23/10/19 qiya recieved 12 bongkah cendawan tiram kelabu ni sekali dengan manual cara jaga cendawan atau SOP.
Bongkah ni belum matang sepenuhnya sebab benih cendawan yang color putih tu belum turun sepenuhnya sampai bawah bongkah. So, qiya restkan je dulu bongkah ni.
Sebelum bongkah cendawan ni sampai qiya da siap-siap buatkan rak cendawan, tapi bila ukur tak berapa ngam la plak, nak kena adjust sikit.
First step qiya baca manual cara tanam cendawan tiram ni betul-betul, da faham baru qiya ikut step by step. Mula-mula qiya perhatikan sama ada bongkah separuh matang, suku matang, atau da matang.
Bongkah cendawan qiya ni belum putih keseluruhan, so belum matang la qiya assume. Space pun belum kemas lagi so qiya decide untuk rest kan dulu bongkah ni sebab masa sampai tu bongkah cendawan ni rasa panas sikit sebab lama dalam van poslaju, travel dari Johor lagi tak tau berapa jam berbungkus dalam kotak. Qiya rehatkan bongkah ni dalam bilik, off lampu, dan pasang aircond suhu 16 darjah celcius beberapa jam.
25/10/19 baru qiya baringkan bongkah cendawan ni dan tindihkan dengan kain basah supaya suhu bongkah sentiasa sejuk.
Bila qiya tengok bongkah cendawan ni da mula matang, qiya prepare alat-alat untuk korek benih dekat mulut bongkah. Alat-alatannya adalah air dettol dan sudu besi.
Ni bongkah yang da siap korek. Setiap kali korek kena celup dengan air dettol dulu untuk elak bongkah terkena jangkitan.
Lepas siap korek, tutup balik mulut bongkah dengan stopper. Rehatkan 5-7 hari sebelum buka semula (31/10/19) untuk hasil cendawan yang pertama. Siram atau sembur bongkah 3 kali sehari supaya suhu sentiasa rendah.
Sementara rehatkan bongkah cendawan ni, qiya cari design rak cendawan yang ukuran dia standard untuk letak 1000 bongkah cendawan tiram kelabu ni. Ada 2 ukuran dekat bawah ni, berapa batang kayu semua da lengkap info dari gambar ni, tinggal cari kayu, paku, dengan alatan untuk menukang je.
Selain tu, kalau perempuan nak buat rak sendiri macam rak cendawan yang qiya buat ni korang kena ada sifat kejantanan sikit hehe, sebab kalau guna gergaji kayu manual tu confirm peluh mencurah-mencurah. Maksudnya kerja menukang ni kasar, kena jiwa kental baru boleh siapkan kerja-kerja kayu ni.. 😜
Rak hari tu qiya da repair, boleh letak 50 bongkah cendawan. Tapi buat masa ni qiya cuma ada 12 bongkah je. Kita tengok hasil cendawan dulu, kalau ok boleh tambah lagi, cuma space kat rumah qiya ni tak berapa nak ada, so kena buat sikit-sikit dulu sambil adjust ruang mana yang boleh letak cendawan ni.
Pada 28/10/19 qiya cuba buka 1 penutup bongkah, 29/10/19 qiya tengok semula macam ada naik kulat sikit-sikit. Then qiya cuba buka semua penutup bongkah sebab nak tengok progress.
Kebanyakkan mulut bongkah da dipenuhi dengan kulat, yang berwarna putih tu, tapi ada 1 bongkah yang da keluar anak cendawan walaupun stopper tu belum dibuka lagi. Besar jugak da cendawan ni, alang-alang qiya terus buka jela yang da ada cendawan. Mungkin penutup tu tisu dia terkoyak sebab tu keluar cendawan.
Syukur alhamdulillah, akhirnya 3 bongkah cendawan da boleh tuai hasil. Dapat la 150g utk 3 bongkah ni.
29/10/19 qiya buka stopper, 6/11/19 tuai cendawan.
Lebih kurang 8 hari dari tarikh buka penutup bongkah baru dapat hasil.
Then, ulang step yg sama; korek mulut cendawan (buang akar guna sudu yg dicelup dlm air dettol), tutup semula stopper 10 hari (rehatkan bongkah), then buka balik stopper utk hasil seterusnya, dan repeat lagi step-step yg sama je selama beberapa bulan atau selagi bongkah boleh keluarkan hasil.
NEXT STEP QIYA AKAN UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA.
Bestnya tanam sendiri.. Kutip hasil je bila nak masak..
ReplyDeleteThanks Qiya sebab share step by step..
owh banyak juga step dia ye Qiya, kak ana teringin juga nak semai tapi macam takut silap step tak jadi pula kan :)
ReplyDeleteSyok juga ni. Petik2 terus buat celup tepung hehe.
ReplyDeleteBanyak step jugak ye.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteletak kat mana bongkah tu ? dalam bilik ? atau almari tertutup ?
Nk tnye... Kt mne beli bongkah tu.. Xde tmpt besar.. Ingat nk wat area umah je... Bleh ke.. Ke kne ruang yg besar ye sis
ReplyDeleteyang niii goreng tepong sedap makan krup krap ni..
ReplyDeletetanam sendiri bestnyaaa.. kalo nak masak senang =D
Mohon share penjual bongkah benih cendawan puan...mesti syok anak2 klu buat ni...tq
ReplyDeleteBeli kt shopee pun boleh
DeleteBestnya oh my god
ReplyDeleteSy pnya dh smpai tpi stoper dy x dk mcm mna erk?
ReplyDeleteSaya tutup ngn tisu jer..pastu ikat ngn getah..
DeleteBuang masa, buang duit je,baik beli.
ReplyDeleteSaya dah cuba, susah, tak menjadi. Kalau sampai kena letak dalam bilik berairkon, tak payahlah.
Sayabeli 10 bongkah. Seksa betul menjaganya. Gelap tak boleh, terang tak boleh, wangi tak boleh, busuk lagi tak boleh. Sudahlah, aku buang semua bogkah tu. Tak.perlu nak pening kepala. Tanam sayor dalam botol recycle lebih mudah.
Terima kasih atas infonya..
ReplyDelete