Saturday, 3 March 2018

Resepi Kacang Kuda Goreng (Fried Chickpeas)

Hai korang...

Hari ni Qiya nak share tentang satu resepi yang simple dan tinggi khasiat. Kacang kuda atau chickpeas adalah sejenis makanan yang sesuai untuk orang yang tengah diet ataupun sejenis makanan sihat yang boleh dijadikan sebagai kudapan lagi-lagi bila tengah tengok TV mesti syok je mengunyah.


Resepi, kacang kuda, chickpeas, sumber protein, karbohidrat, fiber, serat, qiya saad,


Kacang kuda ni antara kebanyakan makanan ringan atau snack yang terdapat dalam kategori healthy food atau healthy snack yang Qiya cari dari google. 

Kacang kuda ni sangat popular dalam diet orang Mediterranean kerana ianya mengandungi sumber protein, karbohidrat, dan fiber. Walaupun ianya sesuai dijadikan sebagai snack tapi tetap tak boleh makan banyak-banyak, segenggam da cukup bak kata Kevin Zahri.

Kalau ikut cara Kevin Zahri makan, dia akan makan protein terlebih dulu kemudian baru sayur dan diikuti oleh nasi atau karbohidrat. Rationya pun segenggam carbo.

Qiya suka refer style Kevin Zahri jaga pemakanan dan kesihatan sebab dia kan ada pengalaman lebih 12 tahun jadi certified trainer kat U.S., lagipun program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) yang dia kendalikan dapat bantu ramai orang yang overweight kembali sihat dan normal. Ada yang berat 130kg pun boleh turun sampai 60kg selama 1 tahun mengikuti program tersebut. 

Qiya pun ingat nak daftar jugak la JK1M tu sebab Qiya macam da tak boleh control berat badan. Da 2 minggu Qiya diet dan exercises dapat la turunkan 2kg tu pun naik turun, tak konsisten. Takut la kalau berat badan naik mendadak. Seluar jeans Qiya pun semua da ketat. Sebab tu Qiya cuba cari makanan yang sihat, minuman tanpa gula, dan makanan yang kurang garam. 

Kenapa Qiya cut gula? sebab gula mengandungi karbohidrat sebagai sumber tenaga. Tenaga yang berlebihan akan bertukar jadi lemak kalau tak digunakan. Garam pula mengandungi Sodium yang bila berlebihan akan menyebabkan air dalam badan bertakung dan seterusnya menyebabkan peningkatan berat badan selain menjadi punca penyakit darah tinggi. Scary kan?

Sekarang Qiya nak share Resepi Kacang Kuda Goreng ( Fried Chickpeas) yang boleh dimakan macam tu je.

Bahan-bahan:-

Kacang kuda 
Bawang merah
Cili kering
Ikan bilis
Daun kari
Ubi kentang
garam
minyak zaitun


Cara memasak:-

1. Rendam kacang kuda selama 8 hingga 10 jam dan kemudian rebus.
2. Goreng kentang dan ikan bilis. Angkat dalam pinggan.
3. Tumis bawang, cili kering, dan daun kari menggunakan minyak zaitun.
4. Masukkan kacang kuda, ikan bilis, kentang, dan garam. Gaul rata.
5. Siap untuk dihidangkan.

Senang je kan? Selamat mencuba...

3 comments: