Sunday, 18 August 2013

Kenali Sikap Lelaki yang Benar-benar Menyintai Kamu!!

lelaki, cinta, romantik, sikap, perempuan, kekasih, wanita, kahwin, nikah, sayang

Cinta..semua orang tahu cinta tu apa maksudnya..tapi definisinya berbeza-beza sebab cinta ni perkara subjektif. Subjektif ni bermakna apa-apa je yang maksudnya sama tapi dengan perkataan lain..sekarang ni budak sekolah rendah pun dah pandai bercinta dan yang lebih dasyat lagi dah pandai pegang2 tangan termasuklah 'ringan-ringan'..terpengaruh dengan cerita dlm TV la tu..Jadi, sebagai ibu, bapa, kakak, abang, mak saudara, atau pak saudara kena la selalu pantau aktiviti budak2 sekarang ni..risau betul rasanya dgn gejala sosial yang melampau2 sejak akhir2 ni..

Hari ni saya bukan nak cerita pasal gejala sosial tapi nak cerita sikit pasal sikap lelaki yang benar-benar menyintai korang..Senang je nak tau lelaki tu sayang korang ataupun tak..Antaranya adalah seperti dibawah ni ye..

1) Ambil berat

Si dia akan selalu ambil berat pasal korang. Setiap hari hand phone korang mesti berbunyi je..dia akan call dan SMS korang bertanya macam2 benda..contohnya, sihat tak? da makan ke belum? hari ni pergi mana? dan macam2 lagi la..ini bermakna si dia selalu teringatkan korang..

2) Selalu memberi

Si dia akan selalu belikan something untuk korang..tak kisah la benda tu mahal ataupun murah, yang penting dia ikhlas untuk buat korang rasa gembira dengan pemberian dia tu..tapi tak semestinya kalau dia tak bagi apa2 dia tak sayang kat korang..mungkin dia tengah simpan duit untuk buat suprise hantar rombongan meminang korang..hehe..terkejut beruk kalau tiba2 je ada lelaki masuk meminang korang kan..


3) Kuat cemburu

Kalau dia tau korang kawan dengan lelaki lain mesti dia akan marah dan merajuk..kelakar kalau tengok lelaki merajuk ni..haha..tapi cemburu tu tanda sayang kan..

4) Lemah lembut

Lemah-lembut ni bukan bermaksud dia tu lelaki lembut yang auuwww tu ye..lemah-lembut kat sini maknanya dia melayan korang dengan baik..si dia tak akan cakap perkara2 yang boleh sakitkan hati korang jauh sekali nak pukul korang even korang sendiri selalu sakitkan hati dia..dia tak akan balas perbuatan buruk korang tu..tapi jangan la ambil kesempatan pulak ye..mana tau dia hilang sabar dengan perangai buruk korang tu nanti..so, pandai2 la fikir sendiri ye..

Ok la, ni je yang dapat saya kongsi hari ni..bye..

2 comments:

  1. yg lain semua mcm betul.. tp selalu memberi tu mcm hurmmm.. hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang lelaki suka belikan something utk GF ni..kecuali la financial dia btul2 stabil..klu dia sanggup spent a lot of money utk kita, it means that dia tgh buat 1 investment..dan dia memang berharap ada ROI nanti (Return of Investment).. pink velvet belum ada experience mcm ni lg kot..hehe

      Delete