Hai korang...
Dinner malam ni Qiya ubah selera dengan Black Pepper Chicken Grill with Vege ataupun dalam Bahasa Melayu adalah Ayam Panggang Lada Hitam. Makan dengan separuh senduk nasi putih.
So, hari ni Qiya nak tulis resepi Black Pepper Chicken Grill With Vege, senang nanti bila Qiya nak masak semula boleh refer entry ni je.
RESEPI BLACK PEPPER CHICKEN GRILL WITH VEGE
Bahan-bahan (perap):-
Sepotong ayam bahagian dada
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu serbuk lada hitam (black pepper)
2 sudu sos tiram #maggie
1 sudu gula
secubit garam
sedikit minyak masak
Sayur-sayuran:-
sedikit Brokoli
5 tangkai Kacang parang
1 batang lobak merah
1/2 biji lada benggala
1/2 biji tomato
7-8 hiris timun Jepun
2 hiris lemon
Cara-cara penyediaan:-
1. Tumbuk bawang dan halia. Lumurkan dekat ayam yang dicucuk dengan garfu (tujuan untuk bagi bahan perap meresap kat dalam isi ayam).
2. Perasakan dengan garam, gula, sos tiram, dan serbuk black pepper. Gaul rata.
3. Letak dalam tray yang sesuai bersama sayur-sayuran yang telah dipotong dan renjis ayam dengan sedikit minyak.
4. Panggang atau grill dalam oven pada suhu 150° - 180° selama 45 minit (Sayur boleh keluarkan dulu selepas 20 minit).
5. Perah lemon atas ayam dan siap untuk dihidangkan bersama nasi putih ataupun boleh makan macam tu je.
Senangkan?
Sambil-sambil tunggu ayam tu masak Qiya sempat buat macam-macam benda tau! 😊
Lepas makan dalam 1 jam setengah lebih Qiya exercise Skipping Rope selama 2 minit sebab hari ni langsung tak exercise ataupun buat Yoga sampai rasa bersalah je sebab Qiya kan on diet dan kalau boleh nak konsisten la jaga pemakanan dan juga lakukan senaman yang ringkas setiap hari untuk sentiasa kekal sihat!
Thanks sebab baca blog Qiya ni. Kalau boleh harap-harang korang dapat LIKE page FB QIYA SAAD DOT COM dan jangan lupa baca juga entry Sarapan Pagi Dengan Smoothie Buah-buahan untuk Kempiskan Perut Buncit.
0 comments:
Post a Comment