Sebelum menghadiri temuduga calon-calon mestilah:-
- Selidik profail syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon.
- Ini merupakan soalan-soalan asas yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawabnya menunjukkan seolah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi.
- Pastikan sijil-sijil asas dan salinan pendua sijil serta resume disediakan. Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan jawatan yang dipohon.
- Cuba dapatkan nama / gelaran panel temuduga.
Di awal temuduga
- Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga;
- Mendengar dan menjawab soalan dengan betul;
- Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi;
- Bersikap tenang dan tidak gementar;
- Jangan menguasai sesi temuduga;
- Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau berbanyak cakap;
- Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan;
- Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah;
- Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain;
- Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga;
- Jangan menunjukkan ‘silent’ protes jika lambat dipanggil panel temuduga.
Di akhir temuduga
- Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga
- Apabila sesi temudunga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda;
- Sebaik saja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun;
- Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.
Larangan Temuduga
Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga
-
- Jawapan secara bersahaja “A’ah” dan sebagainya : Ianya menunjukkan calon tidak sopan dan tidak mempunyai kesungguhan.
- Bercakap terlalu perlahan atau terlalu kuat : Sekiranya calon bercakap terlalu perlahan, panel temuduga mungkin gagal mendenganr apa yang cuba disampaikan oleh calon dan menunjukkan seolao-olah calon tiada keyakinan diri. Sekiranya calon bercakap terlalu kuat, ia boleh menggambarkan sikap calon yang kasar dan biadap.
- Melakukan perbuatan-perbuatan yang mengganggu tumpuan panel temuduga : Perbuatan-perbuatan seperti memegang muka, mulut, mengeliat, menggeleng-gelengkan kepala, mengusik-usik rambut, bermain dengan pen atau pensil menunjukkan seolah-olah calon kurang bersedia, tidak yakin dan ianya juga tidak sopan di mata panel temuduga.
- Mengunyah gula-gula getah / makan gula-gula : Perbuatan ini adalah tidak sopan dan boleh mengganggu kelancaran percakapan calon semasa sesi temuduga
- Menggoyangkan kaki dan bersilang kaki : Perbuatan ini adalah tidak sopan.
- Menggunakan “slang” ketika menjawab soalan : Perbuatan ini tidak sopan. Selain itu, sekiranya calon menggunakan ‘slang’ ketika menjawab soalan dibimbangi panel temuduga tidak memahami dan tersalah tafsir apa yang diperkatakan oleh calon.
- Menyebut atau memanggil nama panel temuduga tanpa menggunakan gelaran yang sepatutnya : Perbuatan ini dianggap tidak menghormati panel temuduga dan tidak sopan.
- Memotong percakapan panel temuduga : Perbuatan ini dianggap tidak menghormati panel temuduga dan tidak sopan.
Sumber : Harian Metro (6hb Januari 2011)
0 comments:
Post a Comment