Monday 30 September 2019

Instrumen Pelaburan yang Terdapat di Malaysia

Kalau sebut tentang pelaburan apa yang terbayang dalam fikiran anda? adakah saham-saham di Bursa Saham Malaysia? atau Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)? Banyak instrumen pelaburan yang terdapat di Malaysia ini sebenarnya. Mari kita fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan pelaburan.

Apa Itu Pelaburan?


Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga, yang mana kata asasnya adalah labur yang bermaksud meletakkan sejumlah wang sebagai modal untuk sesuatu usaha dengan tujuan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.

Maksud lain pelaburan adalah menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

Selain itu, maksud pelaburan juga adalah pertukaran wang kepada aset dengan harapan aset itu akan menghasilkan pendapatan serta memperoleh pertambahan nilai pada masa depan.

Secara umumnya, terdapat dua jenis pelaburan, iaitu pelaburan berisiko rendah dan pelaburan berisiko tinggi.
Continue Reading

Thursday 26 September 2019

Senarai 13 Bintang Gegar Vaganza 6 (GV6) 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wah.. GV musim ke-6 da tak lama la.. dengar cite ramai artis best-best masuk bertanding ni.. siapakah gerangan artis-artis yang menyinari malam-malam konsert Gegar Vaganza nanti? Kalau nak tau sila la baca entry ni sampai habis..

Rancangan realiti TV yang hangat dengan pelbagai kontroversi, tak lain tak bukan iaitu Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6) akan bermula pada 13 Oktober 2019.

Rancangan yang dibawakan oleh Farm Fresh selaku penaja itu masih lagi mengekalkan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara mingguan. Manakala Bell Ngasri dan Fizza Frizzie bertindak sebagai pengacara di belakang tabir.

Selain itu, proses penjurian akan diadili oleh pengarah muzik, Dato' Ramli MS dan penyanyi lagenda, Ibu Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

13 bintang yang akan menyinari konsert Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6) ini adalah seperti di bawah:-

1. Sham Visa
2. Jatt Black Dog Bone
3. Roy
4. Ameer Sofazr
5. Hady Mirza
6. Naqiu Boboy
7. Wann
8. Mazleela
9. Feeza
10. Noorshila Amin
11. Nurfatima
12. Kool
13. One Nation Emcees

Korang kenal tak semua bintang GV6 ni? Kalau tanya qiya, jujur qiya jawab ada la 4 5 orang yang qiya tak kenal.. yela dulu-dulu kan tak ada lagi handphone canggih-canggih ni.. mana ada sosial media semua ni. kalau nak tengok artis kena beli majalah Hai, URTV, tak pun Mangga.. nostalgia betul masa belasan tahun dulu hehe.. tak pun tengok carta Muzik-Muzik TV3, tengok video klip lagu kat NTV7, zaman-zaman Amy Mastura muda remaja gitu.. 

Dalam ramai-ramai bintang GV6 ni, qiya paling kerap menyanyi lagu Dalam Gerimis Sham Visa, Selendang Sutera Nurfatimah, Dan Bila Esok Amir Sofazr, dan lagu Bebas kumpulan Kool. Yang lain-lain tak berapa ingat dan tak berapa tau sangat.. maaf kalau terlampau jujur huhu..

Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6) ni akan ditayangkan secara LIVE pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, di saluran Astro Ria bermula 13 Oktober 2019.
Continue Reading

Monday 23 September 2019

Bacaan IPU di Johan Setia Menurun, Tetapi Asap Jerebu Masih Tebal

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Stesen Johan Setia Klang yang diuruskan oleh APIMS menunjukkan penurunan pada jam 6 pagi hari ini, iaitu 167 berbanding semalam 216. 

Walaubagaimanapun bacaan IPU di Johan Setia Klang masih lagi berada pada tahap tidak sihat.


Indeks Pencemaran Udara, IPU di Johan Setia Klang, IPU Tidak Sihat, Jerebu, Kualiti Udara Malaysia, Pembakaran Terbuka, topeng jerebu, topeng pernafasan N95,
Murid-murid di SK Kg Johan Setia Klang memakai topeng muka yang diedarkan oleh pihak sekolah pada 24 September 2019


Bacaan IPU kurang daripada 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), dan lebih daripada 300 (berbahaya).

Tinjauan di sekitar kawasan berhampiran Johan Setia Klang, iaitu Bandar Putera 2 masih lagi diselubungi asap tebal, keadaan ini amat membimbangkan.

Operasi pembenihan awan dirancang akan dilaksanakan pada minggu depan di negeri-negeri yang mengalami jerebu bergantung kepada keadaan atmosfera, jika udara terlalu kering pembenihan awan tidak boleh dilakukan.

Memetik laporan daripada portal freemalaysiatoday.com yang bertajuk Exco Selangor nafi pembakaran terbuka di Johan Setia punca jerebu, bertarikh 13 Sept 2019.

Difahamkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI), dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian menyatakan bahawa  kurang 5% daripada 404 hektar tanah pertanian di Johan Setia menjadi "mangsa" pembakaran terbuka.

Beliau berkata kesan pembakaran terbuka itu bukan punca utama bacaan indeks pencemaran udara (IPU) mencapai tahap sangat tidak sihat di kawasan berkenaan sebaliknya disebabkan jerebu rentas sempadan.

Menurut beliau lagi, kebanyakkan pembakaran terbuka dikawasan itu dikesan dilakukan oleh petani warga asing kerana mereka melihat cara berkenaan adalah amalan paling mudah untuk 'membersihkan' kebun.


Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara


Merujuk kepada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 3 petang 19 September 2019 dari 68 Stesen Pengawasan Kualiti Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS), menujukkan 26 stesen berada pada bacaan tahap sederhana, 36 setesen berada pada bacaan tahap tidak sihat, dan 6 stesen mempunyai bacaan pada tahap sangat tidak sihat.

KKM memantau penyakit-penyakit berkaitan jerebu di 31 buah klinik sentinel jerebu, iaitu penyakit asma, konjuntivitis, dan jangkitan saluran pernafasan (Upper Respirotary Track Infection, URTI)

  • Terdapat peningkatan penyakit asma sebanyak 15.8% (1,187 kepada 1,375 kes)
  • Terdapat peningkatan terhadap penyakit konjuntivitis sebanyak 24.9% (253 kepada 317 kes)

Bacaan Indeks Pencemaraan Udara (IPU) di Stesen Johan Setia Klang (22 Sept - 30 Sept 2019)


22 Sept 2019

1 AM - 167
2 AM - 173
3 AM - 180
4 AM - 185
5 AM - 188
6 AM - 191
7 AM - 195
8 AM - 193
9 AM - 193
10 AM - 194
11 AM - 192
12 PM - 191

1 PM - 197
2 PM - 202
3 PM - 207
4 PM - 207
5 PM - 208
6 PM - 210
7 PM - 213
8 PM - 216
9 PM - 218
10 PM - 221
11 PM - 223
12 AM - 224


23 Sept 2019

1 AM - 225
2 AM - 222
3 AM - 220
4 AM - 219
5 AM - 217
6 AM - 214
7 AM - 213
8 AM - 212
9 AM - 211
10 AM - 212
11 AM - 214
12 PM - 216

1 PM - 212
2 PM - 208
3 PM - 203
4 PM - 200
5 PM - 195
6 PM - 188
7 PM - 183
8 PM - 175
9 PM - 168
10 PM - 163
11 PM - 158
12 AM - 159


24 Sept 2019

1 AM - 162
2 AM - 160
3 AM - 159
4 AM - 162
5 AM - 164
6 AM - 167
7 AM - 168
8 AM - 172
9 AM - 176
10 AM - 174
11 AM - 173
12 PM - 170

1 PM - 168
2 PM - 166
3 PM - 162
4 PM -
5 PM -
6 PM -
7 PM -
8 PM -
9 PM -
10 PM -
11 PM -
12 AM -

26 Sept 2019

12 AM - 126
1 AM - 124
2 AM - 121
3 AM - 119
4 AM - 117
5 AM - 115
6 AM - 104
7 AM - 94
8 AM - 89
9 AM - 85
10 AM - 86
11 AM - 86

12 PM - 85
1 PM - 85
2 PM - 85
3 PM - 85
4 PM - 84
5 PM - 84
6 PM - 83
7 PM - 92
8 PM - 93
9 PM - 94
10 PM -
11 PM -

Pemilihan topeng pernafasan yang betul ketika bencana jerebu


Topeng pernafasan yang sesuai untuk dipakai ketika jerebu ini adalah topeng yang boleh menapis partikel halus yang berukuran 0.1 mikron atau kurang daripada 2.5 mikrometer, iaitu zarah-zarah yang terkandung dalam asap pembakaran organik dan logam berat.



Indeks Pencemaran Udara, IPU di Johan Setia Klang, IPU Tidak Sihat, Jerebu, Kualiti Udara Malaysia, Pembakaran Terbuka, topeng jerebu, topeng pernafasan N95,



Topeng muka ini bukan topeng pembedahan yang selalu dipakai oleh doktor-doktor di hospital tetapi ia adalah topeng pernafasan N95 yang mampu menapis habuk-habuk kecil yang terkandung dalam zarah-zarah asap jerebu.

Namun kesedaran dikalangan rakyat Malaysia masih ditahap yang sangat rendah, setiap kali jerebu melanda pasti  mereka menggunakan topeng muka tersebut sedangkan ianya memberi kesan  jangka panjang yang sama seperti tidak memakai sebarang topeng muka kerana topeng muka tersebut mempunyai ruang udara di tepinya yang boleh membenarkan partikel-partikel jerebu memasuki rongga pernafasan.


Indeks Pencemaran Udara, IPU di Johan Setia Klang, IPU Tidak Sihat, Jerebu, Kualiti Udara Malaysia, Pembakaran Terbuka, topeng jerebu, topeng pernafasan N95,


Bagaimana indeks pencemaran udara  (IPU) dikira? 


Merujuk laporan kajian UiTM, pengiraan IPU adalah berasaskan kepada nilai-nilai subindeks, (sub-IPU) yang diguna pakai di Malaysia dan Amerika Syarikat.

Sub-IPU ini mengandungi lima parameter yang merangkumi; debu (dust), sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), ozon (O3), karbon monoksida (CO), dan kepekatan logam PM10, bersaiz 10 mikron ke bawah.

Kelima-lima bahan pencemar ini digunakan untuk mengira nilai IPU di Malaysia melalui prosedur yang tertentu.

Namun begitu, di Malaysia, ukuran zarah PM2.5, bersaiz 2.5 mikron ke bawah tidak diambil kira dalam bacaan IPU.

Menurut ahli parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, Malaysia perlu menggunakan ukuran yang boleh mengira zarah bersaiz 2.5 mikron ke bawah (PM2.5), sebagaimana yang dilakukan di kebanyakan negara, termasuk Singapura dan Indonesia.

Walaupun data PM2.5 terdapat di sesetengah Stesen IPu Jabatan Alam Sekitar (JAS), tetapi kegagalan untuk menggunakannya menyebabkan bacaan indeks pencemaran jauh lebih rendah di Malaysia.

Sumber: Astro Awani (28 Sept 2015)

Perbezaan antara zarah-zarah asap prncemaran udara 10 mikron, PM10 dan 2.5 mikron, PM2.5


Diameter satu helai rambut manusia berukuran 50 - 70 mikron. Purata diameter satu zarah bersaiz 10 mikron atau particulate matter, PM10 bersamaan 5 hingga 7 kali ganda lebih kecil berbanding saiz satu helai rambut manusia, manakala diameter satu zarah bersaiz 2.5 mikron, PM2.5 adalah 20 hingga 28 kali ganda lebih kecil daripada saiz satu helai rambut manusia.

Zarah bersaiz 10 mikrometer, PM10 terkandung dalam zarah-zarah asap kenderaan dan asap kilang, manakala zarah bersaiz 2.5 mikrometer, PM2.5 ke bawah terdapat dalam zarah-zarah asap pembakaran organik dan logam berat.

Zarah-zarah PM10 berada di ruang udara lebih singkat dan mampu bergerak sejauh 50 kilometer, manakala zarah-zarah PM2.5 berada di ruang udara lebih lama sehingga beberapa minggu dan boleh bergerak sehingga beratus kilometer.

Apabila bernafas, zarah-zarah PM10 disekat diluar hidung, sebaliknya zarah-zarah PM2.5 boleh memasuki saluran pernafasan dan mampu menjejaskan kesihatan paru-paru.


Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertajuk Laporan Status Penutupan dan Pembukaan Sekolah Akibat Jerebu di Seluruh Negara, semua sekolah akan beroperasi semula pada hari ini, 24 September 2019 (Selasa).


Indeks Pencemaran Udara, IPU di Johan Setia Klang, IPU Tidak Sihat, Jerebu, Kualiti Udara Malaysia, Pembakaran Terbuka,

Namun begitu, jika ada sebarang perubahan pihak KPM akan maklumkan dari semasa ke semasa. Pihak sekolah juga diingatkan supaya mengikuti prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

Untuk maklumat lanjut berkaitan penutupan sekolah akibat jerebu sila layari  portal KPM di www.moe.gov.my atau di saluran media sosial rasmi KPM (Facebok, / Twitter / Instagram) @kempendidikan.
Continue Reading

Sunday 15 September 2019

12 Jadual Koleksi Perbezaan Warna (Color Shades)

Sejak akhir-akhir ni qiya selalu confuse dengan warna. Sekali tengok macam warna pink, tapi ruby sebenarnya. 

Bila qiya jahit plain shawl qiya kena tau color apa shawl yang ada dalam koleksi qiya. 

So, untuk memudahkan qiya ambil table 12 koleksi perbezaan warna atau color shades ni dari blog digitalsynopsis.com dan jadikan entry dalam blog qiya, senang nak refer nanti. Thanks to digitalsysnopsis.com.


Color shades, kepelbagaian warna, jadual warna, color table, color list,

Color shades, kepelbagaian warna, jadual warna, color table, color list,

Color shades, kepelbagaian warna, jadual warna, color table, color list,

Color shades, kepelbagaian warna, jadual warna, color table, color list,

Color shades, kepelbagaian warna, jadual warna, color table, color list,

Color shades, kepelbagaian warna, jadual warna, color table, color list,

Color shades, kepelbagaian warna, jadual warna, color table, color list,

Color shades, kepelbagaian warna, jadual warna, color table, color list,

Color shades, kepelbagaian warna, jadual warna, color table, color list,

Color shades, kepelbagaian warna, jadual warna, color table, color list,

Color shades, kepelbagaian warna, jadual warna, color table, color list,

Color shades, kepelbagaian warna, jadual warna, color table, color list,


Ni antara koleksi plain shawl yang qiya ada buat masa ni dan qiya labelkan shawl yang qiya jahit sendiri ni sebagai Roqeeya Scarf. Kalau cari kat Instagram boleh cari guna hashtag #roqeeyascarf. Penting ada label ni kan, memudahkan orang untuk cari produk kita.


Facebook Page: Roqeeya Scarf
Instagram : @roqeeyascarf


Sekarang ni qiya ada 2 series plain shawl, 10 warna dari BASIC series dan 10 warna lagi dari SWEET 18 series. Jom cuci mata..


🌻 PLAIN SHAWL BASIC SERIES 🌻

✅ Dusty Pink
✅ Yellow
✅ Skin
✅ Dark Green
✅ Brown
✅ Hot Pink
✅ White
✅ Dark Purple
✅ Arctic Blue
✅ Maroon


Plain shawl, kain chiffon, color shades, kepelbagaian warna, roqeeya scarf, qiya saad tailor, shawl by qiya saad,


Plain shawl, kain chiffon, color shades, kepelbagaian warna, roqeeya scarf, qiya saad tailor, shawl by qiya saad,


🌹 PLAIN SHAWL SWEET 18 SERIES 🌹

✅ Granola
✅ Cocoa
✅ Royal Blue
✅ Deep Purple
✅ Red
✅ Ruby
✅ Lemonade
✅ Peach
✅ Seaweed
✅ Mauve Pink


Plain shawl, kain chiffon, color shades, kepelbagaian warna, roqeeya scarf, qiya saad tailor, shawl by qiya saad,


Kalau nak dapatkan plain shawl dari qiya whatsapp ke 012-2668424 atau pun klik je nombor handphone qiya tu nanti korang akan terus ke whatsapp apps.
Continue Reading