Saturday, 11 November 2017

16 Tips & Persediaan Sebelum Berkahwin

Kerja kahwin ini bukan la sesuatu perkara yang mudah jika tiada perancangan dan persediaan yang rapi.

Dengan mengambil kira pelbagai faktor, majlis perkahwinan ini mampu bertukar menjadi sebuah majlis yang sangat-sangat meriah dan gilang-gemilang ataupun sebaliknya jika kurang persediaan.


Tempah pakej perkahwinan termurah 2018, tips dan persediaan sebelum berkahwin
Klik sini untuk lihat pakej perkahwinan 2018


16 Tips & Persediaan Sebelum Berkahwin ini mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk menjayakan sebuah majlis perkahwinan bagi yang langsung tiada pengalaman menguruskan kenduri kahwin.

Mungkin ada yang terkurang dalam entry ini tapi Qiya sedaya upaya mencuba yang terbaik untuk menyediakan artikel 16 Tips & Persediaan Sebelum Berkahwin ini. 


1. Pilih Tarikh Majlis


Tarikh sesebuah majlis perkahwinan adalah sesuatu yang mustahak dan perlu difikirkan sama ada nak adakan majlis ketika cuti hujung minggu ataupun ketika musim cuti perayaan bergantung pada keselesaan.



2. Daftar & Hadiri Kursus Kahwin


Bagi pasangan yang berhasrat untuk mendirikan rumahtangga, ilmu tentang kekeluargaan, peraturan-peraturan dan hukum-hukum yang berkaitan dengan perkahwinan perlu dipelajari terlebih dahulu. 

Kursus kahwin ini adalah syarat untuk semua pasangan yang akan berkahwin. Tanpa sijil kursus perkahwinan ini bakal pengantin tidak boleh mendaftar borang permohonan pernikahan mereka di mana-mana Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.


3. Lengkapkan Dokumen & Borang Perkahwinan


Setelah menghadiri kursus perkahwinan bakal pengantin perlu dapatkan borang pendaftaran perkahwinan di Jabatan Agama Islam daerah masing-masing.


4. Jalani Ujian Saringan HIV


Ujian Saringan HIV ini adalah untuk menentukan sama ada pasangan kita bebas daripada sebarang virus HIV yang boleh dijangkiti melalui perkongsian jarum suntikan dengan pengidap HIV atau melakukan hubungan seks secara bebas atau rambang. 


5. Tempah Dewan atau Hotel


Bila da ada kata putus tentang tarikh majlis boleh la mula menempah dewan atau hotel bagi pasangan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di lokasi selain rumah sendiri.


6. Tempah Pelamin & Andaman 


Pelamin dan andaman adalah dua perkara yang berkait rapat. Kebiasaannya rata-rata pasangan menitikberatkan tentang pelamin dan andaman ini. 

Harga pelamin ini boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit kalau nak design yang eksklusif. Andaman ini pula termasuklah busana pengantin, eksesori, make-up dan sebagainya. 

Tetapi pelamin dan andaman ini bukan perkara wajib pun. Yang wajib adalah nikah dan kehidupan selepas berkahwin. 

Jangan sesekali berhutang hanya kerana nak kan majlis perkahwinan yang grand-grand macam artis tu. 

Kalau status kewangan stabil lain la cerita kan. Kalau bajet pun tak berapa nak ada better berjimat cermat jela walaupun kahwin ni cuma sekali je konon-kononnya...hehe



7. Tempah atau Sewa Busana Pengantin


Busana pengantin ini biasanya termasuk dalam pakej andaman kalau berkenan dengan design baju pengantin yang sedia ada. Kalau tak berkenan boleh cari designer atau tailor untuk customade design busana yang kita suka.

8. Tempah Catering 


Bercakap tentang tempahan catering ramai pasangan yang akan bertanyakan tentang jumlah pax yang disediakan. Rata-rata majlis perkahwinan sama ada diadakan di dewan atau rumah 1000 pax adalah jumlah yang dicadangkan supaya makanan tak terlebih atau terkurang masa majlis nanti.


9. Kanopi, Kerusi dan Meja


Kanopi, kerusi, meja, alas dan sebagainya diperlukan mengikut lokasi majlis. Jika majlis perkahwinan tersebut akan berlangsung di dewan pihak pengantin perlu bertanyakan tentang peralatan dewan yang mereka sediakan kerana setiap dewan menyediakan peralatan yang berbeza. 

Ada dewan yang boleh disewa kosong dan ada juga dewan yang sediakan semua peralatan kecuali makanan dan tak ketinggalan juga ada dewan yang sediakan pakej lengkap dari A sampai Z.

Kalau majlis akan dilangsungkan di rumah peralatan seperti kanopi, meja, kerusi, alas dan sebagainya perlu dipertimbangkan. Jika ada ruang kosong seperti garaj kereta atau anjung boleh kurangkan jumlah kanopi yang perlu disewa. Jimat da kat situ kan...

10. Tempah Juru Nikah 


Kalau tak ada juru nikah maknanya majlis perkahwinan tak akan berlangsung la kan. Jadi jangan terlepas pandang untuk tempah juru nikah sebelum majlis berlangsung.



11. Tempah Kad Jemputan Kahwin




Berapa banyak kad jemputan kahwin yang perlu ditempah? Ianya subjektif dan bergantung pada berapa jumlah tetamu yang ingin di jemput bagi memeriahkan majlis perkahwinan anda nanti.


12. Tempah Servis Fotografi


Abadikan kenangan hari bahagia anda dan zahirkan saat-saat indah waktu anda diijab kabul kan dengan koleksi gambar majlis perkahwinan. Cari dan tempah servis fotografi yang menawarkan harga berpatutan setanding dengan kualiti.


13. Sediakan Goodies Bag


Goodies bag jangan sesekali terlupa kalau tidak tetamu pulang dengan tangan kosong la jawabnya. Sediakan goodies bag yang sesuai dengan bajet perkahwinan anda dan pasangan. 


14. Gubah Hantaran


Kalau kreatif boleh la gubah sendiri hantaran tapi kalau tak kreatif mungkin boleh minta tolong mak dan jiran-jiran gubahkan. Tapi sekarang ni da senang sangat-sangat semua bahan rujukan boleh dapatkan dari Google dan Youtube je. So, kalau rajin dan ada masa boleh gubah hantaran kahwin sendiri.


15. Tempah Kek


Tempah kek seminggu sebelum majlis berlangsung. Warna dan decoration kek bergantung kepada tema majlis perkahwinan anda.


16. Sediakan Bunga Telur & Bunga Manggar


Ada juga pasangan yang tertanya-tanya sama ada bunga telur dan bunga manggar perlu disediakan ke kalau da tempah pakej lengkap dengan WEDDING PLANNER. Jawapannya kena la tanya wedding planner atau perancang perkahwinan tersebut sama ada mereka sediakan ataupun tidak.

Banyak lagi persediaan yang perlu anda fikirkan untuk menjayakan sesebuah majlis perkahwinan. Bagi pasangan yang menguruskan sendiri mungkin terasa susah sebab banyak perkara yang perlu diuruskan satu persatu. 





Tapi dengan adanya khidmat PERANCANG PERKAHWINAN yang berpengalaman anda cuma perlu sediakan duit secukupnya dan semua hal berkaitan dengan majlis perkahwinan anda boleh serahkan kepada mereka hampir 100%. 

Terima kasih kerana membaca artikel 16 Tips & Persediaan Sebelum BerkahwinMohon seminit untuk LIKE Page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga Resepi dan Cara buat Salad Buah-buahan ini.

7 comments:

  1. Mmg byk benda kena buat... makan tahun juga br la settle tapi selagi majlis tak berlangsung selagi tu mmg ada je yang xselesaikan...liez igt masa lies nak kawin setahun tu dh buat planner apa yg perlu disettlekan step by step

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Selagi majlis belum berlangsung selagi tu la ada je benda yang tak cukup. Padahal da berlebih-lebih...

      Delete
  2. Elok yg bujang2 baca. Org skrg kawin x plan pun. Main terjah2 suruh org lain fikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Da jadi trend ye terjah-terjah tu...hehe...tu la harap-harap yang da ada gf bf tu baca la entry ni supaya diorang dapat buat persediaan dari segi mental dan fizikal. Bukan tau kahwin je...

      Delete
  3. fuhh patut la belanja kahwin ni tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet kahwin sekarang ni anggaran RM20k kalau nak ada serba-serbi...

      Delete
  4. ooo..mcm tu rupanya kalau nak kawin..hihi..almaklumlah masih bujang..:P..

    ReplyDelete