Showing posts with label lazada. Show all posts
Showing posts with label lazada. Show all posts

Monday, 22 October 2018

Gatal Tangan Shopping World Globe Dekat Lazada

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ni tergatal plak tangan Qiya ni, tak pasal-pasal tershopping kat Lazada. Bukan beli barang make-up tau tapi beli Globe ataupun peta dunia yang boleh pusing-pusing tu untuk buat deco kat atas meja.


Peta dunia, maps, globe, peta dunia pusing-pusing, deco, decoration, toys, Lazada,


Da lama berkenan sebenarnya dengan globe ni. 2-3 tahun lepas Qiya tertengok dekat Cash Converter Shah Alam tapi tak ingat berapa harga dia. Rasanya macam RM100 ke atas. Pastu last month pun ada pergi Cash Converter jugak, beli laptop dengan handphone second hand pun ada lagi ternampak globe tu. 

Tak tau la kenapa Qiya berkenan sangat dengan peta dunia yang antik macam tu. Biasa kan orang letak dalam office kan. Yela dulu mana ada Google maps, nak tengok peta tengok dari globe tu jela... 

Pastu tetiba je gatal tangan ni nak survey kat Lazada, banyak pilihan saiz rupanya. Yang Qiya beli ni nama dia kat Lazada adalah 20cm Blue Ocean World Globe Map With Swivel Stand Geography Educational Toy Gift - intlSeller Freebang dan harganya plak RM36.00. Free postage tau. 


Peta dunia, maps, globe, peta dunia pusing-pusing, deco, decoration, toys, Lazada,


Material dia plastik, ringan je, cuma tapak dia macam tak berapa stable, kalau pusing-pusing globe tu dia macam bergoyang sikit. Delivery plak dalam masa 1 minggu je. Walaupun tak besar sangat 20cm je  diameter dia tapi tulisan nama-nama negara dan nama-nama tasik semua jelas. 

Tapi yang sedihnya nama Malaysia tak ada, kat globe ni cuma tulis Kuala Lumpur je sebab tu nama Malaysia ni kurang dikenali kat luar negara. Tapi kalau sebut Kuala Lumpur diorang tau la dekat mana. So, overall OK la globe ni, boleh buat deco.

Bye...

Love,

Continue Reading

Monday, 27 November 2017

Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall

Memang lama da Qiya pasang niat nak beli handbag sebab handbag Qiya yang lama tu da uzur. Qiya ada cerita kat dalam entry Senarai Handbags Bonia ni. Alhamdulillah hari ni Qiya dibukakan hati untuk shopping Bagpack Alain Delon dekat Parkson Setia City Mall. Hehe...

Bukan senang tau seorang yang bernama Qiya ni nak shopping. Biasa Qiya selalu cakap pasal simpanan, pelaburan, persaraan, masa depan yang cerah dan macam-macam perkataan lain yang membawa maksud yang lebih kurang sama erti.


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall, Padini outfit,

Tapi sejak akhir-akhir ni kalau korang perasan Qiya selalu cerita pasal pergi shopping, test baju kat fitting room, window shopping, JAM TANGAN ANALOG JENAMA CASIO, online shopping dan macam-macam lagi kan. Sebenarnya Qiya bukan kaki shopping tapi apa yang Qiya beli semuanya Qiya rasa dalam senarai barang keperluan Qiya termasuk la Bagpack Alain Delon ni.

Macam baru-baru ni kanta kamera handphone Qiya pecah. Bila ambil gambar jadi blur dan macam ada asap. Pemandangan dalam gambar tu da macam diselubungi alam mistik je. Sebab tu nak tak nak Qiya kena pejam mata jela untuk beli Kamera Digital Nikon Coolpix B500 tu. Alhamdulillah kamera tu da berjasa sekarang ni. Nanti bila da ready Qiya review kamera tu ye.

Qiya kalau boleh nak beli handbag sebenarnya tapi disebabkan Bagpack Alain Delon tu memenuhi fungsi yang Qiya perlukan so Qiya terpaksa lupakan handbags sekejap. Tapi sempat juga Qiya ushar-ushar handbags Bonia tadi...hehehe...mana tau ada rezeki lebih boleh beli kan...


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall


Sebab utama Qiya beli Bagpack Alain Delon ni adalah...jeng jeng jeng...hehe...tak ada sebab apa pun selain senang nak travel. Tu je. Senang nak pergi event sebab biasa pergi event banyak bergerak so bagpack adalah alternatif untuk Qiya memudahkan pergerakan untuk ke sana ke mari. Sebab kadang-kadang kan bila galas handbag ni boleh plak tersangkut kat celah-celah kerusi time nak lalu kat meja makan tu. Hahaha...

Sebenarnya semalam tu bukan purposely Qiya pergi shopping tau. Qiya on duty. Kena jaga kaunter roadshow Public Mutual. So, time rest tu Qiya pergi la jalan-jalan kat Parkson dan Butik Padini dalam Setia City shopping mall tu. Tapi memang da niat nak beli handbag cuma yang Qiya beli bukannya handbag tapi bagpack.


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall


Yang bestnya Bagpack Alain Delon ni tengah ada offer 60% tau. Tadi tanya promoter dia cakap promotion sampai minggu depan. So kalau korang nak shopping handbag berjenama sila la kan. Hujung bulan mesti gaji da masuk...lain la Qiya ni gaji tak tentu. Kadang ada gaji dan kadang tak ada gaji. Macam mana tu? Hahaha...abaikan...

Harga Bagpack Alain Delon yang Qiya beli ni RM167.00++ selepas offer 60%. So harga asal dalam RM350++ macam tu roughly. Malas nak on calculator...korang kira la sendiri. Qiya cuba tengok kat Lazada tadi ada tak bagpack Alain Delon yang sama tapi malangnya tak ada. Tak banyak rupanya BARANG-BARANG JENAMA ALAIN DELON kat LAZADA tu. Tapi bagpack Alain Delon yang biasa untuk travel tu ada la.


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall


Partner roadshow Qiya, Cheong pun tegur tadi...

"Wah, shopping...enjoy ya... Stress kan kerja..."

"You da shopping kan... I plak nak pergi makan sekarang..."

"You da shopping, tak payah makan..."

Hahaha...kurang asam punya partner... So, Qiya pun explain la Qiya shopping barang keperluan je.

Sebenarnya tak payah explain pun tak apa tapi sebab Qiya belum close lagi dengan Cheong tu dan baru 2 kali je jumpa so Qiya tak nak la diorang salah anggap. Lagipun Qiya bukan kaki shopping. Shopping kat bundle sesuai la untuk rakyat marhaen macam Qiya ni.


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall


Lepas Qiya da beli BAGPACK ALAIN DELON tu Qiya masuk kat butik Padini sekejap. Dan la try 2 helai baju. Cantik design dia tapi ketat sikit kat bahagian pinggang. Harga RM59. Serius memang cantik sangat warna putih tu. Tapi kurang selesa mungkin sebab perut Qiya buncit kan...hahaha...so, Qiya tak beli la...lagipun kan da beli bagpack Alain Delon tu...Syed Mokhtar pun bankrap la kalau shopping semuanya dalam masa sehari...

Setakat ni je dulu untuk entry Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog Qiya ni. Kalau boleh nak minta korang LIKE page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga Kuala Lumpur Biennale 2017 anjuran Balai Seni Negara ni. 
Continue Reading

Saturday, 11 February 2017

7 Sebab Kenapa Wajib Shopping di Lazada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni datang plak mood rajin aku nak update blog ni. Sempat jugak aku tulis entry 7 Sebab Kenapa Wajib Shopping di Lazada ni. 

Seminggu dua ni aku banyak membaca info-info yang aku tak sempat nak baca sebelum ni dan update blog baru yang aku da fokus pada satu-satu niche je sebenarnya. 

Nak bagi ada content dulu dan belajar teknik SEO sikit-sikit. 

Pasal teknikal aku malas nak ambil tau template blog ke apa ke lantak la. Sebab aku tak reti bab-bab tu. Hahahaha

Ok. Kenapa korang wajib beli barang atau shopping kat Lazada ni?


 7 Sebab Kenapa Wajib Shopping di Lazada, barang berkualiti lazada, barang murah, barang murah lazada, lazada, lazada malaysia, Mesin jahit mini, shopping online, yoga mat, yoga sports bra,


Tapi sebelum tu biar aku flashback dulu barang-barang yang aku da beli dari Lazada ni. Ni yang aku ingat jela. Malas nak fikir banyak sangat. Umur aku pun da nak masuk 3 series da pun. Uban je tak ada lagi. So tak kuasa aku nak fikir lama-lama. Buat hilang keremajaan aku je nanti. Kah!

Disebabkan otak aku ni da tepu dengan info-info tentang pelaburan dan aku ni plak suka beli barang kemas (cuba korang tengok kat www.sayapgold.blogspot.my kot-kot ada yang korang berkenan ke kan...hehehe) so memang bukan hobi aku la nak shopping tak tentu arah ni kan. 

Sikit je sebenarnya barang-barang yang aku beli dari Lazada ni. Antara barang-barang yang aku da beli dari Lazada ni adalah seperti berikut.



7 Sebab Kenapa Wajib Shopping di Lazada, barang berkualiti lazada, barang murah, barang murah lazada, lazada, lazada malaysia, Mesin jahit mini, shopping online, yoga mat, yoga sports bra,


Semua barang yang aku da shopping dari Lazada ni semua aku berpuas hati tau. Antara sebab-sebab kenapa aku berpuas hati dengan barang dan servis dari Lazada ni adalah seperti di bawah.

7 Sebab Kenapa Wajib Shopping di Lazada:-

  1. Banyak pilihan dengan pelbagai harga yang mampu milik
  2. Servis penghantaran yang cepat (2 hari paling cepat)
  3. Kualiti yang memuaskan
  4. Cara pembelian dan pembayaran yang senang (biasa aku guna maybank2u je)
  5. Semua barang ada di jual di Lazada (type keyword je)
  6. Jimat masa, minyak kereta dan tol.
  7. Boleh shopping 24/7. Lazada tak pernah tutup kedai.
Cukup la kot 7 Sebab Kenapa Wajib Shopping di Lazada ni. Nanti makin lama makin merepek plak kalau aku tambah 10 sebab lagi kan. Hahaha...
Continue Reading