Saturday 24 February 2018

Hafizh Syahrin Sertai MotoGP Pada Tahun 2018

Bagi peminat sukan MotoGP di Malaysia, berita tentang penyertaan pelumba negara iaitu Hafizh Syahrin ke kelas perdana dan berlumba dengan lagenda sukan tersebut sangat dinanti-nantikan. Sebut je Valentino Rossi siapa tak kenal kan, kecuali orang tu bukan peminat setia sukan MotoGP!


Hafizh Syahrin, MotoGP, Monster Yamaha Tech3, Sukan, Lumba Motor,
Sumber gambar dari Google


Sejak beberapa tahun kebelakangan ni Qiya memang seboleh-bolehnya akan menonton setiap pelumbaan MotoGP dan ujian masa yang diadakan secara bergilir-gilir di 18 buah litar lumba di beberapa buah negara tapi live dari rumah jela...hehe. Inshaallah kalau tak ada halangan Qiya nak beli tiket awal-awal untuk perlumbaan MotoGP kat Litar Sepang nanti. 

Bangga sangat sebab ada anak-anak Malaysia yang turut berlumba dalam sukan MotoGP, antaranya adalah Adam Noroddin, Zulfahmi Khairuddin, dan Khairul Idham Pawi. Walaupun bintang sukan MotoGP yang lain belum bersinar seperti Hafizh Syahrin tetapi Qiya tetap rasa bangga sangat-sangat dengan pencapaian diorang ni.

Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) da buat pengesahan bahawa Hafizh Syahrin Abdullah akan menyertai Monster Yamaha Tech3 secara musim penuh dalam kelas MotoGP.

Datuk Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif SIC yang menjadi tulang belakang Hafizh Syahrin dalam sukan MotoGP juga mengatakan bahawa spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini adalah benar dan penyertaan pelumba negara dalam kelas perdana tersebut pada tahun 2019 dan 2020 adalah seperti impian menjadi kenyataan.

"Bagi saya Herve (Poncharal), Dorna dan Yamaha (Penyertaan Hafizh di MotoGP) 100 peratus sah," kata Razlan pada ujian rasmi MotoGP di Sepang baru-baru ini ketika sedang mengadakan pertemuan bersama Poncharal dan pihak pengurusan Dorna bagi membincangkan penyertaan Hafizh di MotoGP pada tahun 2019 dan 2020.

Dalam perbincangan tersebut Razlan berkata Poncharal bersetuju menawarkan tempat buat Hafizh Syahrin di MotoGP bagi menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Jonas Folger dan Razlan akan ke Buriram untuk tindakan selanjutnya berkaitan kontrak dan sebagainya bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 yang berpangkalan di Perancis.

"Ada tiga nama termasuk Hafizh dan tanpa perbincangan lanjut, Yamaha Jepun memilih Hafizh dan mereka juga sudah berbincang dengan Yamaha Hong Leong (Malaysia), Thailand dan Indonesia, di mana mereka bersetuju Hafizh menjadi pelumba pasukan untuk tahun ini," kata Razlan.

Namun, pasukan Poncharal berkata dalam laman web rasmi MotoGP mereka akan menilai Hafizh bermula di ujian rasmi yang berlangsung di Buriram nanti dan keputusan muktamad mengenai pelumba keduanya hanya akan dibuat selepas itu.

Sumber maklumat ni Qiya ambil daripada Berita Harian Online. Sebarang perubahan berkaitan dengan keputusan muktamad boleh rujuk dekat website rasmi MotoGP.


Latar Belakang (Biodata) Hafizh Syahrin


Sejarah Awal Penglibatan Hafizh Syahrin dalam perlumbaan motosikal


Hafizh Syahrin dilahirkan pada 5 May 1994 di Selangor, Malaysia dan membesar di Selangor. Beliau memulakan kerjaya pada usia 9 tahun dalam perlumbaan pocket bikes dan terus mendapat gelaran "King of Pocket Bikes." ketika beliau ditemui oleh pengurus kumpulan Barry Leong di litar pocket bikes dan bakat berlumba beliau menonjol tak lama selepas itu selain berjaya mendominasi perlumbaan dalam kategori pocket bikes pada tahun berikutnya.

Pembangunan Kerjaya Hafizh Syahrin sebagai pelumba motosikal


Pada tahun 2007 ketika usia beliau 13 tahun, Hafizh Syahrin membuat kemunculan kali pertama pada kejohanan Cub Prix dalam kategori YAMAHA LC135 Cup dan menjuarai tempat kedua secara keseluruhan.

Kemudian pada tahun berikutnya ketika beliau dalam kumpulan Petronas Sprinta Raceline beliau menjadi pelumba paling muda yang berjaya menaiki podium sekaligus menjuarai tempat ke-3 secara keseluruhan dalam kejuaraan Yamaha GIVI Cup pada 2008. Dalam pada itu juga, Hafizh Syahrin telah membuktikan pencapaiannya yang mengagumkan menerusi penyertaannya dalam kategori Novice.

Hafizh Syahrin memulakan tahun 2009 dengan menjuarai perlumbaan pembukaan musim di Alor Setar dengan 7 kemenangan daripada 8 pusingan dalam kategori Novice. Kemudian, beliau beralih untuk berlumba dengan pemain seniornya yang lebih terkenal dan berpengalaman dan beliau berjaya menduduki tangga ketiga dalam Kejohanan 115cc Asia Road Racing Underbone.

Sampai sini saja entry Hafizh Syahrin Sertai MotoGP pada Tahun 2018. Terima kasih kepada semua pembaca blog Qiya Saad Dot Com.

0 comments:

Post a Comment