Wednesday 21 August 2013

Scavenger itu Apa?

Salam..

Tadi tiba-tiba teringat pasal scavenger. Tersenyum sorang-sorang je kalau terdengar perkataan ni. Korang tau x scavenger tu apa? Masa dalam kelas Sustainable Environment semester lepas, lecturer saya iaitu Pn. Zuhaida bt. Md. Zaki tanya kitorang, "Do you know what is the scavenger?".

Masa tu dalam kepala saya ni terfikir jentera besar lebih kurang macam crane yang banyak guna dalam construction project tu..What? scavenger tu mesin ke ape? hahaha..macam mana la saya sampai boleh terfikir benda alah tu..confius.. confius..mungkin sebab bunyi dia macam ganas je kan..kah kah kah..mesti korang gelakkan saya beramai-ramai kan? Maklumlah, saya ni bukan pandai English sangat pun..faham lah sikit-sikit..tu pun perkataan yg familiar je..

Ok, now we go straight to the point..Scavenger tu banyak maksudnya cuma saya nak bagi makna yang spesifik untuk subjek kejuruteraan yang berkaitan dengan alam sekitar..Dalam bahasa English maksudnya, someone who scavenges, especially one who searches through rubbish for food or useful things.Dalam bahasa Melayu pula maksudnya adalah orang yang bekerja mengutip sampah dan mengasingkan sampah sebagai mata pencarian utama..scavenger yang bekerja kat tempat pelupusan sampah tu memang nampak macam hina di mata masyarakat tapi sebenarnya diorang boleh dapat banyak duit hanya dari barang-barang terbuang yang kita nampak cuma sekadar sampah yang tak bernilai.

So, masih releven kalau kita cakap ulat dalam batu pun boleh hidup jugak kan? Apa pendapat korang?

0 comments:

Post a Comment