Cameron Highlands - Disember 2019
Dalam Malaysia ni banyak tempat pelancongan menarik yg boleh kita lawati tanpa mengeluarkan belanja yg banyak.. Hujung tahun 2019 Qiya dan family sempat bercuti di Cameron Highlands..
Cameron Highlands - Day 1
Accommodation rate RM458 + RM27.48sst utk 2 malam, qiya booking melalui website booking dot com.
Bagi qiya kira murah dan selesa da homestay ni. Homestay apa nanti qiya update..
Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Setiap bilik dilengkapi dgn 2 katil double + 1 katil single. Perabot pun simple2 je, sedap mata memandang..
Rating 8/10.. tu pun sebab diorg tak provide rice cooker, dan tak ada sabun basuh pinggan..
Cameron Highlands - Day 2 (Part 1)
Siang, sempat pergi makan nasi briyani ayam dgn steamboat dekat Glory 78 Steamboat & Snack Corner dan jalan2 dekat Big Red Strawberry Farm je sebab jam teruk..
Malam plak, jalan2 dekat pasar Brinchang..
Cameron Highlands - Day 2 (Part 2)
Jalan2 tgk pokok2 bunga, pokok strawberry, pokok kaktus, salad..
Nyaman sgt udara, rasa mcm tak nak balik je.. sampai nangis la budak kecik tu.. 😓
Balik homestay masak coklat utk buat topping strawberry.. jimat disitu.. hehe..
Cameron Highlands - Day 3
Sebelum balik singgah ladang teh Cameron Valley Bharat Group dulu.. turun naik buggy, naik jalan kaki.. exercise konon2.. 😛
Bye CH.. 😘
Note: Homestay - Supersave apartment; Crown Imperial Court.
* 17 thn lepas qiya da pernah pergi kat ladang teh ni, ikut rombongan sekolah. Siap hantar gambar dgn karangan tentang pengalaman pergi CH ni dekat majalah apa ntah.. tp kalau tak silap terbitan karangkraf.. dapat la masuk majalah 😂 pastu dapat hadiah buku Nak Ke Tak Nak? cover color kuning, penulis Dr H M Tuah.. kenangan sungguh... haha