Saturday 31 August 2019

HUAWEI nova 5T - Smartphone Terbaru di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada semua peminat telefon pintar jenama HUAWEI, tau tak HUAWEI baru je lancarkan satu lagi model smartphone baru kat Malaysia ni? Tak tau.. meh qiya nak bagitau korang pasal model HUAWEI yang terbaru ni..

Latest HUAWEI smartphone ni diberi nama HUAWEI nova 5T. Kekuatan nova 5T ni adalah ianya direka dengan pelbagai ciri-ciri yang advance tau. Kalau korang suka updated teknologi, especially handphone korang patut baca apa ciri-ciri istimewa HUAWEI nova 5T ni..


Smartphone, handphone, HUAWEI nova 5T, teknologi Quad AI camera,
Gambar daripada blog soyacincau


Ciri-ciri HUAWEI nova 5T

Ciri-ciri asas HUAWEI nova 5T ini adalah ianya menggunakan processor Kirin 980, 8GB RAM, dan 128GB internal storage.

Di bahagian atas sebelah kiri depan handphone nova 5T ni ada satu camera untuk selfie, resolusinya adalah 32MP. Lagi tinggi Mega Pixel sesebuah kamera tu bermaksud lagi sharp dan detail la gambar tersebut.

Display screen smartphone nova 5T ni ialah 6.26", power bateri yang digunakan pula adalah 3,750mAh dengan sokongan teknologi 22.5W HUAWEI SuperCharge fast-charging, selain ada 4 lensa kamera atau ianya menggunakan teknologi QUAD AI CAMERA di bahagian belakang serta mempunyai pengimbas cap jari di bahagian sisi handphone.


Smartphone, handphone, HUAWEI nova 5T, teknologi Quad AI camera,
Gambar daripada blog soyacincau


Resolution kamera utama dibahagian belakang smartphone HUAWEI nova 5T ni memiliki 48MP yang mana aperture atau bukaan diafragma lensanya adalah f/1.8, 16MP ultra-wide angle camera, 2MP kamera makro, dan 2MP depth sensor. Susunan kamera belakang smartphone nova 5T ni lebih kurang je macam smartphone HUAWEI Honor 20 yang dilancarkan awal tahun 2019 yang lepas.

Gabungan 4 kamera atau quad camera ini membolehkan gambar yang diambil menjadi cantik, sharp, dan details tak kira cuaca redup ataupun cerah. Selain tu, bila ambil gambar dalam cuaca redup atau low light, camera 48MP ini secara automatik akan menyalurkan cahaya dengan menggabungkan piksel-pikselnya supaya gambar jadi lebih terang. Canggih kan teknologi quad camera ni?

Secara ringkasnya HUAWEI nova 5T ni advance sangat features dia, kalau jenis yg suka travel dan ambil gambar, selfie.. memang sesuai sangat guna smartphone ni. Sebab gambar dia memang cantik dan sharp sangat tau.


Smartphone, handphone, HUAWEI nova 5T, teknologi Quad AI camera,
Gambar daripada blog soyacincau


Selain tu, RAM dia besar, GAMERS memang suka sangat la kan kalau RAM besar ni. .

Lagi satu, lighting screen feature HUAWEI nova 5T ni child-freindly tau, cahaya screen dia auto adjust, tak ada la budak-budak cepat rosak mata kalau tengok screen lama-lama..

Best tak?

So, macam mana nak beli smartphone HUAWEI nova 5T ni?

Kalau nak beli nova 5T ni korang boleh Pre-Order dulu bermula dari 29 Ogos hingga 5 Sept 2019 melalui nova5tpreorder.3ex.com.my atau https://shop.huawei.com/my/ ye..

Harga? RM1,599 je awak.. murah yg amat kalau nak dibandingkan dengan features dia yg super advance tu..

HUAWEI nova 5T ni ada 3 color semuanya tau - Midsummer Purple, Crush Blue, and Black.


Smartphone, handphone, HUAWEI nova 5T, teknologi Quad AI camera, mini speaker giveaway,
HUAWEI mini speaker


Kalau korang pre-order diantara 29 Ogos hingga 5 Sept 2019 ni korang layak menerima freebies bernilai RM325 yang mengandungi speaker mini HUAWEI dan SuperCharge in-car charger HUAWEI. Kalau korang order selepas tempoh pre-order korang still akan dapat SuperCharge in-car charger HUAWEI ini secara percuma.

Selain tu juga, sekarang tengah berlangsung satu GIVEAWAY, korang boleh dapatkan mini speaker HUAWEI ni secara percuma kalau korang dapat jawab soalan dari post instagram qiya ni dengan betul, 9-13hb Sept 2019 qiya akan pilih sorang pemenang bertuah nanti.


Smartphone, handphone, HUAWEI nova 5T, teknologi Quad AI camera, mini speaker giveaway,


Atau kalau korang nak cari gambar-gambar HUAWEI nova 5T ni dekat instagram korang boleh taip hashtag-hashtag dekat bawah ni..

#HUAWEInova5T #BestEntertainmentSmartphone #HUAWEIMobileMY

1 comment:

  1. Memang okla harga huawei ni. Ram besar tu yg best. Boleh simpan banyak gambar.

    Jemput join giveaway ye :)

    https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1

    ReplyDelete