Sunday 30 April 2017

Tidak dapat sentuh atau lihat, mata wang Bitcoin semakin popular


Bitcoin, cryptocurrency, wang digital, ethereum, ethtrade, pelaburan,


KUALA LUMPUR: Mata wang digital, atau dikenali “cryptocurrency”, masih istilah asing di kalangan masyarakat umum, namun ia berpotensi menjadi kaedah utama urus niaga masa depan.

Di Malaysia, nilai urusniaga mata wang digital seperti Bitcoin naik mendadak sejak tahun lalu, daripada RM130,000 pada Julai 2015 kepada RM730,000 setakat 16 Julai tahun ini.

“Walaupun mungkin masih disandarkan kepada sistem fiat sedia ada, mata wang kripto atau sekurang-kurangnya pembayaran digital adalah masa hadapan,” kata pengasas Bitcoin Malaysia, Colbert Low.

“Dunia sedang dalam perubahan. Persoalannya sama ada anda dapat menyesuaikan diri atau tidak,” katanya dalam wawancara bersama FMT.

Pengguna aktif yang juga pelopor Bitcoin tempatan Ragunathan Ramankrishnan berkata nilai Bitcoin yang jauh meningkat sejak mula diperkenalkan adalah bukti ia semakin mendapat tempat di seluruh dunia.

“Empat tahun lalu, satu bitcoin hanya berharga RM50. Hari ini nilainya kira-kira RM2,000,” katanya kepada FMT.

Low dan Ragunathan merupakan perunding “cryptocurrency” dan antara pelopor fenomena Bitcoin di negara ini.

Bitcoin adalah aset digital dan sistem pembayaran yang diasaskan seorang individu misteri bernama Satoshi Nakamoto pada 2009.

Melawan teori biasa

Melalui kaedah ini, transaksi dijalankan secara terus antara individu tanpa melibatkan orang tengah iaitu bank, dan setiap transaksi direkodkan dalam sebuah lejar awam yang dinamakan “blockchain”.

Menurut Low, Bitcoin dicipta atas semangat mengenepikan teori ekonomi dan sistem mata wang semasa.

“Mata wang konvensional perlu disandarkan kepada sesuatu. Dolar AS dahulu disandarkan kepada emas, kini wang fiat tidak disandarkan kepada apa-apa. Ada yang menganggapnya sebagai kertas tandas.

“Maka individu yang mencetuskan Bitcoin ini mahu mengenepikan sistem ini. Pada satu sisi ia adalah anarkis dan mendakap semangat ‘anonymous’ zaman sekarang,” katanya.

Pemilik Bitcoin tidak perlu membawa wang tunai ke luar negara, sebaliknya boleh menukarkan bitcoin miliknya dengan mata wang di sana.

Ragunathan berkata, kini sudah banyak negara menggunakan mata wang digital untuk semua transaksi.

“Kerajaan Switzerland misalnya memberikan pengecualian cukai untuk tempoh tertentu kepada sesiapa sahaja yang ingin meneroka atau membangunkan syarikat berkenaan Bitcoin di negara itu,” katanya yang pernah memberi taklimat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung mata wang digital beberapa tahun lalu.

Namun, beliau mengakui Malaysia sendiri agak lambat untuk memutuskan pendirian berhubung perkara ini.

Perubahan sikap Bank Negara

Dua tahun lalu, BNM berkata Bitcoin tidak diiktiraf di negara ini dan mengingatkan semua pihak agar berwaspada dengan risiko penggunaannya.

“Peniaga yang menerima Bitcoin sangat terhad kerana pihak berkuasa masih tiada pendirian jelas tentangnya. Namun semenjak Datuk Muhammad Ibrahim menjadi gabenor, mereka mula meneroka teknologi ini.

“Sudah banyak juga syarikat Bitcoin dari Malaysia dan luar negara berbincang dengan BNM. Tidak lama lagi kajian BNM akan selesai dan kita nantikan apakah perkembangannya,” kata Ragunathan.

Beliau berkata pertemuan pertama komuniti Bitcoin pada 2012 hanya disertai kira-kira 15 orang.

“Sekarang komuniti ini sudah ada lebih 3,000 orang. Kesedaran semakin meningkat. Akhbar pun sudah mula buat laporan, maknanya Bitcoin sudah jadi arus perdana,” katanya.

Low mengulangi mantranya betapa dunia sekarang sedang mengalami perubahan dan ini nasihatnya:

“Dalam hal teknologi ini, tipsnya mudah. Anda lihat tokoh-tokoh pintar seperti Bill Gates, nilai dan ikut langkahnya,” katanya.

Dalam sebuah persidangan industri perkhidmatan kewangan pada 2014, pengasas Microsoft itu dilaporkan berkata transaksi kewangan akhirnya menjadi “digital, sejagat dan hampir percuma.

“Mereka boleh melihat keadaan seribu langkah ke hadapan, dan tahu ke mana dunia ini sedang bergerak. Sebab itu mereka mula membiasakan diri dengan teknologi ini,” katanya.

Sumber : www.freemalaysiatoday.com

Lebih setahun da perjalanan aku untuk meneroka dunia pelaburan dan mengkaji cara-cara untuk menjana pendapatan secara online ni. 

Setakat ni ada yg jadi dan ada yg tidak. Ada yang kerjanya sangat mudah hanya perlu klik iklan tapi malangnya ianya memerlukan masa yang lama dan setiap hari perlu lakukan benda yang sama je... da macam robot plak menghadap PC dan klik iklan yang sama setiap hari. 

Tapi jangan tak percaya ada je orang yang mampu hasilkan pendapatan dari laman paid-to-click (PTC) ni. Terutamanya untuk student, sambil-sambil buat assignment, tulis report FYP, atau sambil-sambil online tu surf jela website-website PTC tu dan klik je iklan. 

Dan bila cukup baki akaun minimum boleh la withdraw. At least ada jugak duit poket kan. Kalau nak kerja sambil belajar boleh je tapi kalau yang tak ada transport dan duduk kolej ke boleh la kan dari tak ada langsung. 

Tapi kerja-kerja klik iklan ni memang sangat-sangat tak sesuai untuk orang yang selalu AIM HIGH macam aku sebab tu aku suka belajar tentang selok-belok pelaburan. Bukan pelaburan wang atau fiat seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Unit Trust atau Unit Amanah, dan Saham (BSKL)  je tapi lebih daripada tu contohnya pelaburan hartanah (AHB), FOREX, emas fizikal, akaun emas, barang kemas dan sebagainya. 

Dan yang paling berharga adalah PELABURAN MASA yang sanggup aku laburkan untuk mencari  dan memantapkan pengetahuan dalam bidang pelaburan ni walaupun ianya bertentangan dengan jurusan pengajian aku. 


Tapi disebabkan minat yang mendalam tentang pelaburan ni jadi terpaksa la aku membahagikan masa untuk study dan timba pengetahuan berkaitan dengan pelaburan-pelaburan yang tidak hanya ditawarkan di dalam negara saja tetapi aku juga mula mengikuti informasi pelaburan yang terdapat di luar negara terutama negara maju seperti German, Arab Saudi, Jepun dan sebagainya.

Selain tu aku pun mengikuti perkembangan Bitcoin jugak dari tahun lepas dan terbukti harga 1BTC tahun lepas (2016) adalah RM900 lebih dan setakat hari ni 1 Mei 2017 harga 1BTC dah mencecah RM5800. Macam tak masuk akal kan? 

Kalau korang nak tau harga Bitcoin ni memang volatile macam SAHAM jugak ada naik turun dan harganya tak tentu. 

Terbaru aku cuba mengikuti sejenis lagi pelaburan wang digital atau wang masa depan 'cryptocurrency' ETHEREUM yang didagang bersandarkan matawang Bitcoin ni. 

Aku tak galakkan sesiapa pun menyertai pelaburan ETHTRADE yang berpusat di Hong Kong ni sebab aku masih lagi dalam peringkat pembelajaran tentang jenis-jenis pelaburan dan masih meneliti adakah ianya termasuk dalam kategori Skim Cepat Kaya atau skim PONZI sebab keuntungannya agak melampaui batas kewarasan fikiran. 

Pada pendapat aku matawang baru 'cryptocurrency' ni mungkin akan melemahkan sistem perbankan secara amnya dan Bank Negara Malaysia secara khususnya kalau BNM lambat bertindak untuk membeli aset-aset digital Bitcoin ni sebab negara maju seperti Singapore, Jepun, dan sebagainya juga telah mengguna pakai matawang Bitcoin ni setiap hari dalam urusan jual beli tertentu seperti Microsoft.

Kalau tengok dalam Youtube, Bill Gates yang da kaya raya tu pun menyokong penggunaan matawang digital 'cryptocurrency' ni. Jadi kenapa kita memilih untuk melihat je kemajuan orang lain sedangkan kita sendiri tak nak bertindak dan rebut peluang ni? 

Akhirnya kita sendiri yang menuding jari dan update status di facebook atau media sosial yang lain bertujuan untuk lepas geram atau menyalahkan kerajaan itu dan ini contohnya Kerajaan Malaysia tak bagi BR1M dan sebagainya. 

Mungkin belum terlambat untuk kita belajar tentang matawang digital 'cryptocurrency' ni supaya kita tergolong dalam golongan orang yang suka memberi dan bukan golongan yang suka meminta-minta sekaligus merendahkan martabat atau maruah diri seperti satu pepatah yang menyebut 'tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima'. 
Continue Reading

Wednesday 26 April 2017

Diploma, Degree, Master, and PhD in Civil Engineering (UiTM) 2017

Tinggal tiga bulan je lagi untuk aku menamatkan Degree ni. Rasa teringin jugak nak sambung belajar ke tahap lebih tinggi lagi. Inshaallah mungkin bila financial status aku da stabil sikit nanti boleh la aku fikirkan semula untuk sambung belajar. 

Matlamat aku satu je... Aku harap dengan wujudnya individu seperti aku ni dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda terutama generasi Melayu FELDA untuk terus berjuang dan bersaing demi memajukan diri dalam bidang pendidikan seterusnya bergelar sebagai profesional. Aku tak nak hidup aku terus rasa terkilan melihat anak bangsa dan generasi seterusnya tercicir dalam pelajaran.

Belajar la... Bukan susah pun... Hanya perlu kan sedikit demi sedikit pengorbanan je... Jangan terlalu ghairah berkawan dan akhirnya tersalah pilih kawan kelak diri sendiri yang merana...

"Cukup la ada SPM... Boleh kerja pun jadi la..." Please jangan sesekali terfikir macam ni. Cuba cari jalan untuk belajar ke peringkat lebih tinggi sekurang-kurangnya IJAZAH.

Tak susah pun sebenarnya untuk bergelar profesional atau pun untuk memiliki PhD, cuma kena ikut laluan yang betul je. Lepas SPM sambung ke Matrikulasi ataupun Diploma, seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Master, dan PhD. Tinggal pilih je bidang apa yang dirasakan sesuai. 


DIPLOMA IN CIVIL ENGINEERING


Diploma in Civil Engineering is offered by the Faculty of Civil Engineering, UiTM at campuses of Penang, Pahang and Sarawak.  The first year of the Diploma programmes provides a comprehensive foundation in civil engineering science with courses such as Mathematics, Physics and computing. In the Second Year, emphasis is given to civil engineering course like Solid Mechanics, Structural Mechanics, Fluid Mechanics, Hydraulic, Soil Mechanics, Construction Materials and Basic Surveying. In the final year, each programme focuses more on courses related to the respective option.

After graduating with Diploma in Civil Engineering, candidates are qualified to work as technical assistants in public and private sector. Based on their technical and planning skills, graduates can also embark on entrepreneurial activities and start their own business. Alternatively, candidates can continue their studies and enrol in the Bachelor Degree programme offered by the faculty, local or overseas universities.


BACHELOR OF ENGINEERING (HONS.) CIVIL


Civil Engineering is a fast-moving, exciting and well paid profession. Civil engineers are responsible for imaging, designing, constructing and maintaining the physical infrastructure on which our modern economy is based. To fulfil the demand for competent Civil Engineers, the Faculty of Civil Engineers, UiTM offers Bachelor of Engineering (Hons.) Civil. Courses offered in the programme will prepare students for a profession which creates the very fabric of our society. Students will be able to develop scientific, design, human resources and management expertise, and gain a sound knowledge of engineering principles, together with the ability to apply them to practical problems. The programme is further offered according to these specialisations: concrete, environmental, geotechnique, management, structure, water and transport.

The Faculty of Civil Engineering has been awarded accreditation by the Engineering Accreditation Council (EAC) Malaysia. This is an indication of quality assurance and institutional excellence. The student can be confident that the university has met international criteria for qualified engineers. Upon graduation, it is prudent for an engineering graduate to register as a graduate engineer with the Board of Engineers Malaysia prior to employment as an engineer.


MASTER OF SCIENCE (BY COURSEWORK)


The Faculty of Civil Engineering, UiTM offers five postgraduate programmes at mastery level by taught course. The programmes are offered in two modes: full- and part-time. The minimum duration to finish the programmes is 1 year. The five master programmes are:


Master of Science in Structural Engineering

The aim of this programme is to produce graduates who are both skilled in structural engineering principles and have the ability to apply and solve complex, open-ended engineering works and problems. This programme has been designed to meet the needs of graduates involved in disciplines associated with the advanced design of engineering structures.


Master of Science in Geotechnical Engineering

The Geotechnical Engineering Masters of Science programme is a specialised field of research and applications within the larger framework of Civil Engineering. The courses presented cover the highly specialised theoretical soil mechanics, geotechnical engineering and soil-structure interaction to solve soil and foundation engineering problems. Graduates can augment their skills to increase their marketability in the related areas with the enhanced their knowledge and ability that they have acquired from this programme.


Master of Science in Water Resources Engineering

This programme is designed to broaden and enhance the understanding of water resources engineering through the integrative approach of teaching and research, focusing on key areas of interests. Graduates can enhance their employability in the related areas with the enhanced knowledge and ability that they have acquired from this programme.


Master of Science in Environmental Engineering

The programme aims to enhance the understanding of environmental engineering through teaching and research in key areas of interests while enhancing the ability to think critically and solve environmental engineering problems. Graduates can augment their skills to increase their marketability in related areas with the enhanced knowledge and ability that they have acquired from this programme.


Master of Science in Construction Engineering

This programme offers the student a myriad of exposure and opportunities in the construction industry. Graduates from the programme enter into areas of construction project management, consulting, and the pursuit of higher degree. Our programme is among the few Master Programmes conducted by coursework in Malaysia. Graduates of this programme have a variety of employment opportunities, including working for general contractors, developers, sub contractors, and construction management firms.


DOCTOR OF PHILOSOPHY (CIVIL ENGINEERING)


The programme Doctor of Philosophy (Civil Engineering) is a three-year full-time research programme offered by the Faculty of Civil Engineering UiTM.  Areas of research include: structural, geotechnical, environmental, water resources and construction. Students must complete a thesis of original work with significant contributions to the field of Civil Engineering at the end of the programme.
Continue Reading

PATI Turut Bawa Penyakit kusta/Gangren

SUNGAI BULOH – Penyakit kusta adalah antara penyakit yang dikesan dibawa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masuk ke negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, PATI yang menghidap penyakit kusta paling banyak dikesan di Sabah dan beberapa negeri lain termasuk Pahang dan Selangor.

“Daripada 307 pesakit kusta baharu yang dilaporkan pada tahun 2013, 50 peratus merupakan golongan PATI,” katanya selepas majlis sambutan ulang tahun ke-85 Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) dan Pelancaran Galeri Kusta Hospital Sungai Buloh di sini semalam.

Sumber dari Kosmo

Ini pula kisah yang dikongsi oleh seorang netizen yang bernama Mak Liza di laman Facebooknya berkaitan dengan jenis penyakit yang besar kemungkinannya dihidapi oleh seorang pelajar Tahfiz, Mohamad Thaqif 11 tahun yang buruk kaki setelah di rotan menggunakan getah paip di kaki oleh seorang warden Madrasah di Johor sehingga menemui ajal hari ini (26/4/2017).






Gangren / Apabila Sel sel mati 


Biar kita tersilap ampun dari kita tersalah hukum. 

Saya kongsikan cerita ini hampir 14 tahun saya simpan. Tidak ada siapa tahu suatu ketika dulu keluarga saya berada di bawah pemantauan kementerian kesihatan kerana penyakit yang dijangkiti oleh maid saya. 

Ingin saya berkongsi cerita tentang gangren. Gangren ini berlaku apabila sel sel telah mati menyebabkan daging busuk. Daging busuk tadi disebabkan oleh kuman. 

Kiranya kuman ini memang sudah lama ada di dalam tubuh seseorang tetapi duduk rehat/ pasif. 

Suatu hari maid saya terjatuh , terjelepok kelantai menyebabkan kakinya sakit. Katanya terseliuh. Salah urat. Cuma disapu minyak panas dan urut sikit sikit. 

2 hari selepas tu maid saya demam. Saya bawa ke klinik, doktor kata demam denggi. Kakinya bengkak dan kehitam hitaman. Doktor kata seperti berlaku pendarahan. Sepatutnya nampak kemerah merahan tetapi kulit maid saya gelap, warna merah jadi warna hitam. Bimbang akan lebih mudarat doktor menasihati agar dibawa ke hospital. Oleh kerana maid warga asing, saya masukkan maid ke hospital swasta. Hospital Pakar Johor. 

4 hari berada di wad. Doktor pakar benar benar melakukan siasatan kenapa kaki maid saya yang asalnya cuma terseliuh boleh bengkak dan bertukar warna hitam. Doktor memaklumkan kepada saya bahawa sel sel telah mati. Kaki maid jadi gangren. Doktor pakar menasihati saya agar maid dipindahkan ke Hospital Kerajaan. Kos rawatan sangat tinggi jika meneruskan rawatan di situ. Setelah urusan discaj, bil rawatan selama 4 hari mencecah RM 5,500.00. Doktor menyediakan surat rujukan untuk meneruskan rawatan di hospital kerajaan. Satu saja yang hospital pakar sembunyikan mereka tak nak bagitahu kenapa gangren boleh terjadi. Mereka suruh saya tanya pakar di hospital kerajaan. Doktor pakar menasihati saya mesti dibawa menerima rawatan segera dan jangan sekali kali bawa pulang ke rumah. 

Memandangkan maid memang sakit dan lemah, terus saya bawa dari Hospital Pakar Johor ke Hospital Sultanah Aminah. Saya sudah tidak kira lagi kos rawatan yang perlu saya tanggung demi membantu orang yang sakit. Memang kena bayar deposit sebab maid warga asing. 

Baru 2 hari duduk dalam wad, doktor pakar perubatan dan doktor pakar kulit HSA sudah memanggil saya datang untuk menerangkan kenapa kaki maid jadi gangren dan rawatan selanjutnya. 

Doktor menerangkan kaki maid jadi gangren, sel sel mati disebabkan maid saya telah dijangkiti kusta. Kusta ini bukan baru tetapi telah ambik masa bertahun tahun berada dalam tubuh maid cuma tidak aktif. Maid terjatuh telah merangsang kuman aktif dan menyebabkan sel sel dikaki mati. Pendek kata kuman ni serang kaki dulu. Sebenarnya kuman tu telah berada diseluruh tubuh tapi yang lain masih tidor. Jelas kelihatan kulit dibeberapa bahagian menebal dan hilang deria rasa. Itu pun kami tahu setelah doktor pakar memeriksa secara terperinci disetiap bahagian tubuh maid saya. Banyak lagi simpton lain yang mengesahkan maid saya mengidap kusta. 

Kusta bukan alang alang penyakit. Penyakit kusta ada tercatat dalam kisah nabi Musa. WHO telah mengistiharkan mana mana kawasan atau sesiapa yang terkena penyakit kusta perlu diasingkan/ dikuarantin. Hidup dalam pengasingan. Dulu di Sg Buluh, Selangor ada sebuah Hospital untuk merawat orang orang yang berpenyakit kusta. WHO juga telah mengistiharkan rawatan untuk orang sakit kusta adalah percuma. 

Plan rawatan awal yang doktor maklumkan kepada saya ialah menjalani pembedahan plastik keatas kaki maid. Bermakna daging daging kaki semuanya dibuang termasuklah kulit kulit kaki. Asalnya jatuh terseliuh tu sebelah kaki saja, tetapi terjadi gangren dikedua dua belah kaki. Pembedahan plastik dilakukan dikedua dua belah kaki dari buku lali hingga ke lutut. Doktor kata kuman tu baru merosakkan sel sel dalam daging saja belum masuk ke tulang, jadi tidak perlu potong kedua dua kaki. 

Plan seterusnya doktor menasihati selepas pembedahan dijalankan, ubat diberikan maid mesti dihantar pulang ke negara asalnya. Saya akur kerana ini adalah perintah Kementerian Kesihatan Malaysia apabila laporan diberikan terdapat seorang pesakit kusta warga asing berada di Malaysia. Tahun 2002 Malaysia sudah diistiharkan negara bebas kusta. Jadi bila ada kes  yang melibatkan warga asing, kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan warga asing itu mesti dihantar pulang setelah diberikan rawatan. 

Selama 56 hari maid menerima rawatan di HSAJB. Hari hari saya melawat dan menjaga maid. Semua kos rawatan di hospital swasta saya tanggung. Baru saya tahu kenapa hospital swasta tidak mahu memaklumkan kepada saya tentang penyakit sebenar kerana saya boleh memohon pengecualian kos rawatan. Sebaliknya selepas saya bayar semua bil rawatan, saya dinasihatkan masukkan maid ke hospital kerajaan. 

Ikut kiraan kos rawatan warga asing di hospital kerajaan selama 56 hari, dengan pembedahan plastik lagi jumlah boleh mencecah RM 10,000.00. Tetapi kerana kusta dibawah pemantauan WHO maka kos rawatan dikecualikan. Sebaik keadaan maid stabil, berbekalkan ubat ubatan untuk sebulan surat dari KKM telah dikeluarkan agar dihantar pulang ke negara asal. Saya terpaksa menghantar maid pulang melalui jalan laut. Bantuan imegresen dan kastam maid ditemani saudara pulang. Bila sampai negaranya maid perlu dimasukkan semula ke hospital dinegaranya. Bukan pulang ke rumah. Jika ikutkan saya , saya tak mahu hantar maid pulang ke negara asalnya sebab nanti maid tentu tidak mampu biaya rawatan di sana dan tidak ada siapa yang akan ambik peduli kesihatan dan rawatannya. 

 Benar maid ini bukan orang kaya. Kos rawatan kesihatan dinegaranya tinggi. Ubat ubatan yang KKM bekal untuk sebulan telah habis. Untuk membeli ubat lagi maid tidak mampu. Beberapa bulan selepas itu saya mendapat khabar, bekas maid saya ini telah meninggal dunia. Kuman kuman telah menyerang seluruh anggota tubuhnya menyebabkn daging daging busuk. Banyak sel sel tubuh mati. Tanpa rawatan yang sepatutnya kaki dulu tu dipotong menyebabkan kuman aktif dan bermaharajalela. 

Kesan keatas keluarga saya ialah kami semua telah dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan di bawah klinik pakar kulit HSA selama beberapa tahun. Oleh kerana ketika maid mula bekerja di rumah saya, saya sedang mengandung anak bongsu, anak bongsu lahir dia yang menjaga ketika saya keluar bekerja. Maka anak bongsu yang paling kerap bersama maid sepanjang setahun maid bersama saya. Anak bongsu diletakkan bawah pemantauan doktor pakar kulit selama 10 tahun. Siapa saja yang pernah tinggal bersama saya dalam tempoh maid tinggal dengan saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.  Sehingga kami diistiharkan bebas dari jangkitan kusta. 

Saya hampir hilang kewarasan dalam bertindak kerana rasa tertekan. Seluruh ahli keluarga terdedah dengab kuman kusta. Kuman kusta ini bukan bertindak cepat sebalik pasif sehingg tiba saat diaktifkan dan apabila sudh aktif tidak dapat dihentikan lagi. Walaupun doktor menerangkan keadaan keluarga saya terkawal kerana maid sempat diberikan ubat ubatan. Tetapi sebelum maid menerima rawatan seluruh keluarga saya terdedah dengan penyakit itu. Anak anak saya masih kecil ketika itu. 

Sungguh Allah yang Maha Berkuasa menjaga keluarga saya dari terkena jangkitan kuman kusta. Keluarga saya sudah melepasi tahanan kawalan. 14 tahun telah berlalu. Tidak lagi keluarga saya perlu menjalani pemeriksaan pemantauan penyakit kusta.  

Ini saya kongsikan agar kita tidak khilaf menuduh seseorang yang menyebabkan gangren dan kaki terpaksa dipotong.  Sebatan getah paip mungkin asbab kuman dalam tubuh aktif dan menyerang sel sel.  Tapi bukan orang itu yang mencelakakan hingga kaki dipotong. 

Takut takut dosa membuat tuduhan membukit nanti dan payah kita mencari orang yang kita tuduh untuk memohon maaf. 

Melihat sel sel kaki mati, daging busuk boleh muntah. Saya pernah membawa anak melawat maid di hospital, anak saya terus muntah kerana tidak tahan bau dan ngeri. Kulit terkoyak dan daging tu jatuh sendiri sebelum pembedahan plastik dijalankan. 

Ambillah pelajaran dan iktibar bahawa setiap berlaku ada asbabnya sedang itu memang sudah tertulis sejak azali. 

Wahai anak anak, Ahmad Ali Aqbar, Ali Gaban, Dr Najdah Othman , Dr Amiratun Nazihah,احمد بيهقي بن عثمان , Omar Abdul Aziz, Abdullah Mubarak , Ali Imran , Darjah Satu

Masih ingatkah kamu semua? 

Muna Liza Binti Ismaill dan Dr Othman Al-Banjarii
22/04/2017

Rentetan kisah adik MUHAMMAD THAQIF AMIN BIN MOHD GADAFFI

Didakwa telah disebat pembantu warden hingga menyebabkan beliau kehilangan kedua belah kaki.. dan kini tangannya pula terpaksa dipotong..😢
Jom terus kirimkan doa buat anak ini.

Dari FB ibu Dayang Thaqifah

Allah....berat sungguh dugaan yg kau berikan pd anakku dlm menghafaz Kalammu......kuat yea sayang...setiap minit..setiap saat.. nafas ini..doa mama sentiasa bersamamu....hanya kpdmu saja kami berserah...ya Allah...

Mohon rakan2  fb mendoakn anak saya Mohamad Thaqif Amin bin Mohd Gadaffi...sedar dari koma dan sihat seperti sediakala...

Hari Ke2 - 20 April 2017

Selepas pembedahan kaki ptg semlm..keadaan Thaqif tak stabil...buah pinggangnya tak dpt berfungsi dengan baik dan proses pembekuan darahnya agak lambat..maybe disebbkn kuman dr kakinya..

Hari Ke3 - 21 April 2017

Keadaan makin worst...keadaan otot2 kaki sudah mati... pagi ni doktor decided utk potong kedua2 belah kakinya...that the best way 4 this time..satu cara utk elakkan dialisis buah pinggangnya..

Mohon doa rakan2...agar proses pembedahan kedua ni selamat dan dpt memberi impak positive pd buah pinggangnya..dan pulih semula..

Laa haula walaa quwwata illa billahi`aliyyil`azhiim. Tiada daya dan upaya,tiada kekuatan kecuali dgn pertolongñmu ya Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Ya Allah...kau berikan yang terbaik buat anak syurgaku dan diriku...berilah daku kekuatan dan ketabahan utk mengharungi dugaanMu..ya Allah... aamiin
Mohon rakan-rakan doakn yg terbaik buat anak syurga saya....

Hari ke3  - 22 April 2017

Semalam lps potong kaki... tangan kanan dh mula bengkak dan  kehitaman...Awal pagi tadi.. doktor minta kebenaran...utk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan... kuman merebak sgt cepat....Sya dh redha apa jua ketentuan Allah....

Hari ke 4 - 22 April 2017

Keadaan Thaqif ada nampak perubahannya....lebih baik dari semalam... selepas proses dialisis...muka yg bengkak..dh npk susut.. tangan yg hitam dh npk beransur cerah selepas operation...
Alhamdulillah..

Alhamdulillah...syukur....terima kasih ya Allah... kau dengar doaku, rakan taulan dan org ramai.. yg tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Thaqif ...
Jutaan terima kasih pd semua yg tidak putus mendoakan kesembuhan ank sya...
Harapan saya...agar semua tidak putus2 mendoakan Mohamad Thaqif Amin berjuang untuk melepasi tahap kritikal... Amin ...

Hari ke 6 - 24 April 2017

Thaqif masih ditidokn...hanya zikir, doa dan bicara sepi mama bersamamu.  Pemantauan rapi setiap 4 jam..ubat cair n beku darah perlu di balancekn....buah pinggang nampaknya ada progress...moga ank syurga mama terus kuat utk sembuh... Allahuakbar....

Hari ke 7 - 25 April 2017

Alhamdullillah pagi ini,  DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah  berkenan berangkat bercemar duli melawat Thaqif... semoga dgn kedatangan Permaisuri.. memberi impak yg positif kpdnya...

Tegok muka Thaqif nampak sihat...cuma ada kebimbangan bila tengok jari jemari tangan kanannya  makin kecut....Ya Allah ...berilah keajaiban utknya...
Selepas perjumpaan dgn Dr Saadon... hati mama makin pilu....camnelah Abg nk hadap...bila abg sedar nanti.... Allahuakbar...kaulh Maha Mengetahui yg terbaik buat ankku dan diriku...
Thaqif demam... suhu semakin meningkat... tangan kanan.....otot-otot dh mati... doktor tggu sehingga jam 8 malam ni... pemantauan setiap jam...sekiranya tiada perubahan jua... terpaksalh memilih pilihan terakhir....

Allahuakbar.... Allahuakbar... Allahuakbar
Ya Allah... Engkaulh Maha Penyembuh....berilah kesembuhan buat anaku.... kurniakanlah kekuatan buat diriku... aamiin... aamiin... aamiin ya rabbal alamiin...

Demi menyelamatkan nyawa thaqif, tangan kanan thaqif akan dipotong.. supaya kuman tidak merebak.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar 😭😭😭... berat sungguh dugaan dan ujian yg Allah berikan... moga Thaqif dan kami sekeluarga terus diberikan kekuatan..

Hari ke 8 - 26 April 2017

Assalamualaikum...wbt..
Doakan yang terbaik buat Thaqif... operation tangan tak jadi... keadaannya tak stabil. Semakin tenat.

Thaqif disahkan meninggal dunia pada petang 26 April 2017. Berakhirnya episod penderitaan Thaqif di dunia ini... insyallah syurga tempatmu nak.. innalillahiwainnailaihirajiunn..
Sedekah alfatihah untuk Thaqif😭

Berakhirnya sebuah episod duka dan menggemparkan negara..
Continue Reading

Sunday 23 April 2017

Tahap Pengkelasan Ijazah Sarjana Muda & Diploma UiTM

Tahap Pengkelasan Diploma UiTM



Tahap Pengkelasan Diploma bagi semua program-program di UiTM adalah seperti berikut:

Diploma Kelas Pertama
CGPA: 3.50 - 4.00

Diploma Kelas Kedua
CGPA: 2.00 - 3.49


Tahap Pengkelasan Ijazah Sarjana Muda & Diploma UiTM



Tahap Pengkelasan Ijazah Sarjana Muda UiTM



Tahap Pengkelasan Ijazah Sarjana Muda bagi semua program-program di UiTM adalah seperti berikut:

Kelas Kepujian Pertama
CGPA: 3.50 - 4.00

Kelas Kedua (Tinggi) 
CGPA: 3.00 - 3.49

Kelas Kedua (Rendah)
CGPA: 2.20 - 2.99

Kelas Ketiga
CGPA: 2.00 - 2.19



Tahap Pengkelasan Ijazah Sarjana Muda & Diploma UiTM


Sumber: https://missobsesi.blogspot.my/
Continue Reading

Saturday 22 April 2017

Valentino Rossi - Gaya Rambut Terbaru (2017)

Tengah malam tadi dapat pun aku tengok Valentino Rossi beraksi dalam ujian masa MotoGP dekat litar lumba di Amerika. 

Penampilan terbaru Valentino Rossi ni menarik perhatian aku. Nampak lebih kemas bila Rossi botak macam ni. 



Valentino Rossi, Gaya Rambut Terbaru Rossi, MotoGP, MotoGP 2017, Grand Prix, Yamaha, Italy, The Doctor,


Dalam ujian masa tersebut Valentino Rossi berjaya mendapatkan petak yang ke-6 untuk perlumbaan MotoGP malam esok.



Valentino Rossi, Gaya Rambut Terbaru Rossi, MotoGP, MotoGP 2017, Grand Prix, Yamaha, Italy, The Doctor,


Sejak menonton MotoGP, aku da mula menjadi peminat Valentino Rossi yang di gelarkan sebagai 'The Doctor' oleh kerana prestasi perlumbaannya di litar lumba yang jauh lebih hebat berbanding pelumba MotoGP yang lain.


Valentino Rossi, Gaya Rambut Terbaru Rossi, MotoGP, MotoGP 2017, Grand Prix, Yamaha, Italy, The Doctor,


Selain prestasinya yang mengagumkan, sifat semulajadi Valentino Rossi yang tak sombong dan suka melayan kerenah fans dia ni la yang membuatkan aku tertarik sangat nak menonton MotoGP ni. Harap-harap ada la rezeki nanti untuk bertemu dan bergambar dengan Rossi bersama motor kesayangan dia.

Dan harapan aku untuk MotoGP 2017 ni da tentu la aku nak tengok Valentino Rossi naik podium bagi setiap perlumbaan dan sekaligus dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk perlumbaan MotoGP 2017 ni.
Continue Reading

Tuesday 18 April 2017

Stay FOCUS!

Padang Jawa - UiTM Shah Alam - iCity Junction


If we realised our specific goal in life then we will not easily change our direction eventhough we have to pass through it in a bit longer and difficult path with slower steps. 

The only thing we need to do is focus and just stay until the finishing line because we only have this much of capability at this moment!
Continue Reading

Empathy is the Key of Innovation

Recently I have to come up with an innovation idea to be contribute into construction industry. Our final product is safety shoe with some different function and technology not only for safety but it also for cormfirtable of our end users. 


Empathy, sympathy, innovation, construction tool idea, business idea,


This photo is part of Behind the Scence of our Technology Entrepreneurship (ENT600) Project prepared for IR DR HJH Che Maznah binti Mat Isa.

This is actually our second idea. The concept is to ease construction site labours during working hour and hopefully it works! 

Our first idea was great and outstanding but it is not related to construction industry and to be fair we have to come up with another innovation idea which something that can be contribute to construction industry.

Why we have to get feedback from our end users? It is because we need to go through the empathy process before we make any decision for our final innovation product.

What does it mean by the word of empathy?

Empathy and sympathy are two different word with a different meaning but they are interrelated to each other.

Sympathy means feelings of pity or sorrow for someone else's misfortune while empathy means the ability to understand and share the feelings of another or in another word empathy means we put ourselves in another person's shoes in order to feel their situation.

Thank you so much for reading this article of Empathy is the Key of Innovation.
Continue Reading

Sunday 16 April 2017

Blog Tutorial: Cara Tukar Template Blog (Blogspot)

Lama da aku fikir nak tukar TEMPLATE blog tapi asyik postpone je sebab masa awal-awal aku blogging dulu rasa macam susah je nak tukar template blog ni sampai stuck dan terus malas nak fikir pasal benda-benda teknikal pasal blog. 

Tapi bila aku cari info kat Google senang je rupanya nak tukar template blog ni. Tak ada la complicated macam yang aku fikir sebelum ni...So, alang-alang terlebih rajin hari ni aku buat jela Blog TUTORIAL Cara Tukar Template Blog ni sekali...hahahaha...

Sebenarnya ada dua cara macam mana nak tukar template blog ni. 

First, boleh tukar dekat Theme dalam Blogger dashboard, apply je template blog mana-mana yang korang suka. 

Cara yang kedua korang boleh download template blog sama ada secara PERCUMA atau BERBAYAR mengikut preferences template blog yang korang suka dekat website BloggerThemes atau pun THEMEXPOSE ni. Dalam tutorial ni aku download template blog ni dari website BloggerThemes.

Cara untuk tukar template blog ni senang je, just follow je steps dari gambar yang aku provide kat dalam tutorial ni ye...


Step 1: Pilih template blog yang disukai dari BloggerThemes then klik Download



blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Pilih template blog yang disukai dari BloggerThemes then klik Download


Step 2: Bila da Download tu kena UNZIP kan ZIP FOLDER tadi and then cari XML document



blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Bila da Download tu kena UNZIP kan ZIP FOLDER tadi and then cari XML document 


Step 3: Untuk memudahkan kerja, EXTRACT je XML document ni ke dekstop supaya senang nak cari



blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Untuk memudahkan kerja, EXTRACT je XML document ni ke dekstop supaya senang nak cari



Step 4SIGN IN ke BLOGGER dashboard then klik menu Theme kat side bar dan klik BACKUP/RESTORE kat bahagian atas belah kanan screen




blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
SIGN IN ke BLOGGER dashboard then klik menu Theme kat side bar dan klik BACKUP/RESTORE kat bahagian atas belah kanan screen


Step 5Klik CHOOSE FILE 




blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Klik CHOOSE FILE 



Step 6: Pilih XML document then klik UPLOAD. Then klik OPEN


blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Pilih XML document then klik UPLOAD. Then klik OPEN. 


So, boleh VIEW blog sekarang. Da siap!


blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Macam la rupanya bila da siap tukar template blog.



Tapi aku tukar template blog yang lain tau. Bukan blog Qiya Saad ni. Tapi sebenarnya kan apa yang aku maksudkan dan fikirkan selama ni bukan la template blog semata-mata tapi overall blog. Aku nak tukar semua sekali supaya blog aku nampak professional macam blog lain yang ada menu dan devide entry dalam category masing-masing tu. 

Macam blog aku sekarang ni bersepah kot, nak cari entry pun susah sebab tak ada menu semua tu. Lepas ni mungkin aku kena spend masa lama sikit untuk blog aku ni kalau tak rasa blog aku ni macam rumah orang pemalas je gayanya. 

Contohnya bila orang masuk rumah aku dan tanya aku " Weh, nak tumpang tandas kejap. Tandas kat mana ye?" Then aku pun jawab "Entah la, ko cari jela, ada tu...tapi aku pun da tak tau kat mana..." 

Hahaha... 

Macam tu la lebih kurang keadaan blog aku ni. 

So, nanti ada masa aku come up dengan tutorial untuk tukar overall blog kalau aku ada masa free la kan. Faham-faham jela kan selagi aku belum grad ni memang susah nak provide masa untuk buat sesuatu yang aku selalu classify kan sebagai "UNCERTAIN THINGS'. Means sesuatu yang kita buat tu belum tentu ada hasilnya. 

So, macam biasa aku kena keep priority first. Kena STUDY, STUDY, dan STUDY... Ni pun sebab aku ada gap dari pukul 12 pm sampai pukul 2.00 pm baru ada kelas semula, tu yang ada masa aku godek-godek blog kat makmal komputer ni. Hehehe...

Ok la, thanks sebab sudi singgah blog aku dan baca entry Blog Tutorial: Cara Tukar Template Blog (Blogspot) ni. Aku doakan semoga korang dipermudahkan segala urusan di dunia dan juga di akhirat. Amin...
Continue Reading

Roti Paratha - Original Malaysian Puff Paratha jenama Tisha's

First time aku makan Roti Paratha Original Malaysian Puff Paratha jenama Tisha's ni. Aku beli kat kedai sejuk beku Az-Zain. Harganya RM5.00 lebih dan ada 5 keping.


Roti paratha tisha's


Nak masak roti paratha ni senang je. Goreng dalam kuali tanpa minyak. Bila warna da bertukar keperangan means da masak la. Pastu makan dengan susu pekat tu...best ooooo...hehe...

Roti paratha ni sesuai untuk buat sarapan pagi atau makan di waktu petang. Tapi jangan la makan selalu sangat nanti pipi tu naik macam kuih pau jangan salahkan aku plak...
Continue Reading

Seludup Rokok dan Arak, Denda Minimum RM100,000.00

Denda minimum RM100,000.00 atau 10 kali nilai cukai akan dikenakan kepada penjual rokok dan arak seludup ekoran pindaan Akta Kastam 1967.


Rokok seludup, rokok tiruan, jenama rokok tiruan,


Ni maklumat yang aku dengar kat dalam berita TV3 tadi. Sekarang ni harga sekotak rokok Dunhill da RM17.50 sebab tu banyak rokok seludup dijual kat kedai-kedai runcit. 

Katakan la seorang perokok tegar hisap sekotak rokok setiap hari. Sebulan perbelanjaan untuk rokok (kalau hisap rokok Dunhill) je da RM525.00. 

Cuba bayangkan kalau buat pelaburan dalam unit amanah setahun nilai pelaburan da jadi RM6,300.00 dan tahun berikutnya akan terima dividen anggaran 8%-12% sebanyak RM504.00. Kalau konsisten melabur selama 5 tahun duit tu boleh la digunakan untuk tunaikan haji ataupun buat dana travel kan lebih bagus.

Macam mana la nak ubah mentaliti orang yang suka hisap rokok ni ye? Tak sayang ke duit tu lepas hisap rokok jadi asap je pun. Pastu boleh mendatangkan penyakit plak tu. Orang yang menghidu asap rokok dari korang lagi la teruk kesan dia. 

Kalau tak nak fikir pasal kesihatan diri korang cuba la prihatin sikit kat kami-kami yang tak hisap rokok ni akan terkena tempias dari asap rokok korang tu dan akan menjejaskan kesihatan kitorang ni tau tak. 

Kan bagus kalau pendapatan negara kita ni tak bergantung dengan hasil kutipan cukai import rokok. Nak jugak merasa duduk dalam negara yang udaranya bersih dari segala toxic dan racun-racun yang boleh mengancam nyawa ni.
Continue Reading

Servis Fotografi Terbaik di Kaio Studio

Selama aku berkecimpung dalam dunia talents dan modelling hampir setahun ni ramai yang bagi semangat aku down sangat-sangat antaranya fotografer la. 


Susah nak jumpa fotografer yang bagus macam team Kaio Studio yang menawarkan servis fotografi yang terbaik dan tau jaga hati pelanggan macam jaga periuk nasi sendiri.



Servis fotografi, studio fotografi, fotografer shah alam, wedding photographer, photography service,


Aku sedar aku masih mentah dalam industri seni dan kreatif ni tapi at least jangan la condem aku yang baru nak belajar ni. 


Aku memang tak pandai posing, tak confirtable depan camera, dan tak confident. Sebab tu aku paksa dan cabar diri aku buat sesuatu yang aku selalu fikir aku tak akan mampu lakukannya. 



Servis fotografi, studio fotografi, fotografer shah alam, wedding photographer, photography service,


Aku pergi casting berlakon untuk TVC, casting untuk modelling, hantar profile dan portfolio sana sini, join macam-macam contest, dan macam-macam lagi semuanya semata-mata untuk build aku punya confident. 


Alhamdulillah ada yang offer untuk pelakon extra, casting modelling dan sebagainya tapi macam biasa la aku belum boleh bagi commitment untuk betul-betul berkecimpung dalam industri seni ni atas sebab-sebab tertentu.


Bila aku buat keputusan untuk menyertai sesi fotografi bersama Kaio Studio ni mental aku mula rasa down sebab aku sememangnya tak ada bakat. Takut kena kutuk dan kena marah dengan fotografer semua ada. 


Servis fotografi, studio fotografi, fotografer shah alam, wedding photographer, photography service,


Pernah kot aku kena marah dengan fotografer sebab tak pandai posing dan fotografer tu memang annoying gila tapi tak apa la aku tak nak mentioned siapa nama fotografer tu. Setakat model yang tak berapa nak ada job tak payah la berlagak sangat!

Tapi sejujurnya aku da serik untuk dapatkan servis fotografi daripada diorang even diorang offer RM50 sejam pun aku tak akan gunakan servis diorang lagi. Sebab diorang ni poyo gila dan bajet best je... 

Tapi bila sampai kat Kaio Studio tu aku sendiri yang offer untuk mulakan shoot sebab rasa confirtable sangat dengan diorang. Nak buat pose macam mana  pun semua diorang yang ajarkan. 


Servis fotografi, studio fotografi, fotografer shah alam, wedding photographer, photography service,


Team Kaio Studio ni memang supporting sangat. Gambar pun superb! Da la sehari je shoot gambar da dapat. Banyak plak tu, just pilih je yang mana paling cun...

Tapi rugi sangat-sangat sebab aku cuma ada 3 pasang baju je waktu tu. Kalau aku tau servis Kaio Studio ni tip-top macam ni aku bawa je 5 6 pasang...hahaha...

Kalau nak tau Nora Danish ni adalah antara selebriti terbaru yang pernah berkunjung kat Kaio Studio ni tau. Bukan artis-artis biasa. Artis yang da berpengalaman pun gunakan servis fotografi dari Kaio Studio ni.


Servis fotografi, studio fotografi, fotografer shah alam, wedding photographer, photography service,


SIAPA KAIO STUDIO NI?


✅ Official videographer wedding of the year Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
✅ Official videographer wedding Ainan Tasneem & Ariffudin
✅ Official videographer pre-wedding Saharul Ridzwan & Deena Emir
✅ Official videographer wedding henna night Shukri Yahaya & Tya Adnan


Wah! Meletop kan team KAIO STUDIO ni! Sampai artis-artis pun guna servis diorang untuk majlis kahwin. Selain tu, team KAIO STUDIO ni bukan jadi pilihan artis je tau tapi turut menjadi pilihan golongan VVIP!


PENCAPAIAN KAIO STUDIO


✅  Top Fashion Videographer Award Winner by Glam Magazine Malaysia
✅  Fashion & travel video shoot with Anuar Zain in Paris.
✅  Fashion campaign video shoot for Ezuwan Ismail in Cairo, Egypt.
✅  Most viral wedding videographer 2016. (time freeze video)


APA SERVIS YANG DITAWARKAN?


✅ Wedding videography & photo
✅ Pre-wedding photo & video
✅ Wedding anniversary photo & video
✅ Oversea post wedding photo & video
✅ Multi Camera Production - Live feed video (MCP)
✅ Live update photography to social media
✅ Dan banyak lagi!


KENAPA KENA PILIH KAIO STUDIO?


1. BERPENGALAMAN dalam wedding video sejak tahun 2012 lagi.
2. Sudah merakamkan detik perkahwinan golongan SELEBRITI dan VVIP
3. Krew produksi yang berpengalaman serta sentiasa mempunyai idea-idea FRESH!
4. Turut terlibat dengan shooting di luar negara.
5. Produksi yang terlibat dalam program TV, muzik video, filem pendek dan banyak lagi.
6. Menggunakan peralatan shooting dan suntingan yang TERKINI DI PASARAN!
7. Harga yang super reasonable untuk kualiti TUJUH BINTANG!
8. Syarikat berdaftar bertaraf SENDIRIAN BERHAD.
9. Studio yang easy access terletak di Seksyen 13 Shah Alam.


KENAPA KENA BOOKING SEKARANG???


Slot Kaio Studio ni seminggu hanya ada 5 je. So, diorang akan fokus kepada setiap event dengan slot yang LIMITED EDITION ini! Kena booking cepat sebelum terlepas peluang mendapat sentuhan KAIO STUDIO. Booking cepat sebelum Kaio Studio ni FULLY BOOK!


Untuk sebarang pertanyan, sila hubungi 013-7707410 (Puan Aishah) dan 017-2360967 (Encik Anwar).

Atau walk-in ke KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD yang beralamat di

1-06 Metia Residence Office,
No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Waktu operasi: 12 tengah hari - 9 malam
(*tapi kena call diorang dulu ye.)


Atau kalau korang nak team KAIO STUDIO contact korang,
sila la komen 'HI KAIO STUDIO, SAYA NAK KAWEN'
atau PM diorang kat Facebook Page KAIO STUDIO di https://www.facebook.com/KaioStudio/ ni dan tunggu la diorang reply.

Ataupun kalau nak tengok hasil sentuhan Kaio Studio ni korang cari je hashtag #kaiostudio dan hashtag-hashtag lain macam kat bawah ni dekat Instagram atau Facebook.

#malaywedding 
#malayweddingguide 
#chinesewedidng 
#indianwedding 
#weddingvideo
#weddingvideography 
#weddingphoto 
#weddingphotography
#liveupdatephotography

Sampai sini je dulu untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry Servis Fotografi Terbaik di Kaio Studio.
Continue Reading