Monday 22 October 2018

Gatal Tangan Shopping World Globe Dekat Lazada

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ni tergatal plak tangan Qiya ni, tak pasal-pasal tershopping kat Lazada. Bukan beli barang make-up tau tapi beli Globe ataupun peta dunia yang boleh pusing-pusing tu untuk buat deco kat atas meja.


Peta dunia, maps, globe, peta dunia pusing-pusing, deco, decoration, toys, Lazada,


Da lama berkenan sebenarnya dengan globe ni. 2-3 tahun lepas Qiya tertengok dekat Cash Converter Shah Alam tapi tak ingat berapa harga dia. Rasanya macam RM100 ke atas. Pastu last month pun ada pergi Cash Converter jugak, beli laptop dengan handphone second hand pun ada lagi ternampak globe tu. 

Tak tau la kenapa Qiya berkenan sangat dengan peta dunia yang antik macam tu. Biasa kan orang letak dalam office kan. Yela dulu mana ada Google maps, nak tengok peta tengok dari globe tu jela... 

Pastu tetiba je gatal tangan ni nak survey kat Lazada, banyak pilihan saiz rupanya. Yang Qiya beli ni nama dia kat Lazada adalah 20cm Blue Ocean World Globe Map With Swivel Stand Geography Educational Toy Gift - intlSeller Freebang dan harganya plak RM36.00. Free postage tau. 


Peta dunia, maps, globe, peta dunia pusing-pusing, deco, decoration, toys, Lazada,


Material dia plastik, ringan je, cuma tapak dia macam tak berapa stable, kalau pusing-pusing globe tu dia macam bergoyang sikit. Delivery plak dalam masa 1 minggu je. Walaupun tak besar sangat 20cm je  diameter dia tapi tulisan nama-nama negara dan nama-nama tasik semua jelas. 

Tapi yang sedihnya nama Malaysia tak ada, kat globe ni cuma tulis Kuala Lumpur je sebab tu nama Malaysia ni kurang dikenali kat luar negara. Tapi kalau sebut Kuala Lumpur diorang tau la dekat mana. So, overall OK la globe ni, boleh buat deco.

Bye...

Love,

5 comments:

  1. Hari tu ada juga cari dekat kedai buku , mahu dekat RM100 juga. Kira murah sangat lah nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe material dan kualiti dia tak sama kot. Yang Qiya beli ni macam kurang sikit la kualiti dia. Tapi untuk decor rasanya ok je kot gini...

      Delete
  2. Wahh.boleh beli satu letak atas meja kat office nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli beli jangan tak beli hihi... tapi alang-alang tu tunggu lazada 11.11 nanti la, tengok ada promo tak...

      Delete
  3. nice.
    last week, ulangkaji dgn Syuhada, sains.
    ada la pasal utara selatan timur & barat.
    matahari terbit. matahari terbenam.
    guna laptop utk imagine camne pergerakan bumi, bulan & matahari.
    kalau la aida ada globe mcm qiya ni, better kot explanation :)
    kalu aida jumpa ni memana, aida nak beli sebiji, qiya. ilmu byk nih...

    ReplyDelete