Thursday 26 September 2019

Senarai 13 Bintang Gegar Vaganza 6 (GV6) 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wah.. GV musim ke-6 da tak lama la.. dengar cite ramai artis best-best masuk bertanding ni.. siapakah gerangan artis-artis yang menyinari malam-malam konsert Gegar Vaganza nanti? Kalau nak tau sila la baca entry ni sampai habis..

Rancangan realiti TV yang hangat dengan pelbagai kontroversi, tak lain tak bukan iaitu Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6) akan bermula pada 13 Oktober 2019.

Rancangan yang dibawakan oleh Farm Fresh selaku penaja itu masih lagi mengekalkan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara mingguan. Manakala Bell Ngasri dan Fizza Frizzie bertindak sebagai pengacara di belakang tabir.

Selain itu, proses penjurian akan diadili oleh pengarah muzik, Dato' Ramli MS dan penyanyi lagenda, Ibu Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

13 bintang yang akan menyinari konsert Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6) ini adalah seperti di bawah:-

1. Sham Visa
2. Jatt Black Dog Bone
3. Roy
4. Ameer Sofazr
5. Hady Mirza
6. Naqiu Boboy
7. Wann
8. Mazleela
9. Feeza
10. Noorshila Amin
11. Nurfatima
12. Kool
13. One Nation Emcees

Korang kenal tak semua bintang GV6 ni? Kalau tanya qiya, jujur qiya jawab ada la 4 5 orang yang qiya tak kenal.. yela dulu-dulu kan tak ada lagi handphone canggih-canggih ni.. mana ada sosial media semua ni. kalau nak tengok artis kena beli majalah Hai, URTV, tak pun Mangga.. nostalgia betul masa belasan tahun dulu hehe.. tak pun tengok carta Muzik-Muzik TV3, tengok video klip lagu kat NTV7, zaman-zaman Amy Mastura muda remaja gitu.. 

Dalam ramai-ramai bintang GV6 ni, qiya paling kerap menyanyi lagu Dalam Gerimis Sham Visa, Selendang Sutera Nurfatimah, Dan Bila Esok Amir Sofazr, dan lagu Bebas kumpulan Kool. Yang lain-lain tak berapa ingat dan tak berapa tau sangat.. maaf kalau terlampau jujur huhu..

Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6) ni akan ditayangkan secara LIVE pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, di saluran Astro Ria bermula 13 Oktober 2019.

1 comment:

  1. ada yang kenal, ada yang kenal nama je, ada yang tak tahu langsung. Rooting for Naqiu & Amir Sofarz!

    ReplyDelete