Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Sunday, 16 April 2017

Blog Tutorial: Cara Tukar Template Blog (Blogspot)

Lama da aku fikir nak tukar TEMPLATE blog tapi asyik postpone je sebab masa awal-awal aku blogging dulu rasa macam susah je nak tukar template blog ni sampai stuck dan terus malas nak fikir pasal benda-benda teknikal pasal blog. 

Tapi bila aku cari info kat Google senang je rupanya nak tukar template blog ni. Tak ada la complicated macam yang aku fikir sebelum ni...So, alang-alang terlebih rajin hari ni aku buat jela Blog TUTORIAL Cara Tukar Template Blog ni sekali...hahahaha...

Sebenarnya ada dua cara macam mana nak tukar template blog ni. 

First, boleh tukar dekat Theme dalam Blogger dashboard, apply je template blog mana-mana yang korang suka. 

Cara yang kedua korang boleh download template blog sama ada secara PERCUMA atau BERBAYAR mengikut preferences template blog yang korang suka dekat website BloggerThemes atau pun THEMEXPOSE ni. Dalam tutorial ni aku download template blog ni dari website BloggerThemes.

Cara untuk tukar template blog ni senang je, just follow je steps dari gambar yang aku provide kat dalam tutorial ni ye...


Step 1: Pilih template blog yang disukai dari BloggerThemes then klik Download



blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Pilih template blog yang disukai dari BloggerThemes then klik Download


Step 2: Bila da Download tu kena UNZIP kan ZIP FOLDER tadi and then cari XML document



blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Bila da Download tu kena UNZIP kan ZIP FOLDER tadi and then cari XML document 


Step 3: Untuk memudahkan kerja, EXTRACT je XML document ni ke dekstop supaya senang nak cari



blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Untuk memudahkan kerja, EXTRACT je XML document ni ke dekstop supaya senang nak cari



Step 4: SIGN IN ke BLOGGER dashboard then klik menu Theme kat side bar dan klik BACKUP/RESTORE kat bahagian atas belah kanan screen




blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
SIGN IN ke BLOGGER dashboard then klik menu Theme kat side bar dan klik BACKUP/RESTORE kat bahagian atas belah kanan screen


Step 5: Klik CHOOSE FILE 




blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Klik CHOOSE FILE 



Step 6: Pilih XML document then klik UPLOAD. Then klik OPEN


blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Pilih XML document then klik UPLOAD. Then klik OPEN. 


So, boleh VIEW blog sekarang. Da siap!


blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Macam la rupanya bila da siap tukar template blog.



Tapi aku tukar template blog yang lain tau. Bukan blog Qiya Saad ni. Tapi sebenarnya kan apa yang aku maksudkan dan fikirkan selama ni bukan la template blog semata-mata tapi overall blog. Aku nak tukar semua sekali supaya blog aku nampak professional macam blog lain yang ada menu dan devide entry dalam category masing-masing tu. 

Macam blog aku sekarang ni bersepah kot, nak cari entry pun susah sebab tak ada menu semua tu. Lepas ni mungkin aku kena spend masa lama sikit untuk blog aku ni kalau tak rasa blog aku ni macam rumah orang pemalas je gayanya. 

Contohnya bila orang masuk rumah aku dan tanya aku " Weh, nak tumpang tandas kejap. Tandas kat mana ye?" Then aku pun jawab "Entah la, ko cari jela, ada tu...tapi aku pun da tak tau kat mana..." 

Hahaha... 

Macam tu la lebih kurang keadaan blog aku ni. 

So, nanti ada masa aku come up dengan tutorial untuk tukar overall blog kalau aku ada masa free la kan. Faham-faham jela kan selagi aku belum grad ni memang susah nak provide masa untuk buat sesuatu yang aku selalu classify kan sebagai "UNCERTAIN THINGS'. Means sesuatu yang kita buat tu belum tentu ada hasilnya. 

So, macam biasa aku kena keep priority first. Kena STUDY, STUDY, dan STUDY... Ni pun sebab aku ada gap dari pukul 12 pm sampai pukul 2.00 pm baru ada kelas semula, tu yang ada masa aku godek-godek blog kat makmal komputer ni. Hehehe...

Ok la, thanks sebab sudi singgah blog aku dan baca entry Blog Tutorial: Cara Tukar Template Blog (Blogspot) ni. Aku doakan semoga korang dipermudahkan segala urusan di dunia dan juga di akhirat. Amin...
Continue Reading

Tuesday, 29 March 2016

Tutorial Cara Connect WiFi YES 4g ke Netbook/Laptop

Assalamualaikum.

Dan Salam sejahtera.

Hai...

Kebiasaannya kalau bab-bab benda teknikal ni mesti fail sikit. Kalau boleh buat pun kena ambil masa yang lama. Lagi-lagi kalau berkaitan dengan nak set-up set-up komputer, PC, Netbook, notebook, laptop dan smart phone bagai confirm fail...Hehehe...

So, untuk entry ni simple je nak share pasal tutorial cara connect WiFi YES 4g ke netbook ataupun laptop dan apa-apa je device yang boleh connect internet ni...

Tutorial ni saya tulis untuk rujukan diri sendiri sebenarnya sebab kali ni da masuk kali yang ketiga kena call YES 4g untuk setting semula WiFi YES 4g tu. Ni next step selepas call YES support, tapi sebab untuk setting setting ni orang YES 4g tak guide macam mana nak buat then that's why la hari ni kena rajin kan diri buat entry tutorial cara connect wifi yes 4g ke netbook ataupun laptop..hohoho..

Ok, sekarang kita terus ke step-step dia ye...

1. Klik icon internet connection dekat sebelah kanan screen netbook/laptop. Then, klik open network and sharing center.




2. Klik manage wireless networks.




3. Klik Add.




4. Klik manually create a network profile.




5. Isikan network name (nama WiFi), security type, encryption type, dan security key (password WiFi) untuk disambungkan tu. Then, klik Next.



So, da boleh guna internet sekarang...

Bye...
Continue Reading

Wednesday, 16 March 2016

Tutorial Cara Mudah Convert File Ke Format PDF

Assalamualaikum.

Dan Salam sejahtera.

Hai semua...

Hari ini saya nak share Tutorial Cara Mudah Convert File ke Format PDF.

Biasanya student akan hadapi masalah nak convert file ni. Biasanya student baru la...Junior...Student otai macam saya ni mesti la tau macam mana nak convert file dari format Microsoft Office ke format PDF tu..almaklum la..da senior..kalau tak tau malu kat orang je..hehe

Ok..malas nak bebel panjang-panjang..straight to the point jela ye...

Kat bawah ni adalah step-step macam mana nak convert file ke format PDF secara online.

1. Buka website https://online2pdf.com ini.

2. Klik butang Select File kat dalam picture kat bawah ni. Then pilih file yang nak digunakan tu.




3. Klik butang Convert kat bawah sekali. Ataupun kalau nak tambah file lain klik Browse.




4. Tunggu beberapa saat sementara file diproses. Bila file da siap convert ke PDF file then file tu akan auto downlod macam dalam gambar kat bawah ni.




Dah pun selesai. Senang je kan...Harap dapat bantu korang yang tengah pening kepala nak convert file tu ye...hehe..
Continue Reading

Thursday, 3 March 2016

Tutorial Cara Buka File WinRAR Bila WinZip Sudah Tamat Tempoh Trial

Assalamualaikum...

Dan Salam Sejahtera...

Hai semua...Dalam entry ini saya nak bercerita secara ringkas macam mana cara nak buka file yang berformat WinRAR (.rar) ini bila WinZip dah tamat tempoh trial.


Cara Buka File Bila WinZip Sudah Tamat Tempoh Trial Qiya Saad


Sebenarnya kalau korang nak tahu ini la masalah yang membelenggu hidup saya beberapa tahun ini. Semua file yang berformat .rar ataupun yang kena buka dengan WinZip ini semua saya abaikan even nota kelas sekalipun...sebabnya saya tak tahu nak buat macam mana...hahahaha..tak terfikir langsung nak cari kat Google...

Tapi disebabkan satu kitab yang femes ni..ktsmj2..tahu tak?hahaha..Kitab Teknik SEO Merah Jambu la saya terpaksa cari jalan nak buka ebook ni..Power betul kitab ni kan..Memang power sebab ada Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!...lagi power dari nota-nota kelas saya tu..haha..

OK..stop stop..melalut sampai ke laut da ni..Jom kita sambung balik cerita pasal cara buka file WinRAR bila WinZip dah tamat tempoh trial ni ye...

Cara-caranya korang boleh follow step kat bawah ni...

1) Right-Click kat WinRAR file tu > Extract > OK.


Cara Buka File Bila WinZip Sudah Tamat Tempoh Trial Qiya Saad


2) File yang dah bertukar ke format PDF, Word, Powerpoint tu (tak kisah la format apa pun) akan disimpan dalam satu folder baru sama nama dengan file tadi.


Cara Buka File Bila WinZip Sudah Tamat Tempoh Trial Qiya Saad


3) Open File. Semua file yang berformat WinRAR yang memerlukan WinZip tadi dah boleh di baca dalam format asal.


Cara Buka File Bila WinZip Sudah Tamat Tempoh Trial Qiya Saad


So, macam mana...boleh buka tak? kalau tak boleh juga korang download jela kat SINI dan Install kat komputer korang. Pastu buka je file korang macam biasa. 

Continue Reading

Thursday, 18 February 2016

Tips Cara Mudah & Cepat Menaikkan Pagerank Blog Anda

Bukan senang nak menaikkan pagerank blog kita di laman carian di internet. Kebiasaannya ia memerlukan teknik yang rumit seperti teknik SEO yang dilakukan oleh pakar webmaster/SEO. Ada satu cara mudah untuk menaikkan pagerank blog anda, tetapi ia berdasarkan kepercayaan dan prinsip “Honesty Is The Best Policy” atau dalam bahasa Melayunya  ” Kejujuran Adalah Strategi Terbaik”.

Apa manfaat yang akan anda peroleh dari teknik ini?
1. Blog anda akan kebanjiran traffic/pengunjung secara luar biasa hari demi hari, tanpa harus susah-susah memikirkan SEO atau berpenat-penatan melakukan promosi di pelbagai tempat di dunia online.
2. Blog anda juga akan kebanjiran backlink secara signifikan hari demi hari, tanpa perlu susah-susah memburu link di pelbagai tempat di dunia internet.

Sumber: Google
Bagaimana caranya menaikkan pagerank blog saya?
Apa yang harus anda lakukan adalah dengan mengikuti langkah-langkah berikut :
Buatlah posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk sesuka anda (sebab ini merupakan SEO buat web/blog anda sendiri).
Kemudian letakkan Link-Link di bawah ini pada artikel anda tersebut di blog/web anda.
15. Qiya Saad


PERATURAN :
Sebelum anda meletakkan Link-Link tersebut diatas ke dalam posting web/blog anda, hapuskan/delete Link nombor 1 yang tulisannya saya boldkan.
Setelah link no 1 hilang dari urutan link,  setiap link anda naikkan 1 level ke atas. Yang tadinya no 2 naik menjadi no 1, yang tadinya no 3 menjadi no 2, yang tadinya no 4 menjadi no 3 dan begitu seterusnya. Setelah itu masukkan Link anda pada urutan Paling bawah    ( no 15 ).
Ingat!!! Jangan ubahkan urutan daftar link dan jangan lupa masukkan link pada setiap perkataan.  Apabila ada blogger yang berminat dengan method ini berjaya menduplikasi teknik ini, contohnya jika 5 blogger yang bergabung maka jumlah Backlink yang anda dapat adalah:
Posisi anda 15, jumlah backlink = 1
Posisi 14, jumlah backlink = 5
Posisi 13, jumlah backlink = 25
Posisi 12, jumlah backlink = 125
Posisi 11, jumlah backlink = 625
Posisi 10, jumlah backlink = 3.125
Posisi 9, jumlah backlink = 15.625
Posisi 8, jumlah backlink = 78.125
Posisi 7, jumlah backlink = 390.625
Posisi 6, jumlah backlink = 1.953.125
Posisi 5, jumlah backlink = 9.765.625
Posisi 4, jumlah backlink = 48.828.125
Posisi 3, jumlah backlink = 244.140.625
Posisi 2, jumlah backlink = 1.220.703.125
Posisi 1, jumlah backlink = 6.103.515.625
Daripada semua keywords/katakunci yang anda gunakan, bayangkan jika ini berjalan dengan sempurna maka anda akan memperoleh 6.103.515.625 external link yang berasal dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah bayangkan sebelumnya. Belum lagi apabila ada pengunjung blog anda dari Link List yang tersebut diatas maka secara automatik anda akan memperoleh traffic ke web/blog anda juga. Ingat!!! turutannya…anda harus mulakan blog anda dari urutan paling bawah (no 15) sehingga terhasil backlink ke blog anda.
Jangan salahkan saya apabila anda tidak mengikuti cara ini dengan betul dan Link anda tiba-tiba berada pada urutan no 1. Mulai lah pada urutan paling bawah(no 15). Bolehkah Anda melakukan tindakan tidak jujur dengan menyabotaj method ini, contohnya “menghilangkan semua link asal” lalu di isi dengan link web/blog anda sendiri…? ….Boleh, tetapi method ini akan tidak berfungsi secara maksimum. Kejujuran adalah strategi terbaik…..Saya yakin bahawa kita semua tak ingin menjatuhkan kredibiliti diri sendiri dengan melakukan tindakan murahan seperti itu…


Catatan asal : Sila copy saja artikel ini. Anda boleh memberi sedikit keterangan terlebih dahulu atau dengan mengubah beberapa bahagian dari artikel tanpa men “confius” kan pembaca anda. Semoga cara ini dapat berjalan sesuai harapan kita bersama. Believe it!
PS: Artikel ni saya copy je. Menjadi ke tidak tak dapat nak dipastikan lagi. Just cuba je dulu. Kalau boleh naikkan page rank (PR) alhamdulillah. Tapi sebenarnya teknik ni guna kaedah backlink (pautan semula) dan external link (pautan luar) yang kebanyakan Blogger tau yang mana dua cara ini sangat penting untuk naikkan PR. Kata Blogger Hasrul Hassan plak, ramai Blogger anjurkan segmen sebab nak dapatkan backlinks yang berkualiti.
Continue Reading