Tuesday, 8 October 2019

myNEWS Lancarkan Pusat Pengeluaran Makanan Sedia Dimakan Berinspirasi Jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada penggemar makanan bercitarasa negara matahari terbit, iaitu Jepun, Qiya ada berita baik untuk korang semua, lagi-lagi yang jenis asyik busy je memanjang, korang boleh ke mana-mana outlet myNEWS untuk dapatkan stock Japanese Food dan simpan dalam fridge kat office, bila time lunch hour korang da tak payah susah-susah fikir nak pergi makan kat mana dan tak payah redah traffic jam tu. Beli je banyak-banyak stok makanan sedia dimakan dari kedai-kedai myNEWS yang berhampiran and dan simpan dalam peti.


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Antara pilihan makanan yang terdapat di myNEWS ini adalah Onigiri, sandwich, bento, pelbagai pilihan roti bakar daripada Maru Bakes, dan tak dilupakan juga makanan kegemaran rakyat Malaysia pun ada tau, apa tu? da tentu la nasi lemak dan mee kari laksa. Selain itu, di myNEWS juga terdapat pelbagai pilihan minuman sejuk dan panas daripada myNEWS' Maru Kafe iaitu Hot Chocolate, Coffee, Americano, Latte, dan sebagainya. Boleh tapau makanan ala-ala Jepun sekali dengan air sekali sambil belek-belek magazine k-pop ke kan hehe..


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Baru-baru ni Qiya berpeluang menghadiri majlis pelancaran pusat pengeluaran makanan myNEWS Holding Berhad, atau ready-to-eat food production centre FPC) yang mana makanan tersebut berinspirasikan makanan dari negara Jepun (Japanese-inspired food) yang bertempat di Head Quarters myNEWS di Kota Damansara. 

myNEWS' food production centre ini beroperasi di bawah pengurusan anak-anak syarikat myNEWS sendiri. Ianya terdiri daripada myNEWS Ryoyupan Sdn Bhd dan myNEWS Kineya Sdn Bhd yang mana mereka akan membekalkan pelbagai makanan sedia untuk dimakan, ready-to-eat (RTE) food yang berkualiti tinggi ke semua rangkaian kedai-kedai myNEWS di seluruh Malaysia.

"Untuk memberi makanan Jepun yang berkualiti kepada rakyat Malaysia, kita mesti bawa pakar-pakar dari Jepun untuk proses penghasilan makanan tersebut" - Mr Dang Tai Luk, CEO myNEWS Holding Berhad Group.


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Pusat pengeluaran makanan myNEWS yang beroperasi secara komersial bermula Jun 2019 melalui dua kilang pengeluaran makanan yang diterajui oleh Gourmet Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd, yang mana mereka ini adalah peneraju dan pakar di dalam industri makanan Jepun di Jepun mampu membekalkan makanan berinspirasi Jepun ini sehingga ke 600 kedai myNEWS.

Qiya da rasa beberapa jenis roti yang dihasilkan oleh Maru Bakes ni, antaranya adalah Onion Cheese Bun, Choco Ring, Melon Bun, dan Pandan Kaya Bun. Antara banyak-banyak roti dekat myNEWS ni Qiya paling suka adalah choco ring. Choco ring ni sejenis donut yang gebu sangat-sangat dan topping dia full of chocolate. Memang favourite Qiya sangat la kalau makanan yang berperisa coklat ni.


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Selain tu, onigiri dari myNEWS pun Qiya da cuba beberapa perisa, iaitu Saba Teriyaki, Tuna Mayo, Smokes Salmon with Cream Cheese, Salmon Soy, Salmon Teriyaki. Bagi Qiya semuanya sedap, harga pun berbaloi. Onigiri ni rasa dia lebih kurang macam sushi tapi ianya berbentuk segitiga sederhana besar, sesuai untuk satu hidangan makanan sarapan pagi, lunch, atau pun bila-bila je kalau lapar ngap je hehe..


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Sejak ditubukan pada Disember 1996, myNEWS telah berkembang dengan jayanya dan berkhidmat kepada lebih 5 juta pelanggan pada setiap bulan melalui lebih 500 kedai myNEWS di seluruh negara. Siapa sangka 23 tahun lepas, kedai myNEWS ini yang hanya menjual surat khabar, kini memiliki rangkaian terbesar produk makanan inspirasi Jepun sedia dimakan selain pembukaan pusat pengeluaran makanan mereka baru-baru ini merupakan satu pencapaian membanggakan di dalam sektor jualan runcit.  


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Secara ringkasnya, myNEWS menawarkan makanan sedia dimakan di kedai-kedai myNEWS termasuk dari pilihan Maru Kafe iaitu Maru Cream yang menyajikan ais krim, Maru Coffee yang menyediakan minuman air kopi harian, Maru Bakes yang terdiri daripada pelbagai roti, dan pelbagai lagi pilihan makanan berinspirasikan Jepun seperti sandwich, onigiri, bento, kari laksa, dan makanan tempatan nasi lemak dan juga makanan negara Itali iaitu spaghetti yang terdapat di 300 kedai myNEWS terpilih bagi memenuhi permintaan pelanggan di sekitar Lembah Klang.


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Jika anda memang penggemar makanan bercitarasa Jepun dan selalu craving nak minum coffee, Qiya suggest korang supaya jadi member kedai myNEWS ni dengan mendapatkan kad keahlian di mana-mana kedai myNEWS dan download myNEWS Apps di Google Play Store untuk memudahkan anda memantau berapa mata yang terkumpul setelah membuat belian di kedai myNEWS, mata atau POINT tu nanti anda boleh reward pelbagai produk atau makanan terpilih di kedai-kedai myNEWS.


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Selain boleh didapati di seluruh kedai myNEWS, anda juga boleh menikmati makanan inspirasi Jepun ini melalui perkhidmatan tempahan atas talian menggunakan servis myNEWS DASH yang juga baru dilancarkan baru-baru ini bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa sibuk dan tak sempat untuk ke kedai atau restoran untuk membeli makanan harian. Jadi, dengan adanya perkhidmatan myNEWS DASH ini anda hanya perlu membuat tempahan atas talian dan penghataran akan dibuat terus ke tempat anda.


myNEWS, MYNEWS KINEWA, RYOYUPAN, makanan jepun, maru kafe, maru bakes, maru coffee, kedai myNEWS,


Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh rangkaian kumpulan kedai myNEWS ini sila layari http://www.mynews.com.my/.

2 comments: