Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hai korang..
Hari ni korang nak pergi beraya kat mana? Ke ada join qurban? Dengar cerita dekat RM1,000 jugak ye budget untuk 1 portion qurban sekor lembu. Kalau ada bela lembu atau kambing sendiri seronok nak sembelih buat rendang cili padi ni hihi..
Sebelum qiya cerita pasal kelas baju kurung tradisional ni qiya nak ucapkan selamat hari raya aidiladha buat kawan-kawan yg kot kot terbaca blog qiya ni..
Ok, tak mau bebel panjang-panjang.. kita straight to the point ye..
Tengah bulan 6 hari tu qiya ada pergi kelas menjahit baju kurung tradisional. Kelas sepatutnya hari selasa dan rabu, tapi sebab cikgu menjahit qiya ada hal nak diuruskan kelas tu berlangsung pada hari Rabu pukul 10am hingga 5pm, Khamis dari jam 10 pagi sampai 1pm, dan seterusnya Isnin minggu berikutnya pukul 10am - 1pm. Tempoh belajar sepatutnya 8jam + 8jam, total 16jam kelas siap sepasang baju kurung kain lipat tindih. Lepas tu boleh la praktis sendiri kan..
Gambar baju kurung color oren + hitam strip pattern kat atas ni adalah hasil qiya belajar dekat kelas menjahit tu. Yuran kelas menjahit baju kurung tradisional plak adalah RM200. Lain pattern lain harga tau.
Kalau korang tengah survey kelas menjahit korang boleh refer kadar yuran menjahit dekat bawah ni. Ni rate area Shah Alam ye, lain tempat qiya tak sure plak berapa yuran yang diorang charge.
Selain kelas jahitan persendirian korang boleh join mana-mana kelas yang disediakan oleh agensi kerajaan seperti Giat MARA atau KEMAS di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak, dan kolej-kolej swasta seperti Marrie Fashion Academy dekat seksyen 13 Shah Alam, Kolej WIT Klang, dan banyak lagi institut dan kolej-kolej yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2, 3, dan 4 (Diploma).
Kalau belajar dengan Marrie Fashion, yuran dia roughly sekitar RM7,000 lebih untuk Tahap 1 & 2, tapi boleh buat pinjaman bagi yang kurang berkemampuan, dan kalau bayar cash boleh dapat diskaun. Tahap 3 pun lebih kurang yuran dia. Tempoh belajar menjahit Tahap 1 dan 2 adalah 1 tahun, tahap 3 pun 1 tahun jugak dan kena buat praktikal dekat mana-mana butik jahitan kalau tak silap 6 bulan, dan tempoh belajar menjahit tahap 4 (Diploma Fesyen) adalah 1 tahun jugak. Info ni qiya dapat dari Puan Hajjah Mariam, Marrie Fashion Academy.
Dan kalau kolej WIT Klang plak yuran pendaftaran RM750 untuk Tahap 1 & 2, yuran bulanan RM300, dan yuran penempatan pun RM300 bagi yang memerlukan tempat tinggal. Marrie Fashion pun ada sediakan tempat tinggal jugak.
Kalau Giat MARA plak, yuran pendaftaran dia bawah RM500 kalau tak silap qiya, dan yuran bulanan FOC, siap dapat elaun lagi tiap-tiap bulan (syarat kelayakan untuk dapat elaun tu korang kena tengok terms and conditions Giat MARA ye, qiya tak tau details tentang kursus menjahit dekat Giat ni..).
Tapi yang pastinya Giat MARA selalu open class untuk pelbagai kursus sijil kemahiran seperti kursus Architectural Drafting, Welding, Elektrik, Masakan, Make up, dan banyak lagi kursus-kursus lain pada setiap awal tahun iaitu bulan Januari dan pertengahan tahun iaitu bulan Jun, intake setiap tahun ye..
So, kalau da ada minat nak belajar dalam bidang kemahiran ni dari sekolah menengah lagi boleh la apply masuk sekolah teknik atau vokasional masa tingkatan 4 & 5.
Lepas da ada diploma, biasanya diorang ni akan jadi designer seperti Rizman Ruzaimi, Rizalman, dan ramai lagi nama-nama pereka fesyen yang terkenal dalam Malaysia ni.
Ataupun lepas da ada SKM Tahap 1, 2, dan 3 korang boleh jadi cikgu a.k.a tenaga pengajar untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM/DKM) dengan syarat mempunyai SKM Tahap 1, 2, dan 3 atau pengalaman menjahit beberapa tahun, telah mengikuti kursus VTO selama 9 bulan dan lepas interview untuk menjadi seorang tenaga pengajar, dan had umur plak adalah kurang daripada 35 tahun ye.. ni korang boleh search kursus menjahit VTO, atau syarat-syarat VTO. VTO ni stand for Vocational Trainer Officer, atau dalam bahasa melayu nya adalah pegawai pelatih vokasional.
Ataupun lepas da ada SKM Tahap 1, 2, dan 3 korang boleh jadi cikgu a.k.a tenaga pengajar untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM/DKM) dengan syarat mempunyai SKM Tahap 1, 2, dan 3 atau pengalaman menjahit beberapa tahun, telah mengikuti kursus VTO selama 9 bulan dan lepas interview untuk menjadi seorang tenaga pengajar, dan had umur plak adalah kurang daripada 35 tahun ye.. ni korang boleh search kursus menjahit VTO, atau syarat-syarat VTO. VTO ni stand for Vocational Trainer Officer, atau dalam bahasa melayu nya adalah pegawai pelatih vokasional.
Dari pembacaan qiya, kerajaan sasarkan 50,000 tenaga pengajar kursus kemahiran ni menjelang tahun 2020, tapi jumlah tenaga pengajar vokasional sekarang cuma ada 20,000 lebih je kalau tak silap qiya. Korang nak dapatkan info terkini boleh la search keyword VTO ye..
Terpanjang plak cerita tentang kursus kemahiran ni hihi.
Qiya sebenarnya nak buat tutorial cara menjahit baju kurung tradisional ni, tapi belum berkesempatan lagi. Sekarang Qiya tengah nak siapkan baju peplum dan seluar baju melayu johor kanak-kanak untuk sambutan kemerdekaan nanti, so kalau sempat qiya share tutorial cara jahit kurung peplum dan seluar baju melayu ye. Lepas-lepas tu baru qiya boleh share cara jahit baju kurung moden kain duyung atau A cut, baju kurung kedah kain lipat batik, dan cara buat tengkolok yang paling mudah dan simple.
Baju kurung tradisional ni cutting dan pola dia straight je, so tak susah sangat la. Tapi part leher, zip, dan band pinggang yang guna kertas keras (vakrum) dengan getah tu agak rumit sikit, kena banyak praktis dan guna alatan menjahit yang betul contohnya tapak jarum zip tinggi rendah atau tapak zip sorok. Tapak zip sorok yang besi tu RM12 dan tapak tinggi rendah kiri dan kanan masing-masing RM7, dan biasanya barang-barang untuk menjahit ni qiya beli dekat Karysma Store Alam Avenue (berhampiran seksyen 16 Shah Alam dan Padang Jawa), atau pun qiya pergi GM Klang untuk survey, tapi sebab GM tu besar dan terlampau sesak dengan lautan manusia so qiya lebih suka pergi Karysma atau shopping online dekat Shopee je. Kenapa Shopee? Sebab Shopee ni servis penghantaran dia cepat sangat, biasanya 1-3 hari je tau. Seller Shopee memang Terbaik Bossku! Hihi..
Untuk buat lapik leher korang boleh tengok dari gambar dekat atas dan kemasan cangkuk kain serta jahitan silang pangkah untuk kemasan leher, nanti ada masa qiya explain detail ye.
Apa-apa pun menjahit ni kena banyak bersabar sebab tak semestinya jahit sekali menjadi, kadang-kadang banyak kali kena tetas dan jahit semula especially part leher, zip, dan pinggang.
Qiya start menjahit ni dari umur belasan tahun lagi sebenarnya sebab kebetulan mak qiya pun menjahit. So masa darjah berapa entah qiya la tukang hantar kain yang mak potong tu dekat kedai jahit tepi. Dari situ qiya belajar mengukur, buat pola, potong kain, dan menjahit. Yang paling banyak adalah buat pemerhatian hehe..
Dulu qiya guna mesin jahit manual yang kena kayuh guna kaki tu je, tapi alhamdulillah dekat-dekat 10 pasang jugak la baju kurung tradisional, kurung moden, dan baju melayu johor yang qiya pernah jahit, tapi dulu belum ada blog, facebook, dan media sosial yang lain, handphone canggih pun tak ada, kamera pun tak ada, kalau ada kamera pun yang murah-murah pakai filem kodak tu, pastu nak kena pergi cuci gambar plak satu hal, sekeping gambar 50 sen.. hihi kenangan guna kamera pakai kodak..
Eh tak, waktu qiya rajin menjahit dulu tu qiya da start buat blog dan belajar buat coding website, ada smartphone, samsung galaxy y kalau tak silap, cuma tak maximumkan penggunaan teknologi je.. hehe ayat skema betul..
Apa lagi ye qiya nak cerita?
Owh ye, sekarang qiya guna mesin jahit tepi industri second hand brand Siruba dan mesin jahit lurus industri pun 2nd jugak brand Elestar.
Cabaran dia, mesin jahit lurus industri yang qiya guna ni terlampau advance, laju sangat, awal-awal menjahit tu hasil jahitan macam litar sepang kikiki.. tapi sekarang much better, sebab hari-hari qiya menjahit walaupun nak siapkan sepasang baju kurung moden yang customer tempah pun ambil masa seminggu nak siap, jahit sikit-sikit bila free..
Korang boleh tengok hasil jahitan qiya selama 1 bulan lebih ye..
Alter pendekkan jubah |
Baju Melayu Johor untuk sambutan hari Merdeka 31 Ogos |
Baju kurung moden ukuran 41.5" - 41.5" - 50.5" |
Alter kecilkan bahu dan pendekkan kaki jubah |
Skirt A cut |
Blouse |
Seluar straight cut |
Jahit lencana sekolah |
Alter poket tepi seluar |
Bengkung lilit jawa |
Jahit sarung bantal saiz 16 × 27 inci, bantal standard size |
Baju kurung biru ni qiya jahit masa tahun 2008 guna mesin jahit manual kayuh guna kaki |
Owh ye, kalau korang nak join kelas menjahit bagi yang duduk sekitar Shah Alam dan Pekan Pahang qiya boleh rekemen cikgu jahit yang da ada pengalaman menjahit dekat-dekat 10 tahun dan juga lebih 20 tahun. Atau nak beli pola macam-macam fesyen baju pun boleh. Whatsapp je qiya ye.. (012-2668424)
Ok la ye, semoga perkongsian qiya ni bermanfaat..
best-best
ReplyDeleteAGENS128 Adalah Situs Judi Online Taruhan Sepak Bola, Casino, Sabung Ayam, Tangkas, Togel & Poker Terpopuler di Indonesia
ReplyDeletePasang Taruhan Online Melalui Agen Judi Terpercaya Indonesia Agens128, Proses Cepat, Banyak Bonus, Online 24 Jam dan Pasti Bayar!
Sabung ayam
sbobet online
casino online
tembak ikan
daftar bisa langsung ke:
LINE : agens1288
WhatsApp : 085222555128