Monday, 27 November 2017

Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall

Memang lama da Qiya pasang niat nak beli handbag sebab handbag Qiya yang lama tu da uzur. Qiya ada cerita kat dalam entry Senarai Handbags Bonia ni. Alhamdulillah hari ni Qiya dibukakan hati untuk shopping Bagpack Alain Delon dekat Parkson Setia City Mall. Hehe...

Bukan senang tau seorang yang bernama Qiya ni nak shopping. Biasa Qiya selalu cakap pasal simpanan, pelaburan, persaraan, masa depan yang cerah dan macam-macam perkataan lain yang membawa maksud yang lebih kurang sama erti.


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall, Padini outfit,

Tapi sejak akhir-akhir ni kalau korang perasan Qiya selalu cerita pasal pergi shopping, test baju kat fitting room, window shopping, JAM TANGAN ANALOG JENAMA CASIO, online shopping dan macam-macam lagi kan. Sebenarnya Qiya bukan kaki shopping tapi apa yang Qiya beli semuanya Qiya rasa dalam senarai barang keperluan Qiya termasuk la Bagpack Alain Delon ni.

Macam baru-baru ni kanta kamera handphone Qiya pecah. Bila ambil gambar jadi blur dan macam ada asap. Pemandangan dalam gambar tu da macam diselubungi alam mistik je. Sebab tu nak tak nak Qiya kena pejam mata jela untuk beli Kamera Digital Nikon Coolpix B500 tu. Alhamdulillah kamera tu da berjasa sekarang ni. Nanti bila da ready Qiya review kamera tu ye.

Qiya kalau boleh nak beli handbag sebenarnya tapi disebabkan Bagpack Alain Delon tu memenuhi fungsi yang Qiya perlukan so Qiya terpaksa lupakan handbags sekejap. Tapi sempat juga Qiya ushar-ushar handbags Bonia tadi...hehehe...mana tau ada rezeki lebih boleh beli kan...


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall


Sebab utama Qiya beli Bagpack Alain Delon ni adalah...jeng jeng jeng...hehe...tak ada sebab apa pun selain senang nak travel. Tu je. Senang nak pergi event sebab biasa pergi event banyak bergerak so bagpack adalah alternatif untuk Qiya memudahkan pergerakan untuk ke sana ke mari. Sebab kadang-kadang kan bila galas handbag ni boleh plak tersangkut kat celah-celah kerusi time nak lalu kat meja makan tu. Hahaha...

Sebenarnya semalam tu bukan purposely Qiya pergi shopping tau. Qiya on duty. Kena jaga kaunter roadshow Public Mutual. So, time rest tu Qiya pergi la jalan-jalan kat Parkson dan Butik Padini dalam Setia City shopping mall tu. Tapi memang da niat nak beli handbag cuma yang Qiya beli bukannya handbag tapi bagpack.


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall


Yang bestnya Bagpack Alain Delon ni tengah ada offer 60% tau. Tadi tanya promoter dia cakap promotion sampai minggu depan. So kalau korang nak shopping handbag berjenama sila la kan. Hujung bulan mesti gaji da masuk...lain la Qiya ni gaji tak tentu. Kadang ada gaji dan kadang tak ada gaji. Macam mana tu? Hahaha...abaikan...

Harga Bagpack Alain Delon yang Qiya beli ni RM167.00++ selepas offer 60%. So harga asal dalam RM350++ macam tu roughly. Malas nak on calculator...korang kira la sendiri. Qiya cuba tengok kat Lazada tadi ada tak bagpack Alain Delon yang sama tapi malangnya tak ada. Tak banyak rupanya BARANG-BARANG JENAMA ALAIN DELON kat LAZADA tu. Tapi bagpack Alain Delon yang biasa untuk travel tu ada la.


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall


Partner roadshow Qiya, Cheong pun tegur tadi...

"Wah, shopping...enjoy ya... Stress kan kerja..."

"You da shopping kan... I plak nak pergi makan sekarang..."

"You da shopping, tak payah makan..."

Hahaha...kurang asam punya partner... So, Qiya pun explain la Qiya shopping barang keperluan je.

Sebenarnya tak payah explain pun tak apa tapi sebab Qiya belum close lagi dengan Cheong tu dan baru 2 kali je jumpa so Qiya tak nak la diorang salah anggap. Lagipun Qiya bukan kaki shopping. Shopping kat bundle sesuai la untuk rakyat marhaen macam Qiya ni.


Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall


Lepas Qiya da beli BAGPACK ALAIN DELON tu Qiya masuk kat butik Padini sekejap. Dan la try 2 helai baju. Cantik design dia tapi ketat sikit kat bahagian pinggang. Harga RM59. Serius memang cantik sangat warna putih tu. Tapi kurang selesa mungkin sebab perut Qiya buncit kan...hahaha...so, Qiya tak beli la...lagipun kan da beli bagpack Alain Delon tu...Syed Mokhtar pun bankrap la kalau shopping semuanya dalam masa sehari...

Setakat ni je dulu untuk entry Shopping Bagpack Alain Delon di Parkson Setia City Mall. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog Qiya ni. Kalau boleh nak minta korang LIKE page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga Kuala Lumpur Biennale 2017 anjuran Balai Seni Negara ni. 

3 comments:

  1. Best kan kalau dapat shopping barang keperluan ni. Memang puas hati kalau barang tu memenuhi ciri-ciri yang kita nak. Insha Allah dibukakan pintu rezeki buat Qiya.

    ReplyDelete