Showing posts with label pakej perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label pakej perkahwinan. Show all posts

Friday, 9 March 2018

Tempahan Kuih & Biskut Raya 2018 dan Doorgift by Qiya Kitchen untuk Pelbagai Majlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai korang,

Ada ke yang da mula fikirkan persiapan untuk hari raya puasa? Hari ni da masuk hari ke-9 bulan Mac... bulan Mei da mula berpuasa... sekejap je kan? Pastu raya plak...


Kuih raya, biskut raya, senarai harga biskut raya 2018, doorgift, goodies, pakej pertunangan, pakej perkahwinan, doorgift aqiqah, doorgift sambutan hari jadi, biskut oat coklat, oat chocolate cookies, qiya kitchen,


Banyak yang nak kena prepare untuk menyambut Aidilfitri ni. Baju raya, angpau raya, kuih raya...macam-macam kan...maklumlah Aidilfitri kan sekali je setahun...mesti la kalau boleh nak sambut hari raya dengan rasa meriah gitu...


Kuih raya, biskut raya, senarai harga biskut raya 2018, doorgift, goodies, pakej pertunangan, pakej perkahwinan, doorgift aqiqah, doorgift sambutan hari jadi, biskut oat coklat, oat chocolate cookies, qiya kitchen,


Hari ni dengan rasminya Qiya da mula OPEN ORDER pelbagai jenis kuih raya bagi pihak @qiyakitchen sehingga 30 April 2018 khas untuk Hari Raya Puasa tahun ini dan juga doorgift untuk pelbagai majlis.

Buat masa ini Qiya ambil order untuk beberapa items sahaja tau. Antaranya ialah:-

1. Oat Chocolate Cookies
RM18.00 (45-50pcs @ +/-300g)

2. Popia Simpul @ Gulung 
RM25.00 (500g)
RM45.00 (1kg)

Dari semasa ke semasa Qiya akan update senarai kuih raya ni. 

Kalau korang nak jadikan sebagai DOORGIFT untuk pelbagai majlis pun boleh...contohnya:-

👰 Majlis Pertunangan / Perkahwinan
👶 Majlis Aqiqah/ Cukur Jambul / Berkhatan
💃 Birthday Party
👪 Majlis Doa Selamat

dan sebagainya...

Harga Doorgift

1. Cookies - RM1.50/pax @ RM2.50/jar
2. Popcorn - RM1.00/pax @RM1.50/pax
3. Popia simpul - RM1.00/pax


Kuih raya, biskut raya, senarai harga biskut raya 2018, doorgift, goodies, pakej pertunangan, pakej perkahwinan, doorgift aqiqah, doorgift sambutan hari jadi, popcorn doorgifts, qiya kitchen,
Popcorn Doorgit - RM1.00


Popcorn Doorgift - RM1.50


Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum majlis berlangsung.

Kalau korang cari kat Facebook dan Instagram boleh gunakan hashtag-hashtag macam kat bawah ni.

#qiyakitchen 
#qiyacookies  
#qiyakitchencookies #SekaliRasaPayahNakBerhenti 

Ataupun korang boleh direct ke social media berikut:-

Facebook page: Qiya Kitchen
Instagram: @qiyakitchen

Selain itu juga, kalau ada surirumah, student atau sapa-sapa je yang nak cari duit lebih boleh jadi DROPSHIP untuk produk makanan dari keluaran Qiya Kitchen ni tau.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:-
QIYA - 0122668424 (CALL/SMS/WHATSAPP) 

Notes:-
~ Harga tidak termasuk kos pos
~ Penghantaran boleh diurus ke seluruh Malaysia
~ COD area Klang, Shah Alam, Putrajaya, UiTM Shah Alam, dan sekitar Lembah Klang.
Continue Reading

Saturday, 11 November 2017

16 Tips & Persediaan Sebelum Berkahwin

Kerja kahwin ini bukan la sesuatu perkara yang mudah jika tiada perancangan dan persediaan yang rapi.

Dengan mengambil kira pelbagai faktor, majlis perkahwinan ini mampu bertukar menjadi sebuah majlis yang sangat-sangat meriah dan gilang-gemilang ataupun sebaliknya jika kurang persediaan.


Tempah pakej perkahwinan termurah 2018, tips dan persediaan sebelum berkahwin
Klik sini untuk lihat pakej perkahwinan 2018


16 Tips & Persediaan Sebelum Berkahwin ini mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk menjayakan sebuah majlis perkahwinan bagi yang langsung tiada pengalaman menguruskan kenduri kahwin.

Mungkin ada yang terkurang dalam entry ini tapi Qiya sedaya upaya mencuba yang terbaik untuk menyediakan artikel 16 Tips & Persediaan Sebelum Berkahwin ini. 


1. Pilih Tarikh Majlis


Tarikh sesebuah majlis perkahwinan adalah sesuatu yang mustahak dan perlu difikirkan sama ada nak adakan majlis ketika cuti hujung minggu ataupun ketika musim cuti perayaan bergantung pada keselesaan.



2. Daftar & Hadiri Kursus Kahwin


Bagi pasangan yang berhasrat untuk mendirikan rumahtangga, ilmu tentang kekeluargaan, peraturan-peraturan dan hukum-hukum yang berkaitan dengan perkahwinan perlu dipelajari terlebih dahulu. 

Kursus kahwin ini adalah syarat untuk semua pasangan yang akan berkahwin. Tanpa sijil kursus perkahwinan ini bakal pengantin tidak boleh mendaftar borang permohonan pernikahan mereka di mana-mana Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.


3. Lengkapkan Dokumen & Borang Perkahwinan


Setelah menghadiri kursus perkahwinan bakal pengantin perlu dapatkan borang pendaftaran perkahwinan di Jabatan Agama Islam daerah masing-masing.


4. Jalani Ujian Saringan HIV


Ujian Saringan HIV ini adalah untuk menentukan sama ada pasangan kita bebas daripada sebarang virus HIV yang boleh dijangkiti melalui perkongsian jarum suntikan dengan pengidap HIV atau melakukan hubungan seks secara bebas atau rambang. 


5. Tempah Dewan atau Hotel


Bila da ada kata putus tentang tarikh majlis boleh la mula menempah dewan atau hotel bagi pasangan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di lokasi selain rumah sendiri.


6. Tempah Pelamin & Andaman 


Pelamin dan andaman adalah dua perkara yang berkait rapat. Kebiasaannya rata-rata pasangan menitikberatkan tentang pelamin dan andaman ini. 

Harga pelamin ini boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit kalau nak design yang eksklusif. Andaman ini pula termasuklah busana pengantin, eksesori, make-up dan sebagainya. 

Tetapi pelamin dan andaman ini bukan perkara wajib pun. Yang wajib adalah nikah dan kehidupan selepas berkahwin. 

Jangan sesekali berhutang hanya kerana nak kan majlis perkahwinan yang grand-grand macam artis tu. 

Kalau status kewangan stabil lain la cerita kan. Kalau bajet pun tak berapa nak ada better berjimat cermat jela walaupun kahwin ni cuma sekali je konon-kononnya...hehe



7. Tempah atau Sewa Busana Pengantin


Busana pengantin ini biasanya termasuk dalam pakej andaman kalau berkenan dengan design baju pengantin yang sedia ada. Kalau tak berkenan boleh cari designer atau tailor untuk customade design busana yang kita suka.

8. Tempah Catering 


Bercakap tentang tempahan catering ramai pasangan yang akan bertanyakan tentang jumlah pax yang disediakan. Rata-rata majlis perkahwinan sama ada diadakan di dewan atau rumah 1000 pax adalah jumlah yang dicadangkan supaya makanan tak terlebih atau terkurang masa majlis nanti.


9. Kanopi, Kerusi dan Meja


Kanopi, kerusi, meja, alas dan sebagainya diperlukan mengikut lokasi majlis. Jika majlis perkahwinan tersebut akan berlangsung di dewan pihak pengantin perlu bertanyakan tentang peralatan dewan yang mereka sediakan kerana setiap dewan menyediakan peralatan yang berbeza. 

Ada dewan yang boleh disewa kosong dan ada juga dewan yang sediakan semua peralatan kecuali makanan dan tak ketinggalan juga ada dewan yang sediakan pakej lengkap dari A sampai Z.

Kalau majlis akan dilangsungkan di rumah peralatan seperti kanopi, meja, kerusi, alas dan sebagainya perlu dipertimbangkan. Jika ada ruang kosong seperti garaj kereta atau anjung boleh kurangkan jumlah kanopi yang perlu disewa. Jimat da kat situ kan...

10. Tempah Juru Nikah 


Kalau tak ada juru nikah maknanya majlis perkahwinan tak akan berlangsung la kan. Jadi jangan terlepas pandang untuk tempah juru nikah sebelum majlis berlangsung.



11. Tempah Kad Jemputan Kahwin




Berapa banyak kad jemputan kahwin yang perlu ditempah? Ianya subjektif dan bergantung pada berapa jumlah tetamu yang ingin di jemput bagi memeriahkan majlis perkahwinan anda nanti.


12. Tempah Servis Fotografi


Abadikan kenangan hari bahagia anda dan zahirkan saat-saat indah waktu anda diijab kabul kan dengan koleksi gambar majlis perkahwinan. Cari dan tempah servis fotografi yang menawarkan harga berpatutan setanding dengan kualiti.


13. Sediakan Goodies Bag


Goodies bag jangan sesekali terlupa kalau tidak tetamu pulang dengan tangan kosong la jawabnya. Sediakan goodies bag yang sesuai dengan bajet perkahwinan anda dan pasangan. 


14. Gubah Hantaran


Kalau kreatif boleh la gubah sendiri hantaran tapi kalau tak kreatif mungkin boleh minta tolong mak dan jiran-jiran gubahkan. Tapi sekarang ni da senang sangat-sangat semua bahan rujukan boleh dapatkan dari Google dan Youtube je. So, kalau rajin dan ada masa boleh gubah hantaran kahwin sendiri.


15. Tempah Kek


Tempah kek seminggu sebelum majlis berlangsung. Warna dan decoration kek bergantung kepada tema majlis perkahwinan anda.


16. Sediakan Bunga Telur & Bunga Manggar


Ada juga pasangan yang tertanya-tanya sama ada bunga telur dan bunga manggar perlu disediakan ke kalau da tempah pakej lengkap dengan WEDDING PLANNER. Jawapannya kena la tanya wedding planner atau perancang perkahwinan tersebut sama ada mereka sediakan ataupun tidak.

Banyak lagi persediaan yang perlu anda fikirkan untuk menjayakan sesebuah majlis perkahwinan. Bagi pasangan yang menguruskan sendiri mungkin terasa susah sebab banyak perkara yang perlu diuruskan satu persatu. 





Tapi dengan adanya khidmat PERANCANG PERKAHWINAN yang berpengalaman anda cuma perlu sediakan duit secukupnya dan semua hal berkaitan dengan majlis perkahwinan anda boleh serahkan kepada mereka hampir 100%. 

Terima kasih kerana membaca artikel 16 Tips & Persediaan Sebelum BerkahwinMohon seminit untuk LIKE Page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga Resepi dan Cara buat Salad Buah-buahan ini.

Continue Reading

Friday, 18 August 2017

CONTEST RAIKAN CINTA BERSAMA WEDDING & CATERING SERVICES BY QIYA SAAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai korang, jom la join CONTEST RAIKAN CINTA BERSAMA WEDDING & CATERING SERVICES BY QIYA SAAD ni ramai2 nak??




Senang aje CONTEST ni... 

Apa yg korang perlu buat? 

1. Like & Follow FB Wedding & Catering Services by Qiya Saad dan set see first
2. Share post ini dan tag 3 kawan anda bersama hashtag #weddingbyqiyasaad
3. Print screen langkah 1&2 dan hantar ke inbox FB Wedding & Catering Services by Qiya Saad
4. Komen "DONE"

Kami mencari 1 orang pemenang bertuah untuk contest ini. Pemenang layak menerima MAKE-UP pengantin secara PERCUMA.

Contest ini bermula dari sekarang dan tarikh tutup penyertaan akan di umumkan bila-bila masa sahaja. Share la post ni seberapa banyak yg korang nak. 

Viralkan CONTEST RAIKAN CINTA BERSAMA WEDDING & CATERING SERVICES BY QIYA SAAD ni kepada semua bakal pengantin yg korang kenal tu.

Artikel terbaru:-
Resepi Laksa Utara
Continue Reading