“No, mama tak setuju!” Bentak mama keras.
“Tapi kenapa mama?” Soal lelaki itu sedikit sayu
kedengaran suaranya.
“Mama tak suka dia, tengoklah macam mana cara dia
cakap dengan Zalika tadi. She don’t know how to respect others.” Tambah mama
lagi dengan nada suara yang semakin tinggi. Aku hanya mendiamkan diri melihat
mama yang begitu marah ketika ini.
“Come on mama, tak kan sebab yang remeh-temeh ini
pun mama nak besar-besarkan? Trust me, I know her. She will make me happy and I
will marry her soon.” Rayunya lagi. Aku melihat dia bersungguh-sungguh memujuk
mama agar merestui hubungan mereka.
“No. If I said no, it means no!” Tegas mama memberi
kata putus.
“Mama please..” Rayunya lagi. Kini kedua kaki mama
dipegang erat olehnya.
Aku hanya memilih untuk menjadi penonton bisu ketika
itu. Selama ini aku tidak pernah melihat mama yang sekeras itu. Mama yang aku
kenal adalah seorang wanita yang lemah lembut dan penyayang. Tapi disebabkan
wanita sombong bernama Wilda itu mama berubah sikap. Aku melihat lelaki itu
masih merayu-rayu walaupun mama telah mendiamkan diri. Suasana menjadi tegang
kembali apabila mama kembali bersuara.
“kalau betul Amin dah tak sabar-sabar nak kahwin,
mama setuju, tapi bukan dengan perempuan itu. Mama dah ada calon yang lebih
layak untuk Amin.”
“Mama please, jangan buat Amin rasa serba salah
dengan mama. This is my life, biar Amin tentukan hidup Amin sendiri mama.”
“Mama tak peduli, mama tak benarkan Amin kahwin
dengan perempuan itu. Mama dah buat keputusan, Amin kena kahwin dengan Zalika.”
Aku yang mendiamkan diri dari tadi terus tersentak
bila mama menyebut nama aku dalam pertengkaran mereka. Calon? Serentak itu juga
aku dengan dia berpandangan seakan tidak percaya dengan kata-kata mama sebentar
tadi.
“Mama cakap apa ini? She is my sister.” Soalnya
dengan nada yang sedikit terkejut.
“Ika cuma adik angkat je kan? tak salah kalau kamu
berdua bernikah. Lagipun mama tak jumpa calon yang sesuai untuk kamu lagi. Buat
masa ini Ika je yang paling mama percaya. Ika tak kisah kalau kahwin dengan
abang kan?” Mama menyoalku lembut. Aku memandang mama dan menoleh wajah Abang
Amin yang merenungku dengan pandangan yang sukar aku mengertikan. Tapi yang
pasti, bukan renungan sinis seperti dulu.
“Mama, Ika ikut keputusan mama je.” Jawabku
perlahan.
Mama tersenyum puas. Aku pula tidak berani membalas
renungan tajam Abang Amin tepat ke wajahku. Tapi yang hairannya kenapa dia
tidak memarahi aku dengan jawapan yang seolah-olah berpihak kepada mama itu.
Setelah lapan tahun menyambung pengajian dan bekerja di United Kingdom sikapnya
yang kasar terhadapku dulu kini berubah. Dia sudah tidak sedingin dulu lagi,
tapi ini tak bermakna hubungan kami semakin mesra. Masih ada jurang dan tembok
pemisah antara aku dan dia.
Tidak lama kemudian mama meminta diri untuk ke
biliknya. Mungkin keletihan kerana bertegang lidah dengan Abang Amin tadi.
“Kenapa kau setuju? Kalau ia pun kau terasa
berhutang budi dengan mama tapi bukan balas dengan cara macam ini. Perkahwinan
ini bukannya barang untuk dijual beli. Aku nak kau pujuk mama supaya batalkan
rancangan gila ini. Kau bagi lah alasan apa-apa je. Kau cakap kau nak sambung
belajar ke, ataupun kau dah ada boyfriend ke, atau pun apa-apa je lah asalkan
aku tak kahwin dengan kau.”
“Tapi kan tak baik kalau kita derhaka dengan orang
tua, lagi-lagi dengan mama. Abang dah lupa ye dulu ibu selalu cakap dekat
abang, syurga itu di bawah tapak kaki ibu? Mama itu kan ibu yang melahirkan
abang, tak kan abang sampai hati nak lukakan hati mama?” Jelasku perlahan. “Memang
betul Ika berhutang budi dengan mama, sebab itu Ika tak mampu membantah setiap
keputusan mama.” Tambahku lagi.
“Ibu.,” Kedengaran sayu suara Abang Amin.
Tutur katanya yang agak kasar sebentar tadi
tiba-tiba berubah menjadi tersangat lembut ketika perkataan ‘ibu’ meluncur
dibibirnya. Dan disaat ini juga hatiku terasa begitu pilu bila terkenangkan
saat-saat suka dan duka bersama ibu dulu. Perasaan ini sering hadir bila soal
ibu menjadi bahan perbualan antara aku dengan dia. Walaupun aku sedar dia
bencikan aku kerana katanya aku ini merampas kasih-sayang ibu padanya suatu
masa dulu tapi sebaliknya yang terjadi padaku. Wajahnya seringkali hadir
bersama rasa rinduku pada arwah ibu. Baru aku faham kini, mengapa sejak ibu
pergi wajah dia selalu hadir dalam ingatan aku. Ini adalah kerana aku dan dia
berkongsi rasa rindu yang sama iaitu rasa rindu yang tidak tertanggung buat
seorang insan yang bernama ibu.
“Abang, Ika nak tanya sikit boleh tak?” Aku cuba
memberanikan diri untuk bertanyakan sesuatu yang agak peribadi tentang dia.
“Erm, tanyalah.” Jawabnya acuh tak acuh tanpa
memandangku sedikit pun.
“Macam mana abang kenal dengan Wilda itu?” Soalku
sambil memandang tepat ke wajahnya dan aku lihat dia seakan terkejut dengan
soalan aku tadi. Dia diam seketika seperti berfikir. Mungkin dia sedang
mengingati semula detik-detik indah sewaktu awal perkenalan mereka. Dalam hati
ini hanya Tuhan saja yang tahu betapa resahnya aku menanti jawapan darinya.
“She is the one of my client when I was working at
U.K last year.” Jelasnya bersahaja sambil matanya asyik memerhatikan screen
telefon pintar jenis Samsung Galaxy S4 seperti yang baru aku miliki setelah
menerima gaji pertama bekerja di Infinity Bina Sdn. Bhd. sebagai Pembantu
Koordinator Projek pembinaan di USJ 1, Subang Jaya. Ketika ini aku tidak tahu
reaksi bagaimana yang harus aku tunjukkan padanya, tapi yang pasti aku masih
tidak puas hati dengan jawapannya itu. Akhirnya aku hanya berpura-pura
tersenyum seperti tiada apa-apa yang aku fikirkan.
“Kenapa sibuk nak ambil tahu pasal aku pula, mama
suruh kau tanya kah?” Soalnya pula sambil merenung tepat ke dalam bola mataku.
“Tak adalah, Ika saja nak tahu.” Jawabku dalam nada
yang sedikit bergetar bila aku cuba memeberanikan diri untuk membalas renungan
tajam itu. Sudahnya aku mengalah dan cepat-cepat mengalihkan pandanganku kerana
aku bimbang kalau nanti timbul sebuah perasaan yang aneh seperti kata orang
dari mata turun ke hati.
“Yang kau itu nak menangis kenapa pula?, kau dari
dulu sampai sekarang sama je kan, suka sangat menangis!” Dia mengerutkan
dahinya memandang aku yang tiba-tiba terkedu.
“Mana ada orang menangis, mata ini tiba-tiba rasa
pedih.” Hanya jawapan bodoh ini sahaja yang terlintas dalam fikiranku ketika
ini. Dia mencebikkan bibirnya tanda tidak mahu meneruskan perbualan denganku.
Aku bingkas bangun meninggalkan dia yang masih asyik
melayan SMS atau pun pesanan di dalam aplikasi sosial seperti Whatsapp, WeChat,
Viber, dan sebagainya. Semua ini hanyalah berdasarkan andaian aku sahaja kerana
aku tidak tahu apa yang dilakukan sebenarnya. Aku terus berlalu menuju ke
bilikku.
Bersambung...
0 comments:
Post a Comment