Sunday, 31 May 2015

Kenapa Pentingnya Perlindungan Insurans?dan proses untuk mendapatkan polisinya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kenapa pentingnya perlindungan insurans ini? dan proses untuk mendapatkan polisinya. Baru-baru ni saya ada tulis entry pasal Kepentingan Insurans tapi mungkin terlalu umum. Untuk entry kali ni saya nak jelaskan dengan lebih terperinci sikit supaya senang difahami oleh semua lapisan masyarakat..aca aca expert konon..hahaha..bukan nak tunjuk pandai tapi nak share sikit ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama. Bak kata pepatah Melayu, "Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan". betul tak???

insurans, takaful, ikhlas, kemalangan, kematian, perlindungan, wanita, kanak-kanak, pewaris, pelaburan, pendapatan, komitmen

Kat atas tu contoh slip pendaftaran dan pembayaran pertama kali yang saya buat untuk Takaful Ikhlas tapi semuanya diuruskan oleh agen insurans yang saya percayai. Komitmen saya untuk polisi yang ditawarkan adalah RM180 sebulan. Saya dah buat kira-kira dalam tempoh 20 bulan @ 1 tahun 8 bulan jumlah bayaran saya adalah RM3600. Polisi yang saya ambil ni bila bayaran yang kita buat mencapai RM3500 kita boleh keluarkan RM500, maksudnya selagi duit yang kita bayar tu ada RM3500 kita masih dalam perlindungan Takaful Ikhlas ni. Dalam bahasa yang lebih mudah kiranya sambil bayar insurans sambil menabung la..macam tu la lebih kurang maksudnya.kalau nak tahu lebih detail boleh bincang dengan ejen insurans ye.Tapi harus di ingat ye, walaupun baki akaun RM3500 tapi komitmen tiap-tiap bulan tetap macam biasa, still kena bayar..jangan salah faham ye..

Okey, sekarang ni kita teruskan dengan proses untuk mendapatkan polisi perlindungan Takaful Ikhlas ni ye.

First thing kita kena buat adalah cari maklumat sebanyak yang boleh supaya senang untuk kita berbincang dengan pihak insurans nanti. Kedua, cari ejen insurans yang anda percaya. Lagi bagus kalau ambil under kawan-kawan yang dah lama jadi ejen insurans tu. Lagipun dalam masa yang sama kita boleh tolong tambahkan pendapatan dia. Kalau rajin kaji berapa lama dia jadi ejen tersebut. Lagi lama maksudnya insurans tu mesti kukuh. Kalau tak tak mungkin dia boleh bertahan dengan kerja yang dia buat tu. Ketiga, sediakan dokumen penting seperti kad pengenalan, maklumat pewaris, maklumat saksi dan sebagainya untuk melancarkan proses pendaftaran. Seterusnya, bila semua dokumen dah lengkap diisi pihak insurans tu akan hantar borang permohonan kita untuk di proses. Proses tu ambil masa 1 hari je. Lepas tu kita dah pun di lindungi oleh insurans tersebut dan tak perlu risau jika berlaku musibah nanti tapi kalau boleh doa banyak-banyak minta dijauhkan segala musibah tu ye.

Tapi lepas proses permohonan tu selesai jangan lupa minta semua dokumen polisi dan medical card tu. Macam saya dalam tempoh 2 minggu baru dapat semua dokumen tu. Yang paling penting medical card tu..kalau tak ada kad tu macam mana nak buat rawatan dekat hospital kan?tapi jangan risau kalau jadi apa-apa dalam tempoh tersebut contact la ejen insurans tu nanti pihak insurans tu akan uruskan semuanya.Ok sampai sini je, harap dapat memberi info yang berguna untuk semua ye..bye..

0 comments:

Post a Comment