Showing posts with label Pelaburan. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts

Monday, 30 September 2019

Instrumen Pelaburan yang Terdapat di Malaysia

Kalau sebut tentang pelaburan apa yang terbayang dalam fikiran anda? adakah saham-saham di Bursa Saham Malaysia? atau Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)? Banyak instrumen pelaburan yang terdapat di Malaysia ini sebenarnya. Mari kita fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan pelaburan.

Apa Itu Pelaburan?


Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga, yang mana kata asasnya adalah labur yang bermaksud meletakkan sejumlah wang sebagai modal untuk sesuatu usaha dengan tujuan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.

Maksud lain pelaburan adalah menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

Selain itu, maksud pelaburan juga adalah pertukaran wang kepada aset dengan harapan aset itu akan menghasilkan pendapatan serta memperoleh pertambahan nilai pada masa depan.

Secara umumnya, terdapat dua jenis pelaburan, iaitu pelaburan berisiko rendah dan pelaburan berisiko tinggi.
Continue Reading

Saturday, 14 October 2017

Kadar Dividen dan bonus ASB 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin agak ketinggalan sikit sebab kadar Dividen dan bonus ASB 2016 da lama diisytiharkan tapi Qiya baru je nak tulis tentang Kadar Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan bonus bagi tahun 2016 ni. 

Tapi sebelum tu Qiya nak tanya korang da baca ke post yang Qiya tulis pagi tadi yang bertajuk Could 400 times sit-up workouts flatten my tummy? Baca tau...hehe


Dividen, Bonus, Pengagihan pendapatan, ASB, Amanah Saham Bumiputera, Pelaburan, kewangan,
Gambar dari laman web mysumber

Seperti yang dapat kita lihat dalam gambar kat atas ni Income Distribution atau pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun 2016 adalah 6.75 sen per unit manakala Bonus pula ialah 0.50 sen per unit.

Pengagihan pendapatan atau Dividen dan bonus ASB bagi tahun 2000 hingga 2015 plak korang boleh rujuk jadual kat bawah ni.


Dividen, Bonus, Pengagihan pendapatan, ASB, Amanah Saham Bumiputera, Pelaburan, kewangan,

Dividen, Bonus, Pengagihan pendapatan, ASB, Amanah Saham Bumiputera, Pelaburan, kewangan,

Dividen, Bonus, Pengagihan pendapatan, ASB, Amanah Saham Bumiputera, Pelaburan, kewangan,

Dividen, Bonus, Pengagihan pendapatan, ASB, Amanah Saham Bumiputera, Pelaburan, kewangan,

Dividen, Bonus, Pengagihan pendapatan, ASB, Amanah Saham Bumiputera, Pelaburan, kewangan,

Dividen, Bonus, Pengagihan pendapatan, ASB, Amanah Saham Bumiputera, Pelaburan, kewangan,


Korang boleh tengok sendiri dan buat perbandingan tahun bila Dividen dan Bonus ASB ni paling tinggi. 

Semoga perkongsian tentang Kadar Dividen dan Bonus ASB 2016 ni bermanfaat buat korang semua.
Continue Reading

Thursday, 1 June 2017

Pengalaman untung trade Bitcoin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni aku nak cerita pengalaman baru aku dalam dunia pelaburan, iaitu Pengalaman untung trade Bitcoin. Bitcoin adalah satu lagi pelaburan berisiko tinggi yang berjaya menarik minat aku dalam bidang trading ni.

Tapi sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang Pengalaman untung trade Bitcoin ni mungkin korang berminat juga nak tau tentang Air Mineral Semulajadi Berkilauan Perrier yang mampu mengekalkan jenamanya sejak tahun 1898 lagi.

Macam mana aku boleh untung trade Bitcoin walaupun ni pengalaman pertama aku mengikuti perkembangan graf Candlestick? Dalam seminggu ni aku kaji perkembangan naik turun harga Bitcoin. Paling rendah 1BTC = RM9,000 dan paling tinggi 1BTC = RM14,200 yang sempat aku monitor dalam Luno Apps. Ada 4 view graf Candlestick yang boleh kita monitor harga Bitcoin ni dalam Luno Apps. 1D (1 Day), 1W (1 Week), 1M (1 Month), dan 1Y (1 Year). 


Pelaburan, Bitcoin, Candlestick,


Sebelum trade Bitcoin ni aku ada buat Technical Analysis (TA) sikit semalam. Belajar baca asas graf Candlestick, kaji trend Bullish dan Bearish, market trend Sideaway, Body dan shadow, open price dan close price.

Selain itu, aku baca juga tentang faktor-faktor yang menarik minat pelabur-pelabur untuk melabur di sesebuah negara antaranya kalau sesebuah negara tu isytihar interest rate tinggi maknanya ramai pelabur akan tertarik untuk melabur di negara tersebut dengan cara membeli matawang mereka bila interest rate tinggi dan jual semula bila interest rate rendah.

Kalau korang perhatikan graf Candlestick untuk 1 hari (1D) kat atas tu korang akan nampak harga paling tinggi lebih kurang RM11,500 per BTC/XBT dan harga paling rendah adalah RM10,500 per BTC. Aku beli semalam pada harga paling rendah waktu pagi dan jual semula pada harga paling tinggi waktu petang. 

Aku apply konsep asas je untuk terjun ke bidang trading Bitcoin ni iaitu tak lain tak bukan, Buy Low Sell High. Beza harga per BTC RM1,000. Banyak tu kalau beli dalam volume yang besar. Kalau macam aku ni beli sikit-sikit je untung pun sikit jela kan. 

Dari sudut pandang aku tentang trading  ni secara umum tak kira la trade saham, forex, Bitcoin dan sebagainya kalau nak buat untung dan minimum kan kerugian kena apply beberapa konsep asas yang aku senarai kan kat bawah ni.

1. Never put all eggs in one basket.
2. Buy low, sell high
3. Diversify portfolio or investment

Lepas ni kalau ada masa aku nak belajar tentang international investment (Nasdaq) plak dan kalau korang pun suka cari info tentang pelaburan korang mungkin boleh baca dari artikel-artikel yang aku da tulis sebelum ni.

Artikel berkaitan pelaburan


Kesimpulannya harga Bitcoin ni memang sangat-sangat volatile dan kalau berani ambil risiko cuba la terjun ke bidang trading Bitcoin ni tapi off course la kena pegang betul-betul satu prinsip asas pelaburan ni iaitu 'Never put all eggs in one basket' sebab semua jenis pelaburan pun ada risikonya yang tersendiri dan untuk kurangkan risiko kerugian aset kita kena diversify pelaburan kita. Simpan la sikit kat bank, Unit Amanah, Tabung Haji, ASB, AHB, Emas, dan sebagainya. Duit yang betul-betul tak guna tu boleh trade Saham, Forex, Crypto currency Bitcoin, dan sebagainya. Ikut keselesaan korang la nak involve yang mana satu.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog aku dan baca entry Pengalaman untung trade Bitcoin ni.
Continue Reading

Wednesday, 17 May 2017

Duit, simpan dulu atau belanja dulu?

Memetik kata Dato Ibu Hanim masa dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2017) baru-baru ni, 

"Duit kalau banyak sangat atau bertimbun-timbun macam gunung pun kalau asyik di korek je lama-lama habis juga"

Aku setuju sangat dengan statement ni.


Dato Ibu Hanim, Faridah Hanim, Business Forensic,


Sebab tu la kita kena buat pelaburan supaya yang di korek tu bukan nya duit simpanan tapi duit dividen dan bonus. Duit pokok jangan sesekali di usik.

Setahun ada pendapatan 5 angka pun da di kira cukup sangat untuk belanja keperluan asas di hari tua. 

So, dari sekarang la kena plan apa matlamat pelaburan korang yang sebenarnya? Untuk beli rumah ke, untuk hasilkan pendapatan pasif ke, untuk travel ke, untuk kahwin ke, untuk mulakan perniagaan ke, untuk kumpul dana kebajikan ke, dan sebagainya.

Dapat tak point dia?

Jadi, cuba kita ubah cara kita berfikir tentang fungsi duit ni. Simpan dulu atau belanja dulu?

Pilihan di tangan kita sendiri nak susah sekarang tapi senang di kemudian hari atau sebaliknya?

Ada yang cakap nak senang sekarang dan nak senang kemudian hari juga. Macam mana tu ye? Ermmm...yang ni la yang aku tengah fikirkan dari tadi bila dapat komen daripada seorang Social Media Strategist, Jamar Bahar dekat status facebook aku.

Mungkin aku kena berguru dengan dia dulu then baru tau macam mana cara buat pelaburan yang tak perlu pun nak merasa kesempitan kewangan disebabkan duit gaji da diperuntukan dalam pelaburan. Biasa kan pelaburan ni jangka masa panjang dan mana boleh keluar masuk duit sesuka hati macam duit dalam akaun simpanan tu. Pelaburan mesti ada disiplin dan consistency baru la ada hasilnya kan...

So macam mana da dapat jawapan ke belum untuk persoalan tadi iaitu Duit, simpan dulu atau belanja dulu? Mana satu...

Abang pilih yang mana, perawan atau janda...??? Ehhh! Tetiba plak kan...hahaha...tak ada kaitan langsung dengan entry ni...

Sudah, jangan merepek panjang-panjang. Cuba kita fikir sejenak macam mana cara nak menjana Pendapatan puluh ribu ke ratus ribu USD setiap bulan macam orang lain tu. Kalau diorang boleh buat tak mustahil kita pun boleh buat betul tak?

Cuma kita kena cari sumber maklumat yang tepat la untuk merealisasikan impian yang agak gila dan keterlaluan macam ni tapi sekali lagi aku ingatkan ianya tak mustahil.

Macam peribahasa lama tu, 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.' Releven lagi ke nak guna peribahasa ni ye? Tapi betul la kan nasib kita ni bergantung pada tuah jugak kan. Dan lebih tepat lagi tuah tu akan datang pada kita kalau kita tak berhenti memohon kepada yang Maha Esa.

Sampai sini je entry Duit, simpan dulu atau belanja dulu? ni. Terima kasih kerana sudi membaca blog Qiya Saad Dotcom. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Continue Reading

Wednesday, 3 May 2017

Apa itu Pelaburan?

Definisi atau maksud pelaburan ni terlalu luas sebenarnya. Apa-apa saja yang berkaitan dengan duit, wang, fiat dan apa-apa saja modal yang kita simpan dalam suatu jangka masa tertentu untuk mendapatkan hasil, keuntungan, atau dividen dengan mengambil kira risiko yang dihadapi adalah dalam kategori pelaburan. 

Selain duit, tanah juga boleh dijadikan pelaburan contohnya beli tanah, bina rumah dan kemudian sewakan rumah tersebut dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan atau tanam pokok kepala sawit, getah, mangga harum manis dan sebagainya kemudian tuai hasil apabila sudah matang juga dikira sebagai pelaburan.


Pelaburan, saham, Robert Kiyosaki, Warren Buffet, Syed Mokhtar al-Bukhary,


Pelaburan tidak terhad hanya pada wang ringgit semata-mata. Ada juga pelaburan yang tak perlukan modal tetapi perlukan ilmu pengetahuan contohnya dalam bidang pelaburan atau jual beli saham. Bila sudah ada pengalaman dan kemahiran untuk menjana keuntungan kita mampu membantu orang lain belajar ilmu pelaburan dan saham ini dan dalam masa yang sama kita dapat menjana pendapatan atau mendapat keuntungan dari pelaburan masa yang kita luangkan untuk mengajar orang lain supaya mereka celik tentang pelaburan dan juga boleh menghasilkan keuntungan berupa wang ringgit dalam sesuatu pelaburan tersebut.

Untuk berjaya dalam pelaburan kita perlu mengenal tokoh-tokoh pelaburan terkemuka seperti Robert Kiyosaki, Warren Buffet, Syed Mokhtar al-Bukhary dan sebagainya. Kaji apa yang mereka lakukan sehingga mereka mampu berjaya hingga ke tahap ini dan cuba ikuti jejak langkah mereka.


Pelaburan, saham, Robert Kiyosaki, Warren Buffet, Syed Mokhtar al-Bukhary,


Kalau mereka kata "buat la simpanan emas dan perak kalau tak mampu nak simpan duit" ikut jela walaupun tak berapa faham sangat kenapa begitu dan kenapa begini. Jangan asyik fikir terlalu lama dan akhirnya kita sendiri tiapa apa-apa simpanan untuk kegunaan masa depan atau ketika dalam kecemasan, sakit dan sebagainya.


Pelaburan, saham, Robert Kiyosaki, Warren Buffet, Syed Mokhtar al-Bukhary,


Selain itu banyak lagi definisi pelaburan yang lebih kurang maksudnya seperti yang ditulis oleh PemikirKaya.com dan Wikipedia ini.

"Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperloleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin." - PemikirKaya.com
"Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen. Ianya berkaitan dengan tabungan atau penundaan konsumsi. Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan perniagaan dan kewangan, pun untuk rumah tangga, syarikat, atau kerajaan. " - Wikipedia

Satu fakta yang penting tentang pelaburan ini ialah ianya tidak terjamin contohnya ketika ekonomi merosot keuntungan yang kita dapat mungkin tak sebanyak yang kita kira sebelum ini disebabkan faktor ekomoni. 

Contoh lain, kalau kita pawahkan atau bela 100 ekor lembu belum tentu kita akan dapat semula semua lembu tersebut kerana mungkin waktu tersebut berlakunya kemarau yang teruk, banjir besar, dan bencana alam yang lain kerana ianya adalah luar dari kawalan kita begitu juga dengan pelaburan wang ringgit.

Kesemua pelaburan ada risikonya tersendiri dan tidak menjamin 100% pulangan yang kita bayangkan.

Tapi kenapa kita perlu belajar tentang pelaburan? Sebabnya simple je... daripada pelaburan la kita boleh mendapat keuntungan sekaligus mampu mencapai kebebasan kewangan dan bebas hutang selain dapat membantu orang yang susah. Dan lebih elok jika ianya disertakan dengan doa dan tawakkal kerana kebebasan yang hakiki adalah hasil dari ketenangan jiwa dan fikiran.

Dalam sebuah artikel yang bertajuk Kebebasan Kewangan yang ditulis dalam portal Sinar Harian ada menyebut tentang bahaya hutang yang mana Nabi Muhammad SAW sendiri sentiasa berdoa agar Allah SWT melindungi baginda dari hutang yang tertunggak. 

Selain itu, Dato' Haji Fadzilah Kamsah dan Dato' Vida juga ada mengajar tentang sebuah doa untuk menghindarkan diri kita dari bebanan hutang dan banyak lagi doa-doa berkaitan dengan hutang ini boleh didapati dari pencarian di Google.

Baru aku faham sekarang kenapa ayah aku Pakcik Saad tu tak nak berhutang dan marah betul kalau kitorang beli barang-barang secara ansuran atau hutang disebabkan ianya ada unsur riba dan ianya membebankan si penghutang.

Terima kasih kerana membaca artikel Apa itu Pelaburan? ini. Semoga bermanfaat.
Continue Reading

Sunday, 30 April 2017

Tidak dapat sentuh atau lihat, mata wang Bitcoin semakin popular


Bitcoin, cryptocurrency, wang digital, ethereum, ethtrade, pelaburan,


KUALA LUMPUR: Mata wang digital, atau dikenali “cryptocurrency”, masih istilah asing di kalangan masyarakat umum, namun ia berpotensi menjadi kaedah utama urus niaga masa depan.

Di Malaysia, nilai urusniaga mata wang digital seperti Bitcoin naik mendadak sejak tahun lalu, daripada RM130,000 pada Julai 2015 kepada RM730,000 setakat 16 Julai tahun ini.

“Walaupun mungkin masih disandarkan kepada sistem fiat sedia ada, mata wang kripto atau sekurang-kurangnya pembayaran digital adalah masa hadapan,” kata pengasas Bitcoin Malaysia, Colbert Low.

“Dunia sedang dalam perubahan. Persoalannya sama ada anda dapat menyesuaikan diri atau tidak,” katanya dalam wawancara bersama FMT.

Pengguna aktif yang juga pelopor Bitcoin tempatan Ragunathan Ramankrishnan berkata nilai Bitcoin yang jauh meningkat sejak mula diperkenalkan adalah bukti ia semakin mendapat tempat di seluruh dunia.

“Empat tahun lalu, satu bitcoin hanya berharga RM50. Hari ini nilainya kira-kira RM2,000,” katanya kepada FMT.

Low dan Ragunathan merupakan perunding “cryptocurrency” dan antara pelopor fenomena Bitcoin di negara ini.

Bitcoin adalah aset digital dan sistem pembayaran yang diasaskan seorang individu misteri bernama Satoshi Nakamoto pada 2009.

Melawan teori biasa

Melalui kaedah ini, transaksi dijalankan secara terus antara individu tanpa melibatkan orang tengah iaitu bank, dan setiap transaksi direkodkan dalam sebuah lejar awam yang dinamakan “blockchain”.

Menurut Low, Bitcoin dicipta atas semangat mengenepikan teori ekonomi dan sistem mata wang semasa.

“Mata wang konvensional perlu disandarkan kepada sesuatu. Dolar AS dahulu disandarkan kepada emas, kini wang fiat tidak disandarkan kepada apa-apa. Ada yang menganggapnya sebagai kertas tandas.

“Maka individu yang mencetuskan Bitcoin ini mahu mengenepikan sistem ini. Pada satu sisi ia adalah anarkis dan mendakap semangat ‘anonymous’ zaman sekarang,” katanya.

Pemilik Bitcoin tidak perlu membawa wang tunai ke luar negara, sebaliknya boleh menukarkan bitcoin miliknya dengan mata wang di sana.

Ragunathan berkata, kini sudah banyak negara menggunakan mata wang digital untuk semua transaksi.

“Kerajaan Switzerland misalnya memberikan pengecualian cukai untuk tempoh tertentu kepada sesiapa sahaja yang ingin meneroka atau membangunkan syarikat berkenaan Bitcoin di negara itu,” katanya yang pernah memberi taklimat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung mata wang digital beberapa tahun lalu.

Namun, beliau mengakui Malaysia sendiri agak lambat untuk memutuskan pendirian berhubung perkara ini.

Perubahan sikap Bank Negara

Dua tahun lalu, BNM berkata Bitcoin tidak diiktiraf di negara ini dan mengingatkan semua pihak agar berwaspada dengan risiko penggunaannya.

“Peniaga yang menerima Bitcoin sangat terhad kerana pihak berkuasa masih tiada pendirian jelas tentangnya. Namun semenjak Datuk Muhammad Ibrahim menjadi gabenor, mereka mula meneroka teknologi ini.

“Sudah banyak juga syarikat Bitcoin dari Malaysia dan luar negara berbincang dengan BNM. Tidak lama lagi kajian BNM akan selesai dan kita nantikan apakah perkembangannya,” kata Ragunathan.

Beliau berkata pertemuan pertama komuniti Bitcoin pada 2012 hanya disertai kira-kira 15 orang.

“Sekarang komuniti ini sudah ada lebih 3,000 orang. Kesedaran semakin meningkat. Akhbar pun sudah mula buat laporan, maknanya Bitcoin sudah jadi arus perdana,” katanya.

Low mengulangi mantranya betapa dunia sekarang sedang mengalami perubahan dan ini nasihatnya:

“Dalam hal teknologi ini, tipsnya mudah. Anda lihat tokoh-tokoh pintar seperti Bill Gates, nilai dan ikut langkahnya,” katanya.

Dalam sebuah persidangan industri perkhidmatan kewangan pada 2014, pengasas Microsoft itu dilaporkan berkata transaksi kewangan akhirnya menjadi “digital, sejagat dan hampir percuma.

“Mereka boleh melihat keadaan seribu langkah ke hadapan, dan tahu ke mana dunia ini sedang bergerak. Sebab itu mereka mula membiasakan diri dengan teknologi ini,” katanya.

Sumber : www.freemalaysiatoday.com

Lebih setahun da perjalanan aku untuk meneroka dunia pelaburan dan mengkaji cara-cara untuk menjana pendapatan secara online ni. 

Setakat ni ada yg jadi dan ada yg tidak. Ada yang kerjanya sangat mudah hanya perlu klik iklan tapi malangnya ianya memerlukan masa yang lama dan setiap hari perlu lakukan benda yang sama je... da macam robot plak menghadap PC dan klik iklan yang sama setiap hari. 

Tapi jangan tak percaya ada je orang yang mampu hasilkan pendapatan dari laman paid-to-click (PTC) ni. Terutamanya untuk student, sambil-sambil buat assignment, tulis report FYP, atau sambil-sambil online tu surf jela website-website PTC tu dan klik je iklan. 

Dan bila cukup baki akaun minimum boleh la withdraw. At least ada jugak duit poket kan. Kalau nak kerja sambil belajar boleh je tapi kalau yang tak ada transport dan duduk kolej ke boleh la kan dari tak ada langsung. 

Tapi kerja-kerja klik iklan ni memang sangat-sangat tak sesuai untuk orang yang selalu AIM HIGH macam aku sebab tu aku suka belajar tentang selok-belok pelaburan. Bukan pelaburan wang atau fiat seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Unit Trust atau Unit Amanah, dan Saham (BSKL)  je tapi lebih daripada tu contohnya pelaburan hartanah (AHB), FOREX, emas fizikal, akaun emas, barang kemas dan sebagainya. 

Dan yang paling berharga adalah PELABURAN MASA yang sanggup aku laburkan untuk mencari  dan memantapkan pengetahuan dalam bidang pelaburan ni walaupun ianya bertentangan dengan jurusan pengajian aku. 


Tapi disebabkan minat yang mendalam tentang pelaburan ni jadi terpaksa la aku membahagikan masa untuk study dan timba pengetahuan berkaitan dengan pelaburan-pelaburan yang tidak hanya ditawarkan di dalam negara saja tetapi aku juga mula mengikuti informasi pelaburan yang terdapat di luar negara terutama negara maju seperti German, Arab Saudi, Jepun dan sebagainya.

Selain tu aku pun mengikuti perkembangan Bitcoin jugak dari tahun lepas dan terbukti harga 1BTC tahun lepas (2016) adalah RM900 lebih dan setakat hari ni 1 Mei 2017 harga 1BTC dah mencecah RM5800. Macam tak masuk akal kan? 

Kalau korang nak tau harga Bitcoin ni memang volatile macam SAHAM jugak ada naik turun dan harganya tak tentu. 

Terbaru aku cuba mengikuti sejenis lagi pelaburan wang digital atau wang masa depan 'cryptocurrency' ETHEREUM yang didagang bersandarkan matawang Bitcoin ni. 

Aku tak galakkan sesiapa pun menyertai pelaburan ETHTRADE yang berpusat di Hong Kong ni sebab aku masih lagi dalam peringkat pembelajaran tentang jenis-jenis pelaburan dan masih meneliti adakah ianya termasuk dalam kategori Skim Cepat Kaya atau skim PONZI sebab keuntungannya agak melampaui batas kewarasan fikiran. 

Pada pendapat aku matawang baru 'cryptocurrency' ni mungkin akan melemahkan sistem perbankan secara amnya dan Bank Negara Malaysia secara khususnya kalau BNM lambat bertindak untuk membeli aset-aset digital Bitcoin ni sebab negara maju seperti Singapore, Jepun, dan sebagainya juga telah mengguna pakai matawang Bitcoin ni setiap hari dalam urusan jual beli tertentu seperti Microsoft.

Kalau tengok dalam Youtube, Bill Gates yang da kaya raya tu pun menyokong penggunaan matawang digital 'cryptocurrency' ni. Jadi kenapa kita memilih untuk melihat je kemajuan orang lain sedangkan kita sendiri tak nak bertindak dan rebut peluang ni? 

Akhirnya kita sendiri yang menuding jari dan update status di facebook atau media sosial yang lain bertujuan untuk lepas geram atau menyalahkan kerajaan itu dan ini contohnya Kerajaan Malaysia tak bagi BR1M dan sebagainya. 

Mungkin belum terlambat untuk kita belajar tentang matawang digital 'cryptocurrency' ni supaya kita tergolong dalam golongan orang yang suka memberi dan bukan golongan yang suka meminta-minta sekaligus merendahkan martabat atau maruah diri seperti satu pepatah yang menyebut 'tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima'. 
Continue Reading

Saturday, 11 February 2017

Pengetahuan Asas Tentang Pelaburan Saham

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ni aku sempat baca tentang pelaburan saham dari blog majalahlabur.com dan semua info-info yang aku dapat tu sangat bermanfaat dan straight forward. 

Aku cuma baru baca beberapa entry je dan semuanya berkaitan dengan pelaburan saham dari perkara asas sampai la benda-benda teknikal macam Fundamental Analysis dan Teknikal Analysis. 


Saham, pelaburan saham, stock trader, pelaburan, pelabur saham,


Antara kaunter-kaunter saham yang berpotensi katanya ada 5 syarikat tapi bukan semua patuh syariah. Semua bank dalam 5 senarai syarikat ni tak patuh syariah manakala saham Sime Darby dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah patuh syariah.

5 Senarai Saham yang Bagus:-


  1. Sime Darby
  2. TNB 
  3. Maybank
  4. Public Bank
  5. Cimb Bank

Sebelum melabur saham banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutamanya pengetahuan tentang pelaburan saham. Cukup ke pengetahuan korang tentang saham ni? Mental korang da bersedia ke nak tanggung risiko kerugian main saham ni?

Main saham. Ni istilah biasa yang aku dengar sebelum ni. Main saham macam main-main la plak kan. Hehehe. Main saham ni sebenarnya lebih tepat dengan istilah jual beli saham dan kategori orang yang berurusan jual beli saham ni ada 2 iaitu pelabur/investor dan trader. 

Biasanya investor ni kerja dia invest je untuk tempoh tertentu dan dapat keuntungan dari dividen. Macam ASB tu. Tapi lain plak ceritanya dengan trader ni. Trader saham ni dapat keuntungan jual beli dalam tempoh yang singkat. Kira macam untung runcit la. 

Contohnya trader ni melabur RM1000 untuk beberapa lot saham (1 Lot=100 unit saham) pada pukul 10 pagi dan harga saham naik ke RM1,100 pukul 10.10 pagi si trader akan jual saham tu dan dapat keuntungan RM100 dalam masa 10 minit. 

Macam best je kan? Hehehe...tapi cari la ilmu dulu sebelum buat sesuatu tu sebab kebarangkalian untuk rugi tu tinggi sangat kalau korang tak ada ilmu tentang pelaburan saham ni.

Nak jadi pelabur saham tak ada la susah sangat dan perkara pertama yang korang kena buat adalah buka akaun CDS (Central Depository System) dengan mana-mana syarikat broker saham contohnya Maybank Investment, Hong Leong Investment, dan sebagainya. 

Da ada akaun CDS baru boleh trade saham ni tapi harus diingat bahawa pelaburan saham ni ada cas broker tau. Keuntungan jual beli saham tu kena tolak dulu dengan cas broker baru la dapat keuntungan bersih jual beli saham.


Klik gambar untuk shopping di Lazada Malaysia


Tapi sebelum berjaya membuat keuntungan dari jual beli saham da tentu la korang kena belajar analisis graf saham ataupun dipanggil Technical Analysis (TA) dan kalau boleh pergi kelas saham dulu sebab banyak istilah-istilah saham yang pelik-pelik bunyinya contohnya Bullish market, bearish market dan dalam bahasa Melayunya adalah Kerbau dan Beruang. Ada kaitan ke dengan pelaburan saham ni? Yang tu korang kena belajar la ye.

Berbalik pada Technical Analysis (TA) tadi, banyak pattern graf yang boleh dijadikan sebagai indicator sama ada harga saham akan naik atau turun contohnya hanging man, hammer, shooting star, morning star, evening star, dan banyak lagi dan semua ni boleh dipelajari dari asas Candlestick.

Selain itu sebelum beli saham kena set kan support dan resistance. Tujuan support adalah untuk set kan berapa peratus risiko kerugian yang korang boleh tanggung, contohnya 10% dan bila graf down trend (menurun ke paras support) nak tak nak korang kena jual saham tu supaya korang tak tanggung kerugian yang lebih besar. 

Dan kegunaan resistance plak adalah untuk set kan berapa keuntungan yang korang nak. Contohnya 30%. Bila graf menaik (uptrend) ke paras resistance korang jual la saham tu so that korang dapat 30% keuntungan. 

Tapi kalau uptrend dan downtrend yang tak melepasi support better jual je saham tu dan beli saham lain sebab buang masa nak monitor lama-lama dan takut korang tak perasan harga saham terus turun ke paras support. 

Tapi sebenarnya selagi belum jual saham tu ianya dikira sebagai paper lost dan bukan kerugian yang sebenar. Dan apa yang paling asas tentang pelaburan saham ni ada 2 perkara iaitu what to buy (saham apa yang nak dibeli) dan when to buy (bila masa yang sesuai untuk beli saham).

Selain itu, saham IPO (Initial Public Offering) pun kena belajar juga. Saham IPO ni saham yang pertama kali di buka untuk orang awam membeli saham di kaunter Bursa Saham atau pertama kali disenaraikan dalam papan-papan Bursa Saham.

Tujuan saham IPO adalah untuk pertambahan modal sesebuah syarikat yang ingin mengembangkan perniagaannya atau menambah cawangan tapi kekurangan modal sendiri jadi kita sebagai orang awam boleh beli saham tersebut atau tambah modal syarikat tu dan secara automatik jadi pemegang saham syarikat tersebut.

Setakat ini saja entry Pangetahuan Asas Tentang Pelaburan Saham. Untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut boleh baca dari blog majalahlabur dot com. Sekian terima kasih.
Continue Reading

Thursday, 5 January 2017

Emas Logam Penyimpan Nilai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Emas atau barang kemas bukan la sesuatu yang baru untuk diperkatakan. Dari zaman dulu kala lagi emas dijadikan sebagai barang perhiasan wanita bagi golongan yang berada dan juga sebagai matawang dalam semua urusan jual beli.


Emas Logam Penyimpan Nilai


Ketika sistem barter di guna pakai dalam urusan jual beli di zaman nenek moyang kita sebelum Masihi harga bagi satu ekor kambing adalah bersamaan dengan emas 1 Dinar yang dikatakan nilainya ketika itu adalah lebih kurang RM40. 

Emas 1 Dinar pada tahun 2017 ini juga masih di guna pakai untuk membeli seekor kambing namun nilai emas 1 Dinar kini tidak lagi bersamaan dengan RM40 tetapi telah pun mencecah RM700. Jadi, apa yang boleh kita simpulkan tentang nilai emas dan nilai Ringgit, duit, wang kertas, atau fiat ini dari masa ke semasa?

Contoh pengiraan keuntungan 1 Dinar emas.


= RM700 - RM40
= RM660


Sebagai contoh lain, pada tahun 1997 harga 1 gram barang kemas 916 atau 22K adalah RM75 manakala pada tahun 2016 harga 1 gram barang kemas adalah RM180. Jika kita menyimpan 10 gram emas pada tahun 1997 berapa nilainya pada masa sekarang? Kita tengok contoh pengiraan keuntungan emas yang sangat mudah untuk difahami seperti dibawah ini.

Contoh pengiraan keuntungan 10 gram emas dalam tempoh 20 tahun.


Tahun 1997: RM75/gram
Tahun 2017: RM180/gram
Jumlah emas: 10 gram

Untung = RM1,800 - RM750
              = RM1,050


Berapa peratus keuntungan yang kita perolehi dari simpanan barang kemas ini? Lebih 50% sebenarnya. Tapi bagaimana pula dengan nilai wang RM750 yang disimpan selama 20 tahun itu? Jika RM750 itu disimpan dalam institusi perbankan yang memberi dividen secara kasar sebanyak 4%, 6%, dan 8% mungkin tidak menjadi masalah. 


Emas Logam Penyimpan Nilai


Tetapi jika wang RM750 itu hanya digunakan dalam urusan seharian atau tidak disimpan secara tetap di dalam mana-mana bank ataupun tidak dilaburkan dalam pelaburan Unit-unit Amanah yang memberi dividen sebanyak 8%-12% amat la besar kerugiannya berbanding menyimpan 10 gram emas selama tempoh 20 tahun tersebut.

Tapi logik ke golongan perempuan ini hanya menyimpan 10 gram emas saja dalam tempoh 20 tahun? Biasanya berat rantai tangan saja da lebih dari 10 gram. Rantai leher 30 gram, cincin 2 bentuk 10 gram, rantai kaki 10 gram, dan subang sepasang 5 gram.

Keseluruhan berat barang kemas untuk perhiasan yang dimiliki adalah 65 gram belum lagi di campur dengan barang kemas yang di simpan. Mungkin keseluruhannya mencecah 100 gram. Jika kita menyimpan 100 gram keuntungan yang akan kita perolehi adalah RM10,500 manakala nilai simpanan 100 gram emas tersebut ialah RM18,000.


Emas Logam Penyimpan Nilai


Mengapa perlu menyimpan emas sedangkan ada banyak lagi institusi kewangan yang dapat memberi pulangan yang lebih berganda? 

Sebab utamanya adalah untuk mempelbagaikan pelaburan dan tidak menyimpan kesemua wang yang kita miliki hanya dalam satu tempat saja kerana bimbang jika institusi tersebut menjadi muflis dan ianya bukanlah sesuatu yang mustahil di zaman kejatuhan ekonomi seperti masa kini.

Sebab yang kedua kenapa kita perlu menyimpan sejumlah emas dari wang simpanan sedia ada adalah kerana sudah menjadi lumrah mentaliti setiap orang tidak kira la mereka ini rakyat di negara US, penduduk di negara Eropah, Timur Tengah dan sebagainya termasuklah kita rakyat Malaysia DUIT adalah untuk DI BELANJA manakala EMAS pula untuk DI SIMPAN.

Duit yang ada ditangan senang sangat nak dihabiskan tambah-tambah lagi jika menggunakan kad debit dalam urusan seharian tetapi emas yang ada ditangan sayang nak dijual atau digadai walaupun ketika kita dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang untuk belanja. Seboleh-bolehnya kita ingin melindungi emas yang kita miliki kerana terasa ianya sangat berharga.

Setuju tak dengan pendapat saya ini?


Emas Logam Penyimpan Nilai


Untuk membuat simpanan emas atau membeli emas kita perlu ada target. Sebagai contoh kita nak buat simpanan emas sebanyak 1 gram setiap bulan. Ini bermakna setiap bulan jumlah wang yang diperlukan adalah RM180 sahaja seperti dalam contoh pengiraan di bawah ini.


Simpanan (RM) minimum 1 Bulan:-

1 Bulan = 1 gram
               = RM180

1 Tahun = 12 gram
               = RM2,160

10 Tahun = 120 gram
                 = RM21,600


Jadi jika kita konsisten menyimpan 1 gram emas setiap bulan selama 10 tahun nilainya bersamaan RM21,600 jika naik turun harga komoditi emas ini tidak begitu ketara. 

Ramai sebenarnya yang merungut mengatakan mereka tidak mampu untuk membeli emas dan hanya orang kaya sahaja dapat menyimpan emas kerana emas mahal sedangkan untuk menyimpan 1 gram emas dalam tempoh 1 bulan hanya RM6 saja yang diperlukan setiap hari.

Simpanan (RM) minimum 1 HARI:-

1 hari = RM180/30
           = RM6

Mahal ke jika hanya RM6 sahaja yang diperlukan setiap hari untuk membeli 1 gram emas?

Bagi saya tak mahal dan ianya mampu milik. Tetapi harus diingat ye setiap simpanan yang lebih dari 85 gram emas wajib keluarkan zakat dan ianya perlu dirujuk kepada orang yang lebih arif tentang pengiraan zakat emas dan cara melaksanakannya.


Emas Logam Penyimpan Nilai


Untuk maklumat lanjut mengenai barang kemas yang terdapat di kedai Online Sayap Infiniti Network sila layari Sayap Gold di www.sayapgold.blogspot.my dan jika ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan pelaburan Unit Amanah yang memberikan pulangan sebanyak 8%-12% sila hubungi saya di talian 0122668424 (Siti Rokiyah binti Saad).
Continue Reading