Belia adalah remaja atau pemuda yang berusia di antara 16 hingga 40 tahun. Tafsiran ini khas untuk belia di Malaysia kerana usia bagi belia adalah berbeza mengikut kesimpulan yang dibuat oleh negara masing-masing.
Bagi lepasan SPM saya percaya mesti banyak aktiviti yang dilakukan sementara menunggu keputusan peperiksaan ni kan..ada yang memilih untuk berehat di rumah sambil tolong ringankan ibu bapa dengan membantu mereka dirumah.
Ada juga yang buat keputusan untuk berkerja secara part time untuk cari duit poket untuk kegunaan ketika sambung belajar di Institusi Pengajian Tinggi nanti dan ada pula yang mengisi masa lapang dengan mengikuti latihan kemahiran dari mana-mana badan yang di iktiraf.
Entry kali ni saya nak bagi pendedahan sikit kepada belia ataupun remaja khususnya yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkaitan dengan latihan kemahiran yang di anjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia ataupun Construction Industry Development Board (CIDB).
Banyak latihan kemahiran yang ditawarkan bagi melahirkan belia Malaysia yang berwawasan disamping merealisasikan usaha kerajaan untuk mengurangkan kemasukan tenaga luar dalam negara. Untuk maklumat lanjut sila ke laman CIDB.
Semoga info ini sikit sebanyak memberi manfaat kepada semua yang membaca blog saya ni.
***
Program Latihan 1 Malaysia - GIATMARA
0 comments:
Post a Comment