongkah cendawan ni da mula matang, qiya prepare alat-alat untuk korek benih dekat mulut bongkah. Alat-alatannya adalah air dettol dan sudu besi.


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


Ni bongkah yang da siap korek. Setiap kali korek kena celup dengan air dettol dulu untuk elak bongkah terkena jangkitan.


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


Lepas siap korek, tutup balik mulut bongkah dengan stopper. Rehatkan 5-7 hari sebelum buka semula (31/10/19) untuk hasil cendawan yang pertama. Siram atau sembur bongkah 3 kali sehari supaya suhu sentiasa rendah.


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


Sementara rehatkan bongkah cendawan ni, qiya cari design rak cendawan yang ukuran dia standard untuk letak 1000 bongkah cendawan tiram kelabu ni. Ada 2 ukuran dekat bawah ni, berapa batang kayu semua da lengkap info dari gambar ni, tinggal cari kayu, paku, dengan alatan untuk menukang je. 

Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


Selain tu, kalau perempuan nak buat rak  sendiri macam rak cendawan yang qiya buat ni korang kena ada sifat kejantanan sikit hehe, sebab kalau guna gergaji kayu manual tu confirm peluh mencurah-mencurah. Maksudnya kerja menukang ni kasar, kena jiwa kental baru boleh siapkan kerja-kerja kayu ni.. 😜

Rak hari tu qiya da repair, boleh letak 50 bongkah cendawan. Tapi buat masa ni qiya cuma ada 12 bongkah je. Kita tengok hasil  cendawan dulu, kalau ok boleh tambah lagi, cuma space kat rumah qiya ni tak berapa nak ada, so kena buat sikit-sikit dulu sambil adjust ruang mana yang boleh letak cendawan ni.


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


Pada 28/10/19 qiya cuba buka 1 penutup bongkah, 29/10/19 qiya tengok semula macam ada naik kulat sikit-sikit. Then qiya cuba buka semua penutup bongkah sebab nak tengok progress. 


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


Kebanyakkan mulut bongkah da dipenuhi dengan kulat, yang berwarna putih tu, tapi ada 1 bongkah yang da keluar anak cendawan walaupun stopper tu belum dibuka lagi. Besar jugak da cendawan ni, alang-alang qiya terus buka jela yang da ada cendawan. Mungkin penutup tu tisu dia terkoyak sebab tu keluar cendawan.


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


Syukur alhamdulillah, akhirnya 3 bongkah cendawan da boleh tuai hasil. Dapat la 150g utk 3 bongkah ni.


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


29/10/19 qiya buka stopper, 6/11/19 tuai cendawan. 

Lebih kurang 8 hari dari tarikh buka penutup bongkah baru dapat hasil. 


Bongkah cendawan, cendawan tiram kelabu, cara tanam cendawan, mushroom,


Then, ulang step yg sama; korek mulut cendawan (buang akar guna sudu yg dicelup dlm air dettol), tutup semula stopper 10 hari (rehatkan bongkah), then buka balik stopper utk hasil seterusnya, dan repeat lagi step-step yg sama je selama beberapa bulan atau selagi bongkah boleh keluarkan hasil.


NEXT STEP QIYA AKAN UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA.
Continue Reading

Wednesday 23 October 2019

Cara untuk tebus (redeem) tiket flight Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk (ToneExcel)



Cara untuk tebus (redeem) tiket flight Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk (ToneExcel)


1. Download Tune Talk apps di Play Store


i) Daftar sebagai ahli BIG SHOT/LOYALTY Air Asia

ii) Login, klik Redeem dari menu My Account


Cara untuk tebus (redeem) tiket flight Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk (ToneExcel)


iii) Tukarkan 6000 tune talk point kepada 3000 Air Asia Big Points


Cara untuk tebus (redeem) tiket flight Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk (ToneExcel)


Cara untuk tebus (redeem) tiket flight Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk (ToneExcel)


2. Buka website airasiabig.com

i) Daftar ahli Air Asia Big, atau Login


Cara untuk tebus (redeem) tiket flight Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk (ToneExcel)


ii) Klik Redeem di bahagian menu


Cara untuk tebus (redeem) tiket flight Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk (ToneExcel)


iii) Pilih nak fly dari mana ke mana, then klik continue


Cara untuk tebus (redeem) tiket flight Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk (ToneExcel)

Cara untuk tebus (redeem) tiket flight Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk (ToneExcel)


iv) semak butiran peribadi dan jumlah point yg perlu digunakan


Cara untuk tebus (redeem) tiket flight Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk (ToneExcel)

Cara untuk tebus (redeem) tiket flight Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk (ToneExcel)

Cara untuk tebus (redeem) tiket flight Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk (ToneExcel)


v) utk penerbangan satu hala sekurang-kurangnya kena ada 500 BIG POINTS, utk penerbangan balik 1000 pts, dan 0 point utk promosi tempat duduk percuma


Cara untuk tebus (redeem) tiket flight Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk (ToneExcel)


v) kalau tak ada masalah boleh teruskan proses penebusan tiket kapal terbang Air Asia guna mata ganjaran Tune Talk.
Continue Reading

Tuesday 8 October 2019

myNEWS Lancarkan Pusat Pengeluaran Makanan Sedia Dimakan Berinspirasi Jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada penggemar makanan bercitarasa negara matahari terbit, iaitu Jepun, Qiya ada berita baik untuk korang semua, lagi-lagi yang jenis asyik busy je memanjang, korang boleh ke mana-mana outlet myNEWS untuk dapatkan stock Japanese Food dan simpan dalam fridge kat office, bila time lunch hour korang da tak payah susah-susah fikir nak pergi makan kat mana dan tak payah redah traffic jam tu. Beli je banyak-banyak stok makanan sedia dimakan dari kedai-kedai myNEWS yang berhampiran and dan simpan dalam peti.


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Antara pilihan makanan yang terdapat di myNEWS ini adalah Onigiri, sandwich, bento, pelbagai pilihan roti bakar daripada Maru Bakes, dan tak dilupakan juga makanan kegemaran rakyat Malaysia pun ada tau, apa tu? da tentu la nasi lemak dan mee kari laksa. Selain itu, di myNEWS juga terdapat pelbagai pilihan minuman sejuk dan panas daripada myNEWS' Maru Kafe iaitu Hot Chocolate, Coffee, Americano, Latte, dan sebagainya. Boleh tapau makanan ala-ala Jepun sekali dengan air sekali sambil belek-belek magazine k-pop ke kan hehe..


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Baru-baru ni Qiya berpeluang menghadiri majlis pelancaran pusat pengeluaran makanan myNEWS Holding Berhad, atau ready-to-eat food production centre FPC) yang mana makanan tersebut berinspirasikan makanan dari negara Jepun (Japanese-inspired food) yang bertempat di Head Quarters myNEWS di Kota Damansara. 

myNEWS' food production centre ini beroperasi di bawah pengurusan anak-anak syarikat myNEWS sendiri. Ianya terdiri daripada myNEWS Ryoyupan Sdn Bhd dan myNEWS Kineya Sdn Bhd yang mana mereka akan membekalkan pelbagai makanan sedia untuk dimakan, ready-to-eat (RTE) food yang berkualiti tinggi ke semua rangkaian kedai-kedai myNEWS di seluruh Malaysia.

"Untuk memberi makanan Jepun yang berkualiti kepada rakyat Malaysia, kita mesti bawa pakar-pakar dari Jepun untuk proses penghasilan makanan tersebut" - Mr Dang Tai Luk, CEO myNEWS Holding Berhad Group.


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Pusat pengeluaran makanan myNEWS yang beroperasi secara komersial bermula Jun 2019 melalui dua kilang pengeluaran makanan yang diterajui oleh Gourmet Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd, yang mana mereka ini adalah peneraju dan pakar di dalam industri makanan Jepun di Jepun mampu membekalkan makanan berinspirasi Jepun ini sehingga ke 600 kedai myNEWS.

Qiya da rasa beberapa jenis roti yang dihasilkan oleh Maru Bakes ni, antaranya adalah Onion Cheese Bun, Choco Ring, Melon Bun, dan Pandan Kaya Bun. Antara banyak-banyak roti dekat myNEWS ni Qiya paling suka adalah choco ring. Choco ring ni sejenis donut yang gebu sangat-sangat dan topping dia full of chocolate. Memang favourite Qiya sangat la kalau makanan yang berperisa coklat ni.


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Selain tu, onigiri dari myNEWS pun Qiya da cuba beberapa perisa, iaitu Saba Teriyaki, Tuna Mayo, Smokes Salmon with Cream Cheese, Salmon Soy, Salmon Teriyaki. Bagi Qiya semuanya sedap, harga pun berbaloi. Onigiri ni rasa dia lebih kurang macam sushi tapi ianya berbentuk segitiga sederhana besar, sesuai untuk satu hidangan makanan sarapan pagi, lunch, atau pun bila-bila je kalau lapar ngap je hehe..


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Sejak ditubukan pada Disember 1996, myNEWS telah berkembang dengan jayanya dan berkhidmat kepada lebih 5 juta pelanggan pada setiap bulan melalui lebih 500 kedai myNEWS di seluruh negara. Siapa sangka 23 tahun lepas, kedai myNEWS ini yang hanya menjual surat khabar, kini memiliki rangkaian terbesar produk makanan inspirasi Jepun sedia dimakan selain pembukaan pusat pengeluaran makanan mereka baru-baru ini merupakan satu pencapaian membanggakan di dalam sektor jualan runcit.  


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Secara ringkasnya, myNEWS menawarkan makanan sedia dimakan di kedai-kedai myNEWS termasuk dari pilihan Maru Kafe iaitu Maru Cream yang menyajikan ais krim, Maru Coffee yang menyediakan minuman air kopi harian, Maru Bakes yang terdiri daripada pelbagai roti, dan pelbagai lagi pilihan makanan berinspirasikan Jepun seperti sandwich, onigiri, bento, kari laksa, dan makanan tempatan nasi lemak dan juga makanan negara Itali iaitu spaghetti yang terdapat di 300 kedai myNEWS terpilih bagi memenuhi permintaan pelanggan di sekitar Lembah Klang.


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Jika anda memang penggemar makanan bercitarasa Jepun dan selalu craving nak minum coffee, Qiya suggest korang supaya jadi member kedai myNEWS ni dengan mendapatkan kad keahlian di mana-mana kedai myNEWS dan download myNEWS Apps di Google Play Store untuk memudahkan anda memantau berapa mata yang terkumpul setelah membuat belian di kedai myNEWS, mata atau POINT tu nanti anda boleh reward pelbagai produk atau makanan terpilih di kedai-kedai myNEWS.


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Selain boleh didapati di seluruh kedai myNEWS, anda juga boleh menikmati makanan inspirasi Jepun ini melalui perkhidmatan tempahan atas talian menggunakan servis myNEWS DASH yang juga baru dilancarkan baru-baru ini bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa sibuk dan tak sempat untuk ke kedai atau restoran untuk membeli makanan harian. Jadi, dengan adanya perkhidmatan myNEWS DASH ini anda hanya perlu membuat tempahan atas talian dan penghataran akan dibuat terus ke tempat anda.


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh rangkaian kumpulan kedai myNEWS ini sila layari http://www.mynews.com.my/.
Continue Reading

Thursday 3 October 2019

Perkara-perkara menyeronokkan untuk dilakukan pada hujung minggu tanpa mengeluarkan wang

Aktiviti hujung minggu, hobi, jimat duit, simpan wang untuk persaraan, perancangan kewangan, financial planning,


1. Berbasikal
2. Bersiar-siar di taman
3. Meditasi
4. Membaca buku
5. Main permainan berpapan atau kad
6. Menjadi sukarelawan di dapur awam (soup kitchen)
7. Menyaksikan matahari terbenam
8. Memasak
9. Buat kad ucapan anda sendiri
10. Menonton filem pada waktu malam di rumah
Continue Reading

Monday 30 September 2019

Instrumen Pelaburan yang Terdapat di Malaysia

Kalau sebut tentang pelaburan apa yang terbayang dalam fikiran anda? adakah saham-saham di Bursa Saham Malaysia? atau Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)? Banyak instrumen pelaburan yang terdapat di Malaysia ini sebenarnya. Mari kita fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan pelaburan.

Apa Itu Pelaburan?


Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga, yang mana kata asasnya adalah labur yang bermaksud meletakkan sejumlah wang sebagai modal untuk sesuatu usaha dengan tujuan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.

Maksud lain pelaburan adalah menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

Selain itu, maksud pelaburan juga adalah pertukaran wang kepada aset dengan harapan aset itu akan menghasilkan pendapatan serta memperoleh pertambahan nilai pada masa depan.

Secara umumnya, terdapat dua jenis pelaburan, iaitu pelaburan berisiko rendah dan pelaburan berisiko tinggi.
Continue Reading

Thursday 26 September 2019

Senarai 13 Bintang Gegar Vaganza 6 (GV6) 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wah.. GV musim ke-6 da tak lama la.. dengar cite ramai artis best-best masuk bertanding ni.. siapakah gerangan artis-artis yang menyinari malam-malam konsert Gegar Vaganza nanti? Kalau nak tau sila la baca entry ni sampai habis..

Rancangan realiti TV yang hangat dengan pelbagai kontroversi, tak lain tak bukan iaitu Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6) akan bermula pada 13 Oktober 2019.

Rancangan yang dibawakan oleh Farm Fresh selaku penaja itu masih lagi mengekalkan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara mingguan. Manakala Bell Ngasri dan Fizza Frizzie bertindak sebagai pengacara di belakang tabir.

Selain itu, proses penjurian akan diadili oleh pengarah muzik, Dato' Ramli MS dan penyanyi lagenda, Ibu Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

13 bintang yang akan menyinari konsert Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6) ini adalah seperti di bawah:-

1. Sham Visa
2. Jatt Black Dog Bone
3. Roy
4. Ameer Sofazr
5. Hady Mirza
6. Naqiu Boboy
7. Wann
8. Mazleela
9. Feeza
10. Noorshila Amin
11. Nurfatima
12. Kool
13. One Nation Emcees

Korang kenal tak semua bintang GV6 ni? Kalau tanya qiya, jujur qiya jawab ada la 4 5 orang yang qiya tak kenal.. yela dulu-dulu kan tak ada lagi handphone canggih-canggih ni.. mana ada sosial media semua ni. kalau nak tengok artis kena beli majalah Hai, URTV, tak pun Mangga.. nostalgia betul masa belasan tahun dulu hehe.. tak pun tengok carta Muzik-Muzik TV3, tengok video klip lagu kat NTV7, zaman-zaman Amy Mastura muda remaja gitu.. 

Dalam ramai-ramai bintang GV6 ni, qiya paling kerap menyanyi lagu Dalam Gerimis Sham Visa, Selendang Sutera Nurfatimah, Dan Bila Esok Amir Sofazr, dan lagu Bebas kumpulan Kool. Yang lain-lain tak berapa ingat dan tak berapa tau sangat.. maaf kalau terlampau jujur huhu..

Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6) ni akan ditayangkan secara LIVE pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, di saluran Astro Ria bermula 13 Oktober 2019.
Continue Reading

Monday 23 September 2019

Bacaan IPU di Johan Setia Menurun, Tetapi Asap Jerebu Masih Tebal

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Stesen Johan Setia Klang yang diuruskan oleh APIMS menunjukkan penurunan pada jam 6 pagi hari ini, iaitu 167 berbanding semalam 216. 

Walaubagaimanapun bacaan IPU di Johan Setia Klang masih lagi berada pada tahap tidak sihat.


Indeks Pencemaran Udara, IPU di Johan Setia Klang, IPU Tidak Sihat, Jerebu, Kualiti Udara Malaysia, Pembakaran Terbuka, topeng jerebu, topeng pernafasan N95,
Murid-murid di SK Kg Johan Setia Klang memakai topeng muka yang diedarkan oleh pihak sekolah pada 24 September 2019


Bacaan IPU kurang daripada 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), dan lebih daripada 300 (berbahaya).

Tinjauan di sekitar kawasan berhampiran Johan Setia Klang, iaitu Bandar Putera 2 masih lagi diselubungi asap tebal, keadaan ini amat membimbangkan.

Operasi pembenihan awan dirancang akan dilaksanakan pada minggu depan di negeri-negeri yang mengalami jerebu bergantung kepada keadaan atmosfera, jika udara terlalu kering pembenihan awan tidak boleh dilakukan.

Memetik laporan daripada portal freemalaysiatoday.com yang bertajuk Exco Selangor nafi pembakaran terbuka di Johan Setia punca jerebu, bertarikh 13 Sept 2019.

Difahamkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI), dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian menyatakan bahawa  kurang 5% daripada 404 hektar tanah pertanian di Johan Setia menjadi "mangsa" pembakaran terbuka.

Beliau berkata kesan pembakaran terbuka itu bukan punca utama bacaan indeks pencemaran udara (IPU) mencapai tahap sangat tidak sihat di kawasan berkenaan sebaliknya disebabkan jerebu rentas sempadan.

Menurut beliau lagi, kebanyakkan pembakaran terbuka dikawasan itu dikesan dilakukan oleh petani warga asing kerana mereka melihat cara berkenaan adalah amalan paling mudah untuk 'membersihkan' kebun.


Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara


Merujuk kepada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 3 petang 19 September 2019 dari 68 Stesen Pengawasan Kualiti Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS), menujukkan 26 stesen berada pada bacaan tahap sederhana, 36 setesen berada pada bacaan tahap tidak sihat, dan 6 stesen mempunyai bacaan pada tahap sangat tidak sihat.

KKM memantau penyakit-penyakit berkaitan jerebu di 31 buah klinik sentinel jerebu, iaitu penyakit asma, konjuntivitis, dan jangkitan saluran pernafasan (Upper Respirotary Track Infection, URTI)

  • Terdapat peningkatan penyakit asma sebanyak 15.8% (1,187 kepada 1,375 kes)
  • Terdapat peningkatan terhadap penyakit konjuntivitis sebanyak 24.9% (253 kepada 317 kes)

Bacaan Indeks Pencemaraan Udara (IPU) di Stesen Johan Setia Klang (22 Sept - 30 Sept 2019)


22 Sept 2019

1 AM - 167
2 AM - 173
3 AM - 180
4 AM - 185
5 AM - 188
6 AM - 191
7 AM - 195
8 AM - 193
9 AM - 193
10 AM - 194
11 AM - 192
12 PM - 191

1 PM - 197
2 PM - 202
3 PM - 207
4 PM - 207
5 PM - 208
6 PM - 210
7 PM - 213
8 PM - 216
9 PM - 218
10 PM - 221
11 PM - 223
12 AM - 224


23 Sept 2019

1 AM - 225
2 AM - 222
3 AM - 220
4 AM - 219
5 AM - 217
6 AM - 214
7 AM - 213
8 AM - 212
9 AM - 211
10 AM - 212
11 AM - 214
12 PM - 216

1 PM - 212
2 PM - 208
3 PM - 203
4 PM - 200
5 PM - 195
6 PM - 188
7 PM - 183
8 PM - 175
9 PM - 168
10 PM - 163
11 PM - 158
12 AM - 159


24 Sept 2019

1 AM - 162
2 AM - 160
3 AM - 159
4 AM - 162
5 AM - 164
6 AM - 167
7 AM - 168
8 AM - 172
9 AM - 176
10 AM - 174
11 AM - 173
12 PM - 170

1 PM - 168
2 PM - 166
3 PM - 162
4 PM -
5 PM -
6 PM -
7 PM -
8 PM -
9 PM -
10 PM -
11 PM -
12 AM -

26 Sept 2019

12 AM - 126
1 AM - 124
2 AM - 121
3 AM - 119
4 AM - 117
5 AM - 115
6 AM - 104
7 AM - 94
8 AM - 89
9 AM - 85
10 AM - 86
11 AM - 86

12 PM - 85
1 PM - 85
2 PM - 85
3 PM - 85
4 PM - 84
5 PM - 84
6 PM - 83
7 PM - 92
8 PM - 93
9 PM - 94
10 PM -
11 PM -

Pemilihan topeng pernafasan yang betul ketika bencana jerebu


Topeng pernafasan yang sesuai untuk dipakai ketika jerebu ini adalah topeng yang boleh menapis partikel halus yang berukuran 0.1 mikron atau kurang daripada 2.5 mikrometer, iaitu zarah-zarah yang terkandung dalam asap pembakaran organik dan logam berat.



Indeks Pencemaran Udara, IPU di Johan Setia Klang, IPU Tidak Sihat, Jerebu, Kualiti Udara Malaysia, Pembakaran Terbuka, topeng jerebu, topeng pernafasan N95,



Topeng muka ini bukan topeng pembedahan yang selalu dipakai oleh doktor-doktor di hospital tetapi ia adalah topeng pernafasan N95 yang mampu menapis habuk-habuk kecil yang terkandung dalam zarah-zarah asap jerebu.

Namun kesedaran dikalangan rakyat Malaysia masih ditahap yang sangat rendah, setiap kali jerebu melanda pasti  mereka menggunakan topeng muka tersebut sedangkan ianya memberi kesan  jangka panjang yang sama seperti tidak memakai sebarang topeng muka kerana topeng muka tersebut mempunyai ruang udara di tepinya yang boleh membenarkan partikel-partikel jerebu memasuki rongga pernafasan.


Indeks Pencemaran Udara, IPU di Johan Setia Klang, IPU Tidak Sihat, Jerebu, Kualiti Udara Malaysia, Pembakaran Terbuka, topeng jerebu, topeng pernafasan N95,


Bagaimana indeks pencemaran udara  (IPU) dikira? 


Merujuk laporan kajian UiTM, pengiraan IPU adalah berasaskan kepada nilai-nilai subindeks, (sub-IPU) yang diguna pakai di Malaysia dan Amerika Syarikat.

Sub-IPU ini mengandungi lima parameter yang merangkumi; debu (dust), sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), ozon (O3), karbon monoksida (CO), dan kepekatan logam PM10, bersaiz 10 mikron ke bawah.

Kelima-lima bahan pencemar ini digunakan untuk mengira nilai IPU di Malaysia melalui prosedur yang tertentu.

Namun begitu, di Malaysia, ukuran zarah PM2.5, bersaiz 2.5 mikron ke bawah tidak diambil kira dalam bacaan IPU.

Menurut ahli parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, Malaysia perlu menggunakan ukuran yang boleh mengira zarah bersaiz 2.5 mikron ke bawah (PM2.5), sebagaimana yang dilakukan di kebanyakan negara, termasuk Singapura dan Indonesia.

Walaupun data PM2.5 terdapat di sesetengah Stesen IPu Jabatan Alam Sekitar (JAS), tetapi kegagalan untuk menggunakannya menyebabkan bacaan indeks pencemaran jauh lebih rendah di Malaysia.

Sumber: Astro Awani (28 Sept 2015)

Perbezaan antara zarah-zarah asap prncemaran udara 10 mikron, PM10 dan 2.5 mikron, PM2.5


Diameter satu helai rambut manusia berukuran 50 - 70 mikron. Purata diameter satu zarah bersaiz 10 mikron atau particulate matter, PM10 bersamaan 5 hingga 7 kali ganda lebih kecil berbanding saiz satu helai rambut manusia, manakala diameter satu zarah bersaiz 2.5 mikron, PM2.5 adalah 20 hingga 28 kali ganda lebih kecil daripada saiz satu helai rambut manusia.

Zarah bersaiz 10 mikrometer, PM10 terkandung dalam zarah-zarah asap kenderaan dan asap kilang, manakala zarah bersaiz 2.5 mikrometer, PM2.5 ke bawah terdapat dalam zarah-zarah asap pembakaran organik dan logam berat.

Zarah-zarah PM10 berada di ruang udara lebih singkat dan mampu bergerak sejauh 50 kilometer, manakala zarah-zarah PM2.5 berada di ruang udara lebih lama sehingga beberapa minggu dan boleh bergerak sehingga beratus kilometer.

Apabila bernafas, zarah-zarah PM10 disekat diluar hidung, sebaliknya zarah-zarah PM2.5 boleh memasuki saluran pernafasan dan mampu menjejaskan kesihatan paru-paru.


Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertajuk Laporan Status Penutupan dan Pembukaan Sekolah Akibat Jerebu di Seluruh Negara, semua sekolah akan beroperasi semula pada hari ini, 24 September 2019 (Selasa).


Indeks Pencemaran Udara, IPU di Johan Setia Klang, IPU Tidak Sihat, Jerebu, Kualiti Udara Malaysia, Pembakaran Terbuka,

Namun begitu, jika ada sebarang perubahan pihak KPM akan maklumkan dari semasa ke semasa. Pihak sekolah juga diingatkan supaya mengikuti prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

Untuk maklumat lanjut berkaitan penutupan sekolah akibat jerebu sila layari  portal KPM di www.moe.gov.my atau di saluran media sosial rasmi KPM (Facebok, / Twitter / Instagram) @kempendidikan.
Continue Reading