Thursday, 29 August 2013

Gelak Sampai Mati...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

doa, anuar, ibrahim, mati, syahid, hati, bahagia, gembira, dunia, akhirat


Seseorang yang sedang bergembira pasti akan selalu ketawa dan nampak ceria..eh, apa kena mengena pulak dengan tajuk gelak sampai mati ni? Ada ke?..of course la tak ada kena mengena dengan entri ni, kalau tak bagi tau awal-awal nanti takut tak pasal-pasal saya kena marah dengan korang yang baca blog saya ni kan..hahaha..perasan pulak daaa..ada ke orang nak baca cerita merepek saya ni haa? Tapi tak kisah lah ..apa yang penting (bukan kerjasama ye..bosan dah asyik dengar ayat lapok Wonderpet tu je!!) minat untuk menulis dah mengalir sebati dalam darah jenis AB saya ni..hihihi..

Berbalik pada cerita gelak sampai mati ni, saya pernah tengok satu video dalam Youtube 2 3 tahun yang lepas kalau tak silap saya. Video tu sebenarnya adalah siaran lansung berita sukan TV luar negara, lebih kurang macam pengulas sukan gitu la..tengah ralit diorang dua orang tu mengulas laporan sukan tiba-tiba ada benda lucu yang menyebabkan salah sorang daripada dua orang tu gelak terbahak-bahak sampai tak boleh berhenti gelak. Gelak punya gelak sampai la dia tersedak dan mati kat situ jugak. Kejadian maut tu terjadi dalam beberapa minit je, memang rasa pelik kalau kita fikir betul-betul. Saya tak tau la video tu cerita betul ataupun video yang dah edit. Tapi jangan lupa, ajal dan maut tu di tangan Tuhan. Kat mana, bila, pukul berapa, macam mana..kita tak dapat nak teka dan ramal sebab semua ketentuan hidup dan mati kita ni hanya ditangan Yang Maha Kuasa kan...

Memang tragis kematian yang macam tu kan..rasa takut sangat bila tengok video tu sebab saya ni jenis yang mudah geli hati dan ketawa terbahak-bahak tak kira kat mana..Lecturer tengah mengajar kat depan pun boleh tergelak tengok gelagat dia..mana tak nye tulisan dia lawa sangat sampai senget-senget kepala ni nak baca apa yang dia tulis..pastu banyak kesalahan ejaan pulak tu, perkataan yang ada dua huruf o boleh jadi tiga o..contohnya perkataan wood dia tulis woood..haa susahkan nak baca kalau banyak sangat error..puas fikir hari tu dah la perut tengah lapar tunggu habis kelas pukul 12.20 tgh hari.. jadual kelas pulak pack hari khamis (semester lepas) dari 8 pagi sampai 6 petang..ada la break dari pukul 12.20 tgh hari sampai kul 2 ptg..memang terkejar-kejarlah sampai tercungap-cungap (bukan tercungap-cungap sampai mati ye..please jangan doakan saya macam tu k..)

Ok, berbalik semula cerita gelak sampai mati ni..Sebenarnya ada cara yang paling mudah nak berhentikan gelak yang terbahak-bahak sampai terguling-guling tu..Cara dia bunyi macam nonsense tapi memang menjadi sebab saya selalu praktik kan cara ni..Cara nya bila korang tengah gelak dan rasa macam tak boleh nak berhenti gelak korang cepat-cepat tengok kuku jari ibu..tenung lama-lama sampai hilang rasa nak gelak tu..haa, macam mengarut kan? Tapi saya dah praktik cara ni lama sangat dah, maybe dalam 7-8 tahun da..Ada la sorang kakak tu nama dia Kak Suri, orang Tembeling Pahang..dia la yang bertanggungjawab bagi petua mengarut ni tapi memang menjadi..hehe..thank you kak..luv you so much..

Pada pendapat saya, sebenarnya bila kita tenung sesuatu objek tu tak kira la kuku ke apa..Sebenarnya masa tu kita dah alih fokus otak kita..Bila kita tengok sesuatu objek tu secara tepat fokus fikiran kita akan berada pada pada objek yang kita lihat ketika itu dan bukan lagi pada perkara yang kita fikir tadi. Korang setuju tak dengan pendapat saya ni? Tak kisahlah korang setuju ke tak.. anyway, try la cara ni bila korang rasa betul-betul dah tak boleh nak berhentikan gelak tu ye..Ni hanyalah satu perkongsian dari pengalaman saya je..ok lah, bye..

*************************************************

Artikel popluar Ogos 2013 :-

1. Kenapa Ada Mak Yang Sanggup Dera Anak Sendiri?
2. Simpanan & Pelaburan Untuk Masa Depan Anak-anak.
3. Tabiat Pelik Bayi dan Kanak-kanak Normal.
4. Kenali Sikap Lelaki Yang Benar-benar Menyintai Anda.
5. Surah-surah Amalan Ketika Mengandung.
6. Barut Bayi 100% Kain Kapas Asli (Cotton)
7. Minat bola? Dapatkan Jersi Bola Sepak Kegemaran Anda Sekarang.
8. Beli Tudung Bawal Bunga Dengan Harga Yang Murah.
9. Tip-tips Temuduga.
10. Betul Ke Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Selekeh?
11. Scavenger Itu Apa?
12. Perempuan Benci Lelaki Merokok!!
13. Sepetang di Mini Kota Paris...
14. Kenapa Pendatang Asing Terlalu Ramai di Malaysia?
15. Hot Issue - Fashions of Actresses in Malaysia.

0 comments:

Post a Comment