Sejak akhir-akhir ini kerajaan Malaysia banyak memberi penekanan kepada konsep 1 Malaysia yang sering kita dengar menerusi TV, radio, dan sebagainya. Perkataan 1 Malaysia sudah tidak asing lagi bagi kita penduduk berbilang kaum di negara yang sangat aman dan damai ini.
Tidak dinafikan memang banyak pro and cons bila konsep ini diperkenalkan, tapi janganlah cepat melatah. Cuba pandang dari sisi yang berbeza dan selalu fikir positif kerana persaingan yang sihat pada hari ini akan menentukan siapa kita di masa akan datang.
Ketika saya menulis entry ini saya terfikir mesti ramai lagi yang sedang mencari-cari peluang untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing maklumlah kos sara hidup makin lama makin tinggi. Mungkin ada yang berminat untuk menyertai Program Latihan 1 Malaysia - GIATMARA bagi mendapatkan kemahiran yang bersesuaian dengan minat masing-masing kebetulan permohonan baru sedang dibuka sekarang ini.
Semoga berjaya!
*****
Latihan Kemahiran untuk belia - CIDB
0 comments:
Post a Comment