Peria Goreng Telur! Alahai boringnya resepi ni... gambar pun tak menarik! haha... entah gambar bila la ni Qiya pun da lupa, tapi nampak macam asal boleh je kan...hehe
Resepi sayur peria goreng telur ni bukan la satu resepi yang special sangat pun kalau nak dibandingkan dengan resepi lain yang lebih ummpph tu.
Ni resepi homecook je pun tapi khasiat peria ataupun sayur yang pahit ni dikatakan mampu mencegah penyakit kencing manis, betul ke idok? Nanti ada masa Qiya cuba cari maklumat tentang khasiat sayur peria ni korang ye...
Resepi Sayur Peria Goreng Telur
Bahan-bahan:-
5 biji peria
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 biji telur
garam secukup rasa
minyak masak
Cara memasak:-
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
- Masukkan peria dan biarkan seketika sehingga agak layu.
- Masukkan telur dan kacau apabila sudah separuh masak.
- Perasakan dengan sedikit garam dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih dan serunding Qiya Kitchen 😊.
Simple je kan Resepi Peria Goreng Telur ni? Cara memasak yang no. 4 tu serius memang kena cuba tau. hahaha...
Thanks korang sebab sudi baca Resepi Peria Goreng Telur dari blog Qiya Saad ni. Jangan lupa LIKE Page FB Qiya Saad Dot Com dan baca juga entry Konsert XPDC & Cromok Metal Legends Febuari 2018 di Maeps Serdang ni ye.
resepi biasa2 pun kalo orang x reti masak memang x menjadi jugak hihi.. homecook la sedap makan bertambah2.. sedap ni hidangan macam ni. leka kalo makan..
ReplyDeleteBetul tu. Qiya memang prefer homecook dan lauk yang simple-simple je. Bertambah-tambah makan...hehe
Delete