Thursday 18 May 2017

Ada Apa dengan 'TITLE'?

Zaman sekarang ni memang zaman orang menilai orang lain berdasarkan TITLE atau gelaran yang di sandang oleh seseorang tu.

Antara 'title' yang kita biasa dengar dan dikaitkan dengan orang korporat, artis dan politik adalah Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Dato Sri, dan Datin Sri.


Ada Apa dengan 'TITLE'?


Kalau di kalangan ahli akademik plak kita akan biasa dengar gelaran Dato Dr, Dr, Prof, Prof Dr, Prof Madya, Profesor Emeritus, Ir Dr, Ir, Ar, dan sebagainya merujuk kepada kelayakan akademik dan bidang profesional yang dikhususkan kepada seseorang individu tu.

Berdasarkan senario yang aku perhatikan disekeliling aku, kalau seseorang individu tu ada 'title' atau gelaran tersebut baru la senang nak jual air liur atau pun nak anjurkan sesuatu program dan juga sebagai satu jalan untuk melibatkan diri dalam bidang korporat. Kalau tak ada jangan harap la suara kita ni nak didengari oleh orang ramai. 

Dunia oh dunia. Kenapa la sikap manusia ni kebanyakannya macam ni...

Tak salah pun kalau seseorang tu mempunyai apa-apa 'title' atau apa-apa gelaran sekali pun la dan tak salah juga kalau seseorang tu langsung tak mempunyai sebarang 'title' pada awalan nama mereka. 

Yang menjadi masalah sekarang ni adalah masyarakat sekeliling kita yang terlalu obses dan menyanjung tinggi seseorang hanya kerana 'title' atau gelaran yang di sandang oleh mereka. 

Dan yang lebih sedih lagi adalah bila seseorang tu tidak mempunyai sebarang gelaran ianya menjadi persoalan utama kepada masyarakat dan juga bahan hinaan mereka jika mereka ingin menonjolkan sisi diri yang mungkin berpotensi besar dalam sesuatu bidang tu.

Sebab tu la pentingnya ilmu pengetahuan tentang pelaburan ni supaya kita dapat buat pilihan yang paling tepat sama ada nak simpan duit dulu atau belanja dulu bila dapat gaji. Bila kita pandai mengurus kewangan mungkin kita boleh menceburkan diri dalam apa-apa bidang perniagaan yang akan mendatangkan keuntungan seterusnya membolehkan kita bergelar jutawan nanti.

Teringat plak ada satu lagu yang bertajuk Aku Pelat nyanyian Salam Musik. Sesuai la aku rasa dengan situasi yang aku ceritakan tadi tu. Bila kita tak ada 'title' atau gelaran jangan harap la orang nak percaya apa yang kita cakapkan walaupun ia sebenarnya berasas.


Lirik Lagu Salam Musik ~ Aku Pelat

Chorus:
Aku pelat tak bisa bicara seperti kamu
Lidah ku panjang berpintal-pintal
Bicara ku melulu selalu terburu
Lidah ku tebal bagai kepala di bantal

[Ulang Chorus]x2

Aku pelat
Pelat bertepuk tangan tiada bunyi
Lidah terikat dia menyembunyi diri
Bertanya ditahan pendebatan ditelankan

Pada pokok diri daun kata berguguran
Tertutup banyak telah dipagarkan
Dari jari ke alat tulis semua mereka tepis
Siapakah mereka tepuk dada hey! tanyalah selera

Kita bangsa negara harus pandai berbahasa
Bertanya mengapa siapa bagaimana?
Punya akal fikiran tahu arah tujuan
Menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan

Masa depan bekalan diisi jika tahu manipulasi
Kata tiada disalah erti jangan sampai tergadai diri
Takut merana diri nanti
Dia pelat bertepuk tangan tiada bunyi

[Ulang Chorus]x2

Aku pelat
Pon di rhythm mi a come
Pon di rhythm mi a boss
Ragamuffin mi a root mi a come back again ah

Human fi wicked dem a style a mi nah sinner
Anna dem selecta minah wicked dem
Im man fi wayan wicked dem zion
Anna dem selecta nah wicked dem a wayan
A mi ma rastafari mi a number one fi real
A mi nah wicked man a dem a talk about me

Aku pelat
Perbahasan jiwa jangan diendahkan
Jika malu bertanya kelak sesat jalan
Jangan dipegang sekatan yang dihidang
Rasa takut harus dibuang

Mari berfikir di luar kotak
Jangan menempurung bersama katak
Hebat seperti Jebat mereka lupa tuk berjabat
Dia si pelat sudah terlepas

Ulang Korus

Aku pelat
Tak bisa bicara agama seperti kamu
Tak bisa bicara cinta seperti kamu
Tak bisa bicara ekonomi seperti kamu
Tak bisa bicara politik seperti kamu

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku lawan walau rasanya kelat

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku tawan walau jajahannya hebat

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku lawan walau rasanya kelat

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku tawan walau jajahannya hebat


Beberapa hari yang lepas aku ada share tentang pendapatan affiliate marketer Fabian Lim yang mencecah puluh ribu ke ratus ribu USD setiap bulan kat dalam blog aku ni dan kemudiannya aku share ke group-group dalam FB.

Pastu ada sorang akak ni tanya kalau aku ni follower Fabian Lim kenapa aku tak dapat gelaran Dato dan tak jadi JUTAWAN macam Fabian Lim tu.

Then dengan bongkaknya aku jawab, "Inshaallah one day kalau saya jadi Dato Ir Dr... (estimated 10 tahun lagi) saya cari akak ye..."

Hahahahahaha

Macam senang je nak jadi jutawan tu akak ye...

Orang macam ni tak payah di layan sangat. Sombong tak bertempat. Sebab tu la aku jawab macam tu biar padan muka dia. Allah bagi akal bukan bertujuan untuk menghentam orang lain. 

Apa salahnya kalau kita sebagai satu masyarakat dalam sebuah negara ni sama-sama tolong menolong dan cuba cari jalan untuk meningkatkan ekonomi diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling. 

Bukannya tau nak hentam orang lain tak tentu pasal je. Kan tak pasal-pasal da dapat satu jawapan yang paling bongkak daripada aku yang kepala otaknya tak berapa nak betul sangat ni. Hahaha...

Ok la malas da la aku nak membebel panjang lebar. Kalau aku banyak duit aku beli je 'title' Dato tu pastu semua media sosial aku aku bubuh gelaran Dato depan nama aku baru senang sikit pendapat aku nak diterima pakai. Ye dok? Hehe

Tadi aku cek Big Point Tune Talk aku ada 4000 lebih da, boleh la tebus satu tiket flight untuk penerbangan sehala. Aku nak try usha TIKET KAPAL TERBANG dari Langkawi ke Subang Airport la sekejap nak tengok berapa harga tiket flight untuk balik sini. Daripada aku layan rasa geram aku dengan manusia yang mulut celupar ni baik aku plan buat something else, travel ke kan...ada faedahnya jugak...

Sampai sini je entry luahan perasaan tentang Ada Apa dengan 'TITLE'? ni. Terima kasih kerana membaca blog Qiya Saad Dotcom. Semoga bermanfaat.

3 comments:

  1. dan dengan adanya title jugak dorang boleh buat sesuka hati.. hmmmmmmm

    ReplyDelete