Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar korang hari ni? Sibuk tak kerja hari ni? Maklum la hari Isnin kan... mesti sibuk dan nak kena refresh kerja-kerja yang belum settle minggu lepas tu. Kena kreatif dan kritis la berfikir macam mana nak siapkan kerja on the time lepas ni supaya tak terbeban dengan outstanding works tu.
Belum kira Monday Blues lagi kan...bila Isnin blur je fikir apa nak buat kan...termenung dulu sebelum mulakan kerja tu...kan? Ni situasi aku la masa aku kerja dulu...sekarang ni aku termenung kat rumah jela sambil-sambil baca notes Technology Entreprenuership sebab esok petang ada test...
Bertabah je ni memikirkan ni semester last untuk Degree, Inshaallah ada semester baru dan chapter baru untuk Master nanti plak lepas financial status aku stable and consistent! Doa-doa la ye impian nak mencapai gelaran Ir. dan Dr. aku ni tercapai sebelum umur aku 40 tahun. Amin...
Bertabah je ni memikirkan ni semester last untuk Degree, Inshaallah ada semester baru dan chapter baru untuk Master nanti plak lepas financial status aku stable and consistent! Doa-doa la ye impian nak mencapai gelaran Ir. dan Dr. aku ni tercapai sebelum umur aku 40 tahun. Amin...
Hari ni aku nak cerita tentang Berfikir Secara Kritis ataupun dalam Bahasa Inggerisnya adalah Critical Thinking. Tapi sebelum tu nak tanya korang da baca ke entry Blog Tutorial : Format penulisan kod HTML untuk pasang banner di tengah-tengah Blog Post ni? Aku baru je siap tulis entry ni subuh tadi.
Banner ni penting untuk kita pasang sesuatu iklan kat dalam blog tau. Aku lama da tau tentang kepentingan banner iklan dalam sesebuah entry tapi tak berkesempatan nak praktikkan lagi.
Banner ni penting untuk kita pasang sesuatu iklan kat dalam blog tau. Aku lama da tau tentang kepentingan banner iklan dalam sesebuah entry tapi tak berkesempatan nak praktikkan lagi.
Ok, sekarang kita berbalik pada cerita asal ye iaitu maksud berfikir secara kritis atau critical thinking. Critical thinking sangat penting untuk seorang usahawan contohnya penghasilan Carbon Credit ni membuktikan betapa seseorang yang mencetuskan idea ni mempunyai daya fikiran yang liar dan luar biasa. Kalau tak tau Carbon Credit ni apa nanti aku cerita dalam post yang seterusnya tapi asas dia lebih kurang macam konsep Bitcoin yang mana masa awal-awal dulu matawang cryptocurrency Bitcoin ni diperkenalkan harganya sangat murah iaitu RM98 ber BTC (2009) tapi sekarang 1 BTC bersamaan dengan RM6,800.
Macam tu la juga Carbon Credit ni tapi ianya lebih kepada usaha sebuah badan Non Government Organisation (NGO), Goal Green company untuk pemuliharaan alam sekitar dan cukai yang dikenakan kepada setiap pengusaha perniagaan yang membebaskan karbon dioksida ni adalah mereka wajib memiliki Carbon Token atau membayar Carbon Credit minimum USD6 per tonne Carbon dioxide yang dibebaskan ke udara kepada syarikat Goal Green.
Selalu sangat kita dengar perkataan critical thinking ataupun berfikir secara kritis. Tapi apa maksud berfikir secara kritis ni?
"Critical thinking is the rational examination of ideas, inferences, assumptions, principles, arguments, conclusions, issues, statements, beliefs & actions." - Muhammad Isha Ismail
Berfikir secara kritis ni maksudnya adalah rasional terhadap sesuatu idea, membuat andaian mengikut prinsip-prinsip yang betul, percanggahan pendapat, mempunyai konklusi, mengutarakan isu-isu yang berkaitan, memberikan kenyataan, kepercayaan-kepercayaan yang dapat membuktikan sesebuah idea itu kreatif, dan juga perbuatan atau langkah yang di ambil untuk merealisasikan sesebuah idea tu.
Antara ciri-ciri seseorang yang mempunyai daya berfikir secara kritis ini adalah seperti berikut:
- Memahami logik perhubungan di antara idea
- Merumuskan idea secara padat dan tepat
- Mengenal pasti, membina, dan menilai setiap percanggahan pendapat
- Menilai baik dan buruk sesuatu keputusan
- Menilai bukti-bukti yang menyokong hipotesis sesuatu idea tersebut
- Mengesan ketidakstabilan dan kesalahan yang biasa dilakukan dalam setiap sebab sesuatu idea itu dihasilkan
- Menganalisa setiap masalah secara sistematik
- Mengenal pasti hubungkait dan kepentingan sesuatu idea tersebut.
So, untuk melatih daya pemikiran kritis ni ada beberapa kata kunci yang perlu difahami.
Kata kunci untuk perkataan berfikir secara kritis (critical thinking) berserta maksud:
- Understand - memahami
- Formulate - merumuskan
- Identify - mengenalpasti
- Construct - membina
- Evaluate - menilai
- Detect - mengesan
- Analyse - menganalisa
Disebabkan seseorang tu suka berfikir untuk sesuatu pembaharuan atau menyelesaikan sesuatu masalah lama kelamaan otak seseorang tu mampu berfikir secara kreatif dan kritis seterusnya lahir la usahawan-usahawan yang bijak mencipta pelbagai idea perniagaan yang baru seperti sistem digital money atau wang masa depan iaitu Bitcoin, Carbon Credit yang dikalsifikasikan sebagai sebuah pelaburan oleh laman Investopedia, Ethtrade yang melakukan jual beli Ethereum, dan sebagainya.
Sampai di sini sahaja entry yang bertajuk Berfikir Secara Kritis (Critical Thinking). Terima kasih kerana sudi membaca blog Qiya Saad Dotcom. Semoga ianya bermanfaat.
Ranking dan harga coin-coin digital sedunia |
Sampai di sini sahaja entry yang bertajuk Berfikir Secara Kritis (Critical Thinking). Terima kasih kerana sudi membaca blog Qiya Saad Dotcom. Semoga ianya bermanfaat.
0 comments:
Post a Comment