Showing posts with label peraduan. Show all posts
Showing posts with label peraduan. Show all posts

Saturday, 3 November 2018

Peraduan Penuhi Impian RED BULL 2018

Last week Qiya ada beli minuman Red Bull, da niat nak share pasal Peraduan Penuhi Impian RED BULL 2018 ni dalam blog tapi asyik terlupa je. Tiba-tiba teringat plak tadi sebab terbaca pasal contest apa entah terus draft siap-siap dan cari info contest ni dekat website RED BULL.


Contest, Peraduan, Red Bull, Peraduan Penuhi Impian RED BULL 2018,


Peraduan Penuhi Impian RED BULL 2018 ini telah pun berlangsung sejak 1 Ogos dan akan berakhir pada 31 Disember 2018 (11.59pm). Nak tau syarat-syarat peraduan ni korang kena la baca sampai habis kan...


Contest, Peraduan, Red Bull, Peraduan Penuhi Impian RED BULL 2018,


Hadiah-hadiahnya pun WOW sangat! Hadiah utama 2 x Toyota Hilux, 5000 x Hadiah WANG TUNAI, dan barangan premium RED BULL berjumlah RM600,000. Kalau tak dapat hadiah utama, dapat hadiah wang tunai atau barangan premium pun jadi la kan. Besar peluang nak dapat hadiah ni...


Contest, Peraduan, Red Bull, Peraduan Penuhi Impian RED BULL 2018,


Cara nak sertai peraduan Red Bull ni pun senang yang amat. Beli minuman Red Bull mengikut syarat-syarat yang dinyatakan, tarik penutup sentap dan lihat hadiah di belakang, Whatsapp kod penutup sentap yang tertera hadiahnya ke 011-5688 8331, contoh macam dalam gambar kat atas, dan simpan penutup sentap asal untuk penebusan hadiah nanti. Senang je kan? Effortless sangat...

Hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk peraduan Penuhi Impian RED BULL 2018 ni korang boleh rujuk dalam gambar kat bawah ni... Kalau tak nak join jugak tak tau la hehe


Contest, Peraduan, Red Bull, Peraduan Penuhi Impian RED BULL 2018,


Seterusnya syarat-syarat peraduan, sila la baca dan hadam... jenuh jugak nak baca semua syarat ni kan... tapi tak apa, take your time...


TERMA & SYARAT

  1. Promosi RED BULL Peraduan Penuhi Impian (“Promosi”) dianjurkan oleh Allexcel Trading Sdn Bhd (No. Syarikat 108372-D) (“Penganjur”). Promosi diadakan dari 01/08/2018, dari jam 12:00 tgh mlm hingga 31/12/2018, 11:59mlm (“Tempoh Promosi”) dan selagi Hadiah masih ada. Penebusan hadiah yang diterima di luar Tempoh Promosi akan dibatalkan secara automatik.
  2. Promosi ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas (pada 01/08/2018) kecuali kakitangan Penganjur, termasuk syarikat bersekutu dan/atau berkaitan, pengedar, agensi komunikasi, PA, digital dan promosi, serta ahli keluarga terdekat mereka.
  3. Penganjur berhak untuk meminda, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Promosi atas budi bicara mutlaknya atau sekiranya Promosi tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan menimbulkan tuntutan oleh Peserta.
  4. Untuk mengambil bahagian, beli mana-mana minuman RED BULL yang turut serta iaitu RED BULL 250ml Gold dan RED BULL 250ml Kurang Gula (“Minuman RED BULL Turut Serta”). Semua pembuka tin Minuman RED BULL Turut Serta akan mempunyai hadiah yang dinyatakan pada bahagian dalam penutup.
  5. Hadiah yang dinyatakan adalah sama ada Wallpaper (“Hadiah Sagu Hati”) ATAU satu daripada hadiah utama yang dinyatakan di bawah (“Hadiah Utama”).
  6. Terdapat empat ribu sembilan ratus dan enam puluh dua (4962) Hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Promosi:
    1. Dua (2) hadiah utama Toyota Hilux.
    2. Seratus enam puluh (160) hadiah Tunai RM500.
    3. Empat ratus (400) hadiah Tunai RM200.
    4. Empat ratus (400) hadiah Tunai RM100.
    5. Empat ribu (4000) hadiah Tunai RM50.
    6. Empat puluh (40) Premium Red Bull (3 jenis).
  7. Hadiah Utama diberikan HANYA selagi Hadiah Utama masih ada dan penebusan Hadiah Utama adalah SEMATA-MATA atas dasar siapa dahulu didahulukan.
  8. Semua peserta mesti mematuhi kaedah penebusan Hadiah yang ditetapkan oleh Penganjur.
  9. Peserta mesti menghantar pesanan menerusi WhatsApp ke 011-5688 8331 seperti yang dinyatakan dalam tin Minuman RED BULL Turut Serta. Contoh pesanan: RM50#NAMA PENUH#NO KP.
  10. Peserta yang menghantar pesanan mereka menerusi WhatsApp akan disalurkan kepada laman web Promosi untuk membuat permintaan penebusan melalui penyertaan atas talian dengan mengisi butiran peribadi wajib secara lengkap iaitu hadiah yang dinyatakan pada penutup tin, nama penuh (menurut kad pengenalan), nombor pengenalan, nombor hubungan, alamat penghantaran penuh dan memuat naik bukti pengenalan mereka.
  11. Peserta perlu menunjukkan bukti pengenalan untuk tujuan penentusahan. Hanya bukti identiti berikut diterima oleh Penganjur: Kad Pengenalan/Lesen Memandu atau pasport. Kegagalan memberikan bukti pengenalan membolehkan Penganjur untuk membatalkan kelayakan peserta dan menarik balik Hadiah Utama.
  12. Peserta mesti menjawab set soalan dengan betul untuk memenangi Hadiah Utama mereka. Sekiranya Peserta membuat keputusan untuk tidak menjawab soalan, gagal menjawab soalan dengan betul dan/atau jelas, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta dan menarik balik Hadiah Utama.
  13. Peserta yang layak akan diberikan nombor rujukan penebusan dan dinasihatkan untuk mengemukakan keperluan wajib berikut menerusi Pos Laju/kurier untuk tujuan penentusahan penutup tin yang menang dan melayakkan diri untuk memenangi Hadiah Utama (“Penebusan Layak”) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penyertaan atas talian.
  14. Semua penebusan hadiah melalui penyertaan atas talian mesti dihantar ke laman web Promosi pada atau sebelum 11:59mlm pada 31/12/2018. Penyertaan atas talian selepas tarikh tamat tidak akan dilayan.
  15. Hadiah Utama HANYA boleh ditebus dengan penghantaran:
    1. Penutup tin yang memenangi Hadiah Utama iaitu: TOYOTA HILUX atau RM500 atau RM200 atau RM100 atau RM50 atau PREMIUM.
    2. Nama penuh, nombor ID penebusan dan nombor hubungan peserta yang layak seperti yang dikemukakan di laman web.
  16. Dua (2) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima dengan penutup tin ‘Toyota Hilux’ akan memenangi Hadiah Utama Toyota Hilux setiap seorang.
  17. Seratus enam puluh (160) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima dengan penutup tin ‘RM500’ akan memenangi hadiah tunai RM500 setiap seorang.
  18. Empat ratus (400) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima dengan penutup tin ‘RM200’ akan memenangi hadiah tunai RM200 setiap seorang.
  19. Empat ratus (400) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima dengan penutup tin ‘RM100’ akan memenangi hadiah Tunai RM100 setiap seorang.
  20. Empat ribu (4000) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima dengan penutup tin ‘RM50’ akan memenangi hadiah tunai RM50 setiap seorang.
  21. Sepuluh (10) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima dengan penutup tin ‘PREMIUM’ akan memenangi Premium Red Bull – Beg “Duffel”setiap seorang.
  22. Dua puluh (20) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima, seterusnya dengan penutup tin ‘PREMIUM’ akan memenangi Premium Red Bull – Kemeja-T setiap seorang.
  23. Sepuluh (10) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima, seterusnya dengan penutup tin ‘PREMIUM’ akan memenangi Premium Red Bull – Set Kaca Mata Hitam & “Lanyard” setiap seorang.
  24. Semua peserta dengan Penebusan Layak akan dimaklumkan melalui pos. Semua hadiah mesti dituntut dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan pos kepada peserta tidak diterima atau lewat.
  25. Pemenang hadiah utama akan dimaklumkan menerusi telefon untuk proses menebus hadiah utama.
  26. Semua hadiah Tunai (dalam bentuk cek bank atau Kiriman Wang Pos) dan Hadiah Premium Red Bull akan dihantar ke alamat penghantaran yang disediakan oleh peserta dalam masa 6-8 minggu selepas menerima keperluan wajib.
  27. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberikan dalam keadaan “Sedia Ada” dan tidak boleh dipindah milik, dipulangkan atau ditukarkan dalam sebarang bentuk lain untuk apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan.
  28. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada.
  29. Pemenang akan diumumkan oleh Penganjur di laman web redbull.com.my, www.facebook.com/redbullmalaysia dan penuhiimpian.redbull.com.my.
  30. Penganjur dan syarikat yang terlibat dalam Promosi ini tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara terhadap kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan pesanan SMS, WhatsApp dan Dalam Talian yang dihantar atau diterima dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penggunaan tidak sah telefon mudah alih atau akaun pelanggan sempena dengan Promosi.
  31. Penganjur tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet dan/atau laman web.
  32. Peserta hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang timbul daripada penyertaan dalam Promosi ini.
  33. Dengan menyertai Promosi ini, peserta bersetuju untuk memberikan maklumat peribadi mereka dan Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan /atau perdagangan tanpa pampasan atau notis selanjutnya dan setiap peserta tidak layak membuat sebarang tuntutan untuk penggunaan penyertaan mereka oleh Penganjur.
  34. Penganjur mengumpulkan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi untuk menyediakan perkhidmatan atau berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan dengan cara yang sesuai dengan ciri data oleh Penganjur dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan memberikan maklumat peribadi peserta, Penganjur menganggap kebenaran diberikan kepada Penganjur dan/atau ejen sah untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi masa kini dan masa depan dan untuk menambah baik produk dan perkhidmatannya. Jika peserta memaklumkan Penganjur menerusi admin@redbull-malaysia.com.my bahawa maklumat di atas tidak boleh digunakan sebagai asas untuk perhubungan lanjut, Penganjur akan menghormati permintaan peserta.  Maklumat peserta tidak akan diberikan kepada atau dikongsi dengan mana-mana syarikat lain untuk kegunaan mereka.
  35. Dengan menyertai Promosi ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Syarat dan Peraturan rasmi serta keputusan Penganjur.
  36. Penganjur berhak untuk meminda, menggugurkan atau menambah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis dan peserta terikat pada perubahan tersebut.
  37. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berhubung dengan keputusan yang dibuat oleh Penganjur tidak akan dilayan.

Jom join Peraduan Penuhi Impian RED BULL 2018 ni. All the best!


Love, 
Continue Reading

Sunday, 21 January 2018

Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang, korang perasan tak tahun 2018 ni sekejap je berganjak? sedar-sedar bulan Januari ni dah masuk minggu ke-4 da pun. Baru je cuti sempena tahun baru, tak lama lagi cuti Chinese New Year (CNY) plak. Cepat kan? Ke Qiya sorang je yang rasa macam ni...hehe

Macam tahun-tahun sebelum ni awal Januari setiap tahun memang Qiya busy sangat-sangat sebab tengah struggle study untuk final examination tapi tahun ni alhamdulillah da free sikit. So, tahun ni memang Qiya banyak planning untuk travel. 

Planning Qiya boleh dikatakan setakat angan-angan kosong jela buat masa ni sebab Qiya belum booking mana-mana hotel atau tempat penginapan. Haha... Tapi kalau ada rezeki Qiya nak pergi bercuti kat Langkawi ataupun Phuket ke...sebab boleh mandi pantai kan...

Mesti ada yang da ambil cuti awal-awal untuk sambung cuti Hari Raya Cina kan...So, korang da ada plan nak pergi travel kat mana-mana ke? 


Traveloka, Contest, CNY, Flight Ticket, Accomodation, online booking flight ticket, peraduan, pakej percutian, Seoul Korea, Phuket Thailand, Langkawi, Malaysia,


Korang mesti pelik kenapa Qiya membebel pasal travel plak sebab Qiya ni kan suka cakap pasal investment. Kalau korang nak tau, Qiya cerita pasal travel ni sebab Qiya nak bagitau korang sekarang ni Traveloka tengah adakan Fly & Win CNY Contest

Hadiah dia kalau bertuah korang dapat pakej percutian ke Korea, Phuket, ataupun Langkawi tau. Best kan? 

Kejap lagi Qiya cerita lebih lanjut berkaitan dengan syarat-syarat, cara untuk join contest ni, dan hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Traveloka. Kalau korang tak join memang rugi sesangat!

Untuk pengetahuan korang, Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018 ni akan berlangsung dari 22 Januari (00:00) sehingga 28 Febuari 2018 (23:59PM). Means baru je start hari ni... So, korang join la cepat-cepat tau, mana tau kot kot rezeki korang menang pakej percutian dari Traveloka ni nanti.

Hadiah-hadiah untuk pemenang-pemenang Traveloka Fly & Win CNY Contest ini adalah seperti berikut:-

HADIAH TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST 2018 


Pemenang Pertama
Pakej Percutian 6H5M ke Seoul
(Tiket Penerbangan & Tempat Penginapan)

Pemenang Kedua
Pakej Percutian 5H4M ke Phuket
(Tiket Penerbangan & Tempat Penginapan)

Pemenang Ketiga
Pakej Percutian 4H3M ke Langkawi
(Tiket Penerbangan & Tempat Penginapan)

Pemenang Saguhati
Baucer Traveloka RM1,000 × (2)


Best tak hadiah contest Traveloka ni? 

Qiya plak yang excited sangat ni sampai terbayang-bayang je pantai-pantai kat Phuket tu...padahal tak pernah sampai Phuket lagi...haha...tapi Qiya rasa Phuket mesti cantik dan best macam kat pantai Hatyai. Pastu makanan kat sana mesti sedap gila. Seafood, tomyam, kerabu...perghhh...terliur la plak...

Syok je Qiya cite pasal hadiah-hadiah untuk Contest Traveloka Fly & Win CNY ni kan...tapi sapa je yang boleh join peraduan ni? Semua orang ke...

Ok, untuk makluman korang...Contest Traveloka Fly & Win CNY ni terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan penduduk Malaysia yang berumur 18 Tahun dan ke atas (setakat Januari 2018) yang juga menetap di Malaysia sekarang ini tapi tak termasuk individu-individu yang ada kaitan dengan Traveloka Sdn. Bhd. seperti kakitangan, ahli keluarga pekerja, para pemasar affiliate, anak syarikat, pengiklan, PR agensi, pembekal bagi Traveloka dan sebagainya.

Kalau ada yang berumur bawah 18 tahun yang nak join contest Traveloka ni boleh tapi kena pastikan da dapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga korang terlebih dahulu ye. Dan selain itu, korang kena baca dan hadam betul-betul syarat-syarat penyertaan untuk Contest Traveloka Fly & Win CNY.

Tempoh contest ini berlangsung seperti yang Qiya nyatakan kat atas tadi, iaitu dari 22 Januari sehingga 28 Febuari 2018. Tapi pihak Traveloka berhak meminda tarikh tersebut sama ada diorang nak pendekkan tempoh ataupun nak panjangkan tempoh peraduan ini tanpa sebarang notis. So, kena ALERT la kan...kena rajin tengok-tengok FB page Traveloka.

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum korang menyertai Traveloka Fly & Win CNY Challenge ini. Antaranya adalah:-
  1. Para peserta mestilah mempunyai akaun Facebook yang sah dan di set kepada public untuk bermain mini game dan menghantar penyertaan tersebut.
  2. Para peserta mestilah seorang follower kepada Facebook Fan Page Traveloka Malaysia.
  3. Para peserta hendaklah bermain mini game Traveloka Fly & Win CNY Challenge di webpage yang disediakan oleh penganjur.
  4. Para peserta perlu mengisi butiran peribadi di halaman pendaftaran yang disediakan oleh penganjur.
  5. Para peserta boleh share penyertaan tersebut maksimum 5 kali sehari.
  6. Para peserta perlu mencapai markah tertinggi; hanya 3 orang pemenang dengan markah tertinggi sahaja akan dipilih sebagai Pemenang utama yang dinyatakan dibawah section 5.2 dalam Traveloka Fly & Win CNY Challenge's Terms and Conditions.
  7. Para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang dinyatakan di bawah section 5.3 dengan cara berkongsi Traveloka Fly & Win CNY Challenge ini di Facebook masing-masing. Dan para pemenang akan dipilih secara rawak.
  8. Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat penyertaan ini akan mengakibatkan penyertaan tersebut dibatalkan dan secara langsung korang tak layak untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut.


Traveloka Fly & Win CNY Contest ni senang je. Korang boleh sertai peraduan ni dari Traveloka Fly & Win CNY 2018 Contest dan contest ni adalah sebuah game mini sebenarnya. Korang hanya perlu follow instructions seperti dalam gambar yang Qiya provide kat bawah ni. 


Traveloka, Contest, CNY, Flight Ticket, Accomodation, online booking flight ticket, peraduan, pakej percutian, Seoul Korea, Phuket Thailand, Langkawi, Malaysia,


Bila korang da join Contest Traveloka Fly & Win CNY 2018 ni korang rajin-rajinkanlah diri korang untuk jenguk-jenguk Page FB Rasmi Traveloka sebab semua pemenang akan diumumkan kat page tersebut. Tapi korang jangan risau sebab pihak Traveloka memang akan hubungi  para pemenang melalui email nanti. 

So, korang cuma kena pastikan semua butiran peribadi yang korang isi dalam borang permohonan tu 100% betul untuk mengelak sebarang kesulitan bagi pihak peserta dan juga pihak penganjur. By the way, Qiya ucapkan semoga korang berjaya untuk Contest Traveloka Fly & Win CNY 2018 ini!
Continue Reading

Saturday, 6 January 2018

Senarai Peserta 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Qiya da lama nak update Senarai Peserta 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017' ni tapi asyik tak sempat je. So Qiya mohon maaf kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi join GA Qiya ni sebab agak lewat keluarkan list peserta ni.

Kalau ikutkan target untuk GA December 2017 ni memang tak tercapai berbanding dengan GA Qiya untuk bulan November 2017 ada 63 peserta tapi GA December 2017 ni cuma ada 13 peserta je. RM100 untuk 3 orang pemenang tak cukup ye? Inshaallah nanti kalau ada rezeki lebih Qiya up sikit amount GA ni ye.


Giveaway, GA, Contest, Peraduan
Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017


Senarai Peserta 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017'


1. https://belogsjm.blogspot.my/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
2. http://qisstiera.blogspot.my/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html?m=1
3. http://www.mrsliez.com/2017/12/giveaway-cash-rm-100-by-qiya-saad-for.html
4. http://queensyanis.blogspot.my/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
5. http://penselduabee.blogspot.com/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
6. http://azlanbahar.com/contest/giveaway-cash-rm100-qiya-saad-december-2017/
7. http://www.sayidahnapisah.com/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
8. http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
9. https://galeriduniaku.blogspot.my/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
10. http://www.sishawadesign.com/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html

11. https://galaksiviral.blogspot.my/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
12. http://masturanasarudin.blogspot.com/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html
13. http://www.huhahuhajerr.com/2017/12/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html

Walaupun tak capai target tapi Qiya tetap nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan-rakan Blogger yang sudi join Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017 ni.

So, dengan rasminya hari ni 7hb Januari 2018 jam 3:37 pagi Qiya close GA ni dan semua pemenang bertuah Qiya akan umumkan dalam Senarai Pemenang Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017 nanti.

P/s: Jangan lupa baca juga entry 10 Kebaikan Rendaman Kaki dalam Air Panas & Garam ni. Banyak manfaatnya tau! 
Continue Reading

Monday, 4 December 2017

Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni Qiya nak buat simple Giveaway yang bertajuk 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017'. Beberapa hari lepas Qiya baru je umumkan pemenang Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017

Qiya sambung lagi GA ni sebab Qiya rasa seronok sangat-sangat bila dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger dan sambil-sambil tu juga Qiya buat list untuk Qiya blogwalking.


Giveaway, Giveaway Qiya Saad, GA, contest, peraduan,
Klik banner untuk join GA ni


Giveaway ni senang sangat-sangat... sama je macam GA yang lepas cuma ada penambahan sikit kat syarat-syarat penyertaannya. korang tak perlu buat karangan sampai 360 patah perkataan pun... 

Korang cuma perlu tulis 1 blogpost 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017' yang simple-simple je dan follow akaun media sosial yang Qiya senaraikan kat bawah ni.

Dan sebagai tanda penghargaan Qiya akan bagi RM100 tunai kepada pemenang-pemenang yang bertuah.

Untuk terpilih sebagai pemenang 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017' ni korang wajib follow atau Like semua akaun media sosial kat bawah ni tau...


Syarat-syarat penyertaan:- 


1. Follow Blog: Qiya Saad, komen & share 3 entry terbaru.
2. Add Friend FB: Qiya Saad, Like & komen 3 status terbaru.
3. Like FB Page 1: Qiya Saad Dot Com, like & komen 3 posts terbaru.
4. Like FB Page 2: Wedding by Qiya Saad, & like 10 posts terbaru.
5. Follow Instagram 1: @qiyasaad, like & komen 3 posts terbaru.
6. Follow Instagram 2: @weddingbyqiyasaad like & komen 3 posts terbaru
7. Join Kelab Blogger Qiya Saad



Kelab Blogger Qiya Saad
Gambar Kelab Blogger Qiya Saad


Hadiah berupa CASH RM100 untuk 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017' ni Qiya akan bahagikan kepada 3 pemenang mengikut jumlah yang tertera kat bawah ni.


HADIAH

Pemenang Pertama
RM50

Pemenang ke-2
RM30

Pemenang ke-3
RM20


Tarikh tutup GA ni pada 31 December 2017 dan para pemenang pula Qiya akan pilih secara rawak.

Bila da join jangan lupa tinggalkan link blog post korang kat ruangan komen di bawah ni. Dari semasa ke semasa Qiya akan update Senarai Peserta 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017' ni.


Info tambahan (22/12/2017)

Jika bilangan peserta tidak mencapai sasaran yang ditetapkan Qiya terpaksa lanjutkan tempoh Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017 ni sehingga mencapai sasaran yang sepatutnya.



Semoga berjaya Qiya ucapkan!


P/s: Jangan lupa baca juga Outlet Texas Chicken Terbesar & Tex Cafè di Suria KLCC ni. Mana tau mungkin korang ada planning nak pergi jalan-jalan kat KLCC ke nanti. Boleh la singgah kat Texas Chicken tu kan...
Continue Reading