Showing posts with label Saham. Show all posts
Showing posts with label Saham. Show all posts

Wednesday, 3 May 2017

Apa itu Pelaburan?

Definisi atau maksud pelaburan ni terlalu luas sebenarnya. Apa-apa saja yang berkaitan dengan duit, wang, fiat dan apa-apa saja modal yang kita simpan dalam suatu jangka masa tertentu untuk mendapatkan hasil, keuntungan, atau dividen dengan mengambil kira risiko yang dihadapi adalah dalam kategori pelaburan. 

Selain duit, tanah juga boleh dijadikan pelaburan contohnya beli tanah, bina rumah dan kemudian sewakan rumah tersebut dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan atau tanam pokok kepala sawit, getah, mangga harum manis dan sebagainya kemudian tuai hasil apabila sudah matang juga dikira sebagai pelaburan.


Pelaburan, saham, Robert Kiyosaki, Warren Buffet, Syed Mokhtar al-Bukhary,


Pelaburan tidak terhad hanya pada wang ringgit semata-mata. Ada juga pelaburan yang tak perlukan modal tetapi perlukan ilmu pengetahuan contohnya dalam bidang pelaburan atau jual beli saham. Bila sudah ada pengalaman dan kemahiran untuk menjana keuntungan kita mampu membantu orang lain belajar ilmu pelaburan dan saham ini dan dalam masa yang sama kita dapat menjana pendapatan atau mendapat keuntungan dari pelaburan masa yang kita luangkan untuk mengajar orang lain supaya mereka celik tentang pelaburan dan juga boleh menghasilkan keuntungan berupa wang ringgit dalam sesuatu pelaburan tersebut.

Untuk berjaya dalam pelaburan kita perlu mengenal tokoh-tokoh pelaburan terkemuka seperti Robert Kiyosaki, Warren Buffet, Syed Mokhtar al-Bukhary dan sebagainya. Kaji apa yang mereka lakukan sehingga mereka mampu berjaya hingga ke tahap ini dan cuba ikuti jejak langkah mereka.


Pelaburan, saham, Robert Kiyosaki, Warren Buffet, Syed Mokhtar al-Bukhary,


Kalau mereka kata "buat la simpanan emas dan perak kalau tak mampu nak simpan duit" ikut jela walaupun tak berapa faham sangat kenapa begitu dan kenapa begini. Jangan asyik fikir terlalu lama dan akhirnya kita sendiri tiapa apa-apa simpanan untuk kegunaan masa depan atau ketika dalam kecemasan, sakit dan sebagainya.


Pelaburan, saham, Robert Kiyosaki, Warren Buffet, Syed Mokhtar al-Bukhary,


Selain itu banyak lagi definisi pelaburan yang lebih kurang maksudnya seperti yang ditulis oleh PemikirKaya.com dan Wikipedia ini.

"Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperloleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin." - PemikirKaya.com
"Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen. Ianya berkaitan dengan tabungan atau penundaan konsumsi. Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan perniagaan dan kewangan, pun untuk rumah tangga, syarikat, atau kerajaan. " - Wikipedia

Satu fakta yang penting tentang pelaburan ini ialah ianya tidak terjamin contohnya ketika ekonomi merosot keuntungan yang kita dapat mungkin tak sebanyak yang kita kira sebelum ini disebabkan faktor ekomoni. 

Contoh lain, kalau kita pawahkan atau bela 100 ekor lembu belum tentu kita akan dapat semula semua lembu tersebut kerana mungkin waktu tersebut berlakunya kemarau yang teruk, banjir besar, dan bencana alam yang lain kerana ianya adalah luar dari kawalan kita begitu juga dengan pelaburan wang ringgit.

Kesemua pelaburan ada risikonya tersendiri dan tidak menjamin 100% pulangan yang kita bayangkan.

Tapi kenapa kita perlu belajar tentang pelaburan? Sebabnya simple je... daripada pelaburan la kita boleh mendapat keuntungan sekaligus mampu mencapai kebebasan kewangan dan bebas hutang selain dapat membantu orang yang susah. Dan lebih elok jika ianya disertakan dengan doa dan tawakkal kerana kebebasan yang hakiki adalah hasil dari ketenangan jiwa dan fikiran.

Dalam sebuah artikel yang bertajuk Kebebasan Kewangan yang ditulis dalam portal Sinar Harian ada menyebut tentang bahaya hutang yang mana Nabi Muhammad SAW sendiri sentiasa berdoa agar Allah SWT melindungi baginda dari hutang yang tertunggak. 

Selain itu, Dato' Haji Fadzilah Kamsah dan Dato' Vida juga ada mengajar tentang sebuah doa untuk menghindarkan diri kita dari bebanan hutang dan banyak lagi doa-doa berkaitan dengan hutang ini boleh didapati dari pencarian di Google.

Baru aku faham sekarang kenapa ayah aku Pakcik Saad tu tak nak berhutang dan marah betul kalau kitorang beli barang-barang secara ansuran atau hutang disebabkan ianya ada unsur riba dan ianya membebankan si penghutang.

Terima kasih kerana membaca artikel Apa itu Pelaburan? ini. Semoga bermanfaat.
Continue Reading

Saturday, 11 February 2017

Pengetahuan Asas Tentang Pelaburan Saham

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ni aku sempat baca tentang pelaburan saham dari blog majalahlabur.com dan semua info-info yang aku dapat tu sangat bermanfaat dan straight forward. 

Aku cuma baru baca beberapa entry je dan semuanya berkaitan dengan pelaburan saham dari perkara asas sampai la benda-benda teknikal macam Fundamental Analysis dan Teknikal Analysis. 


Saham, pelaburan saham, stock trader, pelaburan, pelabur saham,


Antara kaunter-kaunter saham yang berpotensi katanya ada 5 syarikat tapi bukan semua patuh syariah. Semua bank dalam 5 senarai syarikat ni tak patuh syariah manakala saham Sime Darby dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah patuh syariah.

5 Senarai Saham yang Bagus:-


  1. Sime Darby
  2. TNB 
  3. Maybank
  4. Public Bank
  5. Cimb Bank

Sebelum melabur saham banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutamanya pengetahuan tentang pelaburan saham. Cukup ke pengetahuan korang tentang saham ni? Mental korang da bersedia ke nak tanggung risiko kerugian main saham ni?

Main saham. Ni istilah biasa yang aku dengar sebelum ni. Main saham macam main-main la plak kan. Hehehe. Main saham ni sebenarnya lebih tepat dengan istilah jual beli saham dan kategori orang yang berurusan jual beli saham ni ada 2 iaitu pelabur/investor dan trader. 

Biasanya investor ni kerja dia invest je untuk tempoh tertentu dan dapat keuntungan dari dividen. Macam ASB tu. Tapi lain plak ceritanya dengan trader ni. Trader saham ni dapat keuntungan jual beli dalam tempoh yang singkat. Kira macam untung runcit la. 

Contohnya trader ni melabur RM1000 untuk beberapa lot saham (1 Lot=100 unit saham) pada pukul 10 pagi dan harga saham naik ke RM1,100 pukul 10.10 pagi si trader akan jual saham tu dan dapat keuntungan RM100 dalam masa 10 minit. 

Macam best je kan? Hehehe...tapi cari la ilmu dulu sebelum buat sesuatu tu sebab kebarangkalian untuk rugi tu tinggi sangat kalau korang tak ada ilmu tentang pelaburan saham ni.

Nak jadi pelabur saham tak ada la susah sangat dan perkara pertama yang korang kena buat adalah buka akaun CDS (Central Depository System) dengan mana-mana syarikat broker saham contohnya Maybank Investment, Hong Leong Investment, dan sebagainya. 

Da ada akaun CDS baru boleh trade saham ni tapi harus diingat bahawa pelaburan saham ni ada cas broker tau. Keuntungan jual beli saham tu kena tolak dulu dengan cas broker baru la dapat keuntungan bersih jual beli saham.


Klik gambar untuk shopping di Lazada Malaysia


Tapi sebelum berjaya membuat keuntungan dari jual beli saham da tentu la korang kena belajar analisis graf saham ataupun dipanggil Technical Analysis (TA) dan kalau boleh pergi kelas saham dulu sebab banyak istilah-istilah saham yang pelik-pelik bunyinya contohnya Bullish market, bearish market dan dalam bahasa Melayunya adalah Kerbau dan Beruang. Ada kaitan ke dengan pelaburan saham ni? Yang tu korang kena belajar la ye.

Berbalik pada Technical Analysis (TA) tadi, banyak pattern graf yang boleh dijadikan sebagai indicator sama ada harga saham akan naik atau turun contohnya hanging man, hammer, shooting star, morning star, evening star, dan banyak lagi dan semua ni boleh dipelajari dari asas Candlestick.

Selain itu sebelum beli saham kena set kan support dan resistance. Tujuan support adalah untuk set kan berapa peratus risiko kerugian yang korang boleh tanggung, contohnya 10% dan bila graf down trend (menurun ke paras support) nak tak nak korang kena jual saham tu supaya korang tak tanggung kerugian yang lebih besar. 

Dan kegunaan resistance plak adalah untuk set kan berapa keuntungan yang korang nak. Contohnya 30%. Bila graf menaik (uptrend) ke paras resistance korang jual la saham tu so that korang dapat 30% keuntungan. 

Tapi kalau uptrend dan downtrend yang tak melepasi support better jual je saham tu dan beli saham lain sebab buang masa nak monitor lama-lama dan takut korang tak perasan harga saham terus turun ke paras support. 

Tapi sebenarnya selagi belum jual saham tu ianya dikira sebagai paper lost dan bukan kerugian yang sebenar. Dan apa yang paling asas tentang pelaburan saham ni ada 2 perkara iaitu what to buy (saham apa yang nak dibeli) dan when to buy (bila masa yang sesuai untuk beli saham).

Selain itu, saham IPO (Initial Public Offering) pun kena belajar juga. Saham IPO ni saham yang pertama kali di buka untuk orang awam membeli saham di kaunter Bursa Saham atau pertama kali disenaraikan dalam papan-papan Bursa Saham.

Tujuan saham IPO adalah untuk pertambahan modal sesebuah syarikat yang ingin mengembangkan perniagaannya atau menambah cawangan tapi kekurangan modal sendiri jadi kita sebagai orang awam boleh beli saham tersebut atau tambah modal syarikat tu dan secara automatik jadi pemegang saham syarikat tersebut.

Setakat ini saja entry Pangetahuan Asas Tentang Pelaburan Saham. Untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut boleh baca dari blog majalahlabur dot com. Sekian terima kasih.
Continue Reading