Tuesday 16 May 2017

Resepi Sotong & Udang Masak Merah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya sehari dua ni berasap pun dapur kat rumah aku ni. Semalam aku buat Steamboat tapi lupa nak snap gambar so hari ni aku nak share resepi menu yang aku masak hari ni. Hari ni aku masak dua jenis lauk je iaitu Sotong & Udang Masak Merah dan Sayur Kacang Masak Kicap.

Tapi sebelum aku share Resepi Sotong & Udang Masak Merah ni aku nak tanya korang da baca ke artikel Selamat Hari Guru (2017)? Yela...hari ni kan 16hb September, Hari Guru. So, sempena sambutan Hari Guru tahun 2017 ni korang da wish cikgu-cikgu korang ke belum ni. At least ucapkan la terima kasih kat diorang kan.


Resepi Sotong & Udang Masak Merah


Seperti yang dijanjikan, dalam artikel ni aku nak share satu resepi yang sangat simple tak sampai sejam pun da siap masak tau. Puasa pun da nak dekat kan? Tak sampai dua minggu lagi da puasa plak...27hb Mei ni. So, boleh la jadikan Sotong & Udang Masak Merah ni sebagai menu untuk berbuka puasa atau bersahur bila tiba Ramadhan nanti.

Resepi Sotong & Udang Masak Merah


Bahan-bahan:-

100g udang
100g sotong
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
10 tangkai cili kering
Cili sos Maggie
1 sudu makan madu
2 sudu gula
2 keping asam gelugur
Secubit garam
200ml air
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara penyediaan:-

1. Kisar bawang putih, bawang besar, dan cili kering.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar dengan api yang sederhana sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam dan asam gelugur (asam keping). Kemudian tambahkan air dan sos cili.
4. Masukkan sotong dan udang, kemudian biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan madu dan gula. Gaul rata sehingga masak. Siap.

Senang kan? 

So, selamat mencuba!

Sampai di sini saja artikel Resepi Sotong & Udang Masak Merah ni. Terima kasih kerana sudi membaca blog Qiya Saad Dotcom. Semoga bermanfaat.

4 comments:

  1. Sotong ada..udang ada insyaAllah boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  2. Rajin Qiya masak...hehehe...seafood adalah fav akak tp skrg dh x leh makan sgt dh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok mood jugak kak...kadang2 je rajin tu...dulu pun qiya tak boleh makan seafood. Lama jugak pantang. Sekarang ni belasah jela tak boleh tahan...hehe

      Delete