Sunday 4 August 2013

Resepi Cornflakes Madu

Bahan-bahan (lebih kurang 150-200 cups)

1 kotak besar Cornflakes (500g)
250g mentega (Buttercup)
10 sudu besar madu
8 sudu besar gula
Paper cup
Coklat rice

Cara-cara membuatnya:-

1) Panaskan butter (make sure butter berada di suhu bilik), bila dah cair masukkan gula. Bila gula dah cair, masukkan madu. Kacau bagi ke semua bahan tersebut sebati.
2) Semasa bahan tadi masih panas, masukkan cornflakes sedikit demi sedikit sambil gaul sehingga rata.
3) Dengan menggunakan sudu kecil, masukkan cornflakes tersebut dalam paper cup. Taburkan coklat rice untuk hiasan.
4) Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius, bakar selama 10-15 minit @ sehingga keperangan.



0 comments:

Post a Comment